Home > Tasawwur Amal Haraki > Perubahan Melalui Demokrasi Masa Kini.

Perubahan Melalui Demokrasi Masa Kini.

 Demokrasi berparlimen di Malaysia memberi ruang kepada semua warga Negara yang berumur 21 tahun ke atas untuk membuat pilihan seorang wakil rakyat untuk kerusi Parlimen dan seorang untuk kerusi DUN.Umur 21 dalam perlembagaan Malaysia adalah umur warganegara yang matang, faham, tahu implikasi segala tindakannya, rasional dan bertanggungjawab membuat pilihan.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun dan ke atas adalah layak untuk memilih dan dipilih tanpa mengambil kira keilmuan dan pengalaman mereka.Ini bermakna sepanjang 13 tahun lalu mereka telah dididik dan dijelaskan akan tanggungjawab ini semasa proses pembelajaran yang mereka lalui.

Namun apabila ditinjau dalam sistem pembelajaran selama 13 tahun,  maklumat yang diberikan hanyalah sekadar membolehkan pemerintah yang sedia ada akan terus bertahan. Kerana semua dasar pendidikan, objektif dan sifat manusia yang ingin dibentuk, metodologi kurikulum dan kokurikulum yang diajar, bahan dan sikap para guru ditentukan oleh pemerintah sedia ada dan berpandukan perlembagaan sedia ada.

Apabila ditinjau dalam dasar dan amalan kenegaraan lain; penerbitan, penyiaran, budaya tahun baru, budaya menyambut hari-hari kebesaran dan perayaan, promosi hiburan,  penjanaan ekonomi berasaskan perbelanjaan tidak berhemat dalam diri masyarakat, filem-filem dan drama yang ditayangkan, berita-berita yang dipaparkan dan sebagainya, lebih memeberi kesan kepada keruntuhan jati diri dan kepekaan terhadap tuntutan syariat Islam.

Oleh itu kualiti dan penghayatan Islam secara umumnya sama sahaja dikalangan orang-orang Islam sama ada yang menjadi pemerintah mahupun pembangkang dan yang membezakan mereka adalah manifesto yang diutarakan. Walaupun sesiapa sahaja yang memerintah akhirnya kualiti insan yang lahir daripada sistem pendididikan sedia ada itulah juga kualiti insan yang akan menjalankan segala dasar dan manifesto. ( Melainkan jika manusia ini dilahirkan semula melalui sistem tarbiah berasaskan sibghatullah)

Apabila kerajaan pemerintah ingin menjalankan projek pembangunan yang bernilai  berbilion ringgit apakah syarikat yang akan melaksanakannya akan diambil daripada syarikat asing yang tidak ada kena mengena dengan diri mereka atau keluarga mereka atau kroni mereka.??? Kalau pembangkang berkuasa dan memerintah apakah perkara ini tidak berlaku???. Apakah rasuah boleh dibenteras??

Berlaku atau tidak bukan jawapan yang mahu diandaikan di sini tetapi yang yakin kedua-dua pihak pemerintah mahupun pembangkang dan semua jentera kerajaan semuanya lahir dan dibesarkan dibawah sistem yang sama, amalan hidup yang sama, budaya masyarakat yang sama walaupun ada perbezaan ia adalah perbezaan individu secara nisbi hasil mujahadahnya sendiri bukannya lahir daripada sistem  pendidikan yang terpadu sejak kecil lagi.

Apa yang nyata amalan hidup keislaman yang menjadi amalan hidup generasi sahabat r.a. bukan lagi amalan yang menjadi sistem hidup generasi muslim dibawah sistem yang dicipta oleh penjajah ini.

Kebanyakan orang yang berjuang  melalui sistem demokrasi bertujuan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di dunia ini atau ingin mempertahankan kenikmatan yang telah dikecapi  supaya tidak berpindah kepada orang lain. Tujuan-tuijuan ini walaupun ia tidak bercanggah dengan Syarak tetapi ia hanya dicapai apabila lahirnya manusia-manusia yang bertakwa dan soleh.

Sebaliknya orang yang berjuang untuk mendapatkan keampunan Allah dan syurganya tidak akan terlibat dengan pertarungan sengit melalui , keji mengkeji, umpat mengumpat, irihati, dendam kesumat.

Mereka tahu selagi masyarakat Islam masih jahil mengenai agamanya, jauh dan rapuh hubungan mereka dengan Allah, bergelumang dengan tipu daya dunia, meninggalkan beristighfar, meninggalkan berjaga malam untuk memohon keampunan Allah, tidak membimbing diri untuk menjadi hamba yang ikhlas, tidak membimbing isteri dan anak-anak untuk menghayati kehidupan dibawah kecintaan kepada Allah, tidak mengasihi jiran dan masyarakat dan membimbing tangan mereka untuk mengenal dan mencintai Allah maka masyarakat itu bukanlah masyarakat yang bertakwa. Maka mereka tidak akan mengharap untuk menjadi pemimpin kepada golongan ini.

Kerana mereka hanya ingin menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa:   

 

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا  “

 

 

“ dan orang-orang yang berkata : Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata kami memandang mereka dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa”.. Al-Furqan [25:74

Oleh tuntutan dakwah masa kini lebih kepada membina asas-asas daulah Islam melalui pembentukan masyarakat Islam yan tertegak di atas gabungan keluarga-keluarga Islam. Keluarga Islam itu pula asasnya insane-insan yang bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Untuk tujuan itu gerakan Islam perlu melipatgandakan kerja-kerja dakwah, tajmik dan takwin bagi mengubah manusia berasaskan sibghatullah.

Namun penglibatan dalam pilihanraya adalah satu kewajiban amar makruf dan nahi munkar bagi meletakkan suara-suara Islam ditempat-tempat membuat keputusan dan perundangan. Maka atas asas ini kita wajib bertolong menolong sesama golongan yang ikhlas berjuang untuk Islam tanpa mengabaikan tuntutan kerja-kerja Islam di marhalah ini.

Perubahan tidak akan berlaku jika majoriti manusia masih  tidak mahukan Islam, atau pejuang-pejuang yang mendakwa ingin melaksanakan Islam tidak begitu meyakinkan kemampuan mereka dan masyarakat belum sanggup menanggung risiko terhadap tekanan kuasa-kuasa Barat yang anti Islam jika golongan Islamis berkuasa.

 

 

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: