Home > Uncategorized > Kuasa Positif dan Negatif

Kuasa Positif dan Negatif

Allah telah menutup surah-surah dalam susunan al-Quran dengan surah an-Nas.

Al-Quran adalah Kalamullah merupakan perintah dan arahan Allah, garis-garis panduan dan neraca hidup untuk manusia; Ia mengandungi pernyataan matlamat manusia di ciptakan, asas-asas manhaj, sistem, perundangan, adab dan akhlak yang perlu dilaksanakan, kisah-kisah perjuangan para utusan Allah sejak zaman manusia pertama Adam a.s. hinggalah riwayat hiduprasul terakhir Muhammad s.a.w., gambaran kehidupan semula selapas dunia ini dimusnahkan dan bukti-bukti kekuasaan Allah melalui pengkisahan penciptaan segala yang berada dicakrawala, bumi dan lautan.

Allah SWT juga mencerikan sifat-sifat dan nama-namanya yang mulia seterus mengkisahkan tabiat permusuhan antara manusia dan Iblis sehingga hari kiamat.

Allah menegaskan bahawa iman, taqwa, ehsan, baik sangka dan kata-kata yang baik akan memandu manusia kepada kehidupan yang baik dan menjamin manusia memasuki syurga Allah.

Sebaliknya keraguan, tabiat hidup yang buruk, perkataan yang negatif, lintasan hati yang jahat akan mencetuskan aura buruk, semangat yang lemah dan mendorong kepada kegagalan di dunia dan akhirat.

Hidup ini adalah perjuangan untuk mendominasikan persekitaran yang positif bagi mengurangkan daya-daya yang negatif.

Allah memerintahkan umat Islam supaya berhati-hati dengan lintasan jahat yang sentiasa memerangi di dalam jiwanya. Lintasan-lintasan dan bisikan negatif adalah bisikan syaitan. Ia adalah bisikan yang melemahkan keinginan manusia untuk melakukan kebaikan hatta untuk dirinya.

Lantaran itu Allah memerintahkan umat Islam agar memulakan seluruh tindakan dengan menyebut bismillah, berniat melakukan sesuatu kerana Allah dan dimulakan dengan doa mengharapkan bantuan Allah Azza wa Jalla. Nabi s.a.w melarang kita agar mempercayai wujudnya kesialan pada sesuatu tetapi sentiasa mengajar kita agar beranggapan baik dan bersangka baik dengan Allah s.w.t.

Hinggakan ketika saat kematianpun manusia diperintahkan nabi s.a.w. untuk bersangka baik yang dia akan diampunkan Allah dan dimasukkan Allah kedalam syurganya. Bagi mereka yang datang menziarahi orang yang sakit atau jenazah dilarang bercakap mengenainya melainkan perkataan-perkataan yang baik kerana para malaikat yang hadir akan mengaminkan apa sahaja ucapan manusia.

Kata-kata manusia dan lintasan niatnya adalah doa; jika positif maka perkara positiflah yang akan datang kedalam kehidupannya. Jika negatif dan keburukan maka itulah yang akan di aminkan oleh para malaikat.

Jika manusia iginlan kejayaan, keberanian, kekuatan, kebaikan, kekayaan, kesihatan, kemakmuran, kasih dan sayang maka perbanyakkan berfikir dan menyebut segala-gala yang berkaitan dengannya. Keyakinan manusia terhadap sesuatu perkara yang baik akan menjadikannya mendapat apa yang diyakininya.

Mulakan harimu dengan solat, zikir dan tilawah al-Quran agar sinar-sinar hidayah dan kuasa positif mengiringi kehidupanmu. Jangan membaca berita-berita buruk, mendengar kisah-kisah negatif dan membicarakan perkara yang anda tidak mahu ia berlaku dalam diri kerana apa yang difikirkan, dibaca dan dibicarakan juga adalah merupakan doa.

Setiap apa yang difikirkan dan dibicarakan ada getarannya yang melahirkan gelombang. Gelombang tersebut akan keluar ke alam ini dan dan menarik gelombang yang sama kedalam hidup sehinggalah perkara yang difikrkan itu menjadi satu realiti.

Jika lintasan malas, lemah, malu, segan, penat, buruk sangka, tidak mahu, tidak sanggup, tidak yakin, ragu-ragu, takut dan sebagainya terlintas dalam fikiran dan anda meyakininya dan tidak melawannya dengan frasa-frasa positif seperti rajin, kuat, berani, hebat, bertenaga, yakin boleh, yakin berjaya maka apa yang mendominasi jiwa anda itulah akan menguasai hidup anda.

Jika kita inginkan masahadapan yang gemilang hebat kita perlu mengubah budaya fikir negatif kepada positif, budaya mengkritik kepada budaya memberikan cadangan alternatif, budaya mengutuk kepada mencari kebaikan, budaya mencari kelemahan kepada mencari kebaikan, sesuatu yang buruk dinasihati secara tersembunyi dan sesuatu yang baik dibicarakan terang-terangan.

Kita perlu saling menguatkan bukan saling meruntuh dan melemahkan. Kebenaran yang yakin diperkatakan dan keburukan yang dzanni di siasat dan dikenalpasti sebelum diajukan kepada pihak yang berkewajiban bagi menyelesaikannya.

Apapun keburukan umat dalam aspek akhlak, ekonomi, sosial, politik, individu, keluarga dan sistem negara berpunca daripada kelemahan dalam diri manusia itu sendiri.

Marilah setiap insan beriman dan bertakwa memulakan fokus memperbaiki insan di dalam lingkungan keluarganya, masyarakatnya, institusi yang dianggotainya dan menyemarakkan gelombang positif.

Mulakan pagimu dan akhiri malammu dengan membaca surah an-Nas.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: