Home > Tasawwur Islami > Mempelajari Islam Bukan Hak Eklusif Umat Islam.

Mempelajari Islam Bukan Hak Eklusif Umat Islam.

Lahirnya pelbagai gerakan anti Islam, seruan-seruan yang bercanggah dengan aqidah dan nas-nas al-Quran berpunca daripada kejahilan masyarakat khususnya rakyat Malaysia mengenai intipati ajaran Islam yang sebenar. Kejahilan ini berpunca daripada mereka tidak mempelajari ilmu-ilmu Islam dan ajarannya yang lengkap disebabkan ia tidak menjadi subjek wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia hatta kepada rakyat yang beragama Islam. Sedangkan di zaman keagungan Islam, universiti-universiti Islam di Baghdad dan di Cardova dihadiri dan dipelajari oleh masyarakat dunia termasuk golongan bukan Islam.

Aliran pemikiran libralisma dan pluralisma agama di Malaysia adalah aliran pemikiran yang bercanggah dengan aqidah Islam dan ia berpunca daripada kejahilan penganutnya terhadap ajaran Islam yang sebenar. Golongan bukan Islam yang mempelajari Islam daripada minda barat telah memahami Islam dengan cara yang salah, penuh kebencian dan kedengkian kepada Islam.

Walaupun Islam adalah agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan menjadi aspek penting dalam kontrak sosial telah dengan sengaja ditentang oleh sebahagian golongan bukan Islam di Malaysia disebabkan kejahilan mereka mengenai hakikat Islam yang sebenar.

Kesan daripada Islam tidak menjadi dasar dalam sistem pendidikan, subjek-subjek Islam yang bersifat mendidik tidak menjadi subjek teras kepada seluruh rakyat sebagaimana seperti subjek Bahasa, Sains, Sejarah dan lain-lain, telah menjadikan identiti keIslaman umat Islam semakin terhakis. Maka lahirlah masyarakat yang rendah nilai akhlaknya, lemah jatidiri, terjebak ke dalam gejala sosial, najis dadah, salah laku dan pelbagai jenayah termasuk rasuah dan pecah amanah.

Ilmu-ilmu wahyu adalah iImu yang hebat dan lebih hebat daripada Sains. Ia sepatutnya tidak menjadi subjek eklusif golongan tertentu dan diajar disekolah-sekolah tertentu sahaja. Ilmu Islam adalah ilmu universal yang telah membangunkan tamddun dunia berabad lamanya. Lantaran itu ilmu ini perlu di dedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ilmu ketamadunan manusia.

Selepas kejatuhan khalifah Uthmaniyyah, barat telah mengambilalih dan cuba memonopoli seluruh ilmu termasuk mengajar subjek-subjek Islam diperingkat sarjana mengikut kacamata mereka sendiri. Ramai cendekiawan dunia Islam melanjutkan pelajaran ke Eropah untuk melanjutkan pengajian Islam di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Kesannya ramai ilmuan Islam menjadi cair identiti mereka, tidak menonjolkan diri sebagai ulama warisan nabi yang mewakafkan diri bagi membangunkan jatidiri umat Islam secara seimbang.

Tidak ada sumbangan paling besar pemerintah kepada agama Islam selain melaksanakan syariat Islam dan menjadikan Ilmu Islam sebagai ilmun wajib dipelajari semua rakyat. Satu amal soleh yang mampu menyelamatkan pemimpin-pemimpin Islam di akhirat selain melaksanakan sistem Islam ialah menjadikan ilmu-ilmu wahyu sebagai ilmu teras yang diajarkan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang agama sebagaimana ilmu-ilmu Sains, Bahasa dan lainnya.

Dengan menjadikan Islam sebagai dasar pendidikan negara dan subjek-subjek utama Islam menjadi subjek wajib kepada seluruh rakyat telah menjadikan kerajaan melaksanakan sebahagian tugas amar makruf dan nahi mungkar yang menjadi teras pemerintahan Islam.

Berpaksikan dasar tiada paksaan dalam beragama yang menjadi dasar penting Islam maka rakyat berhak mempelajari agama Islam dan rakyat bukan Islam diberi kebabasan sama ada memilih Islam sebagai anutan dan cara hidup mereka atau sebaliknya. Memandangkan tugas dakwah adalah tugas utama yang diwajibkan Allah kepada sesiapa yang memikul amanah pemerintah maka tugas ini tidak akan terangkat melainkan dengan mewajibkan Ilmu Islam kepada seluruh rakyat tanpa mengira latarbelakang agama.

Sesuai dengan langkah kerajaan untuk menyemak semula sistem pendidikan negara maka saya cadangkan agar kerajaan memasukkan subjek pengajian Islam untuk semua rakyat sebagai matapelajaran wajib bermula daripada sekolah rendah lagi. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar bukan Islam di dedahkan dengan pengajian Bahasa Arab, Konsep-konsep Asas Islam,  al-Quran dan Sains, hadis-hadis nabi berkaitan jatidiri dan akhlak, hukum hakam berkaitan muamalat Islam, sejarah perundangan dan tamaddun Islam dan asas-asas memahami hukum-hukum Islam.

Tujuannya agar rakyat bukan beragama Islam di Malaysia lebih memahami pegangan, adab resam dan nilai-nilai yang ada di dalam ajaran Islam. Kefahaman ini akan membawa kepada persefahaman antara rakyat, wujud sikap bertolak-ansur dan toleransi kepada Islam. Lantaran itu rakyat bukan Islam akan menilai Islam berdasarkan ilmu dan maklumat bukan berdasarkan tingkah laku masyarakat Islam yang tidak mengamalkan Islam.

Tidak ada sebab rakyat Malaysia untuk menentang idea ini kerana ilmu-ilmu Islam telah menjadi rujukan kebanyakan ilmu dunia seperti undang-undang, mathematic, sains, sejarah, geografi dan sebagainya. Memandangkan selama ini ilmu-ilmu ini diolah oleh ilmuan barat maka berlaku penyelewangan sesetengah fakta mengenai Islam dan menjadikan manusia tidak memahami Islam secara adil dan mentafsirkan Islam dengan gambaran yang salah. Sepatutnya masyarakat dunia mempelajari dan memahami Islam daripada umat Islam yang beroutoriti bukan daripada tulisan sarjana barat yang tidak menganut Islam.

Bukti Islam dapat diterima oleh masyarakat dunia ialah apabila sistem kewangan Islam di ajar dan di laksanakan di Malaysia. Kini Malaysia telah menjadi peneraju dalam sistem kewangan Islam dan takaful terutamanya apabila Malaysia terselamat dalam krisis kewangan yang melanda dunia baru-baru ini. Kestabilan kewangan Islam telah menjadikan sistem kewangan Islam menjadi sistem alternatif di seluruh dunia.

Walaupun sistem faraid didakwa oleh sesetengah pihak tidak memberi keadilan kepada kaum wanita tetapi sistem wasiat yang di amalkan dalam perundangan conventional lebih zalim kepada hak-hak waris terutamanya jika simati mewasiatkan seluruh hartanya kepada orang lain, ketika itu anak-anak dan isteri simati tidak berhak mencabar wasiat tersebut. Sebaliknya dalam Islam wasiat kepada waris hanya sah dengan persetujuan semua waris dan wasiat kepada bukan waris hanya sah dengan kadar maksima 1/3 daripada harta peninggalan simati. Seorang pesrta berbagsa Cina dalam kelas faraid menyatakan sistem ini lebih adil untuk waris berbanding sistem wasiat conventional dan beliau mencadangkan agar undang-undang faraid dan wasiat Islam tidak terpakai hanya kepada umat Islam sahaja.

Jika masyarakat dunia menggunakan pemikiran yang rasional sudah pasti mereka akan merasa rugi tidak mempelajari ilmu yang amat berharga dalam ajaran Islam, maka ilmu-ilmu Islam tidak sayugia menjadi ilmu eklusif umat Islam sahaja.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: