Archive

Archive for the ‘Tasawwur Amal Haraki’ Category

Adakah Saya Seorang Pendakwah

May 16, 2013 1 comment

albanna

 

Tidak ada perkataan yang lebih baik yang diucapkan oleh seseorang daripada mengajak manusia kepada Allah, kerana dengan sebab usaha seseorang menyebabkan seseorang lain mendapat hidayah Allah lebih baik baginya daripada apa yang berada di langit dan di bumi. Lantaran begitu besar ganjaran yang Allah janjikan kepada pendakwah maka ia menjadi rebutan semua muslim yang beriman untuk menjadikan dirinya tersenarai sebagai golongan pendakwah yang mengajak manusia kepada Allah.

Mengajak manusia kepada Allah adalah matlamatnya berdakwah. Mengajak manusia kepada Allah itulah impiannya, cita-citanya, harapannya, keazamannya, pemikirannya, usahanya, langkahnya, kata-katanya dan segala pengorbannnya. Tugasnya hanya berusaha dengan cara yang Allah reda dan hidayah kepada seseorang milik mutlak Allah jua.

Mengajak manusia kepada Allah ialah memperkenalkan siapakah Allah kepada manusia, menyedarkan kurnia nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada manusia, mengajak manusia sedar, insaf dan rasa berterima kasih atau bersyukur kepada Allah, dengan hanya mengagungkan Allah yang Esa, hanya menyembah dan memujiNya dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat, iklas, bersabar dan bersyukur atas segala ujian yang kurniaan Allah.

Mengajak kepada Allah ialah menyebarkan rasa cinta, rasa belas kasihan terhadap kesesatan manusia, rasa perihatin terhadap masadepan mereka di alam akhirat. Mengajak manusia kepada Allah ialah mengajak mereka sama-sama menghuni syurga di negeri akhirat dengan rasa penuh pengharapan mereka menerima seruan dan rasa bimbang dan cemas untuk menanggung segala kesesalan melihat anak dan isteri, ayah dan ibu, sanak saudara, sahabat handai, kenalan sedaerah, rakan sejawat dan siapa saja yang ditemui dan membahgiakan anda dengan senyuman tetapi mengharungi kepayahan di padang mahsyar, hitam wajah penuh penyesalan mengharapkan belas kasihan yang anda sendiri tidak mampu melakukan apa-apa disana.

Mengajak kepada Allah dengan mendahulukan kemaafan daripada kebencian, menghargai kebaikan daripada mendendami kejahatan, mendahului harapan daripada kekecewaan kerana Allah tidak pernah menutup pintu taubatNya sehinggalah masa yang telah ditentukan, kerana Allah tidak pernah melupakan kebaikan yang dilakukan walaupun bertimbun kejahatan yang di amalkan. Mengajak kepada Allah adalah menyebarkan RahmatNya, keampunanNya dan membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada Allah.

Mengajak kepada Allah ialah membantu manusia mengalahkan musuh-musuhnya; kejahilannya, tipudaya syaitan yang menghuni pembuluh darahnya dan ammarah nafsu yang menutup kewarasannya. Dengan kebijaksanaan pendakwah terbuka jiwanya menadah ilmu menerangi hidupnya, dengan hikmah pendakwah berjaya  menewaskan syaitan yang membakar takburnya dan dengan ketenangan pendakwah ammarah nafsu  kesumatnya tidak bangkit menentang kebenaran.

Pendakwah adalah wali Allah yang Rabbani; Membawa Rahmat Allah, Keadilan Allah, Keampunan Allah, Kebijaksanaan Allah dan Kasihsayang Allah mengatasi segala halangan thaghut yang cuba menggagalkan dakwah yang menyalakan api kebencian, menyekat arus kezaliman pertimbangan, menghitamkan jiwa dendam, menutup pintu pengharapan dan meniup bahang permusuhan.

Pendakwah itu dalam dadanya ada salji, atas lidahnya ada cahaya, pada akalnya ada harapan dan dalam jiwanya ada cinta dengan langkahnya menghambat segala penghasut yang bertapa dijiwa mad`unya.

Advertisements

Fiqh Tahaluf Siasi Dalam Ikhwan

August 8, 2011 3 comments

Perbincangan mengenai hukum bertahaluf telah saya lalui dalam usrah sejak tahun 90an lagi semasa saya masih belajar di Mesir. Risalah yang digunakan oleh naqib ketika itu ialah risalah “Jima’ al-Siyasat”. Petikan daripada risalah tersebut telah saya muatkan dalam buku susunan saya yang bertajuk “ Siasah Syariyyah Dalam Harakah Islamiyyah” yang diterbitkan pada tahun 2000.

Perbincangan mengenai Tahaluf adalah sebahagian daripada tajuk berkenaan siasah luaran sebuah gerakan Islam dalam menentukan polisi hubungan luarnya dengan organisasi atau kerajaan yang tidak melaksanakan Islam atau organisasi yang memusuhi Islam dan agenda perjuangan Islam.

Abu Ammar dalam bukunya al-Masar menggariskan bahawa ahli gerakan Islam perlu dididik dengan ilmu siasah sejak langkah pertama mereka dalam gerakan Islam dan beliau membahagikan siasah syariyyah dalam gerakan Islam kepada siasah dalaman, siasah pendidikan dan siasah luaran. Read more…

Kewajiban Memahami Sunnatullah

Undang-undang kehidupan, sunnatullah, undang-undang tabie, hukum alam dan takdir Allah adalah pelbagai istilah yang merujuk kepada satu perkara iaitu sistem dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah untuk alam ini sejak sebelum alam ini diciptakan. Allah telah menyusun kehidupan ini berasaskan sistem dan undang-undang tertentu daripada sel-sel yang paling kecil sehinggalah alam cakrawala yang luas.

Memahaminya dan menyusun kehidupan selari dengan sunnatullah ini adalah syarat kejayaan, kebahagiaan, keindahan dan segala kebaikan untuk kehidupan di dunia ini. Sebaliknya tidak memahami sunnatullah dan melawan arusnya akan membawa kepada kegagalan dan kemusnahan.

Read more…

Fiqh Haraki Daripada Pra Syarat Kemenangan.

Semua orang yang berjuang mengharapkan kemenangan. Malah ramai yang mengimpikan kemenangan berlaku semasa hidupnya.

Namun apakah definasi kemenangan yang diinginkan oleh Islam?.
Ada pejuang meletakkan kemenangan dalam perjuangannya ialah ; apabila berjaya menjadi wakil rakyat dan menjadi pemerintah di sesebuah negeri sebagaimana kejayaan nabi s.a.w meguasai kuasa pemerintahan di Madinah semasa hayat baginda.

Kejayaan memerintah sebuah negeri adakah satu kemenangan hakiki atau ia adalah satu bebanan tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat? Apakah mereka yang gagal mendapat kuasa semasa hidupnya di dunia adalah golongan yang gagal di akhirat?

Apakah kita diwajibkan berusaha mendapatkan kuasa dengan apa juga cara atau cara mendapatkan kuasa juga perlu mengikut landasan Syariat?. Apakah kuasa pemerintahan itu satu-satunya matlamat Islam maka apabila kita berkuasa kita telah dikira berjaya mencapai matlamat Islam?

Sebenarnya Islam mempunyai definasi tersendiri mengenai kejayaan dan kemenangan. Pejuang-pejuang Islam sebenar adalah mereka yang berjuang bagi merealisasikan kemenangan yang dikehendaki oleh Allah bukan kemenangan berdasarkan definasi mereka sendiri.

Read more…

Kita adalah ”Jama`ah minal muslimin” bukan ”Jama`atul Muslimin”.

February 26, 2010 9 comments

Kenyataan ini ditegaskan semula oleh Dr Muhammad Badi’ Mursyidul Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam ucaptamanya sekaligus mempertegaskan keaslian fikrah Imam al-Banna dalam aspek hubungan luarnya dengan gerakan Islam lain.

Kenyataan ini menjadi asas siyasah luaran Ikhwan dengan wadah-wadah lain selain Ikhwan sejak zaman al-Banna. Ikhwan mengiktiraf wujud perbezaan pendapat dalam memahami manhaj dakwah dan berlapang dada terhadap pejuang-pejuang Islam lain.

Jama`ah minal muslimin bermaksud Jamaah dari kalangan muslimin bukan Jama`atul Muslim yang bermaksud Jamaal muslimin yang hanya layak diberikan kepada khalifah Islam, ahli al-halli wa al-aqdi (ahli syura dalam khalifah Islam) atau ijma’ ulama.

Ikhwan menamakan diri mereka sebagai Jama`ah minal muslimin sebab mereka bukan khalifah Islam, bukan ahli syura khalifah Islam tetapi mereka hanyalah gabungan beberapa orang muslimin yang cintakan Islam dan berusaha untuk mengembalikan hak-hak Islam ketempatnya.
Read more…

Categories: Tasawwur Amal Haraki

Masyarakat akan tahu jika anda menyampaikan..

February 9, 2010 Leave a comment

Tugas kita hanya membuat perancangan, melaksanakannya dan berserah kepada Allah bagi menjayakan setiap usaha kita. Jika nisbah kejayaan kita 1:10 bermakna kita perlu berdakwah kepada 10 orang agar kita berjaya memasukkan seorang mad`u ke dalam proses-proses tarbiah. Jika setiap orang daripada kita meletakkan matlamat peribadinya untuk membawa 3 orang setahun menyertai kafilah dakwah, maka beliau perlu berdakwah kepada 30 orang setahun atau sekurang-kurangnya 3 orang mad`u sebulan.

Read more…

Categories: Tasawwur Amal Haraki

Katakanlah inilah jalanku..

April 18, 2009 16 comments

Ada pembaca dalam ruang komentar bertanya saya: ”Keterlibatan dengan politik kepartian untuk menegakkan Islam tidak bertepatan dengan syariat Islam? Berorientasikan sistem barat?”

Asal-usul sistem politik Malaysia.

Peperangan antara Islam dan Zionis bermula sejak sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. lagi. Golongan Yahudi telah dicatatkan dalam al-Quran sebagai golongan yang memusuhi para nabi dan Islam. Dalam peperangan mutakhir Yahudi memperalatkan golongan Kristian untuk menyertai peperangan Salib menentang Khalifah Islam. Read more…

Categories: Tasawwur Amal Haraki