Home > Tasawwur Islami > Melayu Tidak Sepakat Islam Tetap Berdaulat?

Melayu Tidak Sepakat Islam Tetap Berdaulat?

Sebelum nenek moyang kita bangsa Melayu memeluk Islam kita tidak ada apa-apa yang boleh di banggakan. Bahasa, tulisan, adat resam, budaya, kesenian, pakaian; sebutlah apa sahaja maka yang terbayang dilintasan fikiran adalah satu kelompok manusia yang bercawat.

Namun nenek moyang kita telah membuat keputusan tepat untuk menjadikan Islam sebagai anutan mereka dan telah menjadikan Islam sebagai dasar dan sistem hidup mereka yang menyeluruh. Islam telah merubah neraca fikir mereka, Islam telah mengubah adat resam mereka, Islam telah menjadikan mereka hidup dilingkungi budi pekerti yang luhur, berani, berdikari dan memimpin sebuah Empayar yang terkenal dengan Empayar Kesultanan Islam Melaka.

Islam telah sebati dalam darah daging bangsa Melayu sebagaimana Islam sebati dalam darah daging bangsa Arab. Kalau Arab ada qabilah Aus, Khazraj dan Quraisy keturunan Melayu ada berbagai-bagai qabilah; Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya.

Bangsa Melayu sudah lama sepakat menjadikan Islam sebagai dasar kehidupan. Sejak dahulu Islam telah menjadi asas senibena, asas kesusasteraan dan hiburan, asas dalam adat budaya kehidupan, adat-adat perkahwinan bemula dengan merisik, meminang dan walimatul Urus , adat-adat menerima cahaya mata, aqiqah, mengajar mengaji al-Quran, berzanji, berkhatan sehinggakan adat-resam menguruskan jenazah dan pembahagian harta pusaka.

Senibena Melayu amat menitik beratkan bagi merealisasikan budaya dan hokum Islam. Rumah dibina dengan anjungnya selari dengan qiblat, ruang anjung dan beranda menjadi ruang kaum lelaki . Ruang dapur yang menjadi ruang kaum wanita lebih rendah dan dipisahkan dengan ruang tengah. Ukiran-ukiran ditiang, dinding dan awan laratnya penuh dengan ukiran daun-daun kayu, bintang, bulan dan awan bagi mengingatkan penghuninya kepada kekuasaan Allah. Di setiap rumah disediakan guri besar berisi air bertutup dan disediakan batok sebagai pencedok air untuk membasuh kaki sebelum menaiki rumah dan bagi mengambil wuduk. Mengembalikan batok ke atas guri adalah menjadi amalan dan tertib bagi menelakkan terkena debu ditangga. Sehingga menjadi peribahasa orang yang malas ialah orang yang meninggalkan batok di atas tangga dan tidak mengembalikannya ke atas guri.

Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa dan kehalusan seni berbicara dengan pelbagai kiasan, gurindam, syair dan pantun yang mendalam maknanya bagi mendidik generasi agar bersopan dan memuliakan saudaranya.

Bangsa Kita sudah lama mengamalkan adat tolong menolong dalam isu kemasyarakatan, menghidupkan amalan solat berjamaah, menghidupkan malam-malam Ramadhan, bertukar-tukar juadah berbuka, berbuka puasa bersama-sama di surau dan masjid, menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dan amalan ziarah-menziarahi.

Dalam urusan pertanian Bangsa Kita hidup bertolong menolong menanm padi dan bergilir-gilir ( berderau asalnya daur dalam bahasa Arab). Ketika itu Sultanlah yang memerintah dan sultan berdaulat kerana memelihara agama dan seluruh maqasid syariat.

Tujuan saya mengimbau isu ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Melayu boleh Sepakat bagi memartabatkan Islam. Kita sudah lama merdeka dan sayugia kita memilih manhaj hidup kita sendiri, kitalah yang menentukan sama ada ingin terus mempertahankan dasar humanism atau kembali kepada Islam.

Berpolitik cara Barat telah menjadi sebab perpecahan Bangsa Melayu. Apabila Bangsa Melayu menyempitkan pemikiran mereka dan hanya berfikir mengikut kerangka sistem Barat menjadikan mereka berpecah. Budaya merebut kuasa politik merupakan punca kelemahan umat Islam.

Walaupun sistem pemerintahan dan undang-undang perlu diasaskan kepada Syariat Islam namun proses untuk memastikan sistem Islam berkuasa juga perlu mengikut syariat dan manhaj Islam. Demokrasi pilihanraya hanya akan berjaya mengembalikan Islam kepada tampuk kekuasaan apabila seluruh umat Islam dan seluruh Bangsa Melayu sepakat untuk menjadikan Islam sebagai sistem hidup.

Untuk mengembalikan Bangsa Melayu kepada Islam dan jatidiri Islam manhaj yang perlu disepakati oleh semua pejuang-pejuang Islam ialah kembali kepada manhaj nabi s.aw. yang bermula dengan mengubah semula kefahaman, keimanan, akhlak dan ibadah seluruh Bangsa Melayu kepada Islam. Perubahan ini tidak akan berlaku tanpa menghidupkan amalan tilawah al-Quran setiap hari, mentazkiyyahkan akal dan jiwa daripada khurafat dan dosa, mempelajari hukum-hakam dalam al-Quran dan al-Sunnah dan ilmu-ilmu kebijaksanaan yang dipelajari melalui pengalaman hidup berteraskan sunnatullah.

Manusia kafir yang bertuhankan Iblislah yang membawa fahaman humanisma ini yang menjadikan mereka berfahaman libralisma, pluralism agama, sekular, kapitalis, komunis dan materialisma.

Humanisma adalah agama yang bertuhankan nafsu dan Iblis. Humanisma memperjuangkan hak-hak asasi manusia yang tanpa batasan dan memberikan hak mutlak kepada manusia untuk menentukan apa sahaja dalam hidup ini tanpa terikat dengan kuasa Allah dan agama. Ia adalah propaganda Iblis untuk menjauhkan manusia daripada menjadi hamba kepada Allah SWT.

Bangsa Melayu Islam tidak akan sepakat selagi bangsa ini menolak Islam dan menerima libralisma, sekularisma, pluralism agama, kapitalis, komunis yang seluruhnya bertuhankan kepada humanisma bukan kepada Allah yang Maha Esa.

Islam adalah ad Din dan ideologi humanism ini juga adalah agama baru yang diciptakan oleh Iblis untuk menjauhkan manusia daripada agama Tauhid. Bangsa Melayu perlu sepakat untuk kembali kepada Islam sebagai ad Din dan menolak ideologi-ideologi lain sebagai aqidah dan tidak ada kompromi dalam perjuangan.

Katakan kepada golongan humanism ini : “Bagi Kamu agama kamu dan bagai aku agama aku” tetapi oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan Malaysia maka menjadi kewajiban kami Bangsa Melayu, bangsa majoriti untuk mengambil tanggungjawab mempertahankan ke Islaman Negara ini dan mendaulatkannya. Namun jika Bangsa Melayu enggan berpakat dalam isu yang sepakat ini dan mencari pendokong humasima sebagai sahabat karib dengan menjadikan saudara seagamanya sebagai musuh bagaimanakan Islam mungkin kembali berdaulat.

Iblis sedar sekiranya umat Melayu sepakat untuk kembali kepada Islam kuncu-kuncunya tidak mungkin dapat menjadi khalifahnya dan umat Islamlah yang akan menjadi Khalifah Allah.

Hanya dengan mempertahankan agenda humanisma ini manusia yang kufur, fasik, zalim kepada Allah, peminum arak, penzina, pemakan riba dan segala macam pelanggaran nilai dan undang-undang Allah akan tetap layak dan berhak memilih dan dipilih untuk menjadi pemimpin kepada Bangsa Melayu dan umat Islam lainnya. Mereka masih boleh menduduki kerusi-kerusi di Parlimen untuk menggubal undang-undang, mereka boleh dipilih menduduki kerusi-kerusi dewan undangan negeri untuk menguruskan harta-benda dan jiwa manusia dan mereka boleh menjadi tuan kepada Melayu Muslim apabila Melayu dengan reda memilih mereka menjadi tuan.

Orang kafir, fasik, zalim kepada Allah Tuhan Pemilik alam semesta ini mendapat kuasa di bumi ini yang dahulunya diamanahkan kepada umat Islam untuk menjadi khalifah Allah kerana Bangsa Melayu Islam menerima sistem dan ideologi humanism ini dan memperjuangkannya dan menyangka mereka boleh menegakkan Islam menggunakan manhaj ciptaan Iblis ini.

Cukuplah wahai umat Islam, wahai Bangsa Melayu daripada tidak sepakat. Berpakatlah kamu untuk mempertahankan Islam, mempertahankan hak-hak kita yang telah wujud dalam Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan, maka apa sahaja undang-undang yang digubal dan bercanggah dengan agama Islam sayugia dibatalkan. Berpakatlah wahai Bangsa Melayu untuk menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai ilmu wajib diajar, difahami dan dihayati oleh Bangsa Melayu dan menjadi ilmu pilihan bangsa-bangsa lain dalam semua sekolah kebangsaan daripada sekolah rendah hingga ke universiti.

Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada Perlembagaan Negara yang menaskan bahawa Islam adalah agama Negara. Yang dipetuan Agung dan sekelian menteri cabinet telah bersumpah dengan lafaz wallahi, wabillahi dan watallahi untuk menjaga Perlembagaan Negara. Langkah pertama untuk menjaga Islam sebagai agama ialah mewajibkan semua umat Islam mempelajari dasar-dasar Islam dan menghayatinya sejak dari buaiyan lagi. Maka manhaj pendidikan Negara perlu diubah agar menjadikan Islam sebagai matlamat, dasar, sistem, aktiviti dan budaya sejak disekolah rendah lagi. Semua rakyat wajib mengikuti sistem pendidikan kebangsaan tetapi mereka tidak dipaksa untuk menganuti aqidah Islam sebagaimana mereka wajib lulus Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Bahasa Melayu.

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.
BERSAMA MEMBANGUN UMMAH BERAGENDA

Categories: Tasawwur Islami
  1. jai
    November 11, 2011 at 7:27 am

    Terbaik!!!! semoga ia menjadi jawapan kepada mereka yang masih celaru identiti.. “remaja-belia jadi celaru sebab orang tua kelabu”

  2. najib
    November 11, 2011 at 8:13 am

    tapi kenapa sebab ISMA itu MELAYU telah keluar daripada JAMAAH SEBELUM INI….nak suruh ORANG MELAYU SEPAKAT…..tetapi…. sendiri mau ingat la….

    • renungan2u
      November 11, 2011 at 12:35 pm

      Salam. Najib..

      Maklumat yang ada pada saudara mengenai sejarah ISMA mungkin tidak tepat, dan saya dapat rasai bahang perasaan yang saudara luahkan dalam komen saudara. Saya bersimpati dengan saudara dan mungkin jika saudara berjumpa saya dan mendengar jawaban saya persepsi saudara akan berubah dan perasaan panas hati dan tersiksa apabila membaca tulisan2 ahli ISMA mungkin akan hilang.

      • Mus'ab
        November 11, 2011 at 2:49 pm

        Salam Ustaz, ana ahli ISMA dan teringin sangat2 nak tau sejarah ISMA, tak kenal maka tak cinta. Ni tak tau banyak pasal sejarah ISMA pun dah terpesona dengan gerakan tarbiah dari ISMA.🙂

      • renungan2u
        November 12, 2011 at 1:31 pm

        Salam. Mus`

        Ahlan wa sahlan..

      • renungan2u
        November 12, 2011 at 2:45 pm

        ahlan wa sahlan.. mus`ab

  3. Abdullah
    November 11, 2011 at 2:13 pm

    “Untuk mengembalikan Bangsa Melayu kepada Islam dan jatidiri Islam manhaj yang perlu disepakati oleh semua pejuang-pejuang Islam ialah kembali kepada manhaj nabi s.aw. yang bermula dengan mengubah semula kefahaman, keimanan, akhlak dan ibadah seluruh Bangsa Melayu kepada Islam.”

    “Bangsa Melayu Islam tidak akan sepakat selagi bangsa ini menolak Islam dan menerima libralisma, sekularisma, pluralism agama, kapitalis, komunis yang seluruhnya bertuhankan kepada humanisma bukan kepada Allah yang Maha Esa.”

    “Berpakatlah kamu untuk mempertahankan Islam, mempertahankan hak-hak kita yang telah wujud dalam Perlembagaan.”

    Kenyataan-kenyataan di atas adalah kenyataan yang tidak lain membawa kepada kesimpulan bahawa prasyarat kepada kejayaan Islam ialah kembalinya orang melayu kepada keimanan yang sebenar. Kesan daripada itu, barulah orang melayu akan bersepakat. Atau dengan erti kata lainnya, apabila Islam didaulatkan oleh orang melayu barulah orang melayu akan bersepakat.

    Ini adalah ironi daripada slogan yang dilaungkan – Melayu Sepakat Islam Berdaulat – atau mungkin orang yang melaungkan slogan itu sendiri tidak memahaminya?

    • renungan2u
      November 12, 2011 at 2:43 pm

      Salam Abdullah..

      saya petik komen saudara: Kenyataan-kenyataan di atas adalah kenyataan yang tidak lain membawa kepada kesimpulan bahawa prasyarat kepada kejayaan Islam ialah kembalinya orang melayu kepada keimanan yang sebenar. Kesan daripada itu, barulah orang melayu akan bersepakat. Atau dengan erti kata lainnya, apabila Islam didaulatkan oleh orang melayu barulah orang melayu akan bersepakat.

      Komen saya: sepatutnya faham begini…

      Bersepakat dalam perkara yang wajib sepakat adalah langkah2 dalam proses untuk mengembalikan kedaulatan Islam…

  4. melayu
    November 12, 2011 at 12:35 am

    bukan ker isma ni pecahan jim?

    • renungan2u
      November 12, 2011 at 1:28 pm

      ISMA bukan pecahan JIM..

    • renungan2u
      November 12, 2011 at 2:44 pm

      ISMA sebagai organisasi bukan pecahan JIM..

  5. Abdullah
    November 13, 2011 at 5:05 am

    Tuan empunya blog,

    Apa yang saya cuba sampaikan ialah, apa yang tersimpul daripada apa yang ditulis bukan bermaksud “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, tetapi bermaksud iman itu tunggak kesatuan.

    Apa yang saya faham, apabila menyebut “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, seolah-olah kesepakatan melayu menjadi pra-syarat kedaulatan Islam. Yang mana satukah yang betul, tuan Renungan2u?

    Minta diperjelaskan.

  6. renungan2u
    November 13, 2011 at 1:06 pm

    Saudara Abdullah..

    Iman adalah asas, Melayu adalah mad`u.

    MSIB adalah seruan khusus kepada Melayu untuk berpakat atas asas iman, islam dan ihsan.

    Disebabkan realiti Malaysia yang masih menjadikan kuasa majoriti boleh menentukan polisi negara… maka apa-pun cadangan untuk memartabatkan Islam memerlukan ahli palimen Islam sepakat..

    Kenapakah seruan untuk mencapai kata sepakat dalam isu-isu yang menjadi kepentingan Islam menjadi isu sensitif..

    Kesepakatan Melayu adalah antara matlamat perjuangan ISMA.. caranya dengan mengembalikan jatidiri Melayu agar kembali menjadi Islam yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan puak dan parti..

    Hanya iman, ukhwwah, mahhabbah menjadi asas kesepakatan ini..

    jkk

  7. renungan2u
    November 13, 2011 at 1:07 pm

    Mad`u = objek seruan..orang yang diajak..

  8. nur
    November 13, 2011 at 4:40 pm

    inche renungan2u,

    sepakat bagaimanakah yg antum cuba bawa sebenarnya?

    harap dikongsi

    • renungan2u
      November 14, 2011 at 7:34 am

      1. Berpakat dalam perkara Usul dan berlapang dada dalam perkara cabang.
      2. Sepakat meletakkan maslahah umum umat Islam mengatasi maslahah kumpulan dalam membuat apa-apa polisi dan tindakan.
      3. Sepakat mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara.
      4. Sepakat untuk mempertahankan aqidah umat Islam dan tidak bersekongkol dengan mana-mana puak yang secara nyata atau tidak nayata menentang Islam dan ajaran Islam.
      5. Sepakat untuk mempertahankan aqidah ahli sunnah wal Jamaah sebagai aqidah Umat Islam di Malaysia.
      6. Ahli2 Parlimen Melayu Islam wajib sepakat mempertahankan Islam dan kemaslahatan umat daripada cuba digugat oleh golongan bukan Islam tanpa mengira parti dan membatalkan tahaluf jika ternyata golongan yang ditahaluf itu dengan nyata menentang Islam.
      7. Sepakat untuk menyokong dan membantu semua golongan yang memperjuangkan Islam dan memperkasakan bangsa Melayu.
      8. Sepakat untuk memberi hak yang sama kepada umat Islam yang bukan berbangsa Melayu.
      9. Sepakat untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara berteraskan Islam.
      10. Sepakat untuk sama-sama mempertahankan setiap inci bumi Malaysia daripada dikuasai, diperintah dan diambil manfaat oleh orang bukan Islam kecuali dibawah kuasa umat Islam.
      11. Sepakat untuk memastikan pemimpin tertinggi negara dan negeri berada ditangan umat Islam.
      12. Sepakat untuk sama-sama berusaha mengembalikan jatidiri Bangsa Melayu supaya memiliki aqidah, akhlak dan amalan hidup yang berteraskan Islam yang syumul.
      13. Sepakat untuk sama-sama mengembalikan jatidiri keluarga-keluarga Islam khususnya Melayu agar menghayati ciri-cirikeluarga Islam dan menjadi asas masyarakat Islam.
      14. Sepakat untuk sama-sama menyatupadukan ahli masyarakat atasa asas iman, Islam dan ukhuwwwah tanpa membeza-bezakan mereka walaupun berbeza fahaman fiqah dan politik.
      15. Sepakat untuk memastikan kerajaan yang memerintah tidak menzalimi rakyat mana-mana negeri yang diperintah oleh Umat Islam walaupun berbeza fahaman politik.
      16.Sepakat untuk menghapuskan segala kemungkaran, kemaksiatan dan penyelewengan dalam masyarakat, politik dan agama; pecah amanah, rasuah, politik wang, kezaliman, pelacuran, perzinaan, perjudian, sistem riba dan ajaran sesat.
      17.Menyokong semua kebaikan dan usaha-usaha memartabatkan Islam walaupun dilaksanakan oleh majlis agama negeri, jabatan agama negeri, majlis fatwa kebangsaan dan Jabatan agama Islam.
      18. Sepakat untuk menentang dan melemahkan semua gerakan anti Islam seperti humanisma, pluralisma agama, libralisma, sekularisma dan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah.
      19. Sepakat untuk menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam menggariskan segala dasar, polisi, sistem, peraturan dan undang-undang dalam gerakan Islam dan negara.
      20. Sepakat untuk menerima kewujudan jamaah lain, organisasi lain dan siapa sahaja yang berjuang untuk Islam, berlapang dada dalam isu tidak sepakat, saling menguatkan dalam isu-isu yang sepakat dan bertabayyun jika mendengar berita daripada orang fasiq..

      wallahua’lam.

  9. Abdullah
    November 14, 2011 at 3:07 am

    Tuan empunya blog,

    Kalau begitulah maksud ISMA, saya rasa slogan yang dilaungkan oleh ISMA tersebut adalah tidak munasabah. Kerana saya yakin, seperti saya, ramai lagi orang umum yang faham seolah-olah ISMA membawa perjuangan bangsa apabila slogan tersebut digunakan.

    Mungkinkah slogan ini (MSIB) membawa kepada mudarat yang lebih besar berbanding kebaikannya?

    Saya juga ingin bertanya, kerana ISMA merupakan satu badan dakwah, adakah strategi ini berdasarkan sejarah perjuangan nabi Muhammad?

    Harap diperjelaskan, sekian.

  10. renungan2u
    November 14, 2011 at 8:30 am

    Tahniah kepada saudara Abdullah yang bertanya..

    Saya hormati pandangan saudara,

    ISMA bukan parti politik dan saya yakin jika bangsa Melayu sanggup bermuafakat dalam semua agenda hidup mereka tidak ada apa kemudaratan yang akan berlaku tetapi itulah sebenarnya tuntutan Syariat Islam..

    Saya berkeyakinan Ijtihad ISMA berpandukan sejarah perjuangan nabi s.a.w. kerana secara fitrahnya manusia diciptakan mempunyai perasaan sayang kepada bangsanya dan mereka yang hampir kepadanya.. Islam agama fitrah dan memandu fitrah kejalan yang diredai Allah..dan Islam tidak melarang umatnya menggunakan fitrah ini untuk kepentingan Islam. Maka sepatutnya perasaan ini disuburkan dan gunakan untuk kepentingan Islam.

    Perasaan sayang isteri dan anak2, sayangkan saudara kandung, lebih rasa mudah mesra dengan saudara senegeri, sebagaimana orang-orang Jawa bila bertemu akan bercakap Jawa sesama mereka, orang kelantan akan berdilek Kelantan dan merasa lebih mesra dan bila berada diluar negara kita akan rasa lebih rapat dan prihatin dengan rakyat negara kita walaupun berlainan agama dan bangsa apatah lagi jika satu bangsa dan agama… ia adalah perasaan dan naluri fitrah yang telah diciptakan Allah.. kita tidak berdosa merasainya sebagaimana nabi s.a.w. pernah menitiskan airmatanya apabila merindui Mekah.

    Islam datang bukan untuk mengharamkan perasaan murni ini, ajaran Islam bukan untuk menghapuskan semua perasaan dan budaya ini tetapi memanfaatkannya untuk menguatkan agama.

    Bangsa Melayu sudah lama Islam, mereka ada pakaian mereka sendiri yang tidak bententangan dengan Islam, mereka memiliki negara yang memartabatkan Melayu sebagai Islam dan telah diperuntukkan dalam Perlembagan negara sebagai Islam Agama Persekutuan dan Raja-raja Melayu wajib bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan Islam.

    Jika orang Melayu yang diberi tanggungjawab tidak sepakat mempertahankan hak-hak ini apakah bangsa-bangsa Islam lain mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya dibumi ini?.

    Apabila Abu Bakar al-Siddiq mengatakan ” kepimpinan daripada Quraisy” para Aus dan Khazraj akur kepada hadis ini dan menyerahkan Khalifah kepada sahabat berbangsa Quraisy..

    Di zaman Turki Uthmaniyyah bangsa Quraisy tidak lagi menjadi Bangsa yang kuat tetapi Bangsa Uthman daripada bangsa Kurdistan Turki adalah Bangsa yang kuat dan berjaya menyatukan umat Islam maka apakah hukum melantik khalifah daripada bangsa Turki? sedangkan nabi s.a.w. bersabda kepimpinan hendaklah daripada Quraisy?..

    Apakah kepimpinan Turki Uthmaniah tidak sah dan orang Arab tidak wajib mentaatinya kerana sultan Salahuddin al-Ayubi bukan keturunan Quraisy?..

    Ibn Qaldun menjawab.. kepimpinan sultan Salahuddin sah dan umat Islam wajib taat kepada khalifah Islam dengan ijtihad bahawa hadis nabi ” Kepimpinan daripada Quraisy” hendaklah difahami bersama realiti ketika nabi mengucapkan hadis tersebut.. kerana menjadi asas berhujjah dalam bab muamalat ialah memahami sebab dan rasional sesuatu hukum yang dinaskan..

    Realiti Quraisy dizaman nabi bukan kerana Quraisy ini bangsa mulia disebabkan mereka keturunan nabi s.a.w. tetapi kerana Bangsa Quraisy ketika itu adalah bangsa yang majoriti atau memiliki asobiyyah yang kuat.

    Asobiyyah kaum Quraisy yang akan mempertahankan pimpinan bangsanya digunakan oleh Islam untuk membantu mempertahankan Islam. Jadi semangat kebangsaan digunakan untuk mempertahankan Islam, syariat Islam, undang-undang Islam dan kebajikan umat Islam. Ini adalah asobiyyah yang baik. Nabi s.a.w. hanya mengharamkan asobiyyah yang melakukan kezaliman kepada bangsa lain.

    Ketika Bangsa Quraisy lemah, bangsa Arab Umayyah dan Abbasiah lemah bangun pula bangsa Turki.. ulama Islam tidak menolak kebangkitan bangsa Turki yang ingin mempertahankan Islam malah umat Islam diwajibkan untuk sama-sama mentaati khalifah Turki Uthmaniyyah.

    Hakikat yang sama berlaku dinusantara ini. Bangsa Melayu sudah memilih Islam dan mempertahnkan Islam sehingga wujud kesultanan Melayu Islam dinusantara ini.

    Realiti hari ini Barat ingin menghapuskan hakikat ini dan memperkasakan sistem demokrasi Barat yang memberi hak kepimpinan kepada penganut agama lain; hak memilih. hak dipilih sebagai pemimpin, penggubal undang-undang dan pengatur urusan harta benda umat Islam yang sejak dahulu menjadi hak mutlak umat Islam.

    Hanya satu peluang terakhir untuk memperkasakan Islam ialah Bangsa Melayu yang masih memegang kuasa majoriti dalam politik ini kembali kepada islam dan sepakat untuk mendaulatkan Islam..

    Jika pimpinan Melayu berpecah dengan fahaman masing-masing dan bersahabat karib, memberi kasih sayang dan wala kepada bukan Islam atau pejuang2 libralisma maka masa hadapan islam dan umat Islam akan semakin gelap atau lebih mencabar..

    Atas asas ini ISMA melaungkan slogan MSIB agar Melayu sedar mereka bertanggungjawab dan berdosa sekiranya Islam runtuh dan hilang daripada negara ini kerana Melayu adalah bangsa Islam yang menjadi bangsa majoriti di Malaysia.

    wallahua’lam.

  11. renungan2u
    November 14, 2011 at 9:07 am

    Salam.

    Saudara Abdullah mungkin terkesan dengan hadis nabi s.a.w. yang bermaksud : “Bukan dikalangan kami mereka yang mengajak kepada asobiyyah”..

    Sebenarnya nabi s.a.w. juga mentafsirkan asobiyyah yang diharamkan sebagai : ” menolong saudara kamu melakukan kezaliman..”

    Begitu juga nabi bersabda : ” Jangan marah, maka kamu akan mendapat syurga”. bukan bermaksud kita tidak marah jika isteri kita bercinta dengan lelaki lain, kita tidak marah apabila orang kafir membunuh umat Islam dan cuba memurtadkannya..

    Sayang dan marah adalah naluri manusia yang telah wujud secara fitrah dan tidak mungkin boleh dihapuskan kecuali manusia yang sudah mati hati dan perasaannya..

    Islam hanya mendidik manusia agar menyalurkan dan menggunakan perasaan tersebut mengikut neraca syarak.

    Begitulah semangat kebangsaan, patriotik yang ada dalam jiwa bukan perlu dihapuskan tetapi digunakan untuk kepintingan dan kemaslahatan ummah.

    Slogan MSIB nampak macam seruan kepada semangat kebangsaan tetapi kita harus sedar orang Melayu yang ada kuasa politik tidak berusaha sehabis kemampuan mereka bagi mencari kesepakatan.. Sepatutnya muwafakat perlu dipupuk dimulakan dan diperkasakan dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan ummah dahulu dan mampu dilakukan oleh pihak2 yang bertelagah sebelum bermuafakat dalam isu-isu yang sukar.

    wallahua’lam.

  12. Abdullah
    November 14, 2011 at 9:45 am

    Terima kasih tuan renungan2u dengan penerangan yang panjang lebar. Tetapi bangsa-bangsa terdahulu, pada era selepas kewafatan nabi Muhammad, mereka bangkit disebabkan bangsa atau mereka bangkit kerana Islam pada mereka?

    ISMA mengatakan bahawa strateginya adalah untuk mendahulukan Melayu di dalam agendanya. Apakah bentuk-bentuk program atau aktiviti yang telah dilakukan untuk memperbaiki kaum Melayu secara khusus?

    • renungan2u
      November 17, 2011 at 7:56 am

      Salam..

      Abdullah.. sudah tentu semua umat Islam bani Umayyah, bani Abbasiah, bani Uthmaniyya bangkit mempertahankan Islam berasaskan aqidah Islam. Cuma asobiyyah (perasaan sayang) digunakan untuk mempertahankan Islam. Hari ini barat sudah hilang jati diri, mereka tidak mungkin dapat menyatukan bangsa mereka atas asas kebangsaan sebab institusi kekeluargaan mereka sudah hancur. Sudah ramai anak-anak yang lahir tanpa bapa yang sah dan sudah hilang kebahgiaan hidup berkeluarga.

      Ajaran humanisma, libralisma dan bersepakat diatas asas-asas kemanusiaan mutlak tanpa terikat dengan apa-apa agama dan kekeluargaan adalah acuan yang cuba diarusperdanakan masa kini..

      Apabila Bangsa Melayu yang masih ada jatidiri dan kekeluargaan yang mantap, juga sanggup menolak kesepakatan yang bertepatan dengan naluri dan tidak bercanggah dengan Islam untuk menerima kesepakatan atas nilai-nilai humanisma yang tidak bertuhankan Allah azza Wajalla bermakna perjuagan barat semakin memenangi matlamat mereka.

      Kita akan menyeru Melayu jika objektif seruan kita Bangsa Melayu, kerana di Malaysia Bangsa Melayu masih mempunyai kuasa politik dan mempunyai kekuatan desakan jika mereka sepakat. Sebaliknya jika mereka tidak sepakat mereka akan menjadi kuasa minoriti terutamanya jika golongan tidak beriman sepakat utuk memperjuangkan dasar humanisma..

      Sebagaimana kita akan menyeru Bangsa-bangsa Arab untuk sepakat jika membabitkan keperluan kesatuan negara-negara Islam yang majoritinya berada ditangan Arab. Apabila Bagsa-bangsa Arab bersepakat atas asas Ialam dan Melayu juga sepakat atas asas Islam tetapi Bangsa Melayu, Bangsa Arab, Bangsa Cina, Bangsa India yang semuanya Islam tidak sepakat sesama mereka maka kita perlu menyeru wahai kuasa-kuasa Umat Islam berpakatlah kamu..tetapi itu andaian yang jauh kerana apabila semua bangsa-bangsa dunia memilih Islam sebagai dasar politik mereka..Khalifah Islam akan dapat ditegakkan.

      Kesepakatan Ummah bermula dengan setiap Bangsa terlebih dahulu perlu sepakat untuk menerima Islam sebagai asas dalam kehidupan yang syumul.

      Cara ISMA, dakwah umat Islam, kumpul mereka dalam program-program membina ilmu dan iman, mentazkiyyah ruhani mereka dan mengajak mereka menghayati hukum-hakam Islam dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat seterusnya mereka akan tahu siapakah pimpinan yang layak untuk dipilih bagi memerintah dengan adil..

      wallahua’lam

  13. November 16, 2011 at 7:30 am

    Saya yakin ISMA tidak mengenepikan semangat ukhuwwah sesama muslim keseluruhannya (tak mengira agama) berdasarkan modul2 tarbiyahnya.
    MSIB yg saya fahami adalah seruan kepada bangsa sendiri agar bersepakat, dengan menyedari kuasa politik yang ada (sejarah kekuatan kaitan melayu & Islam) dan boleh dioptimumkan dalam kerangka mendaulatkan Islam.
    Bersepakat dengan mengamalkan nilai ukhuwwah Islamiyyah (berlapang dada–> mengutamakan saudaranya).

  14. Lan
    November 17, 2011 at 4:32 am

    Salam. Program ISMA memang boleh kata banyak. Boleh tengok webpage ISMA cawangan. Contohnya di bawah:

    http://ismasarawak.com/

    In progress🙂

  15. fae faezah
    November 17, 2011 at 9:14 am

    Melayu Sepakat adalah ‘alat’…Islam berdaulat adalah matlamat…
    Lawannya
    Melayu Berpecah ..maka Islam tidak berdaulat…
    Cam tu kan

    • zainab
      February 8, 2012 at 8:27 am

      Setuju saudara faezah….marilah kita bersama-sama berganding bahu membangunkan ummah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar… Ikhlaskan niat dan berlapang dada semoga Allah memberi hidayahNYA…

  16. azh
    February 8, 2012 at 4:03 pm

    MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

    pada saya slogan ini tidak sepatutnya menjadi isu seandainya kita berlapang dada dan tidak terlalu fobia dengan apa2 yang berkaitan dengan mencintai bangsa sendiri. apakah dengan menyayangi kaum keluarga sendiri bererti menyisihkan dan memandang rendah kaum keluarga orang lain? intipati slogan ini pada saya mudah difahami andainya dibaca secara menyeluruh tanpa perlu diperinci secara melampau2 sampai timbul pula prasangka2 negatif.

  17. Muhammad Zaki bin Zulkifli
    April 29, 2012 at 3:28 pm

    Saya musykil .. apakah ahli2 ISMA tidak mengundi ? Bagaimana pandangan ISMA terhadap PAS dan perjuangannya ?

    • renungan2u
      May 7, 2012 at 2:46 am

      ISMA akan mengundi calun2 yang lebih soleh, bertakwa dan terbuka dalam menerima pendapat dan nasihat. Sikap PAS yang bertahaluf dengan DAP dan PKR membuktikan PAS lebih mengutamakan kuasa daripada kebenaran syarak dalam berpolitik.

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        June 2, 2012 at 6:57 am

        Tunjukkan atau namakan kpd saya, siapakah calun soleh dan bertaqwa yg tuan maksudkan, saya juga mahu org itu menjadi pemimpin

    • renungan2u
      May 24, 2012 at 9:59 am

      Mengundi dan memilih calun2 yang memperjuangkan Islam adalah wajib.. Namun apabila orang2 Islam berpakat dan menguatkan kuasa bukan Islam kita perlu menilai mana satu perjuangan yang lebih mengurangkan risiko kepada perjuangan Islam

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        June 15, 2012 at 8:04 am

        Saya nak tanya tuan lagi, bila tuan kata sikap PAS bertahaluf dgn DAP dan PKR itu menunjukkan PAS hanya mahukan kuasa, bagaimana persekutuan antara UMNO dgn MCA dan MIC ? Hakikatnya UMNO tak pernah membangkitkan soal utk memperjuangkan Islam secara syumul atau menyeluruh, sebab itu kita tak pernah dengar MCA dan MIC komen dlm hal ni, jadi apakah tuan yakin MCA dan MIC boleh terima pengaplikasian Islam secara syumul dlm negara ini ? Seperkara lagi, dlm soal keduniaan, DAP dan PKR lebih amanah dan telus berbanding UMNO dan ini dibuktikan oleh lapuran Jabatan Audit Negara sendiri, di mana negeri Pulau Pinang menduduki tangga teratas dlm aspek pengurusan kewangan negeri, mengalahkan UMNO yang telah memerintah lebih 50 tahun, sebab itu orang Cina dan India semakin tidak yakin dgn BN, UMNO lah puncanya, semua pemimpin negara sebelum ni drp UMNO. Satu lagi, saya yakin UMNO adalah produk British, kerana mustahil British beri kemerdekaan dgn begitu shj setelah mrk berhabis wang, masa, nyawa utk menjajah kita melainkan mereka telah tinggalkan pewaris atau anak didik mrk utk terus menjajah kita dlm bentuk halus, Oleh itu UMNO tak mungkin akan memperjuangkan Islam sampai bila2 kerana mrk adalah produk British yang mana misi mereka ialah terus mensekularkan orang islam di negara ini

      • renungan2u
        August 3, 2012 at 1:53 am

        Bagi saya MCA berbeza dengan DAP yang asalnya PAP, manakala PKR lebih kurang dengan DAP dan kedua2nya tidak menjadikan Islam sebagai dasar jadi PR sama dengan BN disudut dasarnya. Setakan ini pimpinan PAS selalu tunduk dengan gertakan DAP dan saya belum nampak apakah agenda Islam di Kelantan kerana sejak dulu sampai sekarang tidak jauh bezanya. UMNO dan PAS adalah produk sistem yang sama yang di asaskan British sebab menjadikan parti-parti politik sebagai landasan perjuangan yang telah diberi amaran oleh imam al-Banna sejak dulu lagi.

        Tidak ada cara untuk menegakkan Islam melainkan Melayu perlu sepakat untuk melaksanakan Islam. Menyerahkan kuasa kepada bukan Islam yang Allah amanahkannya kepada umat Islam adalah jenayah kepada Allah. Mengundi DAP dan PKR bagi saya haram sebab dasar mereka bukan al-Quran dan Sunnah. UMNO yang rasuah dan pecah amanah adalah manusia yang berdosa tetapi lebih baik disisi Allah daripada orang2 kafir yang syirik kepada Uluhiyyah Allah.

        Kebaikan dunia yang diperlihatkan setahun dua untuk memancing undi tidak boleh dijadikan hujjah keadilan mereka kerana dalam Islam orang kafir tidak pernah dianggap adil, tidak sah menjadi wali nikah apatah lagi jadi pemerintah umat Islam. Apabila umat Islam Reda dengan kepimpinan sikafir maka laghalah kehidupan dunia ini dan hilanglah taat..

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        August 8, 2012 at 2:28 am

        Saya sedar UMNO dan PAS adalah produk British, iaitu sistem pemilihan pemimpin melalui parti yg berpilihanraya, tetapi apa yg kita mampu buat selain terpaksa menurut sistem ni selagi perlembagaan negara yg diterima oleh pemimpin2 UMNO dahulu tidak diubah ?

        Tuan mengatakan bahawa tuan tidak nampak apa-apa agenda Islam PAS di Kelantan, saya kira tuan silap dalam hal ini . Saya berpendapat tuan bersikap serkap jarang dalam hal ini, apakah tuan pernah bertandang ke Pejabat Menteri Besar Kelantan dan bertanyakan hal ini ? Apakah tuan sedar bahawa kerajaan negeri mengalami kekangan-kekangan untuk melaksanakan sesetengah perkara ?

        DAP dan MCA & MIC mmg berbeza, tapi kedua-dua sama shj tidak menjadikan Islam sebagai dasar, tetapi kalau tuan renung kembali laporan audit negara, tuan akan dapati DAP lebih cekap menguruskan kewangan negeri shg dinobatkan sebagai negeri paling cekap dalam Malaysia dalam menguruskan kewangan. Bukankah bekerjasama dengan mereka dalam hal keduniaan, lebih baik berbanding UMNO yang boros menghabiskan wang rakyat dan berhutang, sehingga bebannya terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan pelbagai harga yg naik .

        Bukan setakat itu sahaja, pemimpin-pemimpin UMNO melalui media-media yg menyebelahi mereka sering menipu dan memutarbelitkan fakta, malah memfitnah lawan mereka dengan begitu teruk sekali, dan memenjarakan lawan politik mereka. Tidakkah ini sifat munafik ? Bukankah munafik lebih merbahaya drp kafir? krn mereka adalah umpama duri dalam daging atau gunting dalam lipatan.

        Dalam suatu forum : Media Sosial – Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat, 13 Julai , KL. Ketua Pengarang Kump Utusan, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata “Dalam bentuk penulisan, kita ada satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). Dari segi perang psikologi, kita jangan ikutlah blantant lie, kita jangan tulis pembohongan. Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK” “Kalau kita pro-UMNO lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit. Di sana (parti lawan) mereka kerja dengan hati, perasaan dan fisabillillah, tetapi kita di sini maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan”.

        Berdasarkan kata-kata Ketua Pengarang Kump UTusan tersebut, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia berkata ” Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zaini Hassan membuktikan bahawa beliau mengiyakan Utusan bukan lagi akhbar perdana yang bergerak bebas tapi adalah alat menyebarluaskan propaganda UMNO. Pada saya Utusan tidak patut wujud lagi dan saya menyeru kepada semua masyarakat supaya tidak perlu lagi baca Utusan. Utusan ini pada saya sudahlah asas Utusan itu sendiri mereka langgar, prinsip pun mereka langgar juga”.

        Maaf cakap, saya kira tuan ini seorang yg naif, lurus, menganggap semua yg keluar dalam media perdana itu fakta semuanya, tanpa perlu diselidik dan dipastikan kesahihannya khususnya dalam hal berkaitan politik. Tuan melihat politik berdasarkan pandangan yg dikehendaki & dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO@BN@negara, sedangkan tuan mentah dalam hal politik, kerana tuan bukan orang politik, tuan tak tahu apa yg dilakukan oleh pemimpin2 ini dibelakang rakyat, tetapi tuan masih percaya apa shj maklumat yg dihidangkan kpd tuan oleh mereka.

        Tuan mungkin berfikiran spt orang-orang UMNO lainnya, bahawa DAP adalah sebuah parti racist, kerana saya percaya tuan banyak bergantung kepada maklumat daripada media-media perdana dalam hal politik negara, tetapi lupakah tuan, Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana membantu seorang remaja wanita MELAYU yang dirogol orang salah sorang drp Datuk T yg mendakwa Anwar Ibrahim ? Tahukah tuan bahawa UMNO sendiri menjual tanah orang Melayu di Pulau Pinang kepada orang asing?

        Tuan asyik bercakap seolah-olah PAS merestui jika DAP ingin menjadi pemimpin negara .. itu sebenarnya dakyah UMNO untuk menakut-nakutkan umat islam di negara ini, sedangkan realitinya DAP sedar siapa mereka dalam negara ini, sekalipun mereka telah berjaya memperolehi ahli dari kalangan orang Melayu namun PAS juga berjaya mendapat ahli drp bukan Islam, malah bilangan mereka ini bertambah dengan cepat di dalam PAS berbanding , bilangan orang melayu di dalam DAP.

        Orang-orang melayu memang perlu bergabung, tetapi bukan di bawah parti yg pemimpinnya boros dan suka menipu, sebaliknya di bawah parti yg mahukan Islam berdaulat.

        Namun jika PAS@PR berkuasa nanti, jangan pula tuan kata “mana dia perubahan ke arah islamik yg diuar-uarkan oleh PAS:” kalau tuan persoal begitu, maknannya tuan mentah juga dalam suatu perkara iaitu siapakah sebenarnya yg mengusai dunia ketika ini. LIhat saja apa yg berlaku di Turki dan Mesir, sekalipun kini mereka diperintah oleh pemimpin pro-islam, tapi apa sangat yg boleh mrk lakukan, cuma setidak-tidaknya, mereka dapat perintah dengan lebih adil dan byk buat kebajikan kepada rakyat dengan cara munasabah, bukan berhutang macam UMNO@BN

      • renungan2u
        August 8, 2012 at 6:12 am

        Apa yang diperlukan oleh umat Islam ialah PAS dan UMNO lupakan DAP, MCA, MIC tetapi fokus meletakkan maslahat Islam didepan bukan parti politik menjadi keutamaan. Kalau kedua-dua tidak sanggup berpakat kedua2 tidak lagi ralivan..

        Tapi apa yang nabi Muhammad mahu setiap umat Islam mengajarkan kepada anak2nya ayat-ayat al-Quran seayat demi seayat, membaca memahami dan menghayati dan inilah agenda gerakan Islam yang sepatutnya menjadi fokus semua gerakan Islam..

        Saya yakin untuk bermuafakat tidak perlu perubahan perlembagaan. Dalam perlembagaan Islam adalah agama persekutuan maka buat sahaja Islam tegakkan dalam diri, dalam keluarga dalam jamaah dalam masyarakat. Agendakan agar semu ahli2 PAS jadi murabbi yang faham al-Quran, faham al-Hadis, meletakkan ukhuwwah Islamiah mengatasi ukhuwwah kepartian, menjadi qudwah dalam semua segi. Agendakan agar semua pimpinan PAS adalah pimpinan yang lahir daripada madrasah tarbiyyah berasaskan menghayati al-Quran dan al-Hadis. Agendakan agar anak-anak ahli PAS mendapat tarbiyyah Islamiyyah dimana murabbinya adalah ibu bapanya sendiri.

        Bagi saya selagi UMNO dan PAS menjadikan pihak2 bertentangan sebagai musuh walaupun dalam politik ia tetap terkeluar daripada fikrah Islam yang sebenar. Islam adalah agama yang syumul dan umat Islam tetap bersaudara dan wajib berkasih sayang walau berbeza mazhab. Jika perbezaan mazhab politik menjadikan umat Islam mengambil sikap bermusuh-musuhan dan sanggup berpakat dengan golongan kafir, syiah untuk memusuhi saudara seaqidah maka politik itu adalah politik yang bercanggah denga maqsud Islam.

        Saya memahami fikrah, dakwah dan harakah sejak 1980an sejak Anwar masuk UMNO dan Ust Hadi masuk PAS dan saya amat sedar pencetus perbalahan antara umat Islam apabila perjuangan politik mengatasi hak2 ukhuwwah dan tuntutan iman..

        Saudarapun mengaku kalau PR memerentahpun mereka tidak akan dapat buat-buat apa yang lebih baik kepada masyarakat sekadar janji untuk berlaku lebih adil.. tetapi di Selangor ada masjid yang dikuasai PAS tidak membenarkan ISMA mennggunakannya untuk membuat program kepada ahli walaupun masjid adalah wakaf untuk semua umat.

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        August 11, 2012 at 10:24 am

        Pendirian tuan sebenarnya kelihatan tidak tetap, sebelum ini tuan kata akan memilih pemimpin yang bertaqwa, kemudian tuan kata pula pemimpin2 UMNO yg mengamalkan rasuah , pecah amanah dsbnya adalah berdosa. Lalu siapakah yg akan dipilih sebagai pemimpin ?
        Tuan kata dalam Islam, bukan Islam selamanya dianggap tidak akan berlaku adil ? Kalau bukan adil di sini bererti mereka tidak boleh menjadi pemerintah, hakim kepada umat Islam itu saya setuju, tapi kalau bukan adil di sini bererti mereka sentiasa ada muslihat atau niat jahat terhadap orang Islam, maka saya kira tuan sendiri berlaku tidak adil, kerana buat penilaian mudah sebegitu. Bukankah di zaman awal Islam sendiri, bukan Islam pernah dimenangkan dalam satu sesi pengadilan ? Bukankah itu bererti bukan Islam juga ada yg bersikap adil ?
        Hairan sungguh saya, bagaimana tuan dan orang2 spt tuan boleh berasa negara ini akan semakin makmur jika UMNO diberi amanah memimpin negara, malah mengajak PAS bergabung dengan UMNO ?? Saya nak tanya tuan, adakah UMNO benar2 komited utk melaksanakan islam dalam negara, sedangkan setelah lebih 50 thn mereka memerintah, umat Islam semakin buta agama, akhlak semakin merosot, dan rakyat malaysia seluruhnya termasuk bukan Islam hidup semakin tertekan dengan tekanan ekonomi shg jenayah semakin meningkat.
        Apakah umat Islam harus memberi mandat kepada orang Melayu Islam yang bertanggungjawab mensekularkan masyarakat melalui sistem pendidikan dan media massa ? Apakah umat Islam harus memberi amanah kepada orang Islam yang merosakkan akhlak umat Islam melalui lambakan program-program hiburan di televisyen dan dasar langit terbuka yang memudahkan sesiapa sahaja untuk menonton video2 lucah ? Apakah umat Islam harus memberi kepercayaan kepada orang Melayu Islam yang membuatkan ekonomi negara semakin hari semakin tenat dengan hutang yg meningkat dan rakyat yg terpaksa tanggung dgn membayar cukai dsbnya, shg menyebabkan kadar hutang bg setiap rumah dalam negara meningkat, dan semakin ramai yg diisytihar muflis ? Apakah umat Islam harus memberi kuasa kepada org Melayu Islam yang kerjanya memfitnah lawan politiknya dengan seteruk-teruk fitnah yang mengaibkan ? Apakah umat Islam harus memberi undi kepada orang Melayu Islam yang menggunakan wang rakyat untuk membolehkan kroni2 mrk mendapat projek, tender, yang kadang2 sebut harganya melampau tinggi, malah adakalanya projek tersebut xde langsung keperluan terhadapnya ?
        Tahukah tuan bahawa Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menyuruh orang melayu mengenepikan UMNO, kerana melihatkan generasi muda UMNO yg rakus kuasa dan harta ?
        Tahukah tuan, anak Tun Mahathir membeli saham dalam syarikat arak, dan kemudian syarikat arak itu pula beli saham Petron dan kemudian MAS di desak utk menggunakan minyak Petron ?
        Tahukah tuan dlm kes pembunuhan Altantuya, dua orang polis peribadi Datuk Seri Najib di dakwa padahal mrk tak ada motif utk bunuh Altantuya ? TAhukah tuan DAtuk Seri Najib tak pernah berani jumpa ayah altantuya, iaitu Dr Setev, malah Najib pernah menyorok lama dalam lif kerana tidak mahu bertembung dgn Dr Setev. Adakah pemimpin2 seperti ini layak diberi kuasa ?
        Kalau tuan masih ingat, Dr Mahathir pernah mengeluarkan pelbagai statement yg menunjukkan pemikiran sekularnya, sebabtu masa zaman dia, ada kolum tetap utk pembela pemikiran sekular dan liberal oleh Astora Jabat.
        Hairan sungguh puak2 UMNO ini, tiba2 harini mrk nak jd hero membanteras fahaman liberal, padahal mrk lah menyuburkan fahaman liberal, yg amalkan islam menurut kesusaian nafsunya .. bila ditegur kenapa isteri2 mrk tidak bertudung, mrk beri macam2 alasan menunjukkan mereka memandang ringan dgn tuntutan syariat.

      • renungan2u
        August 30, 2012 at 2:23 pm

        Isu bukan UMNO atau PAS

        Tapi realiti umat Islam yang berpecah, tidak sepakat membuka ruang kepada bukan Islam memperkukuhkan kedudukan dan penguasaan dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi dan berjaya mencairkan budaya hidup Islam kepada budaya hidup sekular dan libral.

        Sudah tiba masanya orang-orang Melayu mengendurkan permusuhan dan kembali mencari titik-titik persepakatan demi kekuatan umat dan survaival Islam.
        ” Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

        Hamaspun menyeru Fatah untuk survaival umat Palestin.

  18. Muhammad Zaki bin Zulkifli
    April 29, 2012 at 3:41 pm

    Bagaimana ISMA mengaplikasikan slogan MSIB dlm realiti negara kita yg mengamalkan demokrasi, memilih pemimpin melalui pilihanraya dan beberapa parti yg didominasi oleh Melayu Islam telahpun wujud ?

    • renungan2u
      May 7, 2012 at 2:43 am

      Kesepakatan Melayu, kekuatan ukhuwwah adalah matlamat strategik yang akan melemahkan strategi musuh “devide and roll” pecah dan perintah. ISMA perlu berdakwah dan meningkatkan kesedaran politik dikalangan ummah supaya memahami agenda musuh diperingkat antarabangsa, mengenali rakan-rakan musuh dalam negara dan memastikan ummah benar2 mengenali siapakah pejuang2 yang benar2 memiliki agenda untuk ummah dan siapa musuh ummah sebenar.

      Selepas perang dengan USSR Amarika telah memfokuskan Islam sebagai musuhnya. Kekuatan Islam pada kekuatan Iman umatnya mengenai tauhid Uluhiyyah. Barat telah cuba melahirkan golongan libral dikalangan umat Islam dan menerima human right sebagai asas kehidupan.. Perjuangan hak2 asasi manusia tajaan PBB adalah arus baru dan musuh kebangkitan Islam..

      Pejuang Islam perlu memusuhi arus libralisma dan tidak bersekongkol dengan mereka dalam perjuangan. Umat Islam perlu sepakat mengenai musuh sebenar mereka dan bertolakansur sesama Islam dalam perkara khilaf, menilai kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang bagi melakukan usaha kearah perubahan total ummah kepada Islam dalam cara hidup individu, keluarga dan masyarakat. Kesepakatan ini adalah laluan mudah kepada kekuasaan politik Islam yang syumul

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        May 16, 2012 at 8:52 am

        Kenapa perpaduan itu perlu melalui bangsa bkn melalui agama ? Bukankah para Nabi juga bermusuh dgn bangsa sendiri, malah ada juga dgn ahli keluarga sendiri ? dan bukankah kerana perjuangan bangsalah Khilafah terakhir umat Islam menjadi lemah, bila Barat berjaya menghasut negara2 Arab supaya memisahkan diri drp Kerajaan Turki Uthmaniyyah ?

      • renungan2u
        May 24, 2012 at 9:51 am

        Sepakat atas dasar agamalah

    • renungan2u
      May 24, 2012 at 9:57 am

      Kita perlu memperkasakan dakwah, tarbiyyah sehingga umat Islam seluruhnya menghayati Islam dan meluaskan Islam kepada bukan Islam, sehingga orang2 soleh dikenali kerana kesolehannya dan masyarakat tidak perlu dilobi untuk mengenali siapakah wakil ahli syura mereka..

    • Muhammad Zaki bin Zulkifli
      February 27, 2013 at 3:28 am

      Komen Saya Mengenai Parti Baru Melayu-Islam, iaitu BERJASA @ ISMA :

      Sebaiknya ISMA menyertai PAS dan membawa pembaikan di dalam PAS berbanding menubuhkan parti baru Melayu-Islam.

      Bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calon-calon PRU sebelum ini terdiri daripada bukan Melayu bukanlah alasan yang bijak untuk memperbanyakkan parti Melayu-Islam. Kalau ISMA @ BERJASA menyertai PAS, mungkin sahaja pada PRU akan datang ini PR sepakat meletakkan calon Melayu PAS di kawasan-kawasan tersebut kerana PR secara umumnya telah bersetuju untuk meletakkan calon berdasarkan kaum terbanyak di kawasan tersebut (Melayu atau bukan Melayu).

      Kalau calon di situ tetap bukan Islam sekalipun, apa yang dirisaukan kalau PM kita Muslim ?

      ISMA sebelum ini sering menuduh PAS seolah-olah tidak dapat bersabar dengan UMNO dan bertindak gopoh keluar daripada UMNO atau menubuhkan parti Melayu-Islam lain, tetapi kini ISMA yang kelihatan spt tidak dapat bersabar dengan PAS dan bertindak gopoh menubuhkan parti Melayu-Islam baru.

      ISMA perlu sedar, yang mengejek ajaran Islam tidak hanya bukan Melayu @ Non-Muslim, tetapi juga Muslim yang berpemikiran sekular. Bukan sekadar mengejek tetapi juga menyekat dan dengan sengaja tidak memperkasakan roh Islam di dalam jiwa umatnya.

      Sebagai sebuah negara majmuk, sebaiknya kita (orang Islam) lebih dahulu menunjukkan contoh yang baik kepada bukan Islam dengan sikap tolak ansur, berlapang dada dan tidak bersikap prejudis membuta tuli. Jika kita bersikap prejudis keterlaluan kepada mereka, mereka juga akan bersikap prejudis melampau kepada kita.

      Andaian-andaian yang belum menjadi realiti seharusnya dihindarkan. Andaikata mereka (bukan Islam) mengkhianati kita nanti, maka saat itu kita mempunyai alasan kukuh yang dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang , tanpa dapat dipertikaikan lagi untuk menghukum mereka. Ini lebih baik drp prejudis yang tidak ketahuan.

      Kenapa takut sangat dengan kelicikan musuh Islam ? Apakah dikalangan orang Islam sudah tiada bijak pandai ? Sebijak mana pun mereka merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah terbaik. Ingat tu ISMA !

      Saya juga ingin bertanya kepada ISMA, andaikata calon ISMA semua menang dalam pilihanraya nanti, dan kebetulan pula kemenangan BN atau PR bergantung kepada ISMA menyebelahi siapa, maka apa pendirian ISMA ?

      • renungan2u
        May 21, 2013 at 12:55 am

        ISMA ada menifesto yang akan diperjuangkan.

  19. Muhammad Zaki bin Zulkifli
    April 29, 2012 at 3:51 pm

    Apa komen ISMA ttg Ikhwanul Muslimin yg kini masuk pilihanraya ?

    • renungan2u
      May 7, 2012 at 2:29 am

      Terlibat dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada wasilah dakwah dan tuntutan realiti tetapi sebagai seorang Islam wajib mengekalkan identiti Islam dan menjadikan seluruh tindak-tanduk siasi berdasarkan dalil2 syarak

    • renungan2u
      May 24, 2012 at 9:52 am

      Bagus dan sepatutnya mereka merebutkan kuasa untuk mereka demi kemaslahatan ummah kerana bagi saya Ikhwan memang layak

  20. Muhammad Zaki bin Zulkifli
    May 16, 2012 at 9:02 am

    Bukankah kuasa juga blh dijadikan wasilah ? Apakah wasilah kebangsaan ini dibenarkan syarak, bukankah asobiyah perkauman itu sifat jahiliyyah ? Jika tahaluf PAS dgn PKR dan DAP itu disifatkan krn berniatkan kuasa, bagaimana pula UMNO dgn MIC, MCA, Gerakan dll ? Sedangkan sehingga kini, kerajaan tidak pernah memberi ruang kpd pembangkang utk menjawab semua tuduhan terhadap mrk dlm TV dan akhbar secara adil, tanpa diedit atau dikerat videonya, kerajaan juga tak pernah beri peluang sama rata kpd pembangkang utk berkempen dlm TV, sapa sebenarnya yg tamakkan kuasa ? Pdhal kerajaan yg sama dh lama memerintah.
    Sorg pemimpin MCA, Chua Soi Lek pernah berkata, Kami MCA blh tekan UMNO utk tidak melaksanakan hudud, nampak mcm sama je dgn DAP?

    • renungan2u
      May 24, 2012 at 9:49 am

      Kuasa adalah wasilah.
      Asobiyyah yang diharamkan adalah menzalimi kaum lain atas asas asobiyyah.
      Bagi saya kedua-dua tahaluf ada keburukannya tetapi tahaluf yang memberi kuasa lebih kepada DAP dan PKR lebih tidak dapat dipastikan.. Maka dalam keadaan tidak wujud satu asas yang meyakinkan PR menguntungkan Islam maka mengekalkan status quo adalah lebih baik, memandangkan arus libralisma adalah agenda USA..

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        June 2, 2012 at 6:16 am

        Bukankah bahaya kalau dalam PR tak ada parti yg membawa perjuangan Islam ? Keadaan ini sama shj spt Facebook, asalnya, mana ustaz yg mahu buka akaun facebook ? Tp oleh kerana berlaku salah guna atau maksiat dlm facebook, maka para ustaz tak ada pilihan melainkan terpaksa buka juga akaun facebook. Kalau nak dibanding antara UMNO dgn PAS, bekas Menteri Kesihatan (Chua Jui Meng) yg kini telah menyertai PKR telah mengatakan, selama saya dalam UMNO, pemimpin2 UMNO tak pernah beri penjelasan kepada saya ttg ajaran Islam, begitu juga sorg ahli berjawatan dlm MIC yg kini telah keluar drp MIC dan pernah berjumpa dgn pimpinan PAS berkata- jika PAS berkuasa dan mahu melaksanakan hudhud, kami akan minta hudhud dilaksanakan juga terhadap org india.

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        June 2, 2012 at 6:28 am

        Seperkara lagi, saya ingin mengajak tuan berfikir, adakah mungkin, penjajah yg telah bersusah payah menjajah negara kita, yg telah berhabis byk wang, dan tenteranya telah ramai mati, munasabahkah mrk akan memberi kemerdekaan kpd negara kita begitu shj ? Mustahil bukan ? Mrk tahu mrk tak boleh memurtadkan kita begitu shj, maka apa yg mrk buat ialah mrk membentuk pemikiran kita menjadi sekular, materialistik, atheist, humanist melalui pendidikan (termasuk silibus pendidikan islam kita juga mrk telah olah supaya ia tidak dapat membentuk iman yg mantap, malah ia membuat para pelajar bertanggapan bahawa ajaran islam ini dapat difikirkan dgn akal rasional dgn mudah sama mcm pendidikan moral), melalui pendidikan sains juga mrk mendidik pemikiran sekular-athiest secara halus, di mana kita sains mendidikan kita hanya percaya apa yg dapat dibuktikan secara empirikal. Begitu juga melalui hiburan dsbnya .. secara halus, iman umat Islam di negara kita terlucut sedikit demi sedikit, lihat shj brp ramai yg tinggalkan solat tanpa rasa bersalah. Terima kasih kpd pemimpin2 negara kita krn membiarkan perkara ini berlaku dan berleluasa

  21. shah
    May 19, 2012 at 8:22 am

    blh terang sket x sejarah ISMA ni mcm ner? yg saya tau bahawa ISMA ni pd tahun 1990 namanya adalah IKATAN SISZAWAH MALAYSIA ttpi pd thun 1998 ditukar kpd IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA. kat mesir sblm nama ISMA namanya ialah IKHWAN ALAMI tul x? apakah benar penubuhan ISMA ni kerana golongan2 agama di mesir x setuju untuk duduk dibawah golongan profesional? dgn kata lain : kami ni golongan ustaz2. klu kami blik msia nnti, x kan la kami nk dok kat bwh golongan profesional kot iaitu JIM. lalu pada tahun 1998 tertubuhlah ISMA. apakah benar yg sedemikian? presiden ISMA sekarang, us abdullah zaik semasa beliau dimesir dulu, beliau berfikrah ALAMI tul x? yg mana fikrah alami ni ialah fikrah yg di bawa oleh pelajar2 IRC drpd UK. apakah benar yg sedemikian? klu boleh ana nak tau jgk sejarah terperinci psl ISMA ni k.

  22. May 19, 2012 at 8:31 am

    Assalamualaikum.

    Kepada renungan2u,

    Saya bukanlah ahli ISMA dan saya cuba untuk memahami slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” yang cuba dibawa oleh ISMA.
    Dari apa yang saya faham dan saya lihat, ISMA cuba membawa kesepakatan dan kesatuan. Tetapi apakah tindakan, dan perancangan ISMA sendiri bagi merialisasikan kesatuan dan kesepakatan ini terhasil?

    Mohon penjelasan.

    • renungan2u
      May 24, 2012 at 9:42 am

      salam.

      Memahamkan masyarakat Usul 20 tulisan Imam alBanna
      Mendidik masyarakat agar menghayati 10 rukun bai`ah Ikhwan Muslimin
      Mendidik masyarakat beramal dengan adab-adab khilaf.
      Perselisihan dan perbezaan pendapat tidak sepatutnya membawa kepada perasan benci dan marah..
      Hanya ukhuwwah Islamiyyah dan Imaniyyah yang menyelamatkan ummah daripada apa sahaja sengketa dan perselisihan..
      Orang yang membenci pejuang2 Islam adalah berpunca tidak bertaaruf, tiada tafahum dan tidak ada semangat takaful..
      Ulama2 zaman silam juga berselisih faham tetapi mereka memiliki sifat tawaduk..
      Selagi ummah tidak memiliki sifat tawaduk, pemaaf, mencintai kebenaran mereka akan diperdaya oleh Iblis..

      • Muhammad Zaki bin Zulkifli
        June 2, 2012 at 6:52 am

        Benar apa yg tuan katakan itu .. mmg menjadi cita-cita kita utk melihat umat Islam bersatu, tp realitinya tidak semua org mahu menerima nasihat, terutama bila org itu berkuasa .. manusia boleh berkawan dgn sesapapun selama mana hal2 yg berkaitan tuntutan agama tidak disentuh, tp bila perkara yg berkaitan agama dibawa ke tengah, kisah2 para Nabi sendiri menjadi bukti, sesama ahli keluarga pun blh jadi tidak bersefahaman .. tuan juga perlu fikirkan .. kita org awam tidak akan tahu apa sebenarnya yg dilakukan oleh ahli politik, yg blh tahu kerja mrk disebalik tabir ialah ahli politik juga, yg mempunyai rakan karib dikalangan org dlm kerajaan .. jd apabila salah sorg drp ahli politik ini mendakwa ahli politik yg lain telah menyeleweng .. apakah tindakan kita utk menyiasat dakwaan mrk ? Hanya bergantung kpd media massa arus perdana ? Hanya dgr hujah sebelah pihak ? Abdul Malik Shabbaz ( malcolm x) pernah mengatakan – If you’re not careful, the newspapers will have you hating the people who are being oppressed, and loving the people who are doing the oppressing .. jika kamu tidak berhati-hati, surat2 khbr akan menyebabkan anda membenci org yg ditekan@dizalimi dan mencintai org yg membuat tekanan@kezaliman. Jgn tuan kata ini hanya berlaku di Amerika, dlm hadis RasuluLlah menyatakan bahawa kita akan menuruti jejak langkah nasrani dan yahudi sikit demi sedikit … bila kezaliman itu tidak hanya menganiaya org2 tertentu, tetapi rakyat keseluruhannya, maka apakah tidak wajar org yg tahu tentang kerja zalim itu menjadi marah ?

  23. shah
    May 19, 2012 at 4:28 pm

    salam. tuan punya blog, saya ingin mntk penjelasan mengenai sejarah ISMA. blh atau tidak admin terangkan sejarah ISMA secara terperinci? saya nak buat perbandingan antara sejarah jemaah2 yg wujud kat msia yg dikaji oleh ketua jabatan arkib PAS dgn sejarah yg dicatat oleh figur2 ISMA sendiri k. hrp2 blh bentangkan kat sini k

    • renungan2u
      August 8, 2012 at 10:45 am

      Salam.. Yb Dr ZUlkifli Ahmad, Dr. Mujahid Yusof Rawa adalah generasi awal ISMA..saudara tanya mereka dulu..lepas tu sila datang pejabat ISMA..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: