Home > Tasawwur Amal Haraki > Mengubah Manusia Agenda Utama

Mengubah Manusia Agenda Utama

بِأَنَّ اللّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى ذَلِكَ

يغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ     

Al-Anfal [8:53

  (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ  Ar-Ra’d [13:11]  

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya

 

 

. من رأي منكم منكرا فاليغيره بيده ….

Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah diubahnya dengan tangannya….

 *** 

Fiqh dakwah. 

Kewajiban Ummah 

1. Umat Islam wajib mengubah kemungkaran.

 

2. Umat Islam wajib berusaha membuat perubahan dengan sendirinya sebelum Allah mengubahnya.

 

3. Segala kelemahan yang menimpa sesuatu kaum adalah disebabkan kelemahan yang ada di dalam jiwa mereka.

 

4. Perubahan manusia adalah dengan mengubah kelemahan yang ada di dalam diri manusia melalui proses tarbiyyah dan tazkiyyah.

 

5. Islam adalah sistem hidup yang lengkap dan sempurna namun yang menjadi punca kesempurnaan Islam tidak tertegak dan tidak terlaksana adalah kerana manusia tidak melaksanakannya.

 

6. Kemungkaran yang lebih besar ialah apabila manusia tidak melaksanakan tugas khalifah dan tidak melaksanakan hak-hak Uluhiyyah Allah dalam sistem pemerintahan.

 

7. Realiti hari ini, walaupun umat Islam merupakan penduduk majoriti dunia dan negara tetapi sistem hidup Islam tidak dilaksanakan

 

8. Umat Islam keseluruhannya wajib berusaha dan berkerja sehingga hak Uluhiyyah Allah tertegak.

 

9. Realiti umat Islam hari ini ialah nikmat keamanan yang pernah dikurniakan Allah semasa di zaman khalifah telah hilang. Umat Islam berada di dalam kehinaan, dalam kerugian, kemiskinan, mundur dan sebagainya kerana mereka tidak berusaha merubahnya lalu Allah tidak akan mengubahnya.

 

10. Beramal dan berusaha untuk mengembalikan kedudukan Islam sebagai sistem hidup yang terlaksana dalam seluruh system hidup manusia; pemerintahan, kehakiman, perundangan, pendidikan, kebajikan, kekeluargaan, aqidah, ibadah, akhlak dan jihad adalah amal soleh yang sebenar yang merupakan tuntutan realiti, tuntutan waqie, keperluan sebenar dan tanggungjawab asasi umat Islam hari ini.

 

11. Demi masa, sesungguhnya manusia ini adalah di dalam kerugian., Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

 Beberapa Persoalan 

1. Sistem Islam tidak terlaksana tetapi kenapa manusia yang perlu diubah? 

2. Kenapa kita tidak berusaha mengubah sistem dengan cara yang wujud masa kini seperti melalui sistem demokrasi? 

3. Bukankah kita berada di dalam realiti masa kini di mana sistem sekular menguasai kita dan sistem yang sedia ada adalah sistem demokrasi, mengapa kita tidak boleh menggunakan sistem ini untuk menegakkan Islam.? 

4. Bukankah Syairat telah sempurna diturunkan kenapa kita tidak melaksanakannya keseluruhannya? 

1. Manusia yang merupakan agen pelaksana kepada semua sistem. Walaupun sistem sudah siap digubal dan diputuskan sebagai yang wajib dilaksanakan tetapi jentera pelaksana tidak yakin kebaikannya, tidak mahu melaksanakannya, tidak merasai bertanggungjawab mempertahankannya apakah sistem itu akan terlaksana??? 

Punca masalah adalah manusia itu sendiri yang berpenyakit. Maka rawatannya ialah dengan merawat penyakit yang ada di dalam diri manusia. Penyakit keimanan, penyakit perasaan tidak mahu kepada Islam, perasaan tidak takut kepada Allah, tiada perasaan berhutang budi kepada Allah, tiada perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Nafsu ammarah telah mengotori cermin jauhari diri manusia. Allah telah nyatakan; apapun masalah yang menimpa manusia maka puncanya adalah kekotoran yang berada di dalam diri manusia. Ketika nabi datang dipermulaan Islam, Jahiliah menguasai alam, jahiliyyah aqidah, jahiliah akhlak, jahiliah sistem, jahiliah neraca nilai, budaya dan adab resam. Nabi telah dipandu oleh Manhaj Rabbani dengan merubah manusia. Nabi telah berjaya. Apakah ijtihad kita lebih hebat daripada Allah sehinggakan kita meninggalkan manhaj yang telah berjaya ini dengan mencuba manhaj baru yang kita tidak yakin. Na`uzubillah min zalik. 

2. Sistem demokrasi masa kini adalah berasaskan sistem jahiliah yang menghalalkan apa juga cara. Sistem ini dikuasai pula oleh golongan yang tidak bersedia Islam memerintah dan Islam dijadikan sebagai musuh. Secara logiknya Islam tidak akan menang bertarung di dalam medan jahiliyyah dengan menggunakan peraturan yang diciptakan oleh jahiliyyah yang sentiasa berubah. 

3. Waqie jahiliyyah tidak boleh menjadi asas kepada ijtihad Islam dalam keadaan Islam mempunyai manhaj sendiri dalam meggerakkan proses perubahan. Lantaran itu reality jahiliyyah hari ini bukan asas ijtihad yang mewajibkan kita melakkan perubahan hanya menggunakan cara jahiliyyah itu sendiri. 

4. Dakwah Islam adalah amal soleh. Amal soleh adalah ibadah dan ibadah tidak sah kecuali dengan syarat niat yang ikhlas dan cara yang mengikut syarak. Berdakwah mengikut syarak ialah dengan mengikut sunnatullah dan sunnaturrasul.  Dakwah nabi secara berjamaah bagai bangunan yang tersusun rapi, ada matlamat jauh, ada matlamat dekat, ada strategi, ada fasa, setiap fasa ada agenda tersendiri, setiap fasa gerakan menjadi asas fasa berikutnya, setiap aktiviti berasaskan keizinan Allah, izin dan taklif Allah sentiasa meraikan kemampuan jamaah nabi (realiti kemampuan manusia) untuk melaksakannya dan Allah tidak mentaklifkan umat Islam dengan sesuatu taklif jika umat mereka belum mampu dan belum bersedia. Memang kita wajib melaksanakan Islam keseluruhannya, tetapi sebahagian sistem Islam menuntut kita memiliki kekuasaan dan pemerintahan jadi kita perlu memiliki kekuasaan itu. Cara nabi beramal dan berkerja untuk mendapat kekuasaan adalah cara dakwah yang wajib dicontohi. Oleh itu sebelum kita berijtihad menggunakan idea kita kita wajib mengkaji bagaimana Allah menggerakkan proses perubahan dizaman nabi selama 23 tahun dan memahami seluruh aspek agenda perubahan tersebut. Imam Syahid Hassan al-Banna telah berijtihad. Marilah kita belajar daripada madrasahnya sehingga kita sampai darjat ijtihad lepastu BERIJTIHADLAH.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. sue
    February 14, 2008 at 1:47 am

    salam…

    sebenarnya xtau nak panggil apa ni…saya pgil ust la ye…

    tentang ‘mengubah manusia’…apa pdpt ust sekiranya seorg lelaki mengatakan dia perlu kahwin ngn seorg ppuan yg dpt ‘mengubahnya’…. biasanya saya terjumpa lelaki akan cakap mcm ni bagi lelaki yg kurang agamanya (ilmunya)… kiranya, lelaki ni mahu ppuan yg mengubahnya melalui p’kahwinan tuk menjade yg lbh baik…tp..bukan kan firman ALLAH mengatakan “…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), …” (Surah Ar-Ra’d, ayat: 11)

    Logik ker seorg lelaki diubah oleh seorg ppuan sedangkan ‘hidayah’ itu terletak rapi didlm tangan Al-Haq dan sdh menjde ketentuan-NYA….

  2. renungan2u
    February 15, 2008 at 1:41 pm

    wa`alaikumussalam.

    1. perubaan yang berlaku pada diri manusia bermula dengan kemahuan dan keinsafan mereka untuk berubah.
    2. keinsafan dan kesedaran lahir daripada ilmu dan kefahaman.
    3. perubahan diri adalah sikap dan amalan kearah perubahan.

    nabi bersabda yang bermaksud ” sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab usaha kamu lebih baik kepada kamu daripada dunia dan segala isinya..”

    manusia sama ada lelaki atau perempuan boleh memberi ilmu dan keinsafan yang melahirkan kesedaran. seterusnya melalui aktiviti-aktiviti merealisasikan amal-amal Islam dalam kehidupan seperti majlis ilmu, amalan-amalan sunat, bergaul dengan orang berilmu dan beramal soleh akan membantu seseorang untuk berubah.

    usaha ini merupakan sebab yang akan menepati sunnatullah kepada perubahan dan Allah akan merubah manusia berdasarkan usaha yang dilakukannya untuk berubah.

    oleh itu kaum perempuan boleh merubah kaum lelaki jika beliau berilmu dan tahu kaedah mengubah manusia begitu juga sebaliknya.

    memang hidayah itu didalam genggaman Iradah Allah tetapi Allah telah menetapkan sunnah dan laluan kepada proses perubahan manusia maka apabila syarat-syarat itu dipenuhi maka natijahnya adalah manusia akan berubah dengan izin Allah.

    wallahua’lam.

  3. sue
    February 16, 2008 at 12:42 am

    terima kasih di atas ulasan ust..wpun ringkas tetapi mudah difahami…

    sebenarnya saya timbulkan soalan tersebut sbb ada kawan yg tengah dlm dilema sama ada mahu menerima sesorg lelaki yg mahu melamarnya sbg isteri, sedangkan lelaki itu ‘kurang’ ilmu agamanya ngn istilah mudah difahami jahil lah 🙂 … tiada usha nak berubah n tertarik ngn kwn sbb kwn mempunyai akhlak yg baik n sopan… yg menjde kerisauan kwn sya sama ada ‘mampu’ utk mengubah lelaki itu @ tidak selepas kahwin sbb kebanyakkan lelaki ni adalah ‘ego’… sedangkan kwn pun mempunyai ilmu agama yg sedikit… sedangkan ulasan ust mengatakan ‘kaum ppuan blh merubah kaum lelaki JIKA BERILMU’… bagaimana pula kalo ppuan tuh mempunyai ilmu yang tak byk tentang ibadah ngn cuma mengamalkan apa yg diwajibkan je, sedangkan amalan sunnah x dilakukan…

    cuma yg mampu saya nasihatkan…suruh dia buat solat istiqarah tuk menentukan pilihan yg terbaik tuk dirinya.. sbb Allah Maha Mengetahui, sedangkan ilmu manusia ni terlalu cetek tuk meramalkan apa yg akan berlaku kmudian hari… memang tidak dapat diramalkan sesuatu perkara apa yg akan berlaku ‘keesokkan hari’…

  4. renungan2u
    February 17, 2008 at 6:38 am

    memilih pasangan hidup merupakan sesuatu yang paling kritikal dalam hidup, sebab itu nabi s.a.w. menasihatkan kita memilih pasangan yang ada ilmu agama sebelum memilih berdasarkan neraca keduniaan lain.

    paling kritikal ialah memilih suami kerana mereka adalah ketua keluarga yang akan ditaati. Sebenarnya menjadi tanggungjawab suami mendidik isteri dan anak-anak dan menerajui rumahtangga kepada jalan hidup yang digariskan oleh Syarak.

    Oleh kerana kawan Suepun kurang agamanya dan jika dia mampu memilih biarlah memilih pasangan yang beragama.

    Tidak salah untuk sesiapa sahaja menentukan syarat-syarat tertentu kepada pasangannya sebelum berkahwin seperti mensyaratkan pasangannya mengambil kursus pengajian Islam yang di ajar kepada orang-orang awam yang dikendalikan dipusat-pusat pengajian jika beliau belum cukup ilmu agamanya.

    Sebelum membuat keputusan kita perlu memikirkan baik dan buruk akibat keputusan yang kita buat setelah itu tunaikan solat istikharah memohon Allah memudahkannya sekiranya keputusan itu baik dan memohon perlindungan Allah agar mengelakkan diri kita daripada keburukan jika terdapat keburukan dalam keputusan yang dibuat.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment