Home > Tasawwur Amal Haraki > Objektif pertama dakwah dan penyelewengan

Objektif pertama dakwah dan penyelewengan

Maksud Firman Allah. 

” Tidaklah engkau diutuskan melainkan untuk membawa Rahmat keseluruh alam”

” Katakanlah, inilah jalanku, aku mengajak manusia kepada Allah..”

” dan aku telah menciptakan engkau untukku”

Rab yang Maha al-Rahman memerintahkan kita menjadi alat bagi menyusun takdir-takdir yang membawa natijah Rahmat yang telah ditentukan Allah. Manusia diciptakan untuk menjadi alat tercapainya hasrat Allah kepada alam ini sebagi ujian untuk manusia kerana Allah boleh menjadikan sesuatu hanya dengan berkata Kun..

Hanya dengan mencintai Allah manusia semua akan hidup di dalam Rahmat. Sebaliknya jika manusia mencintai dirinya sendiri, nafsunya, isteri, anak-pinak, harta-benda, emas-perak, kereta-mewah dan semua nikmat dunia akan timbullah pelbagai penyakit hati ; bakhil, tamak-haloba, hasad-dengki, cemburu tidak bertempat, sombong, pemarah, khianat dan sebagainya yang menafikan Rahmat sesama manusia.

Semua penyakit jiwa ini akan hilang dengan mencintai Allah dan kehidupan abadi. Lantaran itu Allah mendidik generasi pertama Islam dengan mengajak mereka berfikir, memerhati dan menghayati  hakikat Rububiyyah Allah Azza wa Jalla dan hak-hak Uluhiyyah dan MukiyyahNya.

Oleh kerana mencintai Allah merupakan matlamat utama dakwah, para duah terlebih dahulu perlu menanamkan cintanya kepada Allah dengan mengikuti sunnah rasulullah s.a.w. Manakala sunnah nabi paling agung adalah, mebaca al-Quran dengan memerhatikan apakah ajaran Allah yang perlu dilaksanakan, mentazkiyyahkan diri dan ummah daripada kekotoran syirik, khurafat dan maksiat dan mengisi dengan iman kepada Allah, mengajar ilmu-ilmu yang disampaikan Allah dalam al-kitab dan mengajar kebijaksanaan. (al-hikmah)

Oleh itu fokus utama dakwah adalah iman dan buah-buah keimanan. Buah keimanan adalah akhlak yang mulia didahului dengan perasaan kasih sayang sesama manusia dan setinggi-tingginya adalah itsar. Dakwah adalah seruan untuk beriman dan mencintai Allah dan seruan untuk berukhuwwah dan berkasih sayang. Generasi pertama telah merealisasikannya dan mereka telah berjaya membawa Islam kepersada dunia dengan wajah yang indah. Lihatlah ada dikalangan mereka sanggup menceraikan isterinya untuk dikahwinkan kepada sahabatnya. Manakala kaum sahabiyyat merelakan dirinya di madu demi cinta sesama akhawat muslimat dan anak-anak yatim kehilangan bapa.

Pintu iman ialah dengan mengenali Allah dan pintu ukhuwwah adalah senyuman, bertaaruf, saling memahami dan menunaikan keperluan saudara yang memerlukan. Berbincang mengenai nama-nama Allah dan implikasinya serta tanggungjawab hamba adalah asas mengenal Allah.

Individu muslim, keluarga muslim, masyarakat Islam, kerajaan Islam, khalifah dan ustaziah alam adalah susunan keutaman amal dan kerja-kerja yang mesti dilaksanakan dalam merealisasikan Rahmat Allah. Kesemua peringkat amal ini memerlukan rijal-rijal dakwah yang menyerahkan 100% hidupnya untuk Allah

Apabila duah hanya menjadikan sistem pemerintahan Islam sebagai obejktif dakwah maka sistem menjadi perkara utama dan kasih-sayang dan ukhuwwah menjadi tidak diutamakan malah ada yang dilupakan.

Begitu juga jika hukum-hukum fiqh yang paling soheh dijadikan matlamat dakwah maka wacana-wacana, kritikan dakwah dan sebagainya akan menyimpang daripada objektif Rahmat yang menjadi fokus utama dakwah nabi sa.w.

Sedangkan sistem dan hukum-hukum fiqh juga termasuk di dalam kategori alat dan oreantasi amali untuk menjelmakan ketakwaan dan ketaatan manusia kepada Allah dalam diri mereka.

Sebaliknya Allah menghendaki hati-hati yang ikhlas bertawajjuh kepadaNya dengan merasai keagungan Allah dan merendah diri sesama manusia bukan hati yang dipenuhi gambaran kehebatan berjaya mendapat pemeritahan Islam dan kepuasan melaksanakan ibadat dengan cara piling soheh pada pandangannya tetapi hatinya lalai daripada mengingati Allah.

” Awas, kerana seinci arah tersasar, kita tidak akan sampai kepada Allah dihujung perjalanan”.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. nzafry
    October 24, 2007 at 11:20 am

    Indah dakwah dan perjuangan ini andai semua org meletakkan iman dan ta’aabudi kepada Allah sebagai perkara paling asas.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment