Home > Uncategorized > Melatih kepimpinan melalui berniaga

Melatih kepimpinan melalui berniaga

Rasulullah s.a.w. telah mula berniaga sejak usianya remaja lagi apabila baginda mengikut bapasaudaranya Abu Thalib berniaga. Kemudian nabi s.a.w. mengurusakan perniagaan Khadijah sehingga baginda dilantik menjadi rasul. Sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin `Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwan, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al Jarrah dan Zaid bin Amr adalah tokoh-tokoh usahawan dikalangan sahabat dan sahabat besar yang banyak menyumbang harta mereka di jalan Allah. Mereka adalah sahabat-sahabat yang dijamin memasuki syurga.

Seorang peniaga adalah seorang usahawan dan nabi bersabda bermaksud : “Peniaga yang jujur akan dibangkitkan bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin”.

Sikap tawakkal dan menyedari rezki yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang tidak di sangka-sangka mengangkat mereka menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Para peniaga amat sedar punca rezeki mereka adalah daripada Allah. Meningkatnya nilai taqwa akan menjadikan rezki mereka bertambah dan setiap dosa yang mereka lakukan akan mengundang kepada mereka musibah. Sebab itu sekiranya mereka jujur, amanah dan bertaqwa darjat mereka setaraf dengan para nabi.

Syarat para peniaga untuk dibangkitkan bersama para siddiqin mereka hendaklah jujur dalam setiap transaksi. Kejujuran jiwa dan amalan mereka dalam urusan perniagaan menjadikan mereka layak untuk dibangkitkan bersama siddiqin.

Seorang peniaga adalah seorang mujahid yang berjuang dibidang muamalat Islam. Mereka perlu bermujahadah terhadap gejala rasuah, penipuan, sikap tidak amanah dan memungkiri janji, bermujahadah untuk mengutamakan kebajikan umat disamping melakukan amar makruf dan nahi munkar semasa kerjaya mereka maka sudah pasti mereka juga layak dibangkitkan bersama para syuhada.

Para peniaga memiliki pendapatan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang lain yang hanya membataskan pendapatan mereka dengan makan gaji. Melalui pendapatan ini mereka boleh bersedekah dan membantu faqir miskin, gerakan dakwah, ahli-ahli ilmu, ahli ibadah dan sebagainya maka layaklah mereka dimasukkan bersama golongan orang-orang yang soleh.

Berniaga juga merupakan medan melatih sifat kepimpinan, kerana seorang peniaga perlu berfikiran positif kreatif dan inovatif. Mereka perlu membuat perancangan, menganalisa kekuatan diri dan perniagaannya, menganalisa kelemahan, disamping mengenalpasti cabaran , ancaman dan peluang. Memiliki sifat cerdik atau fatonah dan pemikiran strategik adalah asas seorang pemimpin.

Seorang pemimpin terikat dengan sunnatullah dalam menggerakkan organisasinya. Pimpinan organisasi sama juga sebagaimana seorang peniaga yang perlu jelas matlamatnya yang ingin dicapai, matlamat yang realistik dan mampu dicapai pada masa yang ditentukan, jelas perancangan dan aktiviti pada setiap fasa tindakan menuju matlamat.

Seorang peniaga perlu memiliki sifat tawakkal yang tinggi yang terangkum dalam melakukan usaha yang betul, bersungguh-sungguh, bersabar, tidak berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba, sentiasa memiliki dada terbuka untuk menimba ilmu, menerima nasihat dan mendengar pelbagai kritikan pelanggan dan rakan seperjuangan. Hati mereka sentiasa bersama Allah setiap detik kerana mereka sedar kelalaian sedetik yang membawa mereka kekancah dosa akan menyebabkan mereka gagal atau ditimpa musibah yang merugikan masa dan wang ringgit.

Seorang peniaga sentiasa menggambarkan dengan jelas dalam layar mindanya matlamat yang akan dicapai dan matlamat itu terang jelas di depan mindanya. Keyakinannya untuk mencapai matlamat disebabkan keyakinannya kepada plan perniagaan yang telah dilaksanakan berdasarkan pengalaman dirinya dan pengalaman orang-orang terdahulu yang telah berjaya dalam bidangnya.

Kejayaan dalam apa usaha ialah sejauhmana kita berjaya meniru cara dan bagaimana orang terdahulu telah berjaya. Kegagalan seseorang disebabkan ciri-ciri seorang yang berjaya belum lagi dihayati sepenuhnya.

Sifat penting peniaga yang berjaya ialah sifat ikhlas dan fokus kepada satu-satu bidang dengan penuh ketekunan. Keikhlasan tercerna melalui memfokuskan hati kepada tanggunjawab yang dilakukan dengan betul dan tidak mencampurkan hatinya dengan matlamat yang menyimpang daripada tugasnya. Bahasa tuturkatanya, bahasa badannya, pendekatannya jelas sebagai seorang yang professional dan bebas daripada niat-niat lain selain daripada tugas semasanya. Pemimpin yang mencampuradukkan matlamat perjuangannya dengan matlamat peribadinya akan gagal dalam memimpin organisasinya.

Para peniaga akan sentiasa mengawasi jiwanya agar tidak terpengaruh dengan bisikan waswas syaitan yang ingin memesongkannya daripa tujuan sebenar.

Melalui sikap peniaga yang jujur ini akan lahir ciri kepimpinan yang diperlukan oleh sebuah organisasi terutamanya organisasi Islam.

Tetapi apakah alasan anda untuk tidak berniaga? Baca lanjut disini

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: