Archive

Archive for the ‘Fiqh Seerah’ Category

Memperingati Peperangan Badar Kubra

August 30, 2010 Leave a comment

Semoga kita memiliki ciri-ciri ahli Badar.

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ومن والاه.. وبعد

Setiap kali datangnya Ramadhan para pejuang Islam tidak akan lupa peristiwa kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar yang menjadi hari `al-furqan’ hari pemisah antara kebenaran dan kebatilan dan hari penentuan antara kelangsungan Islam wujud di dunia ini atau lenyap buat selama-lamanya. Pada hari ini tentera Islam yang sedikit, datang bukan berniat untuk berperang pada asalnya telah mengalahkan tentera kuffar yang kuat, yang datang dengan penuh perasaan takbur dan bangga diri. Inilah kehendak Allah untuk Islam.

Dalam memperingati peristiwa agung ini marilah kita meneliti sejenak realiti kita dan umat Islam hari ini. Marilah kita bertanya kepada diri kita, mampukah kita memiliki ciri-ciri kemenangan yang ada kepada generasi badar ini supaya Allah melihat kita dengan pandangan Rahmatnya dan memberikan kemenangan kepada kita.
Daripada peristiwa Badar dapat disimpulkan beberapa ciri unggul generasi tersebut:
Read more…

Advertisements
Categories: Fiqh Seerah

Pra Syarat Kemenangan.

July 6, 2010 1 comment

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ الْعَزِيزِ
الْحَكِيمِ

Al-Imran [3:126]

3:126 (Malay) Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini merupakan komentar Allah kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

8:10 (Malay) Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Read more…

Ciri-ciri Ummah-1

December 19, 2008 Leave a comment

 

 

 

Ciri-ciri Ummah Islamiyyah Zaman Dua Khulafa al-Rasyidin.

 

 

Imam Uthman bin Affan menjadi Amirul mukminin selama 12 tahun. 6 tahun yang pertama tidak berlaku apa-pa fitnah dalam pemerintahannya kerana beliau merupakan pimpinan yang dikasihi oleh masyarakat Quraisy lebih daripada Umar al-Khattab kerana sifatnya yang lembut dan amat mementingkan hubungan kasihsayang. Peristiwa-peristiwa ujian atau fitnah lahir selepas enam tahun pertama pemerintahannya. Fitnah yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya.

 

Keadaan masyarakat Islam zaman Uthman ketika enam tahun pertama pemerintahanya sama seperti keadaan ummah di zaman khalifah Umar al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq yang pada keseluruhannya merupakan masyarakat Islam yang sebenar.

 

 

Read more…

Bagaimana dakwah nabi bermula?

April 22, 2008 2 comments

Untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus kelembah kerugian dunia dan akhirat kita perlu percaya kepada bukti-bukti yang telah dimukakan Allah dalam al-Kitab dan di alam maya, kita perlu melakukan kerja-kerja yang soleh, kita perlu nasihat menasihati sesama kita agar sentiasa berpijak di atas kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar memikul amanah Allah ini.

Amal Soleh yang paling utama masa kini ialah berusaha dan berjuang membina semula asas ketuanan Islam yang telah dihancurkan oleh Kamal Atartuk. Asas itu adalah manusia yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, dengar dan taat tanpa merasa ragu terhadap janji-janji Allah kepada mereka.

Begitulah mulanya nabi s.aw. kita mengatur langkah ketika Islam begitu dagang dan asing ( Islam bemula dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang dagang bersamanya)

Ketika itu Islam belum menjadi neraca fikir, sistem hidup tertegak di atas asas asobiyyah, meterialistik dan penguasaan ketua-ketua biara penyembah berhala. Manusia terpaksa berfikir mengikut neraca jahiliyyah yang di warisi sejak turun temurun. Mengubah sikap kepada sesuatu yang baru amat payah.

Islam belum memiliki kuasa politik kerana majoriti pembesar Quraisy tidak beriman. Ketika itu Allah sudah menegaskan matlamat akhir perjuangan nabi ; membawa manusia mentauhidkan Allah, menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri manusia dan membawa rahmat keseluruh dunia..( Rahmatan lil `alamin)

Dakwah nabi bermula dengan menceritakan tugasnya kepada orang-orang yang baginda yakin akan mempercayainya. Berbekalkan keluhuran akhlak didikan Rabbani nabi membawa misinya. Berimanlah Khadijah r.a., Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Thalib, Zaid bin Harithah dan beberapa tokoh besar hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.

Allah memerintahkan nabi dan para sahabat mengukuhkah hubungan dengan Allah melalui banyak membaca ayat-ayat al-Quran, membersihkan pemikiran daripada kepercayaan khurafat, membersihkan hati daripada hawa nafsu dan dosa, mempelajari hukum-hukum akhlak, cara-cara dakwah nabi-nabi terdahulu dan mengambil hikmah pengajaran daripada sejarah perjuangan mereka.

Rasulullah s.a.w. membina hubungan antara para sahabat atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan Islam dan melepaskan mereka daripada ikatan jahiliyyah dan asobiyyah yang menghancurkan. Mereka melupakan apa sahaja  latarbelakang mereka ; hamba, bangsawan, miskin, kaya, arab, ajam, tua atau muda semuanya sama disisi Allah melainkan takwa.

Fokus utama nabi di zaman serba lemah ini ialah mengumpul dan membina rijal yang memiliki keutuhan iman dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang mereka miliki demi agama Allah ini. Mereka telah mengorbankan masa, harta dan jiwa raga mereka untuk Allah.     

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

(… Sampaikanlah apa yang kamu diperintahkan (menyampaikannya) dan berpalinglah daripada golongan musyrikin..)  Al-Hijr [15:94]

Begitulah dakwah pada hari ini.. dagang.

Kuasa-kuasa politik ditangan generasi yang dididik oleh sistem sekular, sistem itu sendiri adalah sekular dan tidak akan mampu melahirkan generasi rabbani. Sekiranya kita tidak berusaha membina rijal berasaskan sibghatullah sistem yang ada akan terus menjana generasi sekular yang jauh daripada al-Quran.

Apakah kita perlu mengejar kerusi dan tempat di dalam sistem sekular itu jugak walaupun perlu menghabiskan wang berjuta-juta, masa dan tenaga kerana sebuah kerusi yang tidak memberi impak maksima kepada dakwah.

Malangnya tenaga duah yang ikhlas melakukan tarbiyyah, itulah tenaga yang akan di alurkan mengisi tugas-tugas politik yang rapuh kuasanya. Mereka akan kehulu kehilir, siang malam, mengatur strategi untuk dapat kuasa dan ruang bersuara.

Apakah orang-orang yang terdidik dengan fikiran sekular itu akan mendengar bisikan pendakwah dan misinya, kalaupun mereka dengar apakah mereka sanggup memikul pengorbanan untuk Islam? Sedangkan ruang-ruang dakwah, tarbiah, membina rijal masih terlalu luas untuk diusahakan. Malangnya sedikir benar yang sanggup mengusahakannya.

Kenapa begitu.. apakah dakwah, tajmik, tarbiah dan taygyir manusia menjadi Rabbaniyyin itu sudah tidak ralevan lagi? Ataupun itu hanya lahir dari jiwa yang musta’jilun… ingin berkuasa sebelum cukup terbina generasi akarumbi yang banyak. Lalu isu-isu Uluhiyyah, Mulkiyyah sudah bertukar kepada isu kebajikan rakyat yang dizalimi lagi tertindas.

Saya tahu ini adalah strategi untuk dapat kuasa bagi melembutkan hati orang-orang bkan Islam yang masih gerun dengan perkataan kerajaan Islam, hudud dan Qisas. Namun para duah tidak harus lupa asas perjuangan ialah membina rijal .

Kesimpulannya:

Kerja dakwah yang paling utama ketika ini iaalh fokus kepda, dakwah, tajmik dan takwin rijal-rijal yang benar-benar sanggup berkorban apa sahaja untuk agama Allah.

Dakwah membina kesedaran untuk berubah dan menerima bebanan tanggungjawab terhadap Allah. Lalu generasi yang sedar itu dikumpulkan dengan ikatan ukhuwwah dan dibina kemampuan mereka untuk mejadi rijal yang beramal

Salaf dan al-Quran.

October 29, 2007 Leave a comment

Generasi salaf di namakan Syed Qutub sebagai generasi al-Quaran yang unggul. Mereka adalah generasi yang mendapat pendidikan terus daripada Allah SWT menerusi al-Quran. Mereka amat merasai Allah sentiasa mendidik, menegur, mengkritik, mengarah, membetulkan dan menunjuk jalan dalam segenap kehidupan mereka. Manhaj mereka merupakan manhaj yang sebenar yang boleh mengembalikan kegemilangan ummah jika ummah mengikutinya.

” Umat hari ini tidak mungkin dapat diperbaiki melainkan dengan cara umat terdahulu diperbaiki” Imam Hassan al-Banna.

Syed Qutub menyimpulkan manhaj tersebut dalam tiga noktah:

1. Manhaj menerima wahyu dengan tujuan untuk beramal.

2. Meninggalkan seluruh neraca fikir jahiliah, aqidah, akhlak dan segalanya dengan tidak lagi kembali kepadanya.

3. Mempelajari sepuluh ayat al-Quran beransur-ansur dan beramal sebelum mempelajari sepuluh ayat yang baru.

Mereka membaca al-Quran bukan sekadar membaca dengan tujuan mendapat pahala, berkat atau pendinding daripada hantu syaitan tetapi mereka membacanya dengan merenung dan mengeluarkan pengajaran untuk difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan mereka siang dan malam.

Apabila setiap orang di kalangan mereka membaca al-Quran mereka meyakini bahawa Allah sedang berkata-kata kepadanya, melihatnya memerintah dan melarangnya.

Bagaimanakah ulama hari ini mendidik masyarakat? Betulkah manhaj mereka? Bagaimanakah bimbingan mereka dalam beramal dengan al-Quran?

Berapa ramai umat Islam hari ini yang telah Islam sejak dilahirkan dan menjangkau umur 80an tetapi tidak memahami ayat-ayat al-Quran. Mereka hanya membaca al-Quran dengan tujuan menikmati keindahan lagunya, membaca al-Quran semata-mata mengumpul ganjaran pahala, mengambil berkat, menjadi jampi tetapi melupai langsung tujuan sebenar al-Quran diturunkan. Apakah mereka merasa cukup dengan hanya menganut Islam secara warisan yang diwarisi daripada nenek moyang?

Allah berfirman bermaksud:

” Inilah al-Kitab, yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa”. al-Baqarah, 2.

Setiap minggu khatib akan berseru ” Bertakwalah kamu kepada Allah..” sejak ratusan tahun lalu. Apakah orang-orang yang bertakwa ini benar-benar mengambil al-Quran sebagaimana Salaf beradab dengan al-Quran atau adakah solat, puasa, zakat dan haji yang mereka tunaikan belum benar-benar menjadikan mereka orang yang bertakwa?

Imam al-Banna berkata: ” Aku hairan melihat umat Islam hari ini, mereka berjalan di dalam kegelapan malam melangkah tanpa panduan sedangkan ditangan mereka terdapat lampu suluh tetapi tidak dinyalakan.. dan lampu itu adalah al-Quran”.

Saya bimbang umat kini masih diselaputi kufur dan takbur. Apabila mereka membaca ayat-ayat al-Quran mereka hanya melihat kelemahan orang lain tetapi tidak memeriksa hati dan jiwa mereka terlebih dahulu. Mereka gemar menganalisa kesilapan orang lain tetapi tidak menganalisa diri sendiri. Mereka gemar menyalahkan orang lain tetapi tidak menyalah diri sendiri terlebih dahulu.

Sebenarnya inilah tradisi orientalis dan metodologi mereka dalam mengkaji Islam. Mengkaji dengan tujuan mencari kelemahan untuk dijadikan senjata bagi memerangi Islam. Mungkin juga mereka tersilap dalam menggunakan metodologi Jarh wa ta’dil yang dipakai oleh ulama rijal hadis yang asalnya bertujuan untuk memastikan kesahan sesuatu hadis tetapi digunakan untuk mencari kelemahan orang lain.

Keikhlasan generasi Salaf dalam meletakkan diri sanubari mereka dihadapan al-Quran untuk dibedah dan dirawat menjadikan mereka berubah menjadi generasi yang unggul di dalam sejarah umat Islam.

Sebaliknya umat khalaf sudah melupai maksud al-Quran dan ditipu oleh bisikan Iblis. Mereka suka dipuji lalu memuji diri sendiri jika tidak ada orang memuji. Mereka suka dimuliakan, diberi hadiah dan anugerah kerana jasa-jasa mereka. Mereka merasa marah apabila kesalahan mereka dinasihati dan ditegur dengan membalas tuduhan dan kutukan atau tidak mampu menahan kemerahan wajah akibat bara amarah. Mereka bangun mengutuk diri dikhalayak dengan harapan dinafikan dan diiktiraf kebaikannya mereka gembira apabilan teman seperjuangan dikutuk dihadapannya dan dia merasa dirinya lebih baik dan mulia.

Inilah enam perangkap Iblis yang menghilangkan nilai mereka di sisi Allah dan menjadikan mereka gagal dalam perjuangan mereka.

Categories: al-Quran, Fiqh Seerah