Home > Tasawwur Amal Tarbawi > Dari helaian risalah ikhwan

Dari helaian risalah ikhwan

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..

Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.

Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.

( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)

Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Menegnal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.
3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…

.{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا { وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Categories: Tasawwur Amal Tarbawi
  1. November 30, 2009 at 10:18 pm

    Assalamualaikum ustaz. ana minta izin untuk share post ni di blog ana ya. terasa sesuatu di hati setelah membacanya. masyaAllah. jazakallahu khairan katheraa ya ustaz

    • renungan2u
      December 1, 2009 at 12:23 am

      Wa`alaikumussalam..
      Sekiranya terkhilaf maksud teks Arab dipakai
      silakan letak diblog saudari dengan meraikan adab sesuatu petikan.
      jazakillahu khaira..

  2. mohamadazranfaris
    December 2, 2009 at 11:32 pm

    Salam. Tulisan ini sangatlah baik untuk didedahkan kepada pemuda dan pemudi Islam. Oleh itu, ana minta keizinan ustaz, utk ana letakkan artikel ustaz di dalam blog ana.

    • renungan2u
      December 3, 2009 at 1:04 am

      Dipersilakan
      jkk

  3. December 9, 2009 at 4:28 am

    hasan~hasan…

  4. zamir
    January 4, 2010 at 4:29 am

    salam ustaz…tersentuh hati ana bila membaca risalah ikhwan ini…masyaallah..indahnya dakwah ini..rasa iman dicharge kembali dan bersemangat untuk beramal ngn islam..shukran ustaz..semoga ALLAH memberkati kita semua di jalan dakwah ini..ameen..

  5. Ukhtie
    January 8, 2010 at 9:40 am

    Risalah yang menarik, baik utk pemuda-pemudi…ana mohon izin risalah ini diletakkan dalam blog ana…

    • renungan2u
      January 9, 2010 at 1:02 pm

      ya..silakan.

  6. January 13, 2010 at 10:44 am

    salam ustaz. ana mahu bertanya. ana ada download terjemahan al-awaiq, kalau mengikut dokument tersebut, entalah penterjemahnya. adakah enta masih menterjemahnya? kalau boleh ana dapatkan salinan? ana sudahpun ada bukunya, cuma kalau ustaz ada dalam bentuk soft copy juga baik.

  7. renungan2u
    January 13, 2010 at 1:47 pm

    Memang ana terjemah dalam 10 bab lepas itu berhenti. Softcopy dalam word 95 kalau x silap..dan ada yang x boleh baca..ana rasa perlu edit semula kalau ana nak keluarkan semula.. setakat ini tidak menjadi keutamaan ana..

    Ana ada beli buku terjemahan Indonesia.. bahasanya tidaklah sukar difahami, cubalah dapatkannya.

  8. Media ISMA Kelantan
    February 2, 2010 at 6:26 am

    Assalamualaikum ustaz… Dengan izin… penuh ihtiram… Kami mohon copy ke web blog ismakelantan untuk kebaikan umat… ws.

  9. abuhasan
    July 22, 2010 at 7:18 am

    Assalamualaikum ustaz, mohon izin utk copy artikel di atas. Jazakallah.

    • renungan2u
      July 27, 2010 at 9:58 am

      ok

  10. AAM
    August 21, 2010 at 9:57 pm

    Salam,

    mohon copy.. Jzkk

    Wassalam

  11. June 13, 2012 at 6:06 am

    Assalamualaikum ustaz, mohon izin utk copy artikel di atas. Jazakallah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: