Home > Tasawwur Islami > Jihad Palestin Jihad Kita

Jihad Palestin Jihad Kita

Penjajah telah berjaya melahirkan umat Islam yang pengecut, menjadi buih-buih dan bersifat wahan melalui sistem pendidikan yang dipakai di seluruh dunia Islam. Sistem yang lebih mementingkan aspek akademik daripada identiti muslim sebenar.

Kita semua menjadi pelaksana kepada sistem-sistem dan wawasan yang digariskan oleh Amerika dan sekutunya. Apakah pendidikan di sekolah-sekolah dan universiti-universiti di negara kita menjadi wahana bagi melahirkan insan Rabbani, mujahid yang cintakn syahid daripada duit..?

Ramai di kalangan kita yang menjadi pekerja-pekerja di dalam institusi-institusi ini; apakah kita menjayakan wawasan perjuangn Islam? Apakah setiap detik, jam dan hari yang kita habiskan saban tahun merupakan aktiviti yang menambahkan kekuatan Islam atau kita hanya menjadi kuli kepada sistem ciptaan Barat..?

Jahiliyyah adalah ideologi dan sistem yang berasaskan ideologi jahiliyyah.. Sistem jahiliyyah hanyalah alat bagi melaksanakan wawasan yang berasaskan ideologi…

Ideologi wujud dalam pemikiran manusia. Ia menjadi neraca dan pencetus plan tindakan. Jika golongan pembut dasar bukan golongan Rabbani yang memiliki plan perubahan ummah yang jelas, bagaimanakah mereka akan menterjemahkannya ke alam realiti, kalau bukan apa yang ada dalam minda mereka.

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesutu (kelemahan)yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah kelemahan yang ada di dalam diri mereka”..

Isu Palestin adalah isu perjuangan, isu kejelasan wawasan hidup, isu kejelasan peta kerja menggarap perubahan ummah….

Umat Palestin berjihad dan kematian mereka mendapat gelaran Syuhada.. medan mereka medan pertembungan jasmani dengan Yahudi.

Jihad kita juga sama… usaha untuk membina semula organisasi Islam daripada manusia-manusia muslim yang beridentitikan Abu bakar, Umar, Uthman, Ali,…. Khalid, Salahuddin al-Ayubi… Hasan al-Banna, Syed Qutub, al-Rantisi… dan menamatkan organisasi Jahiliyyah tajaan Yahudi..

Medan kita medan peperangan identiti.. Yahudi ingin melenyapkan identiti Islam… kita ingin mewujudkan identiti Islam, seterusnya digabungkan ke dalam saf yang tersusun rapi seperti sebuah binaan yang kukuh.

Jika ingin melahirkan doktor pakar.., jurutera.., peguam.. perlu ada program yang tersusun… Apakah identiti Islam Rabbani tidak perlu kepada manhaj perubahan yang tersusun rapi, dilaksanakan secara intensif…???

Tarbiyyah yang berobjektif, tersusun, intensif, syumul, lengkap, realistik dan selari dengan keadaan semasa dunia dan ummah adalah Jihad selari dengan Jihad HAMAS di Palestin. Gugur kita di medan jihad ini adalah gugur sebagai syuhada sebagaimana gugurnya Sumayyah dan Yasir.

Cukuplah kita membiarkan umat Islam membuang masa…

Kenapa kita takut untuk melaung-laungkan objektif kita yang ingin melahirkan Insan Rabbani sebagai objektif perjuangan kita dan Rumahtangga dakwah yang melahirkan mujahid sebagai objektif kedua supaya kita hanya memilih isteri atau suami di kalangan mereka yang sudah melalui proses pentarbiyahan juga atau sekurang-kurangnya mereka yang bersedia untuk menyokong perjuangan kita.

Daulah Islam yang melaksanakan sistem Islam dan hukum-hukum Allah memerlukan asas.

ASASNYA ADALAH MANUSIA YANG RABBANI… MANUSIA INI TIDAK AKAN LAHIR SECARA KEBETULAN… KALAU KITA TIDAK MERANCANG UNTUK MELAHIRKANNYA, MANUSIA INI TIDAK AKAN LAHIR.. INILAH SUNNATULLAH KEPADA ALAM INI.

APA YANG WUJUD BERMULA DENGAN KEWUJUDAN DALAM ILMU ALLAH, KEMUDIAN ALLAH PINDAHKANNYA KELAUH AL-MAHFUF MELALUI TULISAN AL-QALAM

KEMUDIAN ALLAH CIPTAKANNYA BERPERINGKAT-PERINGKAT, MELALUI PROSES-PROSES, BERASASKAN SISTEM DAN SUNNAH YANG DITAKDIRKANNYA..

Begitulah Allah kehendaki berlaku dalam penciptaan manusia… dan tamaddun manusia.

Agenda perubahan memerlukan kejelasan, plan perancangan, jentera kerja, proses kerja-kerja perubahan… dan tunggulah Allah qada’kan ikut kemahuannya..

Manusia tidak akan berubah sehingga dia berniat untuk berubah.

Niat tidak akan wujud jika dia tidak mahu berniat.

Kemahuan tidak wujud tanpa keazaman

Keazaman tidak wujud tanpa lintasan pertama dalam hati

lintasan pertama disebabkan ilmu,

( dan syaitan juga membisikkan lintasan kejahatan,
melalui lidah dan kerja kuncu-kuncunya yang telah menjadi pemerintah dunia.)

ilmu ada beberapa darjat
serendah-rendahnya adalah dzan yang berasaskan bukti,
setinggi-tinggi darjat ilmu adalah keyakinan.

setinggi-tinggi keyakinan adalah haqqul yaqin
kemudian ainulyaqin
kemudian ilmu al-yaqin..

ilmu yaqin memerlukan hati yang bersih dan ikhlas..

hati yang bersih dan ikhlas memerlukan mujahadah
dan pengorbanan membuang sifat-sifat takbur dalam diri.

malangnya orang sakit selalunya tidak mengakui dirinya sakit

terlebih pula jika yang sakit itu rohnya.

Jadi kita amat perlu kepada sahabat, murabbi, atau biah yang soleh.
Sekurang-kurangnya kita memiliki cermin untuk melihat kecacatan diri.

JIHAD PALESTIN JIHAD KITA
NAMUN JIHAD KITA ADALAH JIHAD KITA.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. January 20, 2009 at 1:30 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: