Home > Keluarga > Rumahtangga Dakwah.

Rumahtangga Dakwah.

Berbicara mengenai rumahtangga dakwah akan menjadikan kita terbayang sebuah keluarga yang harmoni, aman, damai, penuh kasihsayang, kemesraan, keredaan, saling menghormati, saling faham memahami, bertolong menolong dalam melakukan semua perkara kecil dan besar, ringan dan berat, saling mempercayai memberi sokongan dan dorongan kepada kebaikan dan nasihat menasihati daripada melakukan kejahatan. Matlamat dakwah yang jauh dan tanggungjawab amal-amal dakwah semasa dibualkan dan diambil pandangan bersama. Segala benanan mencari nafkah dan bebanan menguruskan rumahtangga juga diagihkan secara adil dan saksama.

Di awal perkahwinan semasa akad perjanjian untuk hidup bersama masing-masing suami isteri mula menceritakan pengalaman hidup masing-masing, kisah-kisah keluarga, perit gembira zaman kanak-kanak sehingga pertemuan mereka. Kisah lucu, suka dan gembira dirasai bersama dan kisah sedih dan duka dikongsikan juga. Segala perkara yang disukai didedahkan dan segala perkara yang tidak disukai juga diceritakan.

Begitulah rukun sebuah keluarga; bertaaruf sedalam-dalamnya sehinggakan semua sejarah lalu menjadi sebuah lukisan yang masing-masing boleh melihat dan memahami kebaikan, kehebatan, kelemahan, kekurangan dan keburukan yang ada. Taaruf yang mendalam akan menimbulkan keinsafan terhadap kelemahan sedia ada kepada pasangan masing-masing dan perasaan hormat terhadap kelebihan masing-masing.

Memahami kelemahan pasangan masing-masing menjadi asas untuk bertimbang rasa, bertolak ansur, berlapang dada dan dengan sedar ia perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Inilah peranan besar rumahtangga dakwah; bertakaful dan saling membantu dalam melengkapkan keperibadian pasangan masing-masing. Apa sahaja ilmu, kemahiran dan kelebihan yang ada kepada pasangan akan cuba dipindahkan kepada pasangan masing-masing dan apa sahaja kelemahan, kekurangan dan keburukan yang ada akan cuba dihilangkan.

Apapun yang berlaku kita perlu sedaya upaya mungkin mengunci rapat segala rahsia kelemahan dan permasalahan rumahtangga kita daripada pihak lain dan cuba menyelesaikannya di dalam kerangka rumahtangga dakwah yang kita bina.

Oleh kerana kita adalah manusia yang diciptakan untuk diuji oleh Allah SWT maka kita dilahirkan dengan serba kekurangan; kekurangan ilmu dan juga mempunyai pelbagai rencam nafsu di dalam jiwa. Sejarah hidup silam, pengalaman di alam persekolahan dari zaman kanak-kanak, remaja sehingga dewasa mempunyai pelbagai warna yang mencorak keperibadian dan persepsi kita dalam menilai dan bertindak.

Walaupun sebelum berkahwin ada di antara kita telah melalui pelbagai proses tarbiyyah dan pengislahan diri sehingga pemikiran kita sudah lengkap dengan peta kehidupan masa depan yang jelas kita tetap mewarisi saki-baki warna-warna kelabu zaman jahiliyyah kita yang belum cukup sempurna dikikis daripada jiwa kita.

Kelemahan ini mungkin akan mencetuskan konflik dalam rumahtangga dan konflik ini mungkin boleh meyebabkan `Arasy’ Allah bergegar ( apabila timbul di dalam hati ingin membubarkan akad perkahwinan). Sebenarnya goncangan dan hentakan ujian ini akan memantapkan lagi batu-batu pasir yang diikat dengan simen ukhuwwah dan keimanan sekiranya rumahtangga itu dibentuk di dalam acuan dakwah dan jihad.

Untuk merasai sakinah, mawaddah dan rahmah; ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan terhadap pasangan, ia perlu diusahakan. Ia adalah natijah daripada padanan sebab dan akibat yang betul.

Segalanya bermula di minda kemudian diluahkan dengan kata-kata, apa yang ditutur dan di dengar akan membangkitkan perasaan; perasaan akan mendorong tindakan.

Oleh itu kita perlu meletakkan matlamat dan tujuan yang jelas terhadap perkahwinan dan rumahtangga dakwah yang kita bina. Kita perlu mengawal pemikiran kita daripada terpengaruh dengan gosip-gosip negatif yang diperolehi daripada persekitaran yang sentiasa menguji matlamat perjuangan kita, melemahkan ikatan perkahwinan kita dan sememangnya syaitan sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan kemarahan dan pergaduhan dalam rumahtangga.

Kita perlu memperbaiki cara berkomunikasi dan menggunakan `volume’ dan `tune’ yang sesuai supaya `mood’ pasangan boleh diperbaiki terutamanya pada masa-masa `krisis’. Sekiranya perjalanan hidup mula menyimpang daripada peta dakwah dan matlamat perkahwinan yang dikongsikan bersama kemudia tidak diperbetulkan secepat mungkin ia akan membawa kepada krisis berpanjangan dan mungkin rumahtangga tidak dapat diselamatkan.

Mungkin di dalam fasa tertentu di usia perkahwinan ada, suami atau isteri inginkan keluarga dakwah mereka dibesarkan. Si isteri tidak akan mencadangkan suaminya berkahwin lain bagi tujuan dakwah kecuali dia benar-benar yakin kemampuan suami menjadi nakhkoda yang adil dalam semua sudut. Si suami perlu menepis dan melupakan sahaja lintasan hatinya itu supaya isterinya menikmati kehidupan yang bahagia dan sentiasa merasai aman dan selamat.

Namun jika keluarga mereka bahagia, semua krisis dan ujian hidup telah dilalui bersama dengan berjaya dan isteri merasai hasrat yang mendalam untuk mengagihkan kebahagian dan kententeraman hidupnya bersama sahabiyat lain yang dikasihi maka apalah salahnya suami mempertimbangkan hasrat murni yang baik ini. Poligami dalam Islam bukan bertujuan menghancurkan perkongsian hidup terdahulu tetapi ia adalah fasa kematangan rumahtangga dakwah, fasa mengembangkan kasih-sayang dan perkongsian sakinah, mawaddah dan rahmah.

Categories: Keluarga
  1. July 23, 2009 at 12:47 pm

    syukran ustaz……

    peringatan yang amat baik bagi yang dah kawen dan yang akan kawen….

    salam dari mesir

  2. July 24, 2009 at 6:55 am

    assalamualaikum..
    jklh untuk pengisian y bagus ni…..

  1. August 5, 2009 at 12:43 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: