Home > Tasawwur Amal Haraki > Kita adalah ”Jama`ah minal muslimin” bukan ”Jama`atul Muslimin”.

Kita adalah ”Jama`ah minal muslimin” bukan ”Jama`atul Muslimin”.

Kenyataan ini ditegaskan semula oleh Dr Muhammad Badi’ Mursyidul Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam ucaptamanya sekaligus mempertegaskan keaslian fikrah Imam al-Banna dalam aspek hubungan luarnya dengan gerakan Islam lain.

Kenyataan ini menjadi asas siyasah luaran Ikhwan dengan wadah-wadah lain selain Ikhwan sejak zaman al-Banna. Ikhwan mengiktiraf wujud perbezaan pendapat dalam memahami manhaj dakwah dan berlapang dada terhadap pejuang-pejuang Islam lain.

Jama`ah minal muslimin bermaksud Jamaah dari kalangan muslimin bukan Jama`atul Muslim yang bermaksud Jamaal muslimin yang hanya layak diberikan kepada khalifah Islam, ahli al-halli wa al-aqdi (ahli syura dalam khalifah Islam) atau ijma’ ulama.

Ikhwan menamakan diri mereka sebagai Jama`ah minal muslimin sebab mereka bukan khalifah Islam, bukan ahli syura khalifah Islam tetapi mereka hanyalah gabungan beberapa orang muslimin yang cintakan Islam dan berusaha untuk mengembalikan hak-hak Islam ketempatnya.

Walaupun Imam al-Banna dikatakan sebagai mujaddid Islam pada zaman ini, dan gerakan Ikhwan mempunai manhaj amal yang terbaik, Ikhwan tetap mengatakan mereka hanyalah sebahagian daripada umat Islam.
Dr. Muhammad Badi’ mempertegaskan semula konsep ini kerana ingin menyatakan bahawa Ikhwan tidak memonopoli hak memperjuangkan Islam, walaupun Ikhwan organisasi Islam terbesar dan tersebar ke lebih 70 buah negara, mereka tidak menafikan hak-hak organisasi Islam yang lain untuk memberikan jasa dan peranan mereka kepada ummah.

Malah bagi Ikhwan setiap umat Islam berhak untuk melakukan usaha dan aktiviti amal bagi memartabatkan Islam walaupun mencipta organisasi baru dan manhaj baru yang mereka yakini betul bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Prinsip ini menjadikan ahli-ahli Ikhwan tidak pernah merasa iri hati terhadap jama`ah-jama`ah lain yang memperjuangkan Islam. Malah imam al-Banna menegaskan satu konsep dalam hubungannya dengan organisasi lain ;

”hendahlah kita bertolong menolong dalam perkara yang disepakati dan saling memberi kemaafan dalam perkara yang tidak disepakati”.

Imam al Banna menegaskan hakikat ini bukan kerana beliau tidak yakin dengan fikrah dan manhaj amalnya malah bagi Ikhwan manhaj amal mereka diceduk daripada manhaj perjuangan nabi s.a.w. secara beramal dengan nas bukan perkara-perkara ijtihad yang boleh diperselisihkan. Tetapi penegasan ini dibuat kerana meraikan kemungkinan akan wujud ilmuan Islam yang tidak menyakini manhaj `amal Ikhwan dan menubhkan organisasi islam yang lain.

Sepatutnya fikrah ini diterima oleh semua gerakan Islam. Masing-masing gerakan Islam bergerak berasaskan manhaj dan ijtihad yang diyakininya betul dan menerima ijtihad-ijtihad pimpinan gerakan Islam yang lain secara terbuka dalam aspek-aspek yang mereka berbeza pendapat.

Katuaan dan keawalan kewujudannya, memiliki ahli yang ramai dan rangkaian di merata dunia tidak dijadikan Ikhwan sebagai hujjah untuk mewajibkan generasi baru menyertai saf mereka.

Sebaliknya mereka hanya menyampaikan fikrah mereka, manhaj amal mereka, matlamat dan maratib amal yang mereka yakini kepada masyarakat dan mana-mana ahli masyarakat beriman dengan fikrah mereka, ikhlas, sanggup beamal dan berjuang kerana Allah , tajarrud dengan fikrah ikhwan sahaja, sanggup berkorban, berjihad, berukhuwwah, taat, dan siqqah kepada pimpinan Ikhwan akan diajak bergabung dengan mereka.

Alangkah baiknya sekiranya wujud ruh saling memahami antara pimpinan gerakan Islam terhadap manhaj saudaranya dan mengambil manfaat terhadap kebaikan yang ada dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada.
Bagi saya setiap gerakan Islam ada perlembagaan dan undang-undang tubuhnya malah ada mekanisma tertentu untuk menganggotainya. Setiap orang boleh menilai fikrah dan manhaj amal organisasi tersebut melalui undang-undang tubuhnya. Sesiapa yang meyakini manhaj tersebut sebagai manhaj yang hampir dengan sunnah rasul s.a.w dan memilih menyertai organisasi tersebut sayugia menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam organisasi tersebut yang telah ditetapkan oleh pengasasnya.

Sekiranya beliau ada idea pembaikan hendaklah dikemukakan mengikut saluran yang betul dengan meraikan adab-adab mesyuarat dan adab –adab memberi dan menerima pendapat.

Begitu juga tidak sayugia ahli gerakan Islam memaksa sesiapa sahaja menyertai harakahnya sebelum mereka diyakini manhaj perjuangan yang diperjuangkan. Namun apabila mereka diterima sebagai ahli dan dirasai ada dikalangan ahli tidak mentaati peraturan organisasi; ahli tersebut perlulah dinasihati dan diperbetulkan sebelum dimahkamahkan dan dijatuhkan hukuman.

Walaupun untuk menggabungkan tanzim dengan tanzim sesuatu yang sukar; mungkin membentuk persefahaman, tolong- menolong dalam perkara sepakat dan bermaaf-maafan dalam isu yang tidak sepakat tidak terlalu sukar. Imam al-Banna selalu mengingatkan bahawa masa sebahagian daripada proses rawatan.
Namun sekiranya berlaku penggabungan antara dua organisasi; perkara utama dalam proses penyatuan saf adalah penyatuan fikrah dan manhaj berfikir dalam melaksanakan perlembagaan organisasi. Penyatuan fikrah memerlukan satu usaha yang amat berat sebab semua manhaj berfikir sebelum ini perlu dibincangkan satu-persatu sehingga wujud kesepakatan dalam perkara-perkara asas dan utama.

Kecualilah satu pihak bersetuju untuk meleburkan fikrahnya, manhaj dan budaya amal sebelum ini dan menyerap secara total ke dalam organisasi barunya dan mencairkan segala idealisma yang dimilikinya sebelum ini.

Namun secara tabie setiap orang akan membawa bersamanya nostalgia organisasi asalnya, fikrahnya dalam memahami sesuatu isu dan keutamaan langkah kerja, malah disiplin dan budaya kerja mereka. Perbezaan ini tetap menghasilkan perasaan ketidakserasian untuk beramal, hilang perasaan manis yang pernah dirasainya sebelum ini.

Jika sampai satu ketika penyatuan fikrah, manhaj berfikir dalam menentukan keutamaan, budaya kerja dan perasaan tidak berjaya disatukan dan masing-masing merasa tidak serasi dengan pihak satu lagi. Atau satu pihak tidak sanggup idea yang diyakininya dan didokong oleh mereka sebelum ini lambat laun ditelan dan cair kepihak satu lagi.

Atau mereka merasakan penggabungan ini lambat laun menuju kegagalan maka mereka patut memilih untuk menamatkan penggabungan ini secara baik bukan dengan memburuk-burukkan mana-mana pihak sebab asalnya mereka adalah dua organisasi yang bergabung. Apabila penggabungan tidak dapat diteruskan dan membawa kepada kegagalan disebabkan perkara yang tidak boleh dielakkan ia hendaklah ditamatkan secara berakhlak.

Sikap memburuk-burukkan seorang individu mungkin ada logiknya jika individu itu ternyata takbur dan gagal akur dengan keputusan mahkamah yang dijatuhkan ke atasnya setelah terbukti wujud dalil bukti kesalahannya dan dia gagal dalam membela dirinya.

Tetapi memburuk-burukkan satu kumpulan manusia, satu organisasi atau satu tanzim yang dahulunya dijemput untuk bergabung secara musyawarah adalah tidak masuk akal sama sekali.

Malah syarak juga menegaskan bahawa sekumpulan orang yang beriman tidak mungkin berpakat di atas perkara kesesatan.

Kecualilah semasa penggabungan itu semua organisasi yang mereka asaskan sebelumnya dibubarkan dan mereka benar-benar mencipta tanzim baru dan bergabung semua sekali, berinteraksi dan bertukar-tukar fikrah dan manhaj tarbiyyah bersama-sama dan melupakan segala perbezaan lama ; ketika itu jika ada pihak cuba menghidupkan tanzim lama beliau perlulah disekat dan dimahkamahkan.

Sebaliknya jika penggabungan hanya dilakukan terhadap beberapa orang tertetu sebaliknya majoriti ahli tanzimnya yang dianggotainya tidak tahu dan tanzim tidak dibubarkan, malah dibiarkan bergerak mengikut manhaj amal terdahulu bukan manhaj amal baru yang disepakati maka ia bukan penggabungan yang sebenarnya dan kegagalannya tidak patut dipertanggungjawabkan kepada sebelah pihak sahaja, diburuk-burukkan dan dipersalahkan.

Apatah lagi jika kesalahan itu dicipta, direka, dipaksakan atau disengajakan oleh konspirator dan di ada-adakan tanpa bukti yang meyakinkan lalu hukuman dijatuhkan tanpa memberi hak langsung untuk membela diri dimahkamah yang adil.

Sebaliknya jika hati mereka sama-sama ikhlas, saling menghormati tetapi fikrah mereka berbeza maka mereka perlu memilih jalan masing-masing dengan baik dan meraikan adab perselisihan dengan baik, sehingga fikrah mereka dapat disatukan semula setelah melalui pengalaman , bertambah ilmu dan proses-proses perbincangan.

Bagi saya sikap ini lebih manis, lebih adil dan `gantlement” dan membuka ruang penyatuan di masa-masa hadapan. Mungkin generasi berikutnya boleh bersatu dan mereka akan merasa bangga dengan sejarah kematangan harakah yang mereka lalui daripada warisan yang ditinggalkan oleh ibu-bapa mereka. Kalau tidak sejarah hitam itu tetap akan terukir dalam lipatan sejarah.

Seseorang mungkin boleh menipu seorang pada satu-satu masa tetapi mereka tidak mungkin menipu semua orang di setiap masa.

Nabi Yusuf bersabar menunggu sehingga dirinya dewasa untuk menyatukan semula saudaranya yang berselisih dengannya. Ahli tafsir menyatakan punca perselisihan mereka kerana sebahagiannya mengikuti tipudaya syaitan. Apabila suasana terdesak dan manusia kembali kepada Allah syaitanpun tewas ketika itu hati manusia akan kembali bersatu.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. noorikhwan
    March 7, 2010 at 1:14 am

    Salam,

    Ustaz, idea pertengahan dan pencerahan yang baik. InsyaAllah, sekiranya semua gerakan islam ikhlas, kita doakan agar Allah buka jalan pertemuan utk duduk semeja membincangkan maslahat ummah yg lebih besar satu masa nanti.. Pada ketika itu tidak akan kedengaran kata tohmahan dan kejian terhadap kumpulan islam yang lain mahupun atas individu-individu tertentu.

    Kita sedia faham akan ada kepincangan sana sini terhadap manhaj satu-satu kumpulan islam mahupun anggotanya, tetapi sebagai seorang akh muslim, sangat tidak wajar utk kita keluarkan kata2 yg kesat lagi menghina ke atas kumpulan mahupun individu berkenaan. Kalam seperti perompak, pencuri, gangster, gila talak dan sebagainya tidak sepatutnya masuk dalam kamus kehidupan seorang akh muslim.

    Saya berdoa semoga ISMA tampil di tengah2 masyarakat menjadi salah satu gerakan Islam yang menyumbang kepada tertegaknya syariah Islam dan membangunkan sebuah gagasan ummah harapan.

    Ya Allah ampunkanlah kami dan satukanlah hati-hati kami di atas jalan dakwahMu.

  2. March 10, 2010 at 7:18 pm

    Salam,ust. jazakallah atas perkongsian yang sangat baik. ana harap tulisan ini dapat dibaca dan difahami dengan baik khususnya oleh mahasiswa pengajian Islam di mesir. dakwah dan tugas berbuat kebaikan adalah di atas bahu setiap kita tanpa mengira organisasi dan jemaah mana sekalipun. inilah yang kita fahami. bersama di atas perkara yang disepakati dan berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan.
    – salam ukhuwwah dari isma-mesir cawangan tanta. blh lawati web kami tanta.ismamesir.com
    p/s –
    minta izin copy untuk pengisian blog ana.

    • renungan2u
      March 14, 2010 at 12:06 pm

      silakan fuad..jzkk

  3. abu abdullah
    March 13, 2010 at 12:01 am

    salam: seruan yg baik tidak akan sampai kemanapun kecuali Allah angkat utk dijadikan satu amalan yg baik.aptah lagi kalam yg mencerahkan fikiran manusia yg kusut dgn perbalahan supaya meraka bersatu di atas perkara yg disepakati utk sama2 mencari keredhaan Allah,syukran ustaz,jazzakallah khair…ada satu perkara yg membuatkan ana rasakan benarnya kalam Sayyid Qutub yg mendakwa melihat bnyaknya Islam diamalkan dibarat…dan hari ni kita dapat lihat cth itu:NATO adalah kesepakatan negara2 Eropah didalam hal ketenteraan dan hr ini jg menjadi political association yg disepakati 28 buah negara Eropah..
    isunya disini beberapa pimpinan pihak kuffar mampu dudk disebuah meja yg sama berbincang maslahat msyarakat mereka namun hr ini ramainya pimpinan umat islam yg enggan berunding mencari satu titik persamaan didalam sesbuah gerak kerja yg boleh dijalankan bersama…jika pada peringgkat “persatuan” pun gagal utk cari kata sepakat..bagaimana peringkat negara & dunia???Allah Al-Musta’an

  4. March 14, 2010 at 11:31 am

    mabruk ya,ustaz!..pencerahan dan perkongsian yang amat tersusun..moga dapat di ambil kebaikan oleh kita dan mereka yang mencari keikhlasan di jalan dakwah.

  5. renungan2u
    April 19, 2010 at 5:31 pm

    Tulisan saya secara umum dan dengan sengaja tidak menyebut sesiapa dan gerakan mana secara khusus. Fenomena ini wujud diseluruh dunia selagi ada manusia. Yang penting kita menilai fenomena itu dengan rasional.. kalau benar apa yang saya katakan wujud dalam mana-mana gerakan eloklah dibetulkan dan kalau tidak wujud atau belum wujud kita jadikan ia sebagai sempadan. Terutamanya antara ISMA dan PEMBINA.

  6. MAbdah
    March 30, 2011 at 8:31 pm

    Salam Ustaz… Ada reference ke Ustaz? terutama sekali bahagian ucapan daripada Dr Badi’

    • renungan2u
      March 31, 2011 at 8:26 am

      Ucapan Dr. Badi’ dimuatkan dalam Ikhwanonline selepas beliau dilantik menjadi mursyid.

  1. January 4, 2011 at 1:18 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: