Home > Tasawwur Islami > Demonstrasi dan Dakwah.

Demonstrasi dan Dakwah.

 gaza-manufia

Demontrasi Selamatkan Ghaza di Manufia Mesir

Dakwah adalah jihad dengan pedang, lidah, pena dan perasaan bagi melemahkan pihak musuh Islam dan menambahkan kekuatan Islam. Melemahkan kekuatan musuh adalah sebahagian objektif jihad namun membina kekuatan individu Islam, keluarga Islam dan kekuatan ukhuwwah dan wala’ masyarakat kepada gagasan Islam adalah jihad yang lebih utama.

 

Demontrasi adalah menzahirkan apa yang terpendam di dalam hati kepada pihak-pihak tertentu sebagai satu bantahan atau pernyataan sokongan moral kepada pihak yang lain. Ia termasuk di dalam cara-cara melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. Tindakan ini merupakan satu bentuk perang saraf bagi melemahkan motivasi pejuang kemungkaran dan menaikkan semangat pejuang-pejuang kebenaran. Tidak dinafikan berdemontrasi boleh menjadikan pihak lawan hilang pertimbangan kewarasan dan bertindak diluar norma kemannusiaan.

Kebangkitan rakyat raja sebuah negara terdahulu yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh seorang `ghulam’ dan enggan kembali murtad telah menaikkan kemarahan raja dan pembesarnya sehingga mereka sanggup menggali parit dan membunuh rakyat sendiri. Mereka di gelar sebagai `ashab al-ukhdud’ oleh Allah dalam al-Quran. Pembunuhan beramai-ramai ini sebenarnya tedah didahului dengan penyiksaan terhadap pimpinan orang yang beriman seperti menggergaji kepala mereka dan menyikat daging mereka dengan sikat besi sehingga terpisah antara daging dan tulang.

Abu Bakar al-Siddiq berdemontrasi dengan membaca al-Quran dengan kuat setiap malam di rumahnya. Sikap Abu Bakar ini walaupun tidak disukai oleh ahli politik Mekah namun mereka tetap pergi mendengarnya secara bersembunyi. Malah apabila mereka secara kebetulan bertemu, mereka akan saling berjanji untuk tidak akan datang kembali mendengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh Abu Bakar al-Siddiq dan mereka tetap memungkiri janji-janji tersebut.

Abu Bakar akhirnya meminta izin rasulullah s.a.w. untuk membaca al-Quran ditempat awam di hadapan Kaabah. Rasulullah s.a.w. mulanya tidak mengizinkannya kerana bimbangkan keselamatan sahabatnya, namun apabila diminta dengan bersungguh-sungguh nabi s.a.w. akhirnya membenarkan. Kesan demontrasi aman tersebut Abu Bakar al-Siddiq telah dicekik oleh kafir Qurasy sehingga hampir menemui ajalnya.

Apabila Umar memeluk Islam beliau meminta izin rasulullah s.a.w. untuk berperang dengan kafir Quraisy tetapi rasulullah s.a.w. dengan tegas menyatakan Allah belum mengizinkan umat Islam berperang. Walaubagaimanapun umat Islam sudah mampu bersolat berjamaah dihadapan kaabah bersama-sama Umar.

Keadaan ini merupakan satu kemenangan jiwa kepada umat Islam yang sebelumnya melakukan Ibadat secara bersembunyi dilereng-lereng bukit. Namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat penentangan kafir Quraisy dan kebencian mereka kepada umat Islam semakin kuat.

Dalam jihad nabi s.a.w. berdemontrasi merupakan aktiviti berobjektifkan tarbiyyah dan dakwah bukan sama sekali aktiviti menimbulkan provokasi kepada sentimen kafir Qurasy bagi menentang gerakan Islam.

Demontrasi adalah satu wasilah dakwah bagi mengukuhkan sokongan orang yang menyokong sesutu gagasan, boleh juga dijadikan satu cara untuk mengetahui golongan yang menyokong sesuatu gagasan atau sesuatu golongan yang membuat demontrasi.

Sebagai pendakwah yang berdemontrasi perkara pokok yang ingin dizahirkan adalah perasaan tidak bersetuju dengan kemungkaran disamping memelihara kemulian akhlak Islam, slogan-slogan yang menunjukkan kekuatan jatidiri dan ketinggian akhlak, disiplin yang kuat, memelihara keharmonian dan ketenteraman awam dan tidak menimbulkan kacau-bilau atau huru-hara.

Kemenangan Islam ialah kemenangan jatidiri Islam, kemenangan kepada aqidah Islam dan kemenangan kepada akhlak Islam sebelum kemenangan kepada organisasi Islam.

Islam menegah sikap mengamuk tidak tentu hala, merusuh dengan memusnahkan harta individu atau awam tanpa hak walaupun harta tersebut digunakan oleh pegawai keselamatan pihak kerajaan yang menghalang gerakan demontrasi.

Namun untuk mengawal emosi ahli yang berdemontrasi amat sukar terutamanya apabila ada pihak-pihak tertentu cuba membuat provokasi, menaikkan darah kemarahan bagi menghilangkan kekuatan rasional dan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Keadaan ini membuka ruang pihak yang memelihara keselamatan atau yang berkhidmat bagi pihak kerajaan yang menghalang sesuatu demontrasi bertindak ganas seperti melepaskan gas pemedih mata, menyembur air beracun, memukul dengan belantan malah melepaskan peluru hidup.

Oleh itu apabila gerakan Islam berdemontrasi ia mesti berlainan daripada parti-parti politik atau gerakan-gerakan lain yang menghalalkan cara demi matlamat mereka.

Categories: Tasawwur Islami
  1. June 2, 2009 at 12:33 am

    benar2..:)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: