Home > Tasawwur Islami > Memperingati “Lailatul Qadr”.

Memperingati “Lailatul Qadr”.

Bulan Ramadan 1433 Hijrah ini merupakan bulan yang lebih berkat kepada umat Islam di seluruh dunia. Islam yang dahulunya ditindas oleh kuasa-kuasa diktator satu demi satu jatuh selari dengan sunnatullah dan janjinya yang sentiasa memutarkan dunia ini silih berganti.

Keruntuhan ekonomi dunia Barat yang klimiknya berlaku pada tahun 2007 sehingga kini masih belum menampakkan kekuatan untuk pulih. Barat sudah mengalami suasana gawat yang sama 100 tahun lalu dan kegawatan pada kurun ini juga disebabkan Barat tidak insaf dan berubah untuk bertindak memansukhkan sistem kapitalis yang menjadi punca keruntuhan ekonomi tahun 1907.

Kejayaan Malaysia bertahan dalam kemelut ekonomi baru-baru ini disebabkan sudah lama melaksanakan sistem perbankan Islam dan takaful telah menarik masyarakat dunia untuk menerokai sistem kewangan Islam.

Pada tahun 2017 ekonomi dunia dijangka akan mengalami pusingan kejatuhannya sekali lagi dan sekali lagi dunia yang masih mengekalkan ekonomi kapitalis akan menghadapi pukulan maut. Benarlan ajaran Allah dalam al-Quran melalui mimpi raja Mesir dan penyelesaian yang di bawa oleh nabi Yusuf `alaihis salam.

Tujuh tahun bumi Mesir akan berada dalam keadaan subur dan produktif manakala tujuh tahun berikutnya akan berlaku zaman kegawatan. Begitulah pusingan dunia dan ketentuan Allah bagi menguji hambanya. Hanya panduan Allah mampu menyelamatkan mansia daripada segala musibah yang bakal menimpa.

Malam al Qadar atau lailatul Qadr adalah malam ketentuan dan keagungan. Pada malam itu Allah memutuskan urusan pentadbiran dunia. Dunia yang terikat dengan sistem yang telah ditakdirkan Allah telah berjalan sejak saat ia ditentukan dan akan terus bergerak sehingga hari kiamat.

Pada malam itulah malaikat Jibril menurunkan kitab al-Quran yang telah siap 30 Juzuk bersama-sama rombongan sekelian malaikat daripada al-malaul a’la ke langit dunia. Al-Quran yang menjadi pembeza antara kenbenaran dan kebatilan, penunjuk jalan kehidupan, penerang hati dan pemikiran, penyembuh segala penderitaan batin, penghubung antara rohani manusia dengan Allah Azza wa Jalla.

Alam semesta sudah Islam dan tunduk kepada Allah sejak hari pertama ia dihidupkan. Manusia yang dilantik Allah untuk menguruskan pentadbiran dunia juga diperintahkan agar patuh dan tunduk kepada sistem dan peraturan yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran.

Allah seringkali mengingatkan manusia agar tidak tertipu dengan pedaya Iblis. Barat yang tidak beriman kepada Allah, yang telah di sesatkan oleh golongan Zionis yang mempertuhankan Iblis akan sentiasa menghiaskan nafsu manusia supaya menolak Islam, menolak al-Quran dan rasulnya Muhammad s.a.w.

Ketika permulaan zaman kebangkitan Barat mengejar kemajuan dunia mereka telah menolak ketuanan padri-padri dan membawa ajaran secular yang memisahkan urusan dunia dan agama. Kini Barat sudah lama menolak agama mereka dan mereka telah lama menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan yang di agung dan di sembah.

Barat menghalalkan segala yang diharamkan Allah; riba, judi, membunuh manusia tanpa hak, menderhaka ibu bapa, menjadikan arak sebagai lambang kebanggaan, melakukan hubungan sek bebas tanpa batasan jantina tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Sejak dua ratus tahun lalu Barat sudah bankrap kerana mereka menolak panduan wahyu Allah dan dunia akan hancur jika manusia seluruhnya tidak kembali kepada Islam. Malangnya di Malaysia masih ramai umat Islam keliru dan lebih malang golongan yang mendakwa memperjuangkan Islam juga keliru dan masih mempertahankan tahaluf yang rapuh dan tidak berteraskan prinsip yang kuat. Aqidah libral yang telah merosakkan dunia barat kini diperjuangkan secara terbuka di Malaysia oleh parti-parti pakatan pembangkang yang berjuang untuk membentuk “ civil society” dan kerajaan dua parti.
“Civil society” dan kerajaan dua parti ala barat bukan penyelesaian dalam kerajaan Islam. Sekiranya pejuang-pejuang Islam juga berjuang untuk membentuknya dan menjadikan Barat sebagai idola sebenarnya mereka sedang menggali kubur kepada perjuangan Islam dan memenangkan agenda ‘Malaysian Malaysia” dan “Malayan Union” yang telah ditentang oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu termasuk pengasas “Hizbul Muslimin”.

Kerajaan BN akan selamat sekiranya mereka insaf dan kemabli kepada semangat “lailatul Qadar” dan menjadikan Syariat Islam sebagai teras pembangunan Negara dan menjadikan ruh Piagam Madinah sebagai rujukan pentadbiran kerajaan.
Masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan Islam kerana hanya system Islam mampu menyelamatkan dunia daripada kerakusan hawa nafsu manusia.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: