Home > Tasawwur Islami > Memelihara Agama

Memelihara Agama

’Hifzu al-Din’ merupakan satu daripada objektif umum Syarak yang lima atau yang disebut oleh para sarjana Islam sebagai “al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah” . Imam al-Syatibi menegaskan bahawa tidak layak seseorang itu dianggap sebagai mujtahid sehingga beliau menguasai objektif-objektif Syarak ini.

Saya pernah bertanya seorang sarjana yang sedang menamatkan thesis PHDnya mengenai tajuk ini; ”Bilakah maqasid syarak ini dapat dilaksanakan?” Beliau menjawab : ”Apabila nabi menegakkan daulah Islam di Madinah.”

Oleh kerana pertemuan itu satu kebetulan dan kesempatan masa yang terhad untuk membincangkan persoalan ini saya tidak melanjutkan perbincangan. Apa yang terlintas dalam pemikiran saya bahawa menunggu sehingga berjaya mendapat daulah baru untuk dimulakan usaha untuk menegakkan agama adalah kefahaman yang kurang terperinci.

Merujuk kepada kitab ulama silam yang menulis berkenaan Siyasah al-Syar`iyyah seperti; Imam al-Haramain dalam kitabnya al-Ghiyasi dan Ibn Qayyim dalam Turuk al-Hukmiyyah , ulama yang menulis mengenai ilmu Usul Fiqh seperti al-Syatibi dalam al-Muwafaqat yang secara khusus membincangkan topik maqasid al-ammah, menjelaskan maksud Hifz al-Din adalah:

”Memelihara agama dengan mewujudkan agama daripada tidak ada dan memelihara kelangsungan dan perluasan agama”.

Perjuangan memelihara agama bermula dengan mewujudkan agama dan tadayyun dalam diri individu, keluarga dan masyarakat melalui kerja-kerja dakwah, tazkiyyah dan tarbiyyah. Perjuangan ini hanya akan berhenti apabila tidak ada lagi ’fitnah’ yang menghalang manusia tunduk kepada agama Islam dan ketika itu tidak ada agama atau sistem yang lebih tinggi daripada Islam.

Merujuk kepada sunnah perjuangan nabi Muhammad s.a.w. untuk memelihara agama di dapati bahawa sasaran dakwah nabi s.a.w:

Pertama : Mewujudkan agama (tadayyun)

Perjuangan mewujudkan agama ini bermula sejak wahyu yang pertama diturunkan. Bermula dengan berdakwah kepada manusia agar mereka percaya kepada Allah sebagai Rab, Malik dan Ilah, mengenali Islam sebagai ad-din, memahami tabiat kehidupan dunia dan akhirat, mengenali sejarah kejadian manusia, asal-usulnya, punca manusia diturunkan ke dunia, peranan dan tanggungjawab mereka, musuh-musuh mereka dan tabiat mereka.

Mengetahui hakikat kehidupan abadi dan perjalanannya dari alam barzakh sehingalah melalui titian al-Sirat, gambaran syurga dan neraka termasuk mengimani segala kuasa Allah yang mentakdirkan dan mengqada’kan segala-segala yang maujud.

Mengajak manusia menganutnya seterusnya mewujudkan agama Islam dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti ; membaca dan mempelajari maksud ayat-ayat al-Quran, memahami dan membetulkan pemikiran dan memantapkan neraca fikir menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan digantikan dengan akhlak-akhlak terpuji, mengubah matlamat hidup, aktiviti-aktiviti kehidupan, menyertai saf perjuangan Islam, berjuang dan berkorban apa sahaja sesuai dengan matlamat akhir mereka untuk hidup bahagia di dalam kehidupan hakiki dan abadi.

Mewujudkan tadayyun dalam kehidupan kekeluargaan dengan menjadikan keluarga sebagai madrasah bagi melhirkan individu-individu muslim yang memliki identiti Islam yang kental dan menjadi pendorong kepada perjuangan Islam. Matlamat perjuangan Islam dan keredaan Allah menjadi objektif utama kehidupan berkeluarga dalam Islam yang berbeza daripada kehidupan keluarga di zaman jahiliyyah yang meletakkan hawa nafsu dan kemewahan dunia sebagai obejktif. Kehidupan tadayyun dalam keluarga dikembangkan dalam organisasi masyarakat Islam. Aktiviti-aktiviti memantapkan ilmu, penguasaan al-Quran dan mendengar taujihat Allah dilakukan secara berjamaah.

Setiap ahli masyarakat diikat dengan ikatan kasih sayang atas landasan iman bukan lagi atas landasan bangsa, warna kulit dan bahasa yang menjadi ikatan sebelumnya. Asobiyyah Jahiliyyah di hapuskan dan dipendam sedalam-dalamnya sehinggakan seorang hamba Habsyi merasai kenikmatan hidup yang merdeka dalam Islam walaupun dia seorang hamba. Sahabat yang kaya menggunakan harta mereka habis-habisan bagi membantu saudaranya dan perjuangan hanya dengan bayaran Syurga.

Kehidupan tadayyun berkembang ke dalam setiap qabilah yang wujud di seluruh kota Mekah walaupun ditentang oleh golongan jahiliyyah. Setiap muslim mengikatkan diri mereka dengan Islam dan saf perjuangan Islam. Tidak seorangpun umat Islam terpisah daripada saf perjuangan Islam dan akhirnya menjadi arus yang tidak boleh ditahan lagi.

Walaupun golongan jahiliyyah mengguna kuasa mereka dengan pelbagai cara untuk menyekat perkembangan Islam; mengguna penyair-penyair dan pemidato bagi mengganggu dakwah nabi, menyakiti nabi dengan tuduhan-tuduhan gila, pemecah-belah kesatuan qabilah, menabur duri dijalan, menyimbah najis unta dikepala nabi s.aw., menawarkan harta, kuasa, wanita, menawarkan untuk berkompromi, memujuk Abu Thalib untuk menyerah nabi supaya dibunuh, menyiksa dan membunuh para sahabat yang lemah dari kalangan hamba, memulau umat Islam dan bani Hasyim sehingga komplot membunuh nabi s.a.w. Allah memerintahkan nabi agar fokus kepada aktiviti dakwahnya tanpa menghiraukan apa sahaja tindakan kafir Quraisy dan tanpa melakukan tindak balas.

Sebaliknya hanya Allah menurunkan ayat demi ayat menangkis serangan kafir Quraisy dengan ancaman neraka kepada mereka di akhirat.

Setelah berhijrah ke Madinah nabi s.a.w mewujudkan suasana tadayyun dalam sistem pemerintahan, perniagaan, perkahwinan, perundangan, kehakiman, urusan diplomatik, menerima tetamu, peperangan dan damai.

Kedua: Memelihara kelangsungan agama dan perluasan penyebarannya:

Untuk memelihara objektif ini maka diperlukan ada kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum hudud bagi menghalang kemurtadan, mengubah kemungkaran dengan kekuatan dan jihad.

Hifzu al-Din dalam sapek kedua ini; telah terlaksana melalui peperangan terhadap golongan riddah di zaman Abu Bakar al-Siddiq dan perluasan dakwah dan penguasaan Siyasah Agama ke atas umat manusia di zaman Khulafa al-Rasyidin selepasnya sehingga berakhirnya zaman Turki Uthmaniyyah.

Untuk mewujudkan agama dalam diri, keluarga dan masyarakat gerakan dakwah tidak perlu menunggu memilki kuasa politik untuk mula merancang dan melaksanakannya kerana nabi s.a.w. semasa dakwahnya di Mekah telah memulakan usaha menegakkan agama dan baginda telah menghadapi Sistem Jahiliyyah ketika itu melalui sebagai sebuah gerakan dakwah.

Bertitik tolak di atas asas ini, Imam al-Banna memulakan gerakan Ikhwan sebagai sebuah organisasi dakwah dan menjadikan seerah nabi di fasa Makkiah sebagai rujukan manhaj amal dakwahnya walaupun ketika beliau memulakan dakwah kerajaan Mesir masih diperintah oleh seorang raja Muslim yang diwarisi kekuasaannya daripada sistem kerajaan Islam terdahulu.

Imam al-Banna tidak memilih mengislah kerajaan Mesir dengan terjun ke dalam sistem mahupun merubah daripada atas dengan menggerakkan revolusi dengan membakar sentimen kebencian dikalangan rakyat terhadap sistem jahiliyyah yang ada dan mengubahnya dengan kekerasan.

Sejarah penggulingan raja Farouq dengan kerjasama Jamal Abdul Nasir memberi pengajaran berguna kepada seluruh gerakan Islam apabila selepas itu semua ahli Ikhwan Muslimin yang berdaftar ditangkap dan di penjara kecuali mereka yang sempat melarikan diri.

Ikhwan hanya meletakkan Yahudi sebagai musuh utama Islam dan pimpinan setempat hanyalah ibarat boneka yang boleh ditukar ganti. Oleh itu fokus Ikhwan dipermulaan dakwah tidak ditujukan kepada meruntuhkan sistem yang ada atau mengambil alih kuasa pemerintahan, tetapi lebih mengutamakan melakukan pengislahahan dikalangan ahli masyarakat dan memfokuskan 90% tenaga kepada usaha mendidik semula ummah agar kembali kepada kehidupan beragama ”tadayyun’ .

Mengambil alih kuasa pemerintahan dalam keadaan seluruh pekerja masih memiliki minda, tabiat dan budaya jahiliyyah adalah usaha yang amat tidak berbaloi berbanding dengan masa yang perlu dihabiskan dan wang yang perlu di korbankan.

Categories: Tasawwur Islami
  1. May 21, 2010 at 5:49 pm

    Jazakallah,ust. insyaAllah, ana yakin makin ramai yang akan memahami hakikat ‘pekerjaan’ yang panjang ini dan pekerjaan yang bukan sedikit pengorbanan dan kesusahan yang perlu kita sertakan di dalamnya. antara sifat manusia yg Allah sebutkan dalam al-Quran adalah sifat terburu2 atau nak cepat ( isti’jal). sifat ini ada baiknya, namun banyak pula buruknya jika salah guna pada situasi,tempat&keadaan. moga tulisan ust ini sedikit sebanyak menyedarkan ramai pejuang di luar sana. Allah jualah maha Pemberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. moga kita sabar dan thabat. amin.
    wallahua’lam.
    p/s : sambil2 belek kitab al-Muwafaqat..=)

  2. khalisah
    May 29, 2010 at 10:18 am

    hmm…setuju juga…nak ubah kena masuk dan mula dari akar umbi…bukannya secara dipaksakan dari atas dalam keadaan akar umbi tidak faham atau reti…

    teringat juga petikan drpd buku ‘shah waliyullah’..islam perlu ditegakkan dgn kedua-dua dakwah dan penguatkuasaan…kena seiring

    dan teringat ada juga pndpt yg salah…yg mengatakan bila fasa mekkah maksudnya x perlu terapkan segala hukum n kefarduan masa fasa madinah…ni pn sesat juga…patutnya kena terapkan apa2 yg boleh atau dh mampu utk diterapkan spt ibadat solat n jaga aurat tp dlm masa yg sama sedar fokus fasa mekah ialah dakwah n tarbiyyah..

    wallahualam…lama x komen

    • renungan2u
      May 30, 2010 at 7:18 am

      Ya.. saya juga telah menghuraikan isu ini dalam buku saya : “Konsep Siyasah Syariyyah Dalam Harakah Islamiah” .. dapatkan di Pustaka Salam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: