Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Libralisma jelmaan Sekular

May 7, 2012 1 comment

Peperangan antara Iblis dan keturunan Adam tidak akan berakhir sehingga hari kiamat kerana Allah telah memperkenankan doa Iblis untuk memanjangkan usianya sehingga kiamat.

Pengalaman Iblis menyesatkan manusia di sepanjang sejarah manusia menjadikan dia cukup mahir dengan kaedah bagi menjauhkan manusia daripada mentauhidkan Allah.

Golongan kafir adalah golongan yang terdedah dengan bisikan Iblis dan mereka secara automatik akan mudah diperalatkan oleh Iblis untuk memusuhi Islam dan menghalang umat manusia daripada mendekati Islam. Golongan Yahudi Zionis adalah golongan yang amat memusuhi Islam abad ini yang mempertuhankan Iblis.

Pertembungan Islam dan Yahudi bermula sejak selepas zaman nabi Musa , di zaman nabi Zakaria, Yahya dan Isa a.s. hingga kini. Read more…

Kuasa Positif dan Negatif

November 20, 2011 Leave a comment

Allah telah menutup surah-surah dalam susunan al-Quran dengan surah an-Nas.

Al-Quran adalah Kalamullah merupakan perintah dan arahan Allah, garis-garis panduan dan neraca hidup untuk manusia; Ia mengandungi pernyataan matlamat manusia di ciptakan, asas-asas manhaj, sistem, perundangan, adab dan akhlak yang perlu dilaksanakan, kisah-kisah perjuangan para utusan Allah sejak zaman manusia pertama Adam a.s. hinggalah riwayat hiduprasul terakhir Muhammad s.a.w., gambaran kehidupan semula selapas dunia ini dimusnahkan dan bukti-bukti kekuasaan Allah melalui pengkisahan penciptaan segala yang berada dicakrawala, bumi dan lautan.

Allah SWT juga mencerikan sifat-sifat dan nama-namanya yang mulia seterus mengkisahkan tabiat permusuhan antara manusia dan Iblis sehingga hari kiamat.

Allah menegaskan bahawa iman, taqwa, ehsan, baik sangka dan kata-kata yang baik akan memandu manusia kepada kehidupan yang baik dan menjamin manusia memasuki syurga Allah. Read more…

Categories: Uncategorized

kejayaan

September 14, 2011 Leave a comment

Kejayaan adalah hasil daripada tindakan dan aktiviti yang betul. Tindakan akan betul jika pemikiran betul.Pemikiran akan betul dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Jika keadaan mereka hari ini sama dengan keadaan mereka 5 tahun yang lalu maka keadaan mereka juga akan sama lagi lima tahun jika mereka tidak membetulkan cara fikir, menukar tindakan dan aktiviti lama dengan aktiviti baru..

Categories: Uncategorized

Mukhlisin

August 26, 2011 Leave a comment

Ikhlas itu ketulenan
juga ketekunan
Dan kejujuran

Hinggap dihati
Menjadikannya lutsinar bagaikan kaca
Hilanglah segala karat dosa
Read more…

Categories: Uncategorized

musimnya akan berlalu

August 26, 2011 Leave a comment

hari ini gerimis bertukar menjadi ribut
petir mendentum-dentam menghambat awan gelap
sepintas kilat cahaya datang dan hilang
hujan berlari berbaris-baris
singgah di atap rumbia
di air sawah yang beralun bagai lautan
berkejar-kejar
dan tiba-tiba hilang
meragut keheningan
Read more…

Categories: Uncategorized

Melatih kepimpinan melalui berniaga

August 10, 2011 Leave a comment

Rasulullah s.a.w. telah mula berniaga sejak usianya remaja lagi apabila baginda mengikut bapasaudaranya Abu Thalib berniaga. Kemudian nabi s.a.w. mengurusakan perniagaan Khadijah sehingga baginda dilantik menjadi rasul. Sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin `Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwan, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al Jarrah dan Zaid bin Amr adalah tokoh-tokoh usahawan dikalangan sahabat dan sahabat besar yang banyak menyumbang harta mereka di jalan Allah. Mereka adalah sahabat-sahabat yang dijamin memasuki syurga.

Seorang peniaga adalah seorang usahawan dan nabi bersabda bermaksud : “Peniaga yang jujur akan dibangkitkan bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin”.
Read more…

Categories: Uncategorized

2010 in review

January 4, 2011 Leave a comment

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

The average container ship can carry about 4,500 containers. This blog was viewed about 20,000 times in 2010. If each view were a shipping container, your blog would have filled about 4 fully loaded ships.

In 2010, there were 16 new posts, growing the total archive of this blog to 83 posts. There were 14 pictures uploaded, taking up a total of 2mb. That’s about a picture per month.

The busiest day of the year was March 14th with 170 views. The most popular post that day was Bilakah Kesyumulan Islam Akan Tertegak?.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were inijalanku.wordpress.com, satuperkongsian.wordpress.com, ustabdullahzaik.wordpress.com, ismaweb.net, and suaradarigunung.wordpress.com.

Some visitors came searching, mostly for renungan2u, erti sebuah kehidupan, pemikiran positif, fiqh awlawiyat, and mujahadah.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Bilakah Kesyumulan Islam Akan Tertegak? March 2010
13 comments

2

Bangsa dan Islam May 2010
14 comments

3

Kita adalah ”Jama`ah minal muslimin” bukan ”Jama`atul Muslimin”. February 2010
6 comments

4

Mempelajari Usul Fiqh Wajib Keatas Pimpinan Harakah Islam? February 2010
6 comments

5

Penulis. August 2007
9 comments

Categories: Uncategorized

Jadilah Ibu Bapa Prihatin.

Bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perlu pandai merancang kewangan demi masa hadapan anak-anak terjamin. Hari ini ramai pelajar yang berhutang dengan MARA, PTPTN dan sebagainya terbelengu dengan hutang sedangkan mereka masih menganggur.

Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya ibubapa mula menabung untuk pendidikan anak-anak mereka sejak bulan pertama kelahirannya. Jika tidak berlakulah apa yang berlaku hari ini, anak-anak bukan sahaja menanggung beban hutang pengajian ditambah pula hutang kos majlis perkahwinan, hutang membeli kereta dan rumah.

Akhirnya seluruh generasi kita akan sentiasa terbeban dengan hutang yang tidak berkesudahan. Hidup dengan belengu hutang bukanlah ajaran Islam malah sekiranya hutang-hutang itu dilakukan secara konventional maka selama-lamanyalah generasi kita hidup di bawah laknat Allah kepada pemakan riba, penulisnya, pemiutangnya dan saksi-saksinya.

Keadaan ini sudah pasti menjadikan kehidupan ini tiada keberkatannya yang membawa kepada pelbagai krisis sosial yang lain.

Salah satu cara untuk mengatasi perkara ini adalah dengan menyertai takaful sarjana . Ia adalah plan untuk tabungan pendidikan disamping perlindungan akibat kerugian manfaat kewangan dengan kematian atau keilatan kekal yang berlaku kepada anak-anak.

baca selanjutnya

Categories: Uncategorized

Gerakan Berfasa adalah Sunnatullah.

March 31, 2010 2 comments

Tanggungjawab umat Islam adalah mengubah kemungkaran (taygyir). Perubahan bermaksud menggantikan kemungkaran dengan kebenaran bukan menghapuskan kemungkaran dan menggantikannya dengan kemungkaran yang lain. Malah kita dilarang mengubah sesuatu kemungkaran jika boleh menyebabkan wujudnya kemungkaran lain lebih besar. Allah melarang umat Islam mengutuk berhala kerana akan menyebabkan orang kafir mengutuk Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana cara merubah tamaddun jahiliyyah kepada Islam melalui penurunan wahyu secara beransur-ansur kepada rasulullah s.aw. Allah mentaklifkan manusia untuk menegakkan Islam, Allah juga telah meletakkan sunnah kepada perubahan manusia yag berubah secara beransur-ansur. Maka proses merubah tamaddun manusia juga perlu dilakukan secara beransur-ansur atau berfasa.
Read more…

Categories: Uncategorized

Konvensyen Pemikiran al-Banna

January 15, 2010 Leave a comment

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Lawati laman ini untuk mendaftar: Kobanna

Categories: Uncategorized