Home > Keluarga > Menyediakan Jaminan Kewangan Keluarga.

Menyediakan Jaminan Kewangan Keluarga.

Setiap seorang suami wajib berusaha untuk menyediakan nafkah kehidupan untuk isteri sepanjang hayatnya dan anak-anak sehingga dewasa. Nafkah tersebut termasuklah makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pendidikan dan kos perubatan.

Seorang suami perlu memiliki pekerjaan yang boleh menampung segala kos tersebut. Namun satu hakikat yang selalu tidak ingin difikirkan oleh setiap orang adalah apakah jaminan kewangan keluargannya sekiranya si suami ditimpa musibah; lumpuh, meninggal dunia atau mengidap penyakit kritikal ketika anak-anak masih kecil dan pendapatan isteri tidak mencukupi untuk menyara keluarga atau lebih malang anak-anak menjadi yatim piatu.

Antara alasan yang selalu diberi ialah; “serahlah pada takdir” . Maka adalah suratan kehendak Allah melaksanakan ketentuannya ke atas manusia. Oleh kerana manusia tidak merancang, tidak bertolong menolong sesama mereka, tidak menyediakan perancangan yang betul maka akibatnya keluarganya akan menanggung segala kesusahan akibat kelalaian mereka sendiri.

Umat Islam diajar agar sentiasa pandang kehadapan, memikirkan akibat daripada setiap tindakan dan menyediakan payung sebelum hujan. Antara tanda keimanan seseorang yang beriman kepada Qodo’ dan Qodar Allah ialah beliau bersikap “proaktif”, membuat perancangan dengan teliti dan memperlengkapkan diri dengan bekalan, senjata dan sebab-sebab yang boleh menyelamatkan keluarganya atau meringankan bebanan mereka.

Antara tanda sifat proaktif seorang beriman dalam isu kewangan adalah beliau sentiasa menganalisa kekuatan kewangannya, ancaman yang mungkin menimpa, kelemahan kewangannya dalam menghadapi situasi-situasi yang terancam dan peluang-peluang yang ada disekitarnya yang boleh mengurangkan ancaman atau mengelak daripada terjerumus dalam kerugian akibat ditimpa musibah.

Apabila ditipa musibah dan hilang punca pendapatan keluarga sehingga bertukar menjadi papa bukan disebabkan pendapatan bulanan yang tidak mampu menyara kehidupan seharian tetapi disebabkan agihan perbelanjaan, simpanan dan plan jaminan kewangan yang tidak seimbang.

Sikap rasa selesa dengan apa yang ada, mengambil mudah, tidak mahu mengambil tahu, ego, hasad dengki, kedekut dan menyerahkan nasib kepada orang lain tanpa merancang adalah antara punca menyebabkan keluarga yang hidup selesa menjadi papa kerana suami tidak lagi mampu menanggung keperluan keluarga.

Sepatutnya setiap individu yang menjadi sumber pendapatan keluarga perlu memiliki jaminan pendapatannya tidak akan hilang dengan sebab kematiannya atau beliau hilang upaya untuk bekerja. Jaminan itu sekurang-kurangnya sehingga duit tabungannya mencukupi bagi menampung kos-kos kehidupan, rawatan perubatan, pendidikan anak-anak dan fardu haji atau dengan kata lain sehingga beliau mencecah umur 50 hingga 60 tahun.

Bermula daripada seseorang itu mula bekerja pada usia 25 tahun sehingga umur 50 tahun beliau belum mempunyai tabungan yang mencukupi untuk menyara hidupnya jika beliau tidak berupaya bekerja. Untuk itu beliau wajib memiliki jaminan pendapatan dengan menyertai plan-plan takaful yang sesuai.

Sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatannya diperuntukkan untuk takaful dan bakinya untuk tabungan persaraannya dan lain-lain objektif jangkamasa panjangnya.
Jika beliau tidak memiliki lebihan wang untuk menyertai mana-mana plan takaful maka tawarkanlah diri untuk melakukan kerja-kerja separuh masa dengan agensi-agensi takaful supaya beliau dapat memiliki jaminan kewangan untuk keluarganya.

Ketika ini ada syarikat takaful yang memberi perlindungan perubatan sehingga usia 75 tahun. Maka mereka yang berkemungkinan tabungannya tidak mencukupi bagi menampung kos-kos perubatan, persaraan, keraian, pendidikan anak-anak dan menunaikan fardu haji elok menyertai plan takaful perubatan sehingga usia 75 tahun agar duit simpanannya tidak habis dibelanjakan untuk kos-kos perubatan kelak.

Menyertai keluarga takaful bermakna anda saling bertolong menolong, bantu membantu dan beramal jariah dalam rangkaian sistem kewangan yang memberi jaminan kewangan kepada keluarga yang ditimpa musibah. Ia adalah peluang mendapat jaminan kewangan serta-merta jika akibat kemalangan dan selepas tempoh bertenang 120 hari jika musibah disebabkan bukan kemalangan.

Apakah yang mendorong masyarakat mudah membelanjakan wang untuk bil-bil Astro, telefon, broadband, gadjet, bayaran ansuran kereta baru walaupun sudah ada kereta lama, berbelanja untuk makan minum lebih daripada tiga kali sehari dan sebagainya yang menyebabkan lebih RM1000 sebulan dibelanjakan tanpa jelas objektif yang produktif sedangkan menyertai plan takaful adalah lebih utama daripada berbelanja kepada perkara-perkara yang harus hukumnya.

Simpanan emas yang anda lakukan, kwsp, asb, tabung haji dan sebagainya adalah bermatlamatkan simpanan yang mencukupi untuk jangka masa panjang. Anda mungkin bergantung kepada majikan anda untuk menyediakan takaful untuk anda tetapi anda jangan lupa bahawa manusia berubah, system berubah, polisi-polisi syarikat boleh berubah dan peluang juga berubah kecuali anda yang mencipta jaminan untuk diri anda.

Sekarang ini terdapat pelbagai produk yang amat menguntungkan anda untuk jangka masa pendek dan panjang dicipta oleh pengendali-pengendali takaful untuk kebajikan anda.

Sebagai contoh; dengan sumbangan bulanan RM1000 ke akaun takaful anda telah mendapat jaminan kewangan serta merta sebanyak RM500,000 dan kos rawatan hospital sehingga RM145,000.

Semasa matang selepas 33 tahun tabungan anda sebanyak RM600,000. Bagi mereka yang gemar membuat pelaburan ,wang boleh dikeluarkan setiap 3 tahun sebanyak RM9000 setiap kali pengeluaran. Sepanjang 33 tahun anda boleh membuat pengeluaran sebanyak 10 kali tanpa menjejaskan jaminan kewangan anda.

Bandingkan faedah menyertai takaful dengan kos yang sama yang anda bayar untuk rumah, kenderaan dan lain-lain keperluan anda. Menyediakan jaminan pendapatan tunai adalah satu pilihan bijak berbanding anda hanya meninggalkan aset tidakmudah alih yang lain.

Categories: Keluarga
  1. Yanna
    October 9, 2012 at 10:09 am

    “Semasa matang selepas 33 tahun tabungan anda sebanyak RM600,000”

    Maksudnya ibarat menyimpan duit di takaful?

    “Bagi mereka yang gemar membuat pelaburan ,wang boleh dikeluarkan setiap 3 tahun sebanyak RM9000 setiap kali pengeluaran. Sepanjang 33 tahun anda boleh membuat pengeluaran sebanyak 10 kali tanpa menjejaskan jaminan kewangan anda.”

    Pelaburan bagaimana?

    • renungan2u
      November 8, 2012 at 5:34 am

      melabur sendiri dimana2 yang menguntungkan
      takaful hanya service simpanan dan perlindungan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: