Home > Tasawwur Islami > Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan.

Saya tidak tahu apakah maksud kerajaan perpaduan yang ingin dicadangkan oleh pimpinan PAS dan UMNO dalam corak pemerintahan masadepan Malaysia. Apa yang dapat difahami melalui komentar pimpinan PAS wujud dua arus berbeza antara yang tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh President PAS dan antara yang setuju.

Perbezaan ini mungkin disebabkan pengalaman berinteraksi dengan UMNO, sikap kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri khususnya Kelantan dan Kedah.

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan duduk dalam satu majlis makan malam anjuran Surau An Nur Bandar Baru Bangi untuk mengutip derma bagi satu kawasan parlimen PAS di Kelantan. Dalam ucapan aluan Dr Haron Din, ahli Parlimen kawasan tersebut dan Ustaz Nik Abdul Aziz ternyata betapa beratnya perasaan yang dipikul oleh mereka akibat sikap kerajaan Persekutuan yang disebut sebai menganaktirikan rakyat dibawah pemerintahan PAS walaupun ahli-ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan ratusan ribu ringgit.

Majlis makan malam tersebut adalah bertujuan bagi menampung kebajikan rakyat dikawasan parlimen terbabit.
Mungkin pengalaman realiti tersebut menjadi batu penghalang kepada Ustaz Nik Abdul Aziz daripada menerima idea kerajaan perpaduan.

Cadangan Kerajaan Perpaduan ketika ini amatlah sesuai ketika UMNO merasai dirinya agak tertekan dengan perkembangan politik terkini. Sebaliknya cadangan ini mungkin akan ditolak sekiranya UMNO masih merasakan dirinya kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagi PAS kedudukan ini amat sesuai untuk menggunakan kaedah “win win” bagi menuntut kedudukan yang baik dalam arus perdana politik tanahair.

Saya ingin membuat andaian kerajaan perpaduan dan implikasinya kepada ummah.

Secara mudahnya saya memahami bahawa kerajaan perpaduan adalah PAS bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan sama ada disertai oleh MIC dan MCA atau tidak. Senario ini lebih mudah terlaksana daripada membentuk kerajaan perpaduan dengan menggabungkan semua parti politik di Malaysia dalam ertikata kerajaan tanpa pembangkang.

Sekiranya kerajaan perpaduan ini menjadi realiti apakah baik buruknya kepada perjuangan Islam di Malaysia amnya serta UMNO dan PAS khasnya . ?

Perpaduan, penyatuan antara dua parti politik Melayu ini secara logiknya boleh mengukuhkan perpaduan ummah dan merapatkan jurang yang renggang selama ini. Secara langsung akan menghilangkan pertembungan ummah dalam semua generasi bermula dari tadika, remaja sekolah, belia di IPT dan ahli masyarakat. Sebaliknya semua tenaga, masa dan wang boleh diarahkan kepada objektif membangunkan modal Insan dan institusi negara bagi menghadapi arus globalisasi yang amat mencabar.

Pertembungan dua aliran politik sejak sekian lama menjadikan umat Islam di Malaysia menghabiskan masa dalam berbincang mengenai isu-isu politik daripada menumpukan perhatian kepada agenda membangunkan ummah.

Antara faedah kerajaan perpaduan:

Semua idea-idea pembangunan, muhasabah dan sebagainya dapat dibincangkan dalam bentuk budaya mesyuarat, saling menghormati bukan dalam bentuk debat yang bersifat saling membangkang.

Dasar-dasar yang lahir daripada budaya ini akan mendapat dokongan rakyat tanpa berbelah bahagi dan keadaan ini akan melonjakkan lagi pencapaian dan matlamat yang digariskan.

Kerajaan-kerajaan negeri akan mendapat peruntukan sama rata bagi membuat pembangunan negeri dan masyarakat. Begitu juga semua wakil rakyat akan mendapat peruntukan sama rata bagi menyumbang kepada pembangunan kawasan masing-masing.

Wakil-wakil rakyat selepas ini akan di nilai berasaskan kualiti kerja mereka bukan lagi kepada latarbelakang parti politik yang mereka anggotai. Pilihanraya adalah bertujuan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti bukan parti yang mereka anggotai.

Dari sudut sosial pula akan berlaku satu anjakan budaya baru dimana puak-puak yang sering bertelingkah ketika memilih ajk surau dan masjid dan sebagainya akan dapat ditamatkan. Sebaliknya institusi tersebut boleh ditadbir secara bersama atau berasaskan pilihan masyarakat setempat.

Kedua-dua pihak boleh menumpukan aktiviti ke arah membagunkan jati diri ummah secara terancang, terfokus dan digerakkan secara bersama. Institusi Ulama, JAKIM dan majlis agama negeri akan mendapat dokongan ummah dalam menggerakkan agenda pembangunan ummah. Ustaz-ustaz, guru-guru yang sering mendapat tempias aliran politik dan perjuangannya sebelum ini akan sibuk memfokuskan tanggungjawab mereka kepada pendidikan dan pembangunan pelajar.

Kalau dahulu NGO-NGO yang nonpartisan akan dianggap sebagai bersekongkol dengan kerajaan akan menjadi badan yang mendapat sokongan ummah dalam membantu membangunkan ummah.

Perpaduan antara PAS dan UMNO memungkinkan beberapa tokoh PAS yang berkaliber mendapat jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri bagi membangunkan ummah melalui kuasa politik. Penggabungan ini juga memberi nilai tambah kepada kekuatan Islam dalam kerajaan pada pandangan bukan Islam. Ia akan melahirkan perasaan haibat dikalangan masyarakat bukan Islam. Kekuatan ini akan memudahkan dasar-dasar Islam dilaksanakan dan diperkemaskan di negara ini.

Semua intitusi agama sepeti JAKIM, JAPIM, IKIM, Majlis agama Negeri, Jabatan Mufti dan sebagainya dapat digerakkan dengan lebih maksima bagi mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.

Kekuatan ini akan mengembalikan siqqah ummah kepada kepimpinan negara dan mendapat ketaatan rakyat. Siqah rakyat kepada pemerintah merupakan aset penting dalam menjayakan semua dasar kerajaan.

Kalau sebelum ini ada syarikat-syarikat dan individu umat Islam yang melarikan diri daripaa membayar cukai dan zakat kepada kerajaan akan kembali menunaikannya kepada kerajaan. Sikap ini akan mengukuhkan lagi dana bagi pembangunan ummah. Malah rakyat akan merasai mentaati pemerintah adalah ibadah yang sebelum ini ada dikalangan mereka menganggap kerajaan adalah musuh.

Namun kerajaan perpaduan ini tetap akan menghadapi cabaran antaranya:

Kegerunan golongan bukan Islam bahawa penyatuan PAS dan UMNO akan mengukuhkan umat Islam dan menjadikan mereka akan terpinggir daripada arus perdana politik Malaysia.

Kedua, ketidakyakinan sesetengah pihak dalam PAS terhadap keikhlasan dan kesungguhan UMNO untuk memenuhi syarat-syarat dan janji yang bakal dituntut oleh PAS.

Ketiga, keperluan kedua-dua pihak untu berkongsi kuasa dan kemungkinan berlaku pembahagian jawatan dan ada yang akan digugurkan dariipada jawatan sediaada bagi memenuhi kuota perseimbangan kuasa.

Namun demi kepentingan dan kemaslahatan ummah dan generasi masa hadapan khususnya kedudukan Islam saya mendoakan kerajaan perpaduan ini berjaya dilaksanakan atau sekurang-kurangnya satu muzakarah yang ikhlas daripada kedua-dua pihak bagi membincangkan kepentingan ummah terlaksana.

Categories: Tasawwur Islami
  1. June 18, 2009 at 5:02 pm

    macam-macam komentar atas cadangan kerajaan perpaduan tersebut.jzkllh kheir atas penerangan yang mantap

  2. mustawa
    June 19, 2009 at 1:51 am

    assalamualaikum..

    beberapa ahli pas ibarat meludah ke langit..
    kemudian jatuh ke muka sendiri..
    dahulu dijadikan isu IRC dan ABIM bersekongkol dengan umno walaupun atas dasar dakwah..sekarang,mereka yang jelas-jelas bersekongkol dengan umno..kita lihat nanti pemimpin mana yang kemaruk sangat untuk menjadi menteri..hidup tuan guru nik abdul aziz!!

    • abuadil
      July 8, 2009 at 2:28 pm

      boleh anda beri analisis syar’i?

      • renungan2u
        July 9, 2009 at 1:25 am

        Jazakumullahu khairan

        Insya Allah.. saya akan cuba… cuma perlukan masa.
        buat masa sekarang ini pimpinan PAS minta hentikan isu ini.. so perlukan satu persembahan yang hikmah…

  3. renungan2u
    June 19, 2009 at 2:18 am

    Saya berpendapat bukan isu ludah kelangit tetapi isu menilai untuk melakukan dua kemudaratan:
    1. Bertahaluf dalam PR bersama PKR ( keAdilan + Sosialis) dan DAP
    2. Bertahaluf dengan BN.
    Atau
    PAS Sendirian tanpa tahalluf dengan mana-mana parti yang tidak Islamik.

  4. Abdul Hanan
    June 19, 2009 at 6:41 am

    Assalamu’alaikum wr. wb.

    Kerjasama, persefahaman dan perpaduan di antara UMNO & PAS memang sudah lama diidam-idamkan oleh umat Islam di Malaysia.

    Sudah tiba masanya ISMA maju ke depan menjadi Jurudamai Umat untuk menyatukan UMNO & PAS bagi memastikan cita-cita murni mewujudkan ‘Kerajaan Perpaduan’ menjadi kenyataan.

    Persoalan-persoalan berikut perlu diambilkira agar ‘Kerajaan Perpaduan’ antara UMNO & PAS dapat direalisasikan:

    1. Kesanggupan Wakil-wakil Rakyat dan Pimpinan Tertinggi UMNO & PAS untuk meletakkan Islam melebihi kepentingan individu dan parti.

    2. Kesediaan Pimpinan, Pendokong dan Ahli-ahli PAS untuk bersatu dengan UMNO. Jangan sampai PAS menerima nasib sepertimana UMNO satu ketika dulu sehingga melahirkan Semangat 46.

    3. Hubungan baik PAS dengan DSAI, PKR dan DAP sebelum ini.

    4. Tanggapan dan penerimaan anggota BN yang lain.

    5. Persepsi golongan atas pagar terhadap PAS.

    6. Persepsi bukan Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya terhadap PAS.

    7. Akibat dan kesan yang akan diterima PAS dalam PRU13.

    WAllahu A’lam.

    Wassalam.

    • renungan2u
      June 21, 2009 at 2:42 pm

      No 1. Cukup.

      Yang lain diikuti dengan penjelasan.

  5. darussalam+
    June 19, 2009 at 2:32 pm

    salam utk semua bagi yg inginkan kesejahteraan..

    Tahniah kepada penulis, terang lagi bersuluh..itulah harapan yg dicita-citakan oleh FITRAH ummah. Semoga gerak2 jari itu dan ini akan terus menjadi doa utk menolak bala kejahilan atau pura2 jahil ummat. Astaghfirullah 1000 x.

    Tak pa.. kalau penulis ditaqdirkan jadi menteri pun ok. nanti saya call dan bantu apa yg patut..

    • renungan2u
      June 21, 2009 at 2:44 pm

      Wallahu a’lam.

  6. June 21, 2009 at 7:51 am

    salam ziarah ust anuar.. rindu nak jumpa ust..

  7. renungan2u
    June 21, 2009 at 2:43 pm

    Ahabbakallah ..

  8. melika
    July 29, 2009 at 10:25 pm

    naqdu sahlu walfannu so’bu

    • renungan2u
      July 30, 2009 at 1:57 am

      bila akal jelas memahami,
      jiwa selari,
      amal mengikuti.

  9. August 3, 2009 at 5:36 am

    nice sharing

  1. June 23, 2009 at 2:10 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: