Penulis.
Dilahirkan pada 16 Mei 1966, disebuah kampung bernama Batu Hampar, Bedong Kedah. Membesar di desa ibu kepada bondaku di Kampung Permatang Tengah, kira-kira 3 kilometer sebelum Pantai Merdeka atau selepas 10 kilometer dari Jambatan Merdeka yang merentangi Sungai Muda sempadan Kedah dan Seberang Prai. Kampung Permatang yang permai dibawah teduhan dedaun kelapa yang menjulai batangnya.
pada usia 13 tahun berkelana ke sebuah kampung dikelilingi sawah padi bernama Alor Ibus, Kuala Kedah. Di situ alam remajaku bermula dengan mendapat pendidikan di Maktab Mahmud Alor Star. Dari sini aku berpindah ke Klang, menghirup dari cangkir murabbi di sebuah sekolah tersohor pada waktunya memakbulkan impianku sejak ditahun pertama di Maktab Mahmud. Aku membina identiti baru disini sehingga membuka laluan baru dalam hidup dengan agenda perjuangan.
1986, tahun bertuah apabila kakiku mula memijak bumi Mesir, bumi bersejarah, bumi Yusuf dan Musa, bumi Firaun dan Qarun, bumi perjuangan, bumi pertentangan antara hak dan batil, bumi lahirnya gerakan pembaharuan minda ummah, bumi Muhammad Abduh dan Rasyid Riza bumi bermulanya fikrah perubahan tamaddun berasaskan gerakan tersusun yang dibawa oleh Hassan al-Banna, Hassan al-Hudaibi, Syed Qutub, Abdul Qadir Audah, Mustafa Masyhur, Yusuf Al-Qardawi.
Cita-citaku untuk memijak bumi bertuah ini menjadi kenyataan dan hasratku untuk mendalami fikrah perubahan yang amat diperlukan ummah kini tercapai..
lalu disini kupersembahkan..beberapa renunganku untuk saudara yang prihatin..
Kini aku berkelana dibumi Malaysia bagi menumpahkan segala bakti kepada bangsa tercinta dibumiku Malaysia.
Annuar Ibnu Salleh Hussain
Tahniah atas blog baru..
Moga berjaya mencapai apa yang yang dicita..
Moga dapat berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada..
Dari bumi anbia..dicurah ke Malaysia
Walaupun agak lewat, tahniah diucapkan dengan blog baru ni… semoga kalam-kalam anta dapat membasahi jiwa.. insya Allah. [gambar anta pakai cermin mata hitam memang cool!!! 🙂 ]
Salam bang Anuar. Selamat berkhidmat. X-KIK 85-86.
Assalamulaikum
Semuga anda berada dalam rahmat Allah SWT…carilah Ia hingga ketemu….
Tahniah atas usha anda.
Sila lawati blog saya…hjzubair.blogspot.com …
Business blog, minta nasihat2
Wasallam
dah jumpa.. semoga ilmu dapat dimanfaatkan
salam….
semoga ustaz sihat sejahtera
saya amat berminat tentang kuliah lepas magrib pada isnin mggu 2 & 4 di surau taman kantan permai kajang..
terima kasih atas segala usaha ustaz…
Salam.. Emel ustaz? Syukran
ismadhl@yahoo.com.sg