Adakah Saya Seorang Pendakwah

May 16, 2013 1 comment

albanna

 

Tidak ada perkataan yang lebih baik yang diucapkan oleh seseorang daripada mengajak manusia kepada Allah, kerana dengan sebab usaha seseorang menyebabkan seseorang lain mendapat hidayah Allah lebih baik baginya daripada apa yang berada di langit dan di bumi. Lantaran begitu besar ganjaran yang Allah janjikan kepada pendakwah maka ia menjadi rebutan semua muslim yang beriman untuk menjadikan dirinya tersenarai sebagai golongan pendakwah yang mengajak manusia kepada Allah.

Mengajak manusia kepada Allah adalah matlamatnya berdakwah. Mengajak manusia kepada Allah itulah impiannya, cita-citanya, harapannya, keazamannya, pemikirannya, usahanya, langkahnya, kata-katanya dan segala pengorbannnya. Tugasnya hanya berusaha dengan cara yang Allah reda dan hidayah kepada seseorang milik mutlak Allah jua.

Mengajak manusia kepada Allah ialah memperkenalkan siapakah Allah kepada manusia, menyedarkan kurnia nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada manusia, mengajak manusia sedar, insaf dan rasa berterima kasih atau bersyukur kepada Allah, dengan hanya mengagungkan Allah yang Esa, hanya menyembah dan memujiNya dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat, iklas, bersabar dan bersyukur atas segala ujian yang kurniaan Allah.

Mengajak kepada Allah ialah menyebarkan rasa cinta, rasa belas kasihan terhadap kesesatan manusia, rasa perihatin terhadap masadepan mereka di alam akhirat. Mengajak manusia kepada Allah ialah mengajak mereka sama-sama menghuni syurga di negeri akhirat dengan rasa penuh pengharapan mereka menerima seruan dan rasa bimbang dan cemas untuk menanggung segala kesesalan melihat anak dan isteri, ayah dan ibu, sanak saudara, sahabat handai, kenalan sedaerah, rakan sejawat dan siapa saja yang ditemui dan membahgiakan anda dengan senyuman tetapi mengharungi kepayahan di padang mahsyar, hitam wajah penuh penyesalan mengharapkan belas kasihan yang anda sendiri tidak mampu melakukan apa-apa disana.

Mengajak kepada Allah dengan mendahulukan kemaafan daripada kebencian, menghargai kebaikan daripada mendendami kejahatan, mendahului harapan daripada kekecewaan kerana Allah tidak pernah menutup pintu taubatNya sehinggalah masa yang telah ditentukan, kerana Allah tidak pernah melupakan kebaikan yang dilakukan walaupun bertimbun kejahatan yang di amalkan. Mengajak kepada Allah adalah menyebarkan RahmatNya, keampunanNya dan membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada Allah.

Mengajak kepada Allah ialah membantu manusia mengalahkan musuh-musuhnya; kejahilannya, tipudaya syaitan yang menghuni pembuluh darahnya dan ammarah nafsu yang menutup kewarasannya. Dengan kebijaksanaan pendakwah terbuka jiwanya menadah ilmu menerangi hidupnya, dengan hikmah pendakwah berjaya  menewaskan syaitan yang membakar takburnya dan dengan ketenangan pendakwah ammarah nafsu  kesumatnya tidak bangkit menentang kebenaran.

Pendakwah adalah wali Allah yang Rabbani; Membawa Rahmat Allah, Keadilan Allah, Keampunan Allah, Kebijaksanaan Allah dan Kasihsayang Allah mengatasi segala halangan thaghut yang cuba menggagalkan dakwah yang menyalakan api kebencian, menyekat arus kezaliman pertimbangan, menghitamkan jiwa dendam, menutup pintu pengharapan dan meniup bahang permusuhan.

Pendakwah itu dalam dadanya ada salji, atas lidahnya ada cahaya, pada akalnya ada harapan dan dalam jiwanya ada cinta dengan langkahnya menghambat segala penghasut yang bertapa dijiwa mad`unya.

Menyediakan Jaminan Kewangan Keluarga.

August 30, 2012 2 comments

Setiap seorang suami wajib berusaha untuk menyediakan nafkah kehidupan untuk isteri sepanjang hayatnya dan anak-anak sehingga dewasa. Nafkah tersebut termasuklah makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pendidikan dan kos perubatan.

Seorang suami perlu memiliki pekerjaan yang boleh menampung segala kos tersebut. Namun satu hakikat yang selalu tidak ingin difikirkan oleh setiap orang adalah apakah jaminan kewangan keluargannya sekiranya si suami ditimpa musibah; lumpuh, meninggal dunia atau mengidap penyakit kritikal ketika anak-anak masih kecil dan pendapatan isteri tidak mencukupi untuk menyara keluarga atau lebih malang anak-anak menjadi yatim piatu.
Read more…

Categories: Keluarga

Memperingati “Lailatul Qadr”.

Bulan Ramadan 1433 Hijrah ini merupakan bulan yang lebih berkat kepada umat Islam di seluruh dunia. Islam yang dahulunya ditindas oleh kuasa-kuasa diktator satu demi satu jatuh selari dengan sunnatullah dan janjinya yang sentiasa memutarkan dunia ini silih berganti.

Keruntuhan ekonomi dunia Barat yang klimiknya berlaku pada tahun 2007 sehingga kini masih belum menampakkan kekuatan untuk pulih. Barat sudah mengalami suasana gawat yang sama 100 tahun lalu dan kegawatan pada kurun ini juga disebabkan Barat tidak insaf dan berubah untuk bertindak memansukhkan sistem kapitalis yang menjadi punca keruntuhan ekonomi tahun 1907. Read more…

Categories: Tasawwur Islami

Mempelajari Islam Bukan Hak Eklusif Umat Islam.

Lahirnya pelbagai gerakan anti Islam, seruan-seruan yang bercanggah dengan aqidah dan nas-nas al-Quran berpunca daripada kejahilan masyarakat khususnya rakyat Malaysia mengenai intipati ajaran Islam yang sebenar. Kejahilan ini berpunca daripada mereka tidak mempelajari ilmu-ilmu Islam dan ajarannya yang lengkap disebabkan ia tidak menjadi subjek wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia hatta kepada rakyat yang beragama Islam. Sedangkan di zaman keagungan Islam, universiti-universiti Islam di Baghdad dan di Cardova dihadiri dan dipelajari oleh masyarakat dunia termasuk golongan bukan Islam. Read more…

Categories: Tasawwur Islami

Libralisma jelmaan Sekular

May 7, 2012 1 comment

Peperangan antara Iblis dan keturunan Adam tidak akan berakhir sehingga hari kiamat kerana Allah telah memperkenankan doa Iblis untuk memanjangkan usianya sehingga kiamat.

Pengalaman Iblis menyesatkan manusia di sepanjang sejarah manusia menjadikan dia cukup mahir dengan kaedah bagi menjauhkan manusia daripada mentauhidkan Allah.

Golongan kafir adalah golongan yang terdedah dengan bisikan Iblis dan mereka secara automatik akan mudah diperalatkan oleh Iblis untuk memusuhi Islam dan menghalang umat manusia daripada mendekati Islam. Golongan Yahudi Zionis adalah golongan yang amat memusuhi Islam abad ini yang mempertuhankan Iblis.

Pertembungan Islam dan Yahudi bermula sejak selepas zaman nabi Musa , di zaman nabi Zakaria, Yahya dan Isa a.s. hingga kini. Read more…

Hanya Tiga Pilihan.

January 27, 2012 Leave a comment

Apabila al-Amru bin Al `As r.a. mengepung kubu Babylon al-Muqaiqis (pemerintah Mesir) telah menulis surat kepada Amru al`As katanya:

“Kamu telah memasuki negeri kami, kamu bersungguh-sungguh untuk memerangi kami, kamu telah lama tinggal di bumi kami, tetapi kamu hanyalah kumpulan yang kecil, pasukan Romawi sudah bersiap sedia untuk memerangi kamu, mereka memiliki kelengkapan senjata dan bekalan yang cukup sedangkan kamu telah terkepung dengan Sungai Nil, kamu hanyalah tawanan ditangan-tanngan kami, maka hantarkan kepada kami beberapa orang lelaki kamu supaya kami mendengar pendapat mereka mudah-mudahan berlaku antara kita persetujuan yang kamu suka dan juga kami dan dapat memberhentikan peperangan antara kita sebelum ketibaan tentera Rom dan ketika itu tidak berguna lagi bercakap dan kamu tidak mampu lagi bercakap dan mungkin kamu akan menyesal sekiranya keputusannya tidak menyebelahi kamu maka utuskanlah kepada kami lelaki-lelaki kamu supaya kita boleh membuat persetujuan terhadap sesuatu yang diredai.”
Read more…

Categories: Tasawwur Islami

Kuasa Positif dan Negatif

November 20, 2011 Leave a comment

Allah telah menutup surah-surah dalam susunan al-Quran dengan surah an-Nas.

Al-Quran adalah Kalamullah merupakan perintah dan arahan Allah, garis-garis panduan dan neraca hidup untuk manusia; Ia mengandungi pernyataan matlamat manusia di ciptakan, asas-asas manhaj, sistem, perundangan, adab dan akhlak yang perlu dilaksanakan, kisah-kisah perjuangan para utusan Allah sejak zaman manusia pertama Adam a.s. hinggalah riwayat hiduprasul terakhir Muhammad s.a.w., gambaran kehidupan semula selapas dunia ini dimusnahkan dan bukti-bukti kekuasaan Allah melalui pengkisahan penciptaan segala yang berada dicakrawala, bumi dan lautan.

Allah SWT juga mencerikan sifat-sifat dan nama-namanya yang mulia seterus mengkisahkan tabiat permusuhan antara manusia dan Iblis sehingga hari kiamat.

Allah menegaskan bahawa iman, taqwa, ehsan, baik sangka dan kata-kata yang baik akan memandu manusia kepada kehidupan yang baik dan menjamin manusia memasuki syurga Allah. Read more…

Categories: Uncategorized

Adakah Melayu Berfikir Di Luar Kotak?

November 18, 2011 Leave a comment

Adakah permusuhan antara PAS dan UMNO telah ditakdirkan?

Apabila seorang imam membaca doa `qunut nazilah’ kebetulan pula beliau adalah ahli PAS siapakah sebenarnya yang terbayang dihatinya sebagai musuh sedangkan makmumnya ada juga ahli UMNO. Sekiranya imam tersebut ahli UMNO dan membaca `qunut nazilah’ siapakah pula yang terbayang dihatinya sebagai musuh.

Begitu juga setiap kali takbir hari raya siapakah yang dimaksudkan dalam ucapan takbir tersebut.? Siapa sebenarnya yang menjadi musuh? Bagaimana pula hubungan PAS dan DAP , UMNO dan MCA apakah mereka bersaudara dan bukan musuh sejak azali?

Bagaimana pula Yahudi dan bani Isra`il, Amarika dan Russia, China dan Jepun apakah Allah reda dengan mereka, dunia dan akhirat?? Read more…

Categories: Tasawwur Islami

Melayu Tidak Sepakat Islam Tetap Berdaulat?

November 11, 2011 56 comments

Sebelum nenek moyang kita bangsa Melayu memeluk Islam kita tidak ada apa-apa yang boleh di banggakan. Bahasa, tulisan, adat resam, budaya, kesenian, pakaian; sebutlah apa sahaja maka yang terbayang dilintasan fikiran adalah satu kelompok manusia yang bercawat.

Namun nenek moyang kita telah membuat keputusan tepat untuk menjadikan Islam sebagai anutan mereka dan telah menjadikan Islam sebagai dasar dan sistem hidup mereka yang menyeluruh. Islam telah merubah neraca fikir mereka, Islam telah mengubah adat resam mereka, Islam telah menjadikan mereka hidup dilingkungi budi pekerti yang luhur, berani, berdikari dan memimpin sebuah Empayar yang terkenal dengan Empayar Kesultanan Islam Melaka. Read more…

Categories: Tasawwur Islami

kejayaan

September 14, 2011 Leave a comment

Kejayaan adalah hasil daripada tindakan dan aktiviti yang betul. Tindakan akan betul jika pemikiran betul.Pemikiran akan betul dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Jika keadaan mereka hari ini sama dengan keadaan mereka 5 tahun yang lalu maka keadaan mereka juga akan sama lagi lima tahun jika mereka tidak membetulkan cara fikir, menukar tindakan dan aktiviti lama dengan aktiviti baru..

Categories: Uncategorized