Home > Tasawwur Islami > Adakah Melayu Berfikir Di Luar Kotak?

Adakah Melayu Berfikir Di Luar Kotak?

Adakah permusuhan antara PAS dan UMNO telah ditakdirkan?

Apabila seorang imam membaca doa `qunut nazilah’ kebetulan pula beliau adalah ahli PAS siapakah sebenarnya yang terbayang dihatinya sebagai musuh sedangkan makmumnya ada juga ahli UMNO. Sekiranya imam tersebut ahli UMNO dan membaca `qunut nazilah’ siapakah pula yang terbayang dihatinya sebagai musuh.

Begitu juga setiap kali takbir hari raya siapakah yang dimaksudkan dalam ucapan takbir tersebut.? Siapa sebenarnya yang menjadi musuh? Bagaimana pula hubungan PAS dan DAP , UMNO dan MCA apakah mereka bersaudara dan bukan musuh sejak azali?

Bagaimana pula Yahudi dan bani Isra`il, Amarika dan Russia, China dan Jepun apakah Allah reda dengan mereka, dunia dan akhirat??

Soalan-soalan saya tadi hanyalah sekadar soalan dan orang politik akan jawab mengikut neraca perjuangan melalui politik dan orang yang tidak terlibat dengan politik akan menjawab mengikut neraca mereka.

Sebenarnya apakah impian hidup Bangsa Melayu?, apakah yang menghantui pemikiran mereka setiap detik? Apakah topik perbualan mereka setiap saat?

Lupakan juga soalan-soalan ini.

Mari kita melihat dunia luar bagaimana rakyat-rakyat mereka mengejar impian hidup di dunia. Berikut adalah 5 nama daripada 40 nama orang yang berjaya menjadi billionair sebelum usia 40. Sebelum ini saya membaca artikel dalam majalah yang sama menceritakan trend popular di barat ialah impian menjadi jutawan sebelum menjadi graduan !!
Apakah pula trend impian pelajar-pejara Melayu di IPT Malaysia?

1. Mark Zuckerberg berusia 27 tahun, CEO dan pengasas Facebook kekayaannya bernilai USD50 billion. Impiannya tahun 2011 hanya akan makan binatang yang dibunuhnya sendiri.

2. Larry Page, 35, CEO dan pengasas google. Kemunculan facebook menjadikan beliau perlu membuat keputusan pantas dan dengan menggerakkan google sebagai tapak iklan telah melonjakkan keuntungan tahunan USD17 billion.

3. Greg Jensen, 37 Co-CEO Bridgewater Associates. Syarikatnya sedang menguruskan asset bernilai USD125 billion. Dalam keadaan pesaing kerugian syarikatnya berjaya menaikkan dana mereka sehingga 25%, kejayaannya kerana beliau berpegang kepada prinsip: Firmanya mesti memliki “budaya kerja yang luarbiasa” katanya itulah kunci kejayaan firmanya.

4. Jack Dorsey, 34 pengasas Twitter dan Square. Beliau menerima bayaran melebihi USD1 billion. Semasa kecil Impiannya ingin menjadi jurutera keretapi atau pelayar sebab beliau ingin mengembara ke seluruh dunia. Sekarang impiannya menjadi kenyataan.

5. Kevin Plank, 39, pengasas dan CEO, Under Water. Selapas 15 tahun memulakan perniagaan keuntungan syarikat melebihi 1 billion mark.
Sebenarnya ramai lagi billionair daripada Bangsa Barat dan adakah ia satu takdir Allah bahawa kekayaan dunia ini milik mereka sebaliknya bukan milik Bangsa Melayu. Atau apa yang mereka miliki hari ini adalah pemberian Allah berasaskan pilihan mereka dan usaha mereka . Apa yang pasti mereka menyerahkan isu politik kepada orang lain dan hanya fokus pada impian sendiri.

Bagaimanakah rupanya pimpinan dan pelajar IPT Malaysia bukankah mereka yang yang popular ialah yang pandai berpolitik dan akan marah jika tidak dibenarkan berpolitik.. Apakah berpolitik satu-satunya carahidup paling glamour?

Lihatlah Bangsa Jepun, Korea Selatan dan Taiwan yang berjiran dengan kita apakah isu politik menjadi isu utama?. Kini jenama Samsung dan LG sudah mula mengatasi blackberry dan Korea Selatan tidak memiliki hasil bumi sekaya Malaysia tetapi mereka memiliki rakyat yang tinggi semangat patriotismanya sebagaimana juga Jepun.

Di mana Bangsa Melayu sekarang? Bagaimana keadaan Bangsa Melayu 15 tahun akan datang, 30 tahun akan datang atau 50 tahun akan datang adakah sama atau lebih teruk? Adakah perbalahan politik merupakan ubat yang mujarab kepada kemunduran ini dan satu-satunya jalan untuk membina Ummah yang hebat?

Apakah semuanya berpunca daripada politik dan apakah hanya politik satu-satunya wadah penyelesaiannya? Apakah Allah mentakdirkan kita Bangsa Melayu hanya suka berfikir, bercakap dan berpolimik dalam isu-isu politik?

Kenapa Barat berjaya melahirkan bangsa-bangsa yang hebat di dunia? Kenapa Bangsa kita yang juga mempelajari ilmu-ilmu yang di ajar di Barat tidak sehebat mereka? Apakah orang Jepun dan Korea berjaya membangunkan Negara mereka dengan Bahasa Barat? Bagaimana pula rakyat Jerman dan Perancis, apakah Bahasa yang digunakan?

Pada pendapat saya wujud kesalahan besar dalam budaya pemikiran, budaya hidup, tabiat kerja, neraca kutamaan yang menjadi tempurung dan memerangkapkan pemikiran semua pimpinan Bangsa Melayu yang perlu diperbetulkan. Generasi hari ini adalah pimpinan masa akan datang, maka apakah formula yang perlu dilakukan, apakah impian yang perlu ditanam, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan, apakah budaya kerja luarbiasa yang mesti dibiasakan.

Zioniskah dengan sengaja mencipta tempurung itu supaya semua dunia Islam terperangkap didalam kerangka pemikiran ciptaan mereka.? Atau umat Islam yang tidak mahu berubah dan berfikir diluar kotak?

Apakah semua orang Melayu perlu menumpukan pemikiran untuk menjadi ahli politi dan penyanyi? Hanya kerana kebanyakan ahli politik dan penyanyi kaya raya?

Berfikirlah diluar kotak!

Bagaimana Kevin Plank berjaya mengubah syarikat Uder Armour daripada mengharapkan tuah menjadi perniagaan bernilai Billion USD? Suatu hari tersebar dalam Twitter bahawa syarikat Nike yang berjaya membuat jualan bernialai USD21 billion hendak membeli Under Armour ( pengeluar jenama `Polo’) tetapi dengan tegas dalam ucapannya diperhimpunan syarikatnya beliau berkata beliau tidak akan menjualkannya.

Plank memulakan “Under Armour” daripada rumah neneknya; bebekalkan pengalaman sebagai pemain bolasepak, terdedah dengan disiplin hidup dalam akademi ketenteraan beliau memulakan impian hidupnya dengan menjual pakaian sukan daripada polyster. Plank mula kerjayanya membentuk pasukan kerja, membuat networking dan menghubungi semula rakan-rakan kolej, rakan-rakan sepasukannya semasa di kolej, kembali ke kolejnya unuk menjual produknya dan kini menjadi individu ditempat 12 tertinggi terkaya dalam usia bawah 40an. Bagaimana jika beliau menjualkan syarikatnya dulu..? Itulah carafikir orang yang berjaya !!

Rahsianya ialah impian, teamwork, networking dan kerja keras.
Itulah sunnah kehidupan untuk semua manusia. Apakah Bangsa Melayu memiliki impian? mampu bekerja secara berpasukan? Sentiasa membina jaringa hidup yang baik dan bekerja kuat?

Umat ini tidak akan berubah sehingga mereka mengubah kelemahan dalam jiwa mereka. Kalau sepakatpun dipandang negative mampukah mereka bekerja dalam satu pasukan??

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: