Home > al-Quran > Perangai Bani Israil.

Perangai Bani Israil.

Israil asalnya adalah gelaran nabi Ya’kub dan keturunannya digelar sebagai bani Israil. Nabi Ya’kub ada beberapa orang anak dan antaranya ialah nabi Yusuf dan adiknya. Abang-abang nabi Yusuf merasai irihati terhadap nabi Yusuf dan membuat perancangan untuk menjauhkan beliau daripada bapanya semoga dengan tindakan itu mereka mendapat lebih perhatian daripada nabi Yaakub.

Merekapun meminta izin nabi Yaakub untuk membawa Yusuf keluar bermain dengan janji yang sungguh-sunggun untuk memelihara Yusuf. Apabila berada jauh daripada rumah ada dikalangan abang Yusuf mencadangkan agar mereka membunuh Yusuf dan ada juga mencadangkan agar Yusuf dibuang ke dalam perigi di laluan kafilah.

Apabila mereka membuang Yusuf merekapun menyembelih seekor kambing dan melumurkan baju Yusuf dengan darah tersebut dan pulang teresak-esak memberitahu bapa mereka bahawa Yusuf sudah dimakan oleh serigala.

Sejak daripada hari itu nabi Yaakub hidup dalam kesedihan menyerahkan kepada Allah terhadap masadepan Yusuf. Hati Yaakub tidak percaya tipudaya anak-anaknya itu tetapi beliau tidak tahu apakah nasib Yusuf.

Nabi Yaakub tetap meyakini Yusuf akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti berdasarkan mimpi yang diceritakan Yusuf kepadanya.

Nabi Yusuf dibawa ke Mesir dan dijual kepada pembesar di sana. Setelah difitnah nabi Yusuf telah dipenjara disebabkan helah wanita-wanita Mesir. Semasa dalam penjara Yusuf beribadah kepada Allah dan berdakwah. Di sebabkan kemampuannya mentafsirkan mimpi akhirnya Yusuf di bebaskan daripada penjara dan dilantik menjadi menteri.

Semasa itu berlaku 7 musim yang amat subur di Mesir. Melalui kebijaksanaannya Yusuf berjaya menyimpan gandum-gandum bagi menghadapi 7 tahun kemarau sebagaimana mimpi raja. Ketika musim kemarau abang-abang Yusuf yang pernah menzalimi Yusuf suatu ketika dulu datang ke Mesir untuk membeli gandum. Dalam ketika itupun mereka masih mengutuk nabi Yusuf sedangkan mereka tidak sedar bahawa menteri yang melayan mereka dengan baik itu adalah Yusuf.

Akhirnya mereka mengetahui juga bahawa menteri yang menolong mereka adalah Yusuf adik mereka yang dibuang dalam perigi. Lalu mereka mengaku bahawa Syaitan telah memperdaya mereka sehingga mereka sanggup menzalimi Yusuf. Yusuf seorang yang mulia memohon keampunan Allah untuk abang-abangnya yang menzalimi dirinya.

Pangajaran: Kadang-kadang disebabkan ingin mendapat pengiktirafan moral daripada seseorang seseorang sanggup membuat fitnah kepada orang lain terutamanya jika orang lain itu mempunyai hubungan rapat dengan orang yang mereka hendakkan pengiktirafan itu.

Namun itu hanyalah tipu daya syaitan. Insya Allah apabila tiba saat genting dan manusia kembali pasrah kepada Allah Syaitanpun akan lari dan ukhuwwah akan kembali bertaut.

Categories: al-Quran
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: