Home > Usul Fiqh > Mempelajari Usul Fiqh Wajib Keatas Pimpinan Harakah Islam?

Mempelajari Usul Fiqh Wajib Keatas Pimpinan Harakah Islam?

Saya baru sahaja mula membaca buku syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid : ”Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, Fi Nazariah Fiqh al-Dakwah al-Islamiyyah”.

( Asas-asas membuat fatwa dan ijtihad untuk melaksanakan sesuatu, dalam Teori Fiqh Dakwah Islam)

Buku ini mengandungi empat jilid dan setiap jilid setebal 400 hingga 500 mukasurat lebih . Gaya bahasa dan uslubnya sama sahaja sebagaimana buku-bukunya yang terdahulu; banyak menukilkan fiqh-fiqh salaf dan menyambungkannya dengan generasi duah hari ini.

Syaikh Abu Ammar menegaskan bahawa buku ini hanya ditulis khusus kepada generasi pendakwah yang benar-benar menggelegak jiwa mereka menahan kesedihan terhadap realiti umat Islam hari ini. Malah beliau menyatakan ia adalah sambungan terhadap siri penulisannya dalam siri `Ihya’ Fiqh Dakwah’ dalam erti kata pembaca perlu memahami buku-bukunya yang terdahulu seperti ; al-Muntalaq, al-Awaiq, al-Raqaiq, al-Bawariq, al-Masar dan Manhajiah al-Tarbiyyah al-Dakwaiyyah bagi memudahkan pembaca memahami penulisannya dalam buku ini.

Buku yang bersama saya ini merupakan cetakan keempat pada tahun 2007. Buku ini pertama kalinya diterbitkan pada usianya yang ke 65 tahun. Beliau dengan merendah diri menyatakan agak tergesa-gesa menerbitkan buku ini kerana bimbang kematiannya dan menyebabkan tulisannya hanya menjadi manuskrip.

Beliau amat terkesan dengan kata-kata Abdul Wahhab Azzam :

( Janganlah kamu ditipu oleh realiti kehancuran yang memusnahkan segala-galanya; kerana di sana masih ada satu hakikat yang kekal berterusan tertegak diatas asas bahawa setiap kebenaran akan kekal tidak akan hilang).

Di atas asas dan hasrat itu beliau menyempurnakan penerbitan buku ini.

Bagi saya cukuplah apa yang telah terbukti kepada Imam al-Banna, Syed Qutub dan seumpamanya bahawa pena-pena kebenaran mereka masih menjadi penyuluh kepada pejuang-pejuang Islam hingga hari ini.

Pada pengamatan saya buku Asas-Asas Ijtihad ini merupakan kesimpulan pengalaman beliau dalam dakwah selama ini bukan sekadar pengalaman dipemulaan dakwahnya di Iraq malah penagalamannya sepanjang dakwah termasuk semasa hidup di Asia Tenggara dan penghayatannya terhadap isu-isu dakwah yang mutakhir di Malaysia.

Hari ini merupakan hari ke empat saya dapat meluangkan masa meneliti tulisan Syaikh .

Saya sudah lama membelek-belek buku ini dengan membaca indek-indek setiap jilid sejak setahun lalu dan membaca bab-bab terpilih.. Apabila saya memerhati kemelut dakwah dan Harakah Islamiyyah di Malaysia saya terpanggil untuk mengulas buku ini sekadar untuk membuat promosi dan menarik minat generasi pendakwah untuk memiliki dan memahami intipati buku-buku ini.

Sesuai dengan tema ”Ihya’ Fiqh Dakwah” yang menjadi siri penulisan beliau Syaikh Abu Ammar menggariskan satu manhaj pemikiran yang jelas dalam mazhab dakwah yang di dokongnya. Bagi saya penulisannya adalah pelengkap kepada penulisan-penulisan generasi duah sebelumnya sebagiamana manhaj penulisannya juga.

Beliau memetik kata-kata al-Zarkasyi yang menukilkannya daripada Ibn Arabi katanya:

( Tidak layak bagi mereka yang menuntut keadilan melalui penulisannya meninggalkan dua tujuan ini: Sama ada beliau menambah nilai dan makna kepada penulisannya atau beliau mengubah persembahan dan metodologinya.. tanpa kedua-dua penambah baikan ini beliau hanya membazirkan kertas dan bagaikan memakai perhiasan curi).

Inilah yang diletakkan oleh penulis sebagai syarat penulisannya. Sebab itu beliau namakan buku ini sebagai : Asas-Asas Memfatwa dan Berijtihad Untuk Melaksanakan sesuatu dalam teori Fiqh Dakwah..

Ia sebuah kitab Usul Fiqh tetapi Usul Fiqh untuk berijtihad dalam isu-isu berkaitan kerja-kerja dakwah dan harakah Islamiyyah . Ia bukan buku Usul Fiqh biasa untuk pelajar-pelajar yang mempelajari metodologi ijtihad mengenai fiqh ibadah tetapi lebih kepada fiqh dakwah untuk generasi hari ini ketika umat Islam berada dalam suasana ketiadaan khalifah yang memayungi mereka.

Buku ini hasil daripada kematangan idea setelah melalui proses perbincangan dalam 3000 perhimpunan. Dalam muqaddimahnya beliau memperingatkan para pendakwah bahawa: Adalah satu perkara yang badihi dalam ilmu fiqh dan pertamanya:

( Bahawa semua perkara berkaitan dengan Syariat telah mantap; apapun peristiwa yang berlaku selepas kesempurnaan Syariat adalah isu-isu cabang kepada Syariat) Ini adalah petikan kata-kata Ibn Hajar dalam kitab Fathul Bari.

Oleh itu sebelum mengemukakan apa-apa idea dalam kerja-kerja dakwah sayugia dirujuk kepada manhaj yang telah ditinggalkan nabi s.a.w.

Tujuan beliau menulis buku ini bukanlah mencipta perkara baru tetapi hanya satu usaha untuk membuat percambahan cabang-cabang perbahasan, membuat perbandingan, menyambung isu-isu semasa dengan asas-asas Syarak, menyatakan wujud kesamaan, melihat maslahah dan illah sesuatu hukum sehingga mampu membantu melahirkan barisan pendakwah yang faqih mengenai fiqh dakwah dan secara tabi`ie pemikiran mereka cenderung menghayati disiplin dan logik para fuqaha’ dan metodologi fuqaha dalam cara fikir mereka.

Apabila para duah menyerap disiplin generasi fuqaha silam dalam menggariskan asas perhubungan dalaman jamaah Islam atas peranan melaksanakan amar makruf nahi munkar dan dalam isu-isu perang dan damainya maka ketika itu matlamat buku ini tercapai dan kami telah berjaya meletakkanpara duah di atas tangga berijtihad kendiri.

Para fuqaha memahami bahawa Syariat ini telah sempurna dan semua permasalahan baru adalah isu cabang yang boleh dirujuk kepada petunjuk-petunjuk yang telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w. Ibn Hajar menyebut bahawa Ibn Ishaq, Abdul Razak dan al-Tabari meriwayatkan bahwa Abbas berkata ketika kewafatan nabi s.a.w. :

( Baginda telah wafat, beliau tidak wafat sehinggalah beliau berperang dan berdamai, bernikah dan bercerai dan meninggalkan kepada kamu di atas landasan yang jelas)

Disiplin para fuqaha dalam membuat fatwa adalah memerah seluruh kemampuan mereka untuk memahami sesuatu isu dengan merujuk kepada nas-nas al-Quran, nas-nas al-Sunnah, asar para sahabat dan ijma’ mereka, melihat maqasid syariah, ruh pensyariatan, mencari illah dan sebab sesuatu hukum yang dinaskan, membuat analisa, perbandingan, mencari persamaan dan perbezaan sehinggalah mereka jelas terhadap isu-isu baru dan hukumnya.

Saya menyedari bahawa para duah, pimpinannya dan ahli-ahli syuranya ibarat seorang mufti atau qadi yang akan membuat keputusan dalam siyasah mereka. Keputusan mereka akan ditaati dan dilaksanakan oleh gerombolan para duah. Ketaatan mereka semata-mata untuk mentaati Allah dalam usaha melaksanakan tugas pengabdian mereka sebagai pendakwah dijalan Allah. Apakah keikhlasan sudah cukup untuk mendapat pahala ibadah ini tanpa memastikan ia benar-benar bertepatan dengan syarak???

Saya amat bersetuju apabila Syaikh mengatakan bahawa memahami Usul Fiqh adalah wajib bagi mereka yang ingin membuat fatwa. Bukankah majlis syura itu tempat membuat fatwa terhadap isu-isu realiti dalam gerakan Islam?? Bagaimana boleh fatwa itu dianggap wajib atau haram dan ia adalah hukum Allah jika ia diputuskan oleh ahli-ahli yang jahil terhadap bahasa Arab dan ilmu Usul Fiqh.??

Ibn Hajar berkata: ( Ibn Habib berkata daripada Malik : Tidak dapat tidak seorang Qadi mestilah seorang yang Alim dan Berakal waras) Ibn Habib berkata: ( Jika kurang ilmunya: hendaklah beliau seorang yang berakal dan warak; kerana dengan sebab warak dia berhenti membuat keputusan dan dengan sebab berakal dia akan bertanya).

Abu Ammar berkata pimpinan dakwah dan ahli syuranya mengambil tugas seorang qadi; sebab fatwa mereka adalah untuk dilaksanakan. Maka sebab itu buku ini dituliskan untuk mereka.

Seorang yang berakal waras dan warak telah mencapai darjat seorang yang mulia. Dengan sifat inilah duah yang sedar melaksanakan peranannya. Kerana tidak cukup seorang duah untuk membolehkannya melangkah dengan lurus dan beramal dengan manhaj amal yang sebenar sehinggalah beliau memiliki sifat warak dan ilmu yang mendalam.

Abu Ammar membawa petikan Ibn Hajar yang mentafsirkan ayat 7 dan 8 surah Ali Imran sebagai hujjahnya.

(…adapun orang yang menyeleweng hatinya akan akan cenderung kepada ayat-ayat mutasyabihat untuk mencari fitnah dan mencari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata; Kami beriman kepadanya, semuanya dari sisi tuhan kami…)

Ibn Hajar berkata: ( Boleh disebut bahawa; adapun mereka yang memiliki hati yang lurus akan mengikuti ayat-ayat yang Muhkam , tetapi digantikan tempat itu dengan golongan yang mendalam ilmunya; kerana ilmu yang mendalam tidak akan dicapai melainkan dengan membuat pemerhatian yang sempurna terhadap dalil-dalil syarak dan berijtihad dengan bersungguh-sungguh.

Maka apabila istiqamah hati dijalan yang lurus dan mantap ilmunya barulah seseorang itu fasih menuturkan kata-kata yang benar dan menjadi pendakwah yang hak. Maka di atas landasan sunnah golongan yang mendalam ilmunya inilah sayugia kita para duah berjalan.

Kita adalah pendakwah kepada Islam maka kita perlu memiliki kejelasan di setiap langkah kita.

Buku ini ditulis dalam kerangka usaha yang diwajibkan oleh syiar : ( mengikuti dalil secara sempurna dan ijtihad yang bersungguh-sungguh ) untuk meletakkan para pendakwah di atas kedudukan yang boleh diyakini , menaikkan mereka ke atas bumi ilmu yang mendalam ; bukan sekadar menjadi duah yang bertindak dengan tindakan yang terburu-buru, menyunting dapatan pinggiran, mencuri idea dan juga bukan sekadar melaksanakan apa sahaja yang terlintas dipemikiran tanpa mengkaji dalil-dalil yang putus.

Al- Bukhari menyebut riwayat bahawa Muawiyah r.a. berkata : ( Tidak akan mencapai kebijaksanaan melainkan mereka yang memiliki pengalaman).

Inilah hakikat fiqh dakwah, malah pada zahirnya pengalaman mempunyai peranan asasi untuk memahami fiqh dakwah. Sekadar memahami nas-nas syarak dan fatwa para fuqaha sahaja tanpa pengalaman tidak akan dapat membentuk seorang pendakwah yang bijaksana dan mahir terhadap siyasah.

Berasaskan pengalaman syaikh di jalan dakwah sejak permulaannya hingga kini tersimpul pelbagai pengalaman dakwah yang ditulis untuk diwariskan kepada generasi duah berikutnya.

Fokus buku ini adalah Asas-Asas fatwa dan ijtihad dalam arena dakwah. Namun begitu beliau tidak mengulangkan asas-aas Usul Fiqh yang telah ditulis oleh ulama-ulama Usul Fiqh yang masih boleh dirujuk dalam kitab-kitab mereka.

Manhajnya hanya menambah dan melengkapkan asas-asas yang belum diketengahkan oleh ulama terdahulu khususnya asas-asas berkaitan fiqh dakwah.

Tulisan beliau dalam 4 jilid buku ini menyentuh 3 aspek:

Pertama: Menjelaskan kaedah-kaedah fiqhiyyah da’wiyyah
Kedua: Membawa Ilmu Usul Fiqh khusus untuk Ijtihad dalam amal-amal dakwah
Ketiga: Akhlak-akhlak dan adab-adab dalam berijtihad.

Buku pertama syaikh mempunyai 2 bahagian; pertama merupakan muqaddimah dan manhaj penulisan dan bahagian kedua beberapa penegasan terhadap asas-asas usul fiqh yang ralivan untuk fiqh dakwah.

Buku kedua : Bahagian ketiga: Metodologi Ijtihad.

Buku Ketiga: Bahagian keempat : Jima’ al-Siyasat al-Dakwah ( Siasah dalaman dan siyasah tarbawiyyah) .

Buku Keempat : Bahagian Kelima : Siasah Luaran Dakwah. Isu-isu dalam bahagian kelima adalah berkaitan asas-asas ijtihad mengenai; amal-amal politik, perang, tahalluf dan hudnah.

Satu bab menarik dalam buku satu terdapat tajuk ” Ijlis bina najtahid sa`ah” sebagai pembuka bicaranya sebagaimana dalam kitab al-muntalaq beliau mulakan dengan ”ijlis bina nu’min sa`ah”.

Bab 4. Ijlis Bina Najtahid Sa`ah. Bab 5. Syarat-syarat Mujtahid.

Dan bab yang terakhir bab ke 40. Contoh-contoh Fatwa Pengarang dalam Isu Politik dan Fiqh Dakwah. Antaranya: Hukum Umat Islam menyertai pilihanraya di negara Kafir.

Tamat

… Ianya tidak sempurna… Cuma sekadar mencetuskan kemahuan untuk menoroka.. Selamat membaca.

Categories: Usul Fiqh
  1. AI AO
    February 24, 2010 at 5:01 pm

    Salam ustaz, apa khabar?

    Nak tanya samada buku ini ada terjemahannya dalam bahasa Melayu atau masih dalam bahasa Arab?

  2. renungan2u
    February 25, 2010 at 12:54 am

    W’salam..
    Setakat ana tahu belum ada terjemahannya..

    Boleh berguru dengan ustaz2 haraki kat Malaysia..je.

  3. abu anas
    March 7, 2010 at 6:18 pm

    salam. please email me need further to know you. ijust met abu amar a few days ago

  4. May 13, 2010 at 1:52 am

    tahniah ustaz atas ulasannya,
    sgt elok kalau dikongsikan bahan bacaan antum untuk dikongsi bersama kami yang tak membaca buku tersebut.

    • renungan2u
      May 13, 2010 at 4:51 am

      Cuba cari buku tersebut.. jika tahu berbahasa Arab.. Siri Ihya Fiqh al-Dakwah

      • May 13, 2010 at 10:00 am

        Salam

        Sewaktu saya ke Indonesia dan sempat menghadiri pesta buku di Istora senayan, rasanya saya terjumpa buku ini dan dah diterjemahkan dalam bahasa indonesia. Insyaalah saya akan confirmkan sekali lagi.Tak berapa sure.

        Dan bagi sahabat/sohibah yang ingin kan buku haraki seperti buku muhd Ahmad Arasyid dan penulis2 ikhwan lain boleh menghubungi saya kerana saya ada sahabat dari PKS indonesia yang sudi untuk membantu mendapatkan buku buku tersebut kerana mereka diantara pencetak2 buku buku haraki.

        Hebahan ini bukan untuk keuntungan tapi untuk menyebarkan buku buku haraki terkini untuk dakwah dan harga nya adalah berdasarkan apa yang diberi kepada saya dan mungkin kalau banyak kita akan dapat murah lagi termasuk kos penghantaran.

        muharrikdaie@gmail.com
        muharrikdaie@yahoo.com
        muharrikdaie.webpress.com

        Insyaalah.

  1. January 4, 2011 at 1:18 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: