Home > Tasawwur Amal Haraki > Katakanlah inilah jalanku..

Katakanlah inilah jalanku..

Ada pembaca dalam ruang komentar bertanya saya: ”Keterlibatan dengan politik kepartian untuk menegakkan Islam tidak bertepatan dengan syariat Islam? Berorientasikan sistem barat?”

Asal-usul sistem politik Malaysia.

Peperangan antara Islam dan Zionis bermula sejak sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. lagi. Golongan Yahudi telah dicatatkan dalam al-Quran sebagai golongan yang memusuhi para nabi dan Islam. Dalam peperangan mutakhir Yahudi memperalatkan golongan Kristian untuk menyertai peperangan Salib menentang Khalifah Islam.

Kegagalan mereka dalam peperangan Salib memberi pengajaran bahawa Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan apapun senjata selagi keimanan mereka utuh di dada dan selagi al-Quran menjadi manhaj hidup mereka.

Bertitik tolak daripada keyakinan ini Yahudi Zionis menukarkan strategi menentang Islam dengan memerangi pemikiran, aqidah, akhlak dan budaya hidup mereka. Daripada kesedaran ini Yahudi menggariskan 20 protokol mereka yang menjadi panduan kerja bagi menghancurkan Islam, menjatuhkan kuasa khalifah Islam dan memastikan Islam tidak akan tertegak kembali.

Setelah Ingerís datang ke Tanah Melayu pada tahun 1818 di Singapura Inggeris telah menjajah Mesir pada tahun 1882. Glad Stone yang ketika itu menjadi Perdana Menteri England mengungkapkan bahawa kita tidak akan aman dibumi Mesir selagi al-Quran berada di dada rakyat Mesir. Ketika itu Ingerís baru meneroka Tanah Melayu bagi melancarkan serangan Salib ke atas Wilayah Khalifah Turki Uthmaniyyah yang akhirnya digulingkan oleh Kamal Atarturk pada tahun 1924.

Kedatangan Ingerís ke Tanah Melayu membawa serangan terancang secara halus melalui penjajahan pemikiran, budaya, sistem, adat dan kebudayaan. Penubuhan sekolah-sekolah Kristian, Penang Free School, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah aliran Melayu dan Ingerís. Membuat perjanjian dengan sultan-sultan Melayu dengan menubuhkan sistem Resident. Pemikiran rakyat Tanah Melayu dijajah melalui ilmu-ilmu yang di ajar sehinggakan subjek pendidikan Islampun diajar berdasarkan kelolaan Inggeris.

Setelah hampir 130 tahun Inggeris menduduki Tanah Melayu merencana dan mendidik rakyat Tanah Melayu mengikut acuan mereka maka pada tahun 1957 Tanah Melayu dimerdekakan dan bermulalah sistem politik kepartian yang direncanakan oleh Inggeris berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui bersama dalam perlembagaan persekutuan.

Sekarang sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Umat Islam tidak bertambah kuat identitinya. Mereka yang sepatutnya menjadi umat yang membawa risalah nabi kebanyakannya menyimpankan akidah untuk diri sendiri, beramal ibadah untuk diri sendiri sedangkan mereka memikul amanah menyampaikan dakwah kepada semua umat manusia. Inggeris pulang ke negara mereka setelah mengaut hasil bumi ini sepuas-puasnya kemudian hingga kini kita masih melaksanakan sistem peninggalan penjajah dalam politik, ekonomi, undang-undang, kehakiman, pelajaran, kebudayaan, sukan dan lain-lainnya.

Lebih 50 tahun juga perjuangan untuk menegakkan Islam dilakukan melalui kerangka pilihanraya, kerangka demokrasi dengan mengharapkan suatu hari nanti umat Islam akan mengundi pejuang-pejuang Islam dan menyokong gagasan mereka. Sebaliknya sistem sekular terus mendidik rakyat bermula daripada sekolah rendah sehingga universiti.

Apakah cukup dengan hanya menyertai parti politik dan berjuang untuk memenangi pilihanraya setiap 4 tahun anak-anak kita akan menjadi soleh, beriman, mencintai Islam, memahami al-Quran, memahami hadis-hadis nabi dan akhirnya meneruskan perjuangan kita menegakkan Islam? Apakah yang mereka belajar di sekolah, television, filem-filem, majalah, novel dan rakan sebaya.

Lihatlah apakah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sudah pencen semasa masa terluang mereka hari ini. Apakah cukup dengan mendengar kuliah-kuliah agama, ceramah, majlis Ilmu dan beribadah siang dan malam. Apakah kerja-kerja mereka ini menambahkan kebaikan kepada generasi ummah yang semakin tenat.

Kenapa mereka tidak mewakafkan waktu mereka untuk mengajar tafsir al-Quran, hadis-hadis nabi, seerah para sahabat secara percuma kepada generasi setempat.? Apakah mereka hanya menunggu saat kematian tanpa melakukan sesuatu yang produktif untuk ummah?

Mereka ini pada umumnya adalah generasi yang lahir pada awal kemerdekaan. Mereka adalah generasi yang dididik dan di asuh mengikut sistem politik penjajah selepas merdeka. Apakah yang kita ingin harapkan kepada generasi yang lahir hari ini 50 tahun akan datang. Apalah mereka juga akan mengulangi generasi hari ini yang hanya mampu melihat keruntuhan ummah dan hanya berjuang dengan doa..

Cukuplah umat Melayu bertarung sesama sendiri dalam arena politik sebagai pemerintah dan pembangkang sehingga terbawa-bawa ke dalam urusan sosial dan ekonomi. Perjuangan hidup kita di dunia ini bukan sekadar ingin menikmati kesenangan hidup yang mewah, rumah selesa, kereta besar, boleh melancung ke sana-sini dan mewariskan zuriat dengan kemewahan yang boleh didapati secara mudah bila memiliki kuasa politik.

Kita umat Melayu adalah umat Islam yang membawa risalah. Islam adalah agama kita, al-Quran adalah taklimat Allah kepada kita untuk kita fahami dan amalkan. Sunnah nabi s.a.w. dan seerah hidupnya adalah contoh praktikal terhadap nas-nas al-Quran. Amalan para sahabat dan para tabiin adalah contoh teladan dalam mempraktikkan Islam dalam situasi yang berbeza. Bilakah lagi kita ingin menunggu tanpa mengikuti langkah-langkah perjuangan nabi s.a.w. sebenar.

Lihatlah bangsa-bangsa lain di negara kita ; mereka juga berhak untuk menghuni syurga tetapi siapakah yang akan membimbing tangan mereka kalau bukan Umat Melayu yang telah lama menganut Islam untuk sama-sama membimbing mereka melalui jalan ke syurga.

Apakah umat Islam hari ini juga meyakini bahawa orang bukan Islam akan memasuki syurga dengan cara agama mereka sebagaimana kebanyakan umat bukan Islam meyakininya?

Lantaran itu bangsa-bangsa ini dibiarkan tanpa diajak untuk menganut agama Islam. Apakah setiap umat Islam hari ini memiliki keyakinan untuk menyampaikan ilmu-ilmu aqidah, akhlak, ibadah, muamalat, munakahat, dan siyaah syariyyah kepada umat bukan Islam?

Bukankan maksud menegakkan Islam ialah menegakkan Islam dalam diri manusia?. Bukankah nabi s.a.w. berdakwah mengajak manusia untuk memahami al-quran dan menghayatinya? Kenapa umat Islam yang telah memeluk Islam sejak sebelum merdeka tidak menagajarkan Islam kepada jirannya, kawannya yang bukan Islam.?

Ia adalah tidak lain kerana ketidakmampuan, ketidakyakinan terhadap Islam kerana kecetekan Ilmu yang diperolehi sepanjang hayat. Atau kerana tidak digerakkan oleh gerakan Islam secara serius dan maksima.

Generasi yang lahir dan hidup pada hari ini akan mengulangi sikap generasi yang sudah pencen ini 50 tahun akan datang jika gerakan Islam keseluruhannya tidak mengubah cara kerja mereka kepada mengutamakan tarbiyyah, mengajar untuk memahami al-Quran, sunnah dan seerah s.a.w. dengan bersungguh-sungguh kepada ahlinya dan anggota masyarakat.

Bersama-sama membina akhlak dan kerohanian yang tinggi melalui amalan membaca al-Quran, berzikir, berqiamullail dan wacana ilmu yang tersusun dan berobjektif melalui majlis ilmu dan usrah kepaa seluruh ahli dan ummah.

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (12:108)

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik” Surah Yusuf : 107.

Ustaz Mustafa Masyhur dalam bukunya Jalan Dakwah menegaskan bahawa jalan dakwah hanyalah satu iaitu jalan yang telah dilalui oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.

Di atas jalan inilah para mujahidin bergerak dengan penuh kejelasan dan setiap tindakan mereka dipandukan dengan hujjah Syarak sama ada daripada nas-nas al-Quran maupun hadis dan seerah rasulullah s.a.w. Kerja-kerja dakwah adalah kerja-kerja soleh atau amal soleh. Semua amal soleh adalah satu ibadah kepada Allah dan sesuatu ibadah tidak sah hanya dengan niat yang ikhlas atau matlamat yang baik tetapi memerlukan juga bertepatan dengan hujjah-hujjah Syarak.

Kesimpulannya kita boleh terlibat berusaha untuk menegakkan Islam dalam apa-apa pertubuhan dan parti politik tetapi mestilah melaksankan manhaj yang nabi lalui bersama-sahabat sahabatnya. Jika tidak kita masih terperangkap dengan pemikiran politik barat yang hanya menunggu perubahan setiap kali pilihanraya. Umat Islam perlu dididik mengikut acuan dan manhaj al-Quran sebagaimana generasi pertama Islam dididik dan dibentuk.

Inilah tugas gerakan Islam sebenar masa kini kerana kita tidak boleh menyerahkan tanggungjawab ini kepada kerajaan sekular yang tidak mampu melaksanakan manhaj Islam dalam situasi politik kini. Apabila ditanya : ” manakah dia pemuda yang boleh menyelamatkan umat ini” Aku merasai akulah pemuda itu, aku tidak lagi duduk dan tidak lagi membodohkan diri..( syair Arab jahiliyyah)

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. April 20, 2009 at 4:57 am

    Terima kasih atas penerangan ustaz.

  2. darussalam
    April 20, 2009 at 9:56 am

    salam semuanya,

    1.dgn izin Allah jika ustaz ditawarkan jadi pm malaysia sekarang apa rancangan ustaz? bersedia?
    2.dgn izin Allah jua jika ada tokoh2 isma ditawarkan utk menerajui parti baru yg punyai fikrah dan ruh spt yg ustaz bawa, atau dlm ungkapan yg lain ‘rumah baru’ dlm politik m`sia berkerjasama dgn parti2 lain dgn mendominasi imej tersendiri yg terkandung dlm tulisan2 ustaz, adakah sudah tiba saat dan ketikanya? harap respon..

    • renungan2u
      April 21, 2009 at 6:11 am

      Terima kasih kepada saudara/i darussalam.

      Sudah pasti saya menolak dan masanya masih terlalu jauh.

      Nabi s.a.w. pernah ditawarkan menjadi Raja Mekah dipermulaan dakwah dan baginda menolaknya. Ketika nabi s.a.w. memerintah Madinah seluruh kabilah Arab yang menjadi penduduk Madinah telah beriman dan berbaiah untuk mempertahankan nabi walaupun dengan nyawanya.

      Saya selalu berdoa.” Ya Allah kurniakanlah kepadaku isteri dan anak-anak yang sejuk mata hati memandangnya dan jadikanlah aku pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa”. Cuma sekarang ini saya tidak yakin ada 50% umat Islam di Malaysia sagnggup mati memperjuangkan Islam di Malaysia sebagaimana penduduk Palestin mempertahankan Bumi Palestin.

      Sebelum ummah bersedia tanggungjawab kita adalah berdakwah dan mendidik ummah dengan kemampuan yang Allah berikan kepada kita sehingga ummah benar-benar bersedia. Sebenarnya Allahlah yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka.

      2. Apabila semua gerakan Islam memiliki fikrah dan ruh perjuangan yang sama dari kalangan ahli dan pimpinan maka dengan sendirinya mereka akan bersatu dan membentuk kekuatan ummah, insya Allah ketika itu siapa saja yang menjadi pimpinan mereka akan mendapat pertolongan Allah. Mungkin masanya 30 hingga 50 tahun lagi. ( Inggeris ambil masa 130 tahun untuk mengasaskan kerajaan Malaysia merdeka)

      3. Buat masa ini ISMA melengkapkan kekurangan yang ada dalam arena dakwah di Malaysia dan menghormati semua gerakan Islam yang telah menerajui amal-amal Islam di Malaysia. Bagi saya penglibatan dalam parti politik bukan satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam.

      (Jawapan saya tidak mewakili pimpinan ISMA, dan hanyalah idea dan fikrah.. apabila sesuatu itu benar-benar berlaku ia perlu dibincang, dinilai baik-buruknya, kesan positif dan negatif dan sebagainya)

  3. darussalam
    April 22, 2009 at 8:14 am

    terima kasih ustaz,

    semoga ‘anak’ ( umat islam di malaysia) akan terus maju dan independent dan tidak terlalu bergantung harap kepada bapanya (umat islam di palestine) namun hubungan anak dan bapa semestinya berterusan dan tidak putus.

  4. Megat Ahmad Rithauddeen
    April 22, 2009 at 5:24 pm

    Jazakallah ustaz. Ana rasa kupasan ini adalah kupasan yang terbaik yang ana baca tentang analisa siyasah di Malaysia.

    • renungan2u
      April 23, 2009 at 1:10 am

      Semoga Allah menetapkan hati kita, memberikan keikhlasan dan mematikan di jalan menegakkan Islam.

      • Megat Ahmad Rithauddeen
        April 24, 2009 at 8:21 am

        Insya-Allah. Bila ustaz nak singgah Qatar? 🙂

      • renungan2u
        April 24, 2009 at 11:18 am

        Insya Allah, kalau ada rezeki sampailah..

  5. battah
    May 19, 2009 at 12:14 am

    “Kenapa umat Islam yang telah memeluk Islam sejak sebelum merdeka tidak menagajarkan Islam kepada jirannya, kawannya yang bukan Islam.?”

    Dasar pecah dan perintah telah membuatkan kita rasa kalau bercakap tentang islam sahaja = tak hormat agama orang lain.. herm.. al-asaf… jati diri islam yang telah dirobek..

  6. saifullah
    August 22, 2009 at 10:01 am

    betul tu…

    org islam akan menang hanya dgn bantuan Allah ikut cara baginda nabi mcm mana sahabat telah buktikan dlm perang badar..

    sekarang ni kita dah tinggalkan sunnah nabi, dan ikut cara barat dan yahudi dlm sistem ketenteraan…cth nya..bila berkawad mesti mula….dari kiri..cerpat jalan..kiri kanan kiri…kiri kanan kiri…mula pun dgn kaki kiri…-pastu bila makan mesti tanggal topi, padahal sunnah tutup kepala masa makan,
    janggut pon tak boleh simpan…wajib potong…

    mcm mana bantuan Allah nak turun kalo hamba dia sendiri tak yakin dgn cara yg Allah bg pd nabi..?

    nabi suruh makan dgn tangan lepas tu sisip jari..tp org kata uish geli…takde standard..

    .tapi cara KFC semua org boleh ikut mkn pakai tangan jgak , sehingga menjilat jari…

    semua org pakai jam kat tangan kiri..kenapa kita tak tanya kenapa kena pakai kat tgn kiri ?

    kenapa suma benda kat dunia ni bergerak arah lawan jam…bumi, kipas, tawaf, galaksi,..

    tapi barat telah reka jam ikut arah jam…suma ni nak terbalik kan kita drp sunnatullah supaya kita jauh dari cara Islam dan ikut cara mereka…

    ada hadis bg tau..lbh kurang ..siapa ygb mengikut cara suatu kaum, dia termasuk dlm kaum tersebut…

    ..kita check balik 24jam makan, minum ,pakaian, tidur kita ikut cara siapa?

    marilah kita kembali mengikut sunnah nabi semampu mana yg boleh… bila amal satu sunnah nabi secara istiqamah pd zaman kerosakn ummat ini Allah akan bg pahala mcm pahala mati syahid

  7. zaidi ahmad
    October 8, 2009 at 4:51 pm

    Salam

    Bukankah kita umat Islam diperintahkan jangan bercerai-berai? Kita juga diperintahkan tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa. Salah satu sebab PAS lambat maju ialah kerana tidak mendapat bantuan dan pertolongan terutama dari mereka2 yg berilmu (Ulamak/Ustaz2). Kebanyakannya hanya melihat dari jauh, ramai yg kata “tak cukup tarbiah” dan sebagainya tanpa menyedari bahawa merekalah yg sepatutnya mengisi lompang yg kurang. Langkah paling mudah ialah menubuh jamaah baru (Memperhebatkan lagi perpecahan) dengan berbagai alasan, dan alasan yg selalu digunakan ialah, jamaah2 sebelum ni semuanya tak “sempurna”, dan proses ini berulang sampai akhirnya ummat Islam ada berpuluh2 NGO/persatuan dan sudah pastinya dengan perpecahan ini maka kita tidak ada kekuatan.

    PAS dan UMNO tak akan bergabung sampai bila2 kerana yg satu parti dasarnya Islam dan yg satu lg kebangsaan (sekular).

    Tapi ISMA, JIM, ABIM, HALUAN semuanya mengambil ISLAM sebagai dasar, kenapa tak boleh bergabung?

    Wassalam.

    • renungan2u
      October 11, 2009 at 9:21 am

      Berasaskan komentar saudara Zaidi saya akan cuba jelaskan dalam tulisan ini mengenai beberapa perkara:

      1. Saya setuju bahawa Allah menjadikan manusia berpuak-puak dan berbagai qabilah supaya saling berkenalan dan bertolong menolong. Yang paling mulia disisi Allah mereka yang paling bertakwa.

      Ya, masyarakat Arab ketika kedatangan nabi s.a.w. juga berpuak-puak dan berqabilah-qabilah malah mereka saling berperang dan berbalah sesama sendiri sehingga datang Islam.

      Ukhuwwah Islamiyyah telah menyatukan mereka namun nabi s.a.w. tidak pernah membubarkan puak-puak ini dan qabilah-qabilah ini. Malah puak-puak dan qabilah-qabilah Arab menjadi bersaudara dan berkasih sayang.

      Maka walaupun banyak gerakan Islam dan berpuak-puak mereka boleh kembali bersaudara dan berkasih sayang dengan syarat mereka kembali belajar al-Quran seayat demi seayat, memahaminya, dan memuhasabah diri supaya mereka benar-benar menjadi al-Quran yang bergerak melalui didikan hadis-hadis nabi s.a.w. dan pentafsiran ulama.

      Ulama-ulama dalam PAS mendidik ahli-ahlinya dan meramaikan ulama dikalangan ahli yang belum mencapai taraf ulamak. Orang Arabpun jahil Islam juga masa jahiliyyah tetapi dengan didikan nabi s.a.w. mereka menjadi alim.

      Saya berkeyakinan ustaz-ustaz dan alim ulama yang ada di Malaysia begitu ramai. Mereka pergi ke Mesir Sejak tahun 30an lagi malah ramai para ustaz lulusan Universiti Malaya, UIA,UKM,USIM dan lain-lain berada di tanahair ini.

      Saya rasa jika ahli-ahli PAS nak blajar tak perlu ulama-ulama ini menjadi ahli PAS, terutama jik ulama-ulama ini terlibat sebagai kakitangan kerajaan, pensyarah-pensyarah di IPT dan sebagainya.

      2. Disebabkan ramai para ustaz tidak menyertai PAS maka PAS lambat maju.

      Sebenarnya punca kejayaan dan kegagalan adalah kehendak Allah. Pimpinan PAS dan semua pimpinan gerakan Islam perlu merujuk kepada al-Quran dan mencari sebab-sebab kegagalan dan pra syarat kejayaan. Secara khusus rujuk kritikan dan didikan Allah setelah peperangan Badar,Uhud dan Hunain.

      Pra syarat kejayaan dan punca kegagalan ini menjadi asas dalam merangka strategi kejayaan gerakan Islam.

      3. Kebanyakan ustaz-ustaz ini melihat dari jauh, ramai yang kata ” tak cukup tarbiah” tanpa menyedari mereka sepatutnya jadi ahli PAS dan bergerak dalam PAS.

      Selagi ustaz-ustaz ini berdakwah disekolah, dipejabat-pejabat agama, disurau-surau, melalui NGO-NGO yang mereka sertai kita harap Allah memaafkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam golongan orang yang beramal di jalan Allah. Bagi saya kerja-kerja mereka ini telah membantu kebangkitan Islam dan memperdekatkan kemenangan Islam walaupun mereka tidak berjuang di dalam PAS.

      Kenapa ramai ustaz-ustaz ini tidak menyertai PAS?

      Saya andaikan mereka mempunyai alasan mereka sendiri terutama yang tidak menyertai mana-mana gerakan Islam. Mungkin mereka tidak mengimani kewajiban berjamaah atau mereka telah percaya bahawa organisasi tempat kerja mereka adalah jamaah mereka.

      4. Isu tubuh jamaah baru ( memperhebatkan perpecahan) kerana jamaah2 sebelum ini tidak sempurna.. Proses berulang sehingga umat Islam memiliki berpuluh2 NGO/persatuan yang sudah pastinya menjadikan umat Islam hilang kekuatan.

      Saya percaya Ikhwan menjadi rujukan PAS, JIM, HALUAN dan ISMA.

      Semua pimpinan ikhwan bersetuju bahawa taaddud jamaah bukan punca perpecahan ummah. Cuma kita perlu menerima wujudnya perbezaan pendapat yang membawa lahirnya pelbagai NGO. Sepatutnya sikap pimpinan gerakan Islam yang matang ialah menerima perbezaan dan kewujudan kepelbagaian gerakan Islam dengan dada terbuka dan memulakan sesi perbincangan terhadap isu-isu sepakat supaya kerjasama boleh dilakukan. Manakala mengenai isu-isu khilaf jika boleh dihuraikan syukur al-Hamdulillah jika tidak mereka saling betolak ansur.

      Kerana perkara khilaf ialah perkara yang tidak ada nas yang putus mengenainya dan Islam membenarkan ilmuan-ilmuannya memiliki kefahaman berbeza dalam isu-isu seumpama ini.

      Taaddud jamaah di Malaysia telah wujud sejak awal 1970an dan umat Islam senang hati sehinggalah sebahagian pimpinan Jamaah Islam ketika itu tidak dapat menerima ahlinya keluar jamaah dan menganggap keluar jamaah dan menyertai jamaah Islam yang lain menyamai keluar menentang khalifah Islam atau menentang pendapat Ijmak ulama.

      Sedangkan kefahaman ini adalah tidak tepat kerana hadis mufaraqah jamaah muslimin bermaksud keluar menentang khalifah, atau ijma’ ahli halli wal aqdi atau ijmak ulamak.

      Gerakan Islam hari ini bukan Jamaah al Muslimin.

      5. PAS dan UMNO tidak akan bergabung sapai bila2.

      Kalau kabilah-kabilah Arab boleh bersatu dibawah panji-panji Islam inikan pula ahli PAS dan UMNO yang semuanya memiliki aqidah Islam. Cuma usaha dakwah dan tarbiah perlu dipergiatkan oleh semua pencinta perjuangan Islam.

      6 .Tapi ISMA, JIM, ABIM, HALUAN semuanya mengambil ISLAM sebagai dasar, kenapa tak boleh bergabung?
      Kalau boleh bergabung sudah tentu tidak wujud kepelbagaian wadah ini. Umat Islam perlu dididik menerima kepelbagaian harakah dan menilai manhaj mereka berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah kemudian pilihlah yang mana satu dengan tenang di hati.

  8. MUSHAB
    November 7, 2010 at 10:59 am

    MANUSIA CINTA KAN DUNIA TAKUT MATI…DAN BERPALING DARI AKHIRAT MENGUTAMAKAN DUNIA..SUNNAH X DIHIDUPKAN…UMAT SALING CERCA MENCERCA.. SAHABAT TIDAK LAGI DIKENALI KISAH NYA.. TAPI ARTIS DISANJUNG..MAKSUD HIDUP YG SALAH..ILMU DISALAH GUNA HARTA TIDAK DITUNAIKAN AMANAH YG SBENAR..

    ISLAM PASTI BERSATU.. TERUSKAN USAHA DAKWAH…
    APABILA UMAT INI BUAT KERJA PASTI KERAJAAN JUGA DATGKEADILAN UNTUK MEMIMPIN

  9. MUHAMMAD
    February 18, 2011 at 4:01 pm

    Demokrasi sistem Dajjal…
    Dajjal tak hantar tenteranya untuk perangi umat islam. tetapi sistemnya sahaja cukup boleh membuatkan umat islam berbunuh2 sesama sendiri.
    Jadi seorang pemuda yang akan mengatakan Dajjal itu adalah Dajjal yang sebenar pasti akan dibunuh. Sekarang ni Dajjal telah menular ke tanah arab yang telah lama mereka cuba utk menerapkan sistem mereka ke pemikiran orang arab. Apabila mereka berjaya memasukkan sistem perhubungan tanpa sempadan dan arab boleh di hasut sedikit demi sedikit sistem itu meresap ke dalam jiwa orang2 arab.

    Benarlah seperti kata Rasulullah Dajjal akan memasuki seluruh pelusuk dunia tetapi tidak dapat memasuki mekah dan madinah kerana kedua tempat ini terpelihara dari Dajjal.

    Inshaallah masa telah pun semakin dekat. tanda2 itu telah muncul.
    Lihat lah bagaimana Dajjal mempermainkan mereka dengan membuat seolah2 mereka itu benar dan ketua2 mereka itu salah. sedangkan selama ini Dajjal itu sendiri merosakkan pemimpin negara islam diArab. merosakkan mereka dengan kemewahan dengan segala macam hiburan dan sifat membanggakan diri. Jadi sekarang mereka memainkan peranan menjatuhkan pemimpin2 itu semua dengan kononnya kuasa rakyat….tetapi …lihatlah nanti bagaimana Dajjal meragut setiap jiwa islam yg ada dalam tanah arab….

  10. MUHAMMAD
    February 18, 2011 at 4:11 pm

    HUMAN RIGHT? apa maksud Hak manusia itu sendiri faham atau tidak?

    Hak manusia ialah untuk menerima kebenaran. dan kebenaran itu adalah hanya dari ALLAH. tiada lagi kebenaran selain Al-Quran dan Hadith…bukan enakmen yg ada dalam sistem demokrasi. Bukalah mata wahai umat islam.
    buka kan mata mu dari tidur yg lena. Kalian nyenyak dengan keselesaan yang Dajjal berikan kepada kamu. Ingatlah..syurga Dajjal itu adalah neraka bagi kamu, neraka Dajjal itu syurga bagi kamu sebenarnya…..bangkitlah…bunuhlah sistem demokrasi..bangkitlah ulama2 perjuangkan syariat islam..serulah pemuda2 islam yang sanggup berjuang…ini bukan masa untuk tidur lagi…ini bukan masa untuk duduk ataas tikar sejadah dan berdoa menangis2 tetapi kamu lupa tangisan kamu hanya sia2 kerana membiarkan Dajjal yang meragut iman kamu…..

  1. April 30, 2009 at 11:48 am

Leave a reply to darussalam Cancel reply