Home > Tasawwur Amal Tarbawi > Gaza berdarah syuhada

Gaza berdarah syuhada

palastini

Sabarlah ya ikhwani.

Kalian diharamkan

daripada kenikmatan dunia

oleh tangan-tangan durjana

kerana kealpaan

saudara-saudaramu di mana-mana

meninggalkan jihad

leka dengan syurga dunia

yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan

untukmu Syurga

bersama-sama

Sumayyah dan Yasir

Hamzah dan Khubaib

yang jua

telah mendahuluimu

mewakafkan hidup untuk Allah.

palastin1

Namun airmataku yang mengalir

bukan kerana darah syuhadamu

tapi kerana ramainya

saudaramu di sini

yang gugur murtad

fasik dan bangga

mengikut jejak

budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya

ramai yang tertidur

mimpikan pangkat

nama dan darjat.

Categories: Tasawwur Amal Tarbawi
  1. hanazahra
    December 30, 2008 at 6:49 pm

    Bolehkah puisi ini saya copy paste ke blog saya?

    • renungan2u
      December 30, 2008 at 10:56 pm

      ok je

  2. December 31, 2008 at 6:37 am

    Saye pon nak cut paste~
    Macam tak caye ustaz yg buat puisi ni..(ops!!)

    • renungan2u
      December 31, 2008 at 9:20 am

      hmm ok

  3. mujeebudda'wah
    January 1, 2009 at 8:42 am

    Assalamu’alaykum ust,

    apa kata isma buat solat hajat beramai2 dan baca doa qunut nazilah, dan ajak masyarakat sekeliling.. ana rasa yahudi ni memang dah melampau sangat sehingga semua pihak patut buat sesuatu sekurang-kurangnya berdoa. Tambah sedih pula, nampaknya masyarakat malaysia rata-rata tak nampak pun tentang ni kerana disibukkan dengan berita2 politik, sekurang-kurangnya kita dapat tarik perhatian masyarakat utk isu ni dan menjadi terkedepan dlm membawa isu ni kpd masyarakat. wallahu’alam

    • renungan2u
      January 2, 2009 at 3:04 am

      SU Isma sudah mengeluarkan cadangan tersebut beberapa hari lalu dan setengah kawasan telah melakukannya. Ana melakukannya bersama masyarakat surau TKP… Umat Islam perlu proaktif untuk menganjurkannya disurau tempat masing-masing.. sekurang-kurangnya membina kebersamaan umat Islam terhadap Isu Jihad melawan Zionis.

  4. hanazahra
    January 2, 2009 at 4:12 am

    terimakasih..
    its the blog: umenohana.multiply.com

  1. December 31, 2008 at 3:37 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: