Home > Uncategorized > Mampu Berusaha vs Halangan Dalaman

Mampu Berusaha vs Halangan Dalaman

Saya kadang-kadang terfikir apakah manusia ini takut terhadap perkara yang mereka tidak tahu atau pengalaman yang menakutkan menjadikan mereka ketakutan. Saya seringkali diberi pelbagai jawapan apabila saya mengajak mereka untuk menyertai industri perunding kewangan sebagai `saleman’.

Antara jawabannya ialah : ” Saya tak pandai cakaplah”, ” Saya tidak ada pengalamanlah”, ” Saya tidak berminatlah”, ” Saya takutlah”, ” Saya tak beranilah”, ” Saya tidak ada masalah”, “Saya dah ada kerja lainlah”.

Manakala ada juga yang mencuba menceburkan diri dalam bidang ini tetapi wujud satu konflik dalam diri mereka antara kemahuan dan ketidakmahuan dalam ertikata lain beliau menekan pedal minyak dan dalam masa yang sama menekan brek.

Ada yang telah membuat senarai nama pelanggan yang hendak dihubungi dan apabila beliau mendail nombor yang hendak dihubungi dia mengharapkan bakal pelanggannya tidak mengangkat telefonnya. Apabila benar bakal pelanggannya tidak mengangkat telefonnya diapun merasa lega dan terus berhenti mendail pelanggan-pelanggan berikutnya..

Ada juga yang telah mengeluarkan modal perniagaan dengan membuat pinjaman yang berjumlah ribuan ringgit tetapi apabila modal bertukar menjadi barang-barang dagangan beliau memerapkan barang-barang tersebut dirumahnya sehingga luput tarikhnya.

Sebenarnya apakah yang menghalang mereka yang ada kemahuan ini untuk berniaga daripada meneruskan perniagaannya? Sedangkan sudah ada usahawan yang berjaya sebelumnya dan dia juga sudah mengetahui cara bagaimana orang sebelumnya berjaya malah beliau juga bersemangat untuk berjaya dan telahpun membuat keputusan nekad membuat pinjaman bagi mengeluarkan modal perniagaan untuk menjadi orang yang berjaya tetapi semangatnya mati ditengah jalan.. kenapa ya?

Inilah yang saya maksudkan sebagai halangan dalaman atau yang disebut sebagai “mental block”. Ada penulis menerangkan bahawa ia disebabkan oleh minda separa sedar yang telah menerima banyak kepercayaan negatif sepanjang hidupnya.

Walaupun beliau telah membuat keputusan untuk membuat pinjaman dengan penuh sedar, dan dengan minda sedar juga beliau tahu bahawa perniagaan yang bakal diceburinya itu boleh menjadikannya kaya dan juga tahu cara-caranya tetapi minda bawah sedarnya telah menjadi halangan dan menggalkannya.

Bagaimana Halangan Dalam ini wujud.

Dalam satu program motivasi yang saya ikuti (ABC) penceramahnya menjelaskan bahawa minda separa sedar ibarat sebuah piring hitam yang merekodkan semua pengalaman dan akan mengarahkan minda sedar bertindak selaras dengan rakaman tersebut.

Kanak-kanak kecil tidak pernah takut kepada api, cili, hantu, kucing, lipas, tikus dan sebagainya sehingga beliau mengalaminya. Apabila jarinya terasa panas tercucuh api, lidahnya terasa pedas tergigit cili, ditakutkan dengan hantu-hantu yang digambarkan oleh orang-orang dewasa yang dipercayainya, pernah dilontarkan kucing yang kesakitan kepadanya sehingga kucing tersebut mencederakannya dan sebagainya.

Pengalaman-pengalaman ini terpahat di minda separa sedarnya sebagai sesuatu yang menyakitkan. Sesuatu yang menyakitkan ini akan menghalangnya mencubanya buat kali keduanya sehingga beliau menemui pengalaman baru yang menghilangkan ketakutannya.

Pengalaman dan maklumat yang diterima ini menjadi kepercayaannya. Apa yang dipercayainya ini menjadi dorongan kepada tindakannya. Walaupun kepercayaan itu sebenarnya tidak betul atau tidak tepat. Kepercayaan inilah yang sentiasa menjadi rekod yang sentiasa dimainkan dan membisikkan perkara negatif kepada minda sedarnya.

Contohnya setiap kali dia membuat silap dia akan dimarahi. Maka minda separa sedarnya akan membuat rakaman bahawa kesilapan itu sesautu yang menyakitkan. Pengalaman dimarahi dan dipukul adalam menyakitkan dan ia berpunca daripada kesilapan.

Pengalaman negatif ini akhirnya menjadi halangannya untuk mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang gagal atau tersilap kerana kegagalan dan kesilapan akan menjadikannya dimarahi yang menambahkan kesakitan dalam dirinya.

Sepatutnya seseorang itu tidak takut mencuba terhadap sesautu yang baru sebaliknya pengalaman pahitnya yang terakam dalam minda separa sedarnya menjadikannya tidak berani mencuba bimbang kesakitan akan berulang.

Lantaran itu kebanyakan pakar motivasi menyatakan bahawa untuk mengubah masa hadapan menjadi lebih gemilang manusia perlu mengubah segala kepercayaan negatif yang berada di dalam minda separa sedarnya dengan memasukkan kepercayaan baru.

Antaranya ialah dengan bercakap kepada diri sendiri bahawa dia sebenarnya berani, boleh melakukannya, seorang yang hebat, disayangi dan seumpamanya. Beliau hendaklah melupakan semua perkataan-perkataan negatif, tidak mendengar dan melihat istilah-istilah negatif.

Benarlah amalam zikir nabi s.a.w. pagi dan petang yang diulang-ulang berkali-kali dan bacaan ayat-ayat al-Quran , sebenarnya mampu membentuk sesuatu yang positif dalam jiwa umat Islam, malangnya ramai umat Islam tidak menghayati.

Masyarakat barat sudah lama bersifat positif dan berfikiran yang kreatif dan positif. Mereka menukarkan perkataan ‘jangan….’ kepada ‘cubalah lagi ‘, menukarkan kata-kata kritikan kepada cadangan dan sebagainya.

Begitulah juga halnya dalam usaha-usaha dakwah. Kadang-kadang seorang itu mempunyai banyak ilmu mengenai al-Quran, Hadis, Seerah, Kisah Sahabat dan sebagainya tetapi beliau masih lagi merasa takut untuk menceritakannya kepada orang lain. Masih takut untuk mengajak orang lain agar beriman dengan apa yang diimaninya, beramal dengan amalan yang dilaksanakannya. Walaupun Allah telah menegaskan bahawa tugas mereka hanyalah menyampaikan dan Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: