Home > Tasawwur Islami > Hanya Tiga Pilihan.

Hanya Tiga Pilihan.

Apabila al-Amru bin Al `As r.a. mengepung kubu Babylon al-Muqaiqis (pemerintah Mesir) telah menulis surat kepada Amru al`As katanya:

“Kamu telah memasuki negeri kami, kamu bersungguh-sungguh untuk memerangi kami, kamu telah lama tinggal di bumi kami, tetapi kamu hanyalah kumpulan yang kecil, pasukan Romawi sudah bersiap sedia untuk memerangi kamu, mereka memiliki kelengkapan senjata dan bekalan yang cukup sedangkan kamu telah terkepung dengan Sungai Nil, kamu hanyalah tawanan ditangan-tanngan kami, maka hantarkan kepada kami beberapa orang lelaki kamu supaya kami mendengar pendapat mereka mudah-mudahan berlaku antara kita persetujuan yang kamu suka dan juga kami dan dapat memberhentikan peperangan antara kita sebelum ketibaan tentera Rom dan ketika itu tidak berguna lagi bercakap dan kamu tidak mampu lagi bercakap dan mungkin kamu akan menyesal sekiranya keputusannya tidak menyebelahi kamu maka utuskanlah kepada kami lelaki-lelaki kamu supaya kita boleh membuat persetujuan terhadap sesuatu yang diredai.”

Apabila utusan al Muqaiqis ini tiba kepada Amru al`As utusan itu ditahan selama dua hari dua malam sehingga menimbulkan kebimbangan di hati al-Muqaiqis sehingga beliau berkata: “ apakah pendapat kamu? Adakah mereka menahan utusan dan membunuhnya? Adakah ia amalan yang halal dalam agama mereka?

Amru al`As hanya inginkan agar utusan-utusan tersebut memerhatikan keadaan tentera-tentera Islam. Lalu Amru membalas surat melalui utusan al-Muqaiqis dengan katanya:

“ Sesungguhnya tidak ada urusan antara aku dan kamu melainkan 3 pilihan: Sama ada kamu memeluk Islam, maka kamu menjadi saudara kami dan menjadi hak kamu apa yang menjadi hak kami jika kamu tidak bersetuju hendaklah kamu menyerah kalah dan membayar jizyah atau kami memerangi kamu dengan sabar sehingga Allah memutuskan antara kita sebaik-baik keputusan”.

Apabila utusan al Muqaiqis tiba kepadanya beliau bertanya: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang mereka?” Utusan itu menjawab : “ Kami melihat satu kaum lebih sukakan mati daripada hidup, suka merendah diri daripada meninggi diri, tidak ada seorangpun dikalangan mereka yang menginginkan nikmat dunia dan mengharapkannya. Mereka hanya duduk di atas tanah dan makan di atas tanah, pimpinan mereka sama seperti mereka, kamu tidak dapat membezakan siapakah yang paling tinggi pangkatnya dan yang paling rendah, tidak ada tuan-tuan hamba dikalangan mereka. Apabila tiba waktu solat tidak ada seorangpun yang tertinggal daripada solat, mereka membasuh jari-jari mereka dengan air dan amat khusyu’ di dalam solat mereka”

Di situ al-Muqaiqis berkata: “ Demi Tuhan yang aku bersumpah dengan namanya, sekiranya mereka dihalang oleh gunung akan lenyaplah gunung, tidak ada sesiapapun yang mampu memerangi mereka sekiranya kita tidak berjaya berdamai dengan mereka hari ini. Mereka tidak akan menyahut permintaan kita lagi selepas hari ini jika mereka berjaya menawan bumi kita lalu al-Muqaiqis menghantar utusannya dan berkata:

“ Hantarkan kepada kami utusan kamu supya kami boleh berbincang mudah-mudahan ada kebaikan kepada kami dan kamu”.

Lalu Amrupun mengutuskan sepuluh orang sahabat antara mereka Ubadah bin al-Samit r.a. dan Amru memerintahkan beliau menjadi jurucakap mereka dan tidak menerima apa-apapun tawaran mereka melainkan 3 pilihan.

Ubadah bin Al Samit r.a. adalah seoang yang berwarna hitam kulitnya. Setelah mereka menaiki perahu menemui al-Muqaiqis dan masuk menemuinya Ubadahpun bergerak menemuinya lalu al-Muqaiqis merasa gerun dengan sebab kehitamannya dan berkata: “ Jauhkan daripadaku si Hitam ini dan bawakan kepadaku orang lain untuk bercakap denganku”.

Lalu sahabat-sahabat yang bersama berkata: “ Sesungguhnya lelaki hitam ini lebih baik daripada kami semua; ilmu dan pendapatnya, dialah ketua kami dan yang terbaik dikalangan kami dan dilantik untuk mengetuai kami, kami akan bersetuju dengan pendapat dan kata-katanya. Amir kami telah melantiknya selain kami untuk membawa perintahnya dan kami telah diperintahkan supaya tidak membantah pendapatnya”.

Al-Muqaiqis berkata: “ Bagaimanakan kamu rela menjadikan sihitam ini lebih mulia daripada kamu sepatutnya dia lebih rendah daripada kamu”.
Mereka menjawab : “ Tidak, beliau walaupn hitam sebagaimana kamu lihat tetapi beliau lebih mulia daripada kami kedudukannya, lebih dahulu memeluk Islam daripada kami dan lebih baik ilmu dan pendapat dan dikalangan kami warna kulit yang hitam tidak menjadi sebab dia ditolak”.
Lalu al-Muqaiqis berkata kepada Ubadah: “ Kemarilah wahai si hitam dan bercakaplah dengan lembut kerana kehitamanmu menakutkan aku, jika kamu berkasar bertambahlah ketakutanku”.

Ubadah r.a. pun mara dan berkata:
“ Aku telah mendengar ucapanmu, sesungguhnya dibelakangku ada seribu orang sahabatku kesemua mereka hitam sepertiku, malah lebih hitam dan lebih menakutkan rupanya . Jika kamu melihat mereka maka lebihlah kamu takuti mereka daripadaku, aku telah dipilih dan aku telah hilang kepemudaanku walaupun begitu Alhamdulillah aku tidak akan takut untuk memerangi seratus orang musuh jika semua mereka memerangi aku begitulah juga semua sahabatku kerana kami hanya ingin berjihad di jalan Allah dan mencari keredaan Allah taala. Kami bukan memerangi musuh Allah kerana cintakan dunia dan bukan ingin mengumpul harta dunia walaupun Allah halalkannya kepada kami. Kami tidak peduli sekiranya kami memilki sepulau emas atau kami tidak memiliki melainkan satu dirham kerana matlamat kami di dunia ini hanyalah makanan yang boleh menghilangkan kelaparan dan selimut. Jika kami tidak memiliki dunia melainkan hanya kedua-duanya sudah bermadai untuk kami. Jika seseorang kami memiliki sepulau emas akan dibelanjakannya di jalan Allah dan hanya berpada dengan apa yang ada dalam genggaman tangannya kerana nikmat dunia bukanlah nikmat sebenarnya dan kemewahannya bukanlah kemewahan sebenar kerna kenimatan dan kemewahan sebenar hanayalah dinegeri akhirat. Itulah perintah Allah kepada kami dan perintah nabi kami dan meminta kami berjanji supaya setiap orang tidak menjadikan cita-citanya terhadap dunia hanyalah sekadar cukup untuk menahan lapar dan menutup aurat nya dan hanya menjadikan keredaan tuhannya dan berjihad terhadap musuhnya menjadi tujuan dan kesibukan hidupnya.”

Apabila al.Muqaiqis mendengarnya lantas beliau berkata kepada pengikutnya:

“ Pernahkah kamu mendengar kata-kata seumpama lelaki ini sebelum ini? Wajahnya telah menakutkan aku tetapi kata-katanya lebih menakutkan aku daripada wajahnya, sesungguhnya lelaki ini dan sahabat-sahabatnya telah dikeluarkan Allah untuk memusnahkan bumi, aku tidak percaya melainkan rajanya akan menguasai dunia seluruhnya lalu al-Muqaiqis mengadap Ubadah dan berkata:

“ Wahai lelaki, aku telah mendengar ucapan kamu, apa yang kamu kata mengenai kamu dan sahabat-sahabat kamu demi umurku tidak sampai kepadaku berita tentang kamu melainkan sebagaimana apa yang kamu khabarkan, tidaklah yang menjadi sebab kamu berjaya mengalahkan musuh kamu melainkan kerana mereka mencintai dunia dan amat mengharapkannya”.

“ Sesungguhnya tentera Rom telah menuju ke sini dengan jumlah tentera yang ramai tidak terhitung, mereka adalah kaum yang terkenal tangkas, kuat yang tidak kisah siapa yang mereka jumpa dan perangi. Kami mengetahui bahawa kamu tidak akan mampu memerangi mereka kerana keadaan kamu yang telah lemah dan jumlah kamu yang sedikit. Kamu telah berada dibumi kami berbulan-bulan. Keadaan kehidupan kamu sudah sempit dan kami bersimpati terhadap kelemahan kamu dan kekurangan yang ada pada kamu. Kami ingin berbuat baik kepada kamu dengan berdamai dengan kamu dengan memberikan kepada setiap orang daripada kamu dua dinar seorang dan kepada amir kamu seratus dinar dan kepada khalifah kamu seribu dinar supaya kamu meninggalkan bumi kami sebelum kamu dikalahkan oleh tentera yang kamu tidak mampu mengalahkan mereka”.

Ubadah bin al-Samit r.a. berkata: “ Wahai yang ini; Kamu dan sahabat-sahabat kamu janganlah bongkak; apa yang kamu ugutkan kami dengan tentera Rom yang ramai dan kami tidak mampu mengalahkan mereka; demi umurku ini tidaklah menakutkan kami dan tidak akan mematahkan usaha kami, jika apa yang kamu katakana itu benar demi Allah maka itu lebih kami suka untuk berperang dengan mereka dan kami amat berharap dapat memerangi mereka kerana ia lebih baik kepada kami untuk mendapat ganjaran yang lebih besar daripada keampunanNya jika kami berperang dengan mereka. Jika kami memerangi mereka sehingga orang yang terakhir lebih tinggi peluang kami untuk mendapat keredaan Allah dan syurganya. Tidak ada yang lebih menyejukkan hati kami daripada kamu ketika itu kerana kami akan mendapat salah satu daripada dua kebaikan; sama ada kami mendapat ghanimah dunia jika kami memang atau ghanimah akhirat jika kami tewas daripada kamu dan syurga lebih kami cintai daripada dua pilihan itu setelah kami berusaha. Sesungguhnya Allah berfirman kepada kami dalam kitabnya:

Bermaksud “ berapa ramai kumpulan sedikit telah mengalalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar”.

“ Tidak ada seorangpun dikalangan kami melainkan sentiasa berdoa pagi dan petang supaya dikurniakan kepadanya syahadah dan supaya dia tidak dipulangkan kenegerinya, tidak kepada isteri dan anak-anaknya, tidak ada seorangpun daripada kami bercita-cita untuk kembali setelah setiap orang daripada kami telah meninggalkan isteri dan anak-anaknya kepada tuhannya hanya yang menjadi cita-cita kami adalah apa yang dihadapan kami.”

“ Apa yang kamu kata bahawa kami dalam kesempitan dan kesusahan mengenai keadaan dan kehidupan kami, sebenarnya kami dalam keadaan mewah dan cukup, kalaulah dunia seluruhnya milik kami, kami tidak memerlukan melainkan apa yang kami perlu, maka lihatlah bagaimana yang kamu mahu melihat kami.”

“ Tidak ada pilihan lain antara kamu dan kami selain tiga pilihan yang akan kami terima daripada kamu, pilihlah apa yang kamu suka janganlah kamu mengikut nafsu dalam perkara batil itulah perintah amir kami dan itulah perintah amirul mukminin dan itu juga janji kami sebelumnya dengan rasulullah s.a.w.”

“ Sekiranya kamu menerima Islam ia adalah Agama yang Allah tidak menerima selainnya, dia agama sekelian nabi-nabiNya, rasul-rasul dan malaikatnya. Kami diperintahkan oleh Allah untuk memerangi sesiapa yang menentangnya kami akan mengharap mereka memeluk Islam; jika mereka menerima Islam maka menjadi hak mereka apa yang menjadi hak kami dan mereka adalah saudara kami dalam agama Allah, jika kamu dan sahabat kamu menerima Islam berbahagialah kamu dunia dan akhirat dan kami tidak akan memerangi kamu dan tidak halal kami menyakiti kamu. Jika kamu enggan melainkan membayar jizyah maka tunaikan jizyah dalam keadaan kamu menyerah kalah kami akan beruurusan dengan kamu mengikut apa yang dipersetujuai setiap tahun selagi kamu dan kami hidup, kami akan memerangi sesiapa yang memusuhi kamu, maruah, harta dan bumi kamu. Jika kamu enggan maka tidak ada hukuman antara kami dan kamu melainkan pedang sehingga kami semua mati atau kami menguasai negeri kamu. Inilah agama anutan kami kerana Allah taala; tidak harus ada penyelesaian lain antara kami dan kamu selainnya; Maka apakah pendapat kamu?”.

Petikan daripada karangan Dr Ali Muhammad Muhammad al-Solabi.

Inilah kefahaman generasi salaf, namun Islam kini kembali dagang sebagaimana ia bermula dengan dagang dan terasing namun manhaj nabi s.a.w. di zaman permulaan dakwah jelas tidak mencampur adukkan manhaj dan sibghatullah dengan mahaj-manhaj golongan yang tidak beriman dengan Allah. Rasa Izzah dengan Islam, tawakkal kepada Allah tidak akan mengizinkan golongan pendakwah mencari keredaan golongan yang membawa agenda musuh Islam dengan menolong mereka dan meminta pertolongan daripada mereka.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: