Home > Tasawwur Amal Haraki > Politik atau Siyasah

Politik atau Siyasah

Berasaskan tuntutan kewajiban melaksanakan tujuan Syarak dan Fiqh Siyasah Syariyyah lahirlah pelbagai gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan pelaksanaan Syariah Islam dalam sistem pemerintahan. Namun disebabkan wujud perbezaan di dalam memahami realiti semasa dan manhaj nabi s.a.w. dalam melakukan perubahan maka lahirlah kepelbagaian ini. Tidak dinafikan wujudnya kesepakatan antara gerakan Islam dalam perkara prinsip Islam tetapi terdapat perbezaan pada pendekatan ke arah merealisasikan prinsip-prinsip tersebut.

Antara sebab perbezaan pendekatan tersebut berpunca daripada mafhum siyasah dan politik.

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa politik sebahagian daripada Islam. Maknanya sesiapa yang tidak melibatkan diri dalam politik telah mengurangkan kesyumulan Islam dalam amalan hidupnya. Lantaran itu ramai umat Islam melibatkan diri dalam politik dan menjadikannya sebagai satu jihad dan ibadah demi mencapai keredaan Allah. Lebih daripada itu ada juga yang menganggap bahawa sesiapa yang tidak berpolitik dianggap sebagai menyeleweng daripada landasan amal-amal Islami masa kini. Kadang-kadang ia menjadi satu aqidah dan pegangan yang kuat sesetengah umat Islam dan menganggap bahawa melibatkan diri dalam kancah politik semasa adalah satu tuntutan iman.

Malangnya perkataan politik dan mafhumnya hanya disempitkan kepada politik kepartian dan perjuangan menegakkan Islam melalui cara pilihanraya sahaja. Sekiranya mafhum politik hanya terbatas kepada ideologi dan mekanisma politik Barat maka ia bukanlah politik yang bertepatan dengan Ruh Syariat Islam.

Sebaliknya mafhum siyasah dalam Islam adalah amat luas; ia bermula dengan siyasah dakwah mengajak manusia kepada Islam, siyasah dalam mendidik dan mengubah syakhsiah mereka, siyasah dalam membina asas-asas tanzim dan organisasi kerajaan Islam, perlaksanaan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan, perlaksanaan hukum-hukum Islam dan siyasah hubungan Islam dengan bukan Islam sama ada bukan Islam itu syakhsiah hakiki atau syaksiah iktibari ( institusi).

Berlandaskan keluasan Siyasah Syariyyah ini kadang-kala penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya di suatu tempat bukan merupakan suatu keutamaan dan kadangkala menjadi keutamaan di tempat yang lain pula.

Ikhwan Muslimin membahagikan siyasah mereka kepada tiga bidang; siyasah dalaman, siyasah tarbiyyah dan siyasah luaran. Siyasah dalaman berkaitan dengan syarat-syarat keahlian dan kepimpinan serta proses perlantikannya. Siyasah tarbiyyah menjadi asas kepada kenggotaan dan kepimpinan di mana keperibadian anggota dinilai di sudut penguasaan saqafah Islamiyyah dan tercernanya sykhsiah Islamiyyah tertentu yang menjadi objektif tarbiyyahnya. Siyasah luaran merupakan dasar dalam menentukan sikap gerakan dan hubungannya dengan gerakan Islam yang lain, hubungannya dengan gerakan bukan Islam dan kuasa pemerintah yag sedia ada ditempat mereka.

Menyertai pilihanraya atau tidak adalah berkaitan dengan siasah luaran yang dinilai berdasarkan asas-asas maslahah . Kadang-kala mereka menyertai pilihanraya kerana keperluan maslahah seperti semasa untuk menyampaikan dakwah, menyatakan yang hak dan mencegah kemunkaran dengan tidak mengabaikan kerja-kerja asas dalam mengubah tamaddun manusia daripada jahiliyyah kepada Islam melalui manhaj perubahan al-Quran

Matlamat Siyasah Syariyyah.

Matlamat Islam disebut dalam istilah Syarak sebagai `Maqasid Syarak’ bukan sekadar melaksanakan undang-undang Syarak; hukum hudud dan qisas. Malah paling asas ialah mengislamkan manusia dan menjadikan mereka hamba Allah yang soleh. Menmbentuk institusi keluarga agar menjadi sebuah institusi yang melahirkan insan yang soleh dan beramal untuk kemaslahatan manusia. Melahirkan sebuah masyarakat yang berkasih sayang dan saling merasa bertanggungjawab dihadapan Allah terhadap kemungkaran dan berusaha mencegahnya. Melahirkan sebuah kerajaan yang tayyibah dan mendapat keberkatan dan keampunan Allah. Melahirkan khalifah Islam yang merealisasikan matlamat terakhir perjuangan nabi s.a.w. untuk membawa Rahmat keseluruh dunia.

http://siasahharokiah.wordpress.com/tujuan-siyasah-syariyyah/

Manhaj al-Quran dalam merealisasikan matlamat Syarak.

Allah S.W.T yang membimbing nabi s.a.w. melaksanakan tugasnya sebagai rasul yang mengubah tamaddun kemanusiaan telah menggriskan satu manhaj pergerakan yang wajib dicontohi oleh semua gerakan Islam.

Manhaj al-Quran adalah bertitik tolak di atas perubahan manusia. Bermula dengan mengubah pemikiran dan ideologi jahiliyyah dan digantikan dengan aqidah Islam. Seterusnya al-Quran mengubah identiti, suluk atau tabiat hidup manusia sehingga mereka menjadi al-Quran yang bergerak. Perubahan yang mengambilkira perubahan pemikiran, neraca nilai, akhlak dan tabiat, budaya dan adat dan sistem hidup.

http://siasahharokiah.wordpress.com/daulah-nubuwwah/

Kelemahan Manhaj Politik Kepartian.

Jika gerakan Islam hanya memfokuskan agenda perubahan kepada pilihanraya ia tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan yang antaranya:

1. Boleh menyebabkan berlaku perpecahan ummah kepada kelompok; pemerintah dan pembangkang.

Keadaan ini bertentangan dengan tujuan Syariat Islam yang menggesa umatnya agar hidup berkasih sayang, bertolak ansur, bermaaf-maafan, berbaik sangka dan sebagainya.

Maksud hadis nabi s.a.w. ” kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu berkasih sayang…”

Sekiranya sistem pemerintahan yang terlaksana bukan sistem Islam, undang-undangnya bukan undang-undang Islam dan seluruh sistem hidup bercanggah dengan Islam maka penglibatan dalam pilihnraya berasaskan sistem tersebut juga tidak akan membawa kepada tertegaknya Syariat Islam. Ketika itu jika gerakan Islam terlibat dalam sistem politik kepartian dan menyertai pilihanraya hanyalah berasaskan kaedah `melakukan kemudaratan yang lebih rendah untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar’. Penglibatan tersebut tidak sayugia melupakan kerja-kerja asasi gerakan Islam iaitu merubah diri ummah agar kembali kepada Islam melalui siyasah tarbawiyyah.

2. Tidak memfokuskan kerja kepada melakukan perubahan manusia melalui manhaj tarbiyyah al-Quran.

Kepimpinan dalam kerajaan Islam mestilah lahir melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang sebenar. Untuk memastikan generasi masa kini menjadi pemimpin masadepan yang memiliki ciri-ciri seorang khalifah maka mereka perlulah dididik melalui acuan Islam. Sebelum itu perlu wujud generasi murabbi yang menghayati ciri-ciri sorang murabbi qudwah yang mendidik secara teori dan amali. Pendekatan ini dianggap oleh pengamal-pengamal manhaj politik sebagai wasilah yang lembab dan lambat. Oleh itu manhaj ini sukar dapat dilaksanakan dalam parti politik yang kepimpinannya terdiri daripada pelbagai ragam latar belakang pemikiran.

Kalaupun ada aktiviti tarbiyyah ia hanyalah sekadar majlis-majlis Ilmu yang bersifat sukarela dan tidak menjadi syarat keanggotaannya malah kepimpinannya juga tidak disyaratkan melalui proses tarbiyyah tertentu. Seseorang itu boleh jadi suatu ketika menjadi pemimpin parti lain dan dengan melompat ke parti lain pula beliau berkemungkinan besar terpilih menjadi pemimpin yang boleh menentukan dasar dan halatujunya.

3. Terikut-ikut dengan sistem politik barat yang menghalalkan cara.

Biasanya parti politik menjadikan pilihanraya sebagai gelanggang pertarungan. Pertarungan pilihanraya biasanya berasaskan isu. Isu-isu pula sentiasa berubah-ubah. Ada isu yang sebenar dan ada isu sampingan yang dibesar-besarkan dan ada isu yang sengaja di ada-adakan. Ada isu peribadi dan ada isu dasar yang diketengahkan. Kadang-kadang isu kebendaan dilebih-lebihkan dan kadang-kadang isu teknikal seperti isu Bahasa Melayu dalam pendidikan Sains dan Matematik yang ada pro dan kontra.

Dalam Siyasah Syariyyah isunya sentiasa konsisten iaitu mengembalikan manusia kepada pengabdian diri kepada Allah, melahirkan dan memantapkan ukhuwwah sesama orang-orang yang beriman, membina asas-asas sistem Islam melalui ikatan hati umat Islam dalam saf yang tersusun rapi dan membina semua kekuatan sehingga gerakan Islam memilki syarat-syarat kemenangan; majoriti masarakat memberikan wala’ dan intima’ kepada pimpinan Islam dan wujudnya peluang yang sesuai untuk melaksanakan Syariah Islam mungkin melalui pilihanraya dan mungkin melalui cara lain yang bersesuaian.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. hannanistisyad
    March 27, 2009 at 4:32 pm | #1

    Salam.. Ustaz, ana sering melihat jauh.. apakah pnyelesaian masalah dominasi tabiat dlm gerakan islam sbegini? Apakah yg boleh kita lakukan utk mmperlurus matlamat golongan ini?

    • renungan2u
      April 1, 2009 at 7:07 am | #2

      Tarbiyyah yang panjang, seimbang antara rohani, fikrah dan amal jihad.
      Berdisiplin terhadap asas-asas perlantikan dalam manhaj amal.

  2. muhamad
    April 13, 2009 at 11:22 pm | #3

    Salam…
    Menulislah dengan penuh amanah.
    Keterlibatan dengan politik kepartian untuk menegakkan Islam tidak bertepatan dengan syariat Islam?
    Berorientasikan sistem barat?
    Tahniah. Kalau inilah hasil tarbiyah yang ISMA hasilkan…maka teruskanlah menulis.

    • renungan2u
      April 18, 2009 at 10:58 am | #4

      Wa`alaikumussalam

      Terima kasih kepada saudara Muhammad.
      Atas rasa amanah terhadap Ilmu yang saya pelajari di Mesir sejak 1986 hingga 1995 saya menulis dalam blog saya ini.
      Jika saudara Muhammad merasai ada fakta-fakta yang tidak beramanah yang saya tulis saya berbesar hati untuk mengubahnya. Namun sebagai manusia mungkin ada ayat-ayat yang agak kabur atau beremosi menjadikan ia menyentuh nurani saudara.

      Niat saya hanya ingin mengetengahkan pendapat bagi mencambahkan khazanah fikrah Islam.

      Semoga bermanfaat.

  3. April 28, 2009 at 12:23 am | #5

    bismillahi walhamdulillah,

    jzkk ya ustaz, memberikan pencerahan, jelas dan memahamkan pembawaan Islam dalam satu-satu gerakan. teringat kata-kata ini;

    ‘membina dari bawah bukan dari atas’

  4. Afandi
    April 28, 2009 at 8:28 am | #6

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya ada satu kemusykilan. Sebagai sebuah NGO, apakah pandangan ISMA terhadap kewajipan mengundi parti Islam dalam sebuah pilihanraya? Ataupun bersifat non-partisan bermakna ISMA tidak menggalakkan ahlinya mengundi?

    Salam ziarah.

  5. renungan2u
    April 29, 2009 at 9:36 am | #7

    Bagi saya undi itu rahsia peribadi.

    Saya berpegang dengan prinsip Imam al Banna ” Kita bertolong menolong dalam perkara yang disepakati dan saling bertolak ansur dalam perkara yang tidak sepakat”.

    “Kecintaan kita kepada seseorang tidak sampai kita memejamkan mata terhadap kesalahannya dan kebencian kita kepada seseorang tidaklah sehingga kita melupai kebaikan mereka”.

    Sebagi NGO yang non-partisan maka sayugia mereka tidak perlu dilihat berpihak, kerana dalam sitiuasi ummah masa kini setiap golongan perlu memainkan peranan masing-masing di medan masing-masing.

    Bagi ahli-ahli ISMA mereka perlu merujuk ketua masing-masing ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam pilihanraya.

    Malah lebih mendatangkan kemaslahatan ummah jika semua orang Islam bersatu dalam satu gagasan politik atau sekurang-kurangnya bersepakat dalam beberapa perkara yang boleh menjamin survival umat Islam.

    Usaha menyatukan ummah khususnya umat Islam Melayu adalah lebih utama dalam strategi politik Islam di Malaysia daripada membiarkan ummah terus berperang mengejar kuasa politik mengikut kerangka sistem sekular.

    Umat Islam sebelum kedatangan Inggeris bersaudara, bersatu dan berkasih-sayang. Perlembagaan Malaysia yang di asaskan oleh Lord Reid meletakkan umat Melayu Islam bertelagah sesama sendiri apabila mereka membenarkan pemikiran mereka terikat dengan perjuangan politik masing-masing tanpa ada tolak-ansur.

    Dalam kerangka kita bergerak dan berdakwah dibawah sistem ini kita perlu mencari peluang dan punca yang boleh merapatkan kembali hubungan ummah dan jangan sampai musuh-musuh Islam bersorak melihat kita bergaduh di dalam gelanggang yang mereka ciptakan untuk kita.

    Kita perlu berfikir diluar kotak. Sebagai rakyat negara Malaysia kita perlu mengambil peluang terhadap sistem yang ada untuk mengukuh dan memartabatkan Islam semampu mungkin.

    Terdapat masih banyak ruang yang boleh dimanfaatkan untuk Islam tanpa perlu diheboh-hebohkan.

    Contohnya: Amat ramai ilmuan Islam yang menjadi guru disekolah-sekolah kerajaan, di universiti dan kolej maka mereka sepatutnya menggunakan kedudukan mereka untuk menggerakkan amal-amal tarbiyyah Islamiyyah di tempat mereka selagi wujud ruang-ruang yang membenarkan mereka melakukan perkara demikian.

    Kita memiliki institusi masjid, surau, JAKIM, Majlis Agama Islam dan pelbagai institusi yang perlu digembelingkan oleh ummah untuk memartabatkan Islam dalam diri ummah, keluarga dan masyarakat.

    Sekiranya semua umat Islam mengambil tanggungjawab beramal untuk Islam, berusaha mempelajari tafsir al-Quran dan al-Hadis, seerah rasulullah, salafussoleh mendidik diri dan keluarga dan berdakwah sekurang-kurangnya seorang orang bukan Islam.. Islam pasti akan memerintah Malaysia suatu hari nanti kerana dalam diri umat dan rakyat Malaysia sudah ada Islam.

    Kita tidak perlu memilih jalan yang penuh persengketaan untuk memenangkan Islam sekiranya masih ada jalan-jalan yang harmoni.

    Inilah isu politik Islam yang sebenar!

    Wallahu a’lam.
    Cuma masalahnya ialah umat Islam di Malaysia sudah lama dididik oleh sisten pendidikan sekular sejak merdeka. Ramai di kalangan mereka tidak berkeyakinan untuk mengajar aqidah Islam, akhlak Islam, ibadah Islam, tilawah al-quran, tajwid dan hadis nabi yang menjadi asas keperibadian Islam. Sama ada mereka golongan yang menyokong parti pemerintah atau pembangkang.

    Mengundi mana-mana parti atau kemenagnan mana-mana parti dalam pilihanraya tidak akan menjatuhkan bebanan tanggungjawab setiap individu muslim daripada mempelajari ilmu-ilmu tersebut menghayatinya dan menyampaikannya kepada manusia lain muslim dan kafir.

  6. hafiz
    May 23, 2009 at 3:21 am | #8

    salam… ustaz ana ada beberapa soalan.

    1. ana keliru kalo dikatakan politik bukan cara kta untuk menegakkan islam ini papa pandanga ustaz terhadap apa yg telah dilakukan oleh HAMAS, ikhwan d mesir, PKS di indonesia. harap dapat bantu ana.

    2. ana bakal mengundi utk penggal hadapan, adakah wajar untuk ana mengundi parti islam tetapi bergabung dengan dua parti yg sekular?? persoalan ini telah lama bermain di benak fikiran ana.

  7. renungan2u
    May 23, 2009 at 10:28 am | #9

    Penglibatan IKHWAN dan HAMAS dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada medium dakwah mereka tanpa mengubah manhaj perubahan Islam yang diambil daripada perjuangan nabi s.a.w. yang menjadikan menegakkan kekuasaan Islam sebagai sebahagian daripada matlamat perjuangan mereka.

    Metologi asas dalam perjuangan nabi s.a.w. ialah membina Islam dalam diri ummah melalui proses pendidikan yang berterusan. Metodologi tarbiyyah ini menjadi tunggak dalam perjuangan Ikhwan dan Hamas. Penglibatan dalam pilihanraya bukannya satu-satu cara yang dipakai oleh mereka untuk menegakkan Islam.

    Bertahalluf ( persepakatan ) dengan parti sekular dalam pilihanraya tidak bercanggah dengan Syariat Islam selagimana bertujuan membela kepentingan umum dan tidak membawa kepada kerugian kepada Islam pada masa dekat atau pada masa jauh. Oleh itu bagi saya tidak salah menyokong mana-mana parti yang lebih menonjol berkemampuan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan Islam.

    Tetapi jika tahalluf tersebut lebih merugikan umat Islam maka haram menyokongnya walaupun parti yang bertahalluf itu parti yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.

    Asas dalam Islam ialah wajib mengelakkan kemudaratan kepada umat Islam dalam apa sahaja tindakan. Sekiranya kedua-duanya ada mudarat kita perlu menimbang untuk menyokong pihak yang kurang mudaratnya kepada Islam berdasarkan sejarah dan sikap mereka terhadap Islam terutamanya calun-calun Parliment yang bakal menggubal undang-undang persekutuan.

    Umat Islam wajib memastikan majoriti kerusi parliment berada ditangan umat Islam yang berilmu dan bertakwa walaupun berbeza parti politik. Sebaliknya jika undian kepada calun pakatan tertentu yang menyebabkan golongan bukan Islam menguasai majoriti ahli parliment maka sudah pasti ia lebih membawa mudarat kepada Islam dan umat Islam.

    wallahua’lam

  8. June 2, 2009 at 12:06 am | #10

    salam ustz anuar..

    salam juga dari pembina Melaka.:)

    satu pandangan yang menarik,yg sepatutnya perlu dimanfaatkan oleh ummat Islam yang ingin menunaikan tggjwb sebgai dai’e..teruskan usaha…moga kebaikan sentiasa bersma ustz.ameen..

  9. izzah
    October 20, 2009 at 3:36 am | #11

    Dipandang dari sudut yang lain,
    Di manakah keberkesanan tarbiyyah Islamiah yang kita bawa selama ini, adakah ianya sepantas perubahan globalisasi tanpa batas yang menjurus umat Islam di Malaysia ke arah kiblat yang bertentangan dengan Islam. Masjid, surau, Jakim d.l.l sudah hilang taring kerana dikuasai oleh manusia-manusia yang hauskan kuasa. Disekat tarbiyyah Islamiah di Masjid, di surau, Ulama’ serta Ustaz-Ustaz “digam”. Malah setiap kali ISMA sendiri mengadakan program di Masjid, 100% diperhatikan oleh SB.
    Keberkehendakkan kepada rasuah meluap-luap di setiap ruang pejabat-pejabat Kerajaan atau swasta. Rakyat digula-gula dengan wang setiap kali majlis-majlis keramaian yang diadakan mahupun hingga ke Pilihanraya .
    Jenayah berleluasa di jalanan, kutu-kutu rempit yang sudah tidak hirau nyawa, dadah seolah-olah makanan ruji anak-anak muda, anak-anak diluar pernikahan bersepah-sepah ditinggalkan. Wanita-wanita bangga mengayakan pakaian menjerut badan walaupun bertudung di kepala. Arak dijadikan sajian malah mudah didapati 24 jam.
    Bagaimana kita mampu menghalang program-program TV serta arus media internet yang infiniti yang lama kelamaan menghitamkan hati dan fikiran anak-anak generasi akan datang?
    Sebenarnya kita di sini jauh tertinggal dalam mentarbiyyah umat Islam sendiri apatah lagi untuk berdakwah kepada yang bukan Muslim untuk memeluk Islam.
    Selagi pemimpin-pemimpin yang meneraju negara masih tidak memimpin secara Islam (walaupun mereka Muslim) selagi itulah Malaysia akan terus berantakan.
    Persoalannya, berapa banyakkah pemimpin-pemimpin tersebut telah kita tarbiyyah dan kita tegur secara terus dan berani? Ataupun kita terus merajuk dan diam cuma dengan gertakan JKKK kampung?

    Kita perlu bergabung tenaga,NGO dan parti politik untuk meletakkan pemimpin-pemimpin yang benar-benar mahukan Islam didirikan di negara kita ini dan istiqamah mentarbiyyah rakyat untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

    • renungan2u
      October 20, 2009 at 11:04 am | #12

      Apa yangyang dinyatakan oleh Izzah adalah realiti jahiliyyah abad ini yang dihadapi oleh gerakan Islam.

      Jahiliyyah yang menguasai seluruh sistem hidup manusia hari ini telah memulakan permusuhan mereka terhadap Islam sejak zaman nabi s.a.w. lagi.

      Kemuncak kekuasan mereka apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan memecahkan kesatuan umat Islam kepada kerajaan2 berasaskan nasionalis dan sistem2 berbeza antara negara umat Islam.

      Gerakan Islam tidak boleh terburu2 dalam merangka plan perjuangan tanpa mempelajari manhaj yang betul yang telah diwahyukan Allah kepada nabi s.a.w. dalam menghadapi Jahiliyyah pertama. Perjuangan Islam adalah sunnah rasulullah s.a.w. dan Allah mendidik nabi s.a.w. berjuang berasaskan sistem dan sunnah alam yang telah ditentukan Allah.

      Perjuangan Islam adalah ibadah dan jihad maka sebelum kita menggunakan akal semata-mata dalam memahami manhaj perjuangan dan metodologi pergerakan Islam terlebih dahulu kita perlu meneliti manhaj nabi s.a.w. Imam al-Banna telah berijtihad dan menggariskan manhaj perubahan manusia dan proses mengembalikan khalifah dan tamaddun Islam.. Apakah kita telah mengkaji sedalam-dalamnya manhaj dan ijtihad beliau sebelum kita mencipta ijtihad2 baru?? Tak mungkin saya menjelaskan seluruh manhaj itu dalam tulisan ini..

      Imam al Banna berijtihad dan menyatakan bahawa proses untuk mengembalikan khalifah Islam perlu digerakkan secara tersusun. Tidak boleh digerakkan secara menempel, perjuangan yang juzie dan tidak mendasar.

      Sayyid Qutub menjelaskan realiti jahiliyyah masa kini terbentuk dalam 2 aspek: 1 Jahilyyah ideologi
      2. Jahiliyyah sistem yang akan sentiasa melahirkan jahiliyyah dan mengekalkannya.

      Untuk membasmikan jahiliyyah ideologi perlu dilakukan dakwah, tarbiah dan tazkiyyah sehingga individu muslim menjadi al-Quran yang bergerak. Dan ia ibarat satu bata Islam.

      Untuk membina sistem hidup Islam.. maka bata-bata Islam ini perlu digabungkan di dalam satu saf dan terus berjuang membina bata-bata Islam dan mengikatkan mereka dalam sof-sof perjuangan Islam yang tersusun . Sehingga mereka menjadi sebuah keluarga seterusnya membentuk masyarakat dan akhirnya masyarakat Islam tulen ini memilih dikalangan mereka orang-orang yang layak untuk menjadi pemimpin di dalam kerajaan mereka.

      Ketika itu mereka akan menegakkan Islam dalam kerajaan mereka..

      Sudah tentu perjuangan ini memerlukan masa yang panjang.. tetapi ISMA tidak ada pilihan lain.

      Ikhwan Mesir, Palestin menghadapi tekanan jahiliyyah dan bersabar. Kesabaran itu hanya lahir melalui proses tarbiyyah yang panjang..

      Tetapi fitnah dunia, pangkat, kekayaan lebih menyesatkan manusia dan ramai akan gugur.

      Untuk memastikan setiap pejuang Islam tidak gugur ketika mendapat dunia juga memerlukan tarbiyyah yang panjang..

      Kalau kita sepakat isu2 ini ayuhlah kita laksanakan.. adapun SB.. mereka hanya mencari makan dengan tugas mereka.. kalau ada iman di dalam hati mereka.. mereka akan bersama2 pejuang2 Islam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,735 other followers

%d bloggers like this: