Home > Fiqh Seerah, Tasawwur Islami > Ciri-ciri Ummah-1

Ciri-ciri Ummah-1

 

 

 

Ciri-ciri Ummah Islamiyyah Zaman Dua Khulafa al-Rasyidin.

 

 

Imam Uthman bin Affan menjadi Amirul mukminin selama 12 tahun. 6 tahun yang pertama tidak berlaku apa-pa fitnah dalam pemerintahannya kerana beliau merupakan pimpinan yang dikasihi oleh masyarakat Quraisy lebih daripada Umar al-Khattab kerana sifatnya yang lembut dan amat mementingkan hubungan kasihsayang. Peristiwa-peristiwa ujian atau fitnah lahir selepas enam tahun pertama pemerintahannya. Fitnah yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya.

 

Keadaan masyarakat Islam zaman Uthman ketika enam tahun pertama pemerintahanya sama seperti keadaan ummah di zaman khalifah Umar al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq yang pada keseluruhannya merupakan masyarakat Islam yang sebenar.

 

 

1. Keseluruhan ahli masyarakat memiliki keimanan yang mendalam kepada Allah dan hari akhirat dan melaksanakan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh. Jelas iltizam mereka dengan Islam dan amat nyata. Amat kurang berlakunya amalan maksiat di dalam masyarakat. Agama bagi mereka adalah kehidupan bukan tempelan yang dirujuk oleh manusia dari semasa ke semasa.

Agama adalah kehidupan manusia dan ruh kehidupan mereka bukan sekadar syiar-syira ibadah yang dizahirkan tetapi agama adalah tasawwur kehidupan, akhlak dan keperibadian, keutamaan hidup, neraca penilaian, ikatan kemasyarakatan, pengikat kekeluargaan, hubungan kejiranan, urusan jual-beli, musafir, mencari rezki, amanah dalam bermuamalat, orang yang berkemampuan membantu dan menolong golongan yang kurang berkemampuan, sentiasa melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan sentiasa mengawasi tindakkan para pegawai dan pemerintah.

Walaupun ada golongan munafik, golongan yang lemah keimananya, lembab dalam melaksanakan perintah syarak, khianat dan sebagainya mereka tidak menjadi arus yang mendominasi masyarakat. Sebaliknya seluruh masyarakat sentiasa mencegah dan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar untuk menghadapinya.

2. Masyarakat yang menepati makna sebenar sebuah ummah. Ummah Rabbani yang menggabungkan masyarakat pelbagai bahasa, keturunan dan bangsa di atas asas aqidah, ukhuwwah dan kasih sayang tanpa mengambil kira asobiyyah bangsa, bahasa, warna kulit dan lain-lain neraca bumi.

3. Masyarakat berakhlak yang tertegak di atas asas akhlak Islamiyyah yang bersumberkan perintah-perintah syarak dan saranannya. Tidak wujud gambaran tabrruj dikalangan kaum wanita, tidak wujud kejelekan percampuran antara lelaki dan wanita yang memancing nafsu syhawat, sunyi daripada kata-kata, lakonan dan isyarat yang memalukan dan sunyi daripada kejelekan zina.

Gambaran kemurnian akhlak menjadi asas dalam kehidupan yang luas bukan sekadar dalam hubungan antara lelaki dan wanita sahaja malah akhlak menjadi asas di dalam urusan siasah, ekonomi, pemikiran dan pengukapan idea. Semua hukuman berasaskan kepada asas-asas akhlak, hubungan sesama anggota masyarakat tertegak atas asas kebenaran, amanah, ikhlas, tolong menolong dan kasih sayang. Tidak wujud suasana qazaf, fitnah memfitnah dan menjatuhkan maruah sesama muslim jauh daripada tuduhan fasik, anak zina dan sebagainya.

4. Ia adalah masyarakat yang serius, sibuk melakukan perkara-perkara yang tinggi nilainya daripada melakukan perkara yang hina. Keseriusan bukan menggambarkan kekeringan muamalat tetapi ketinggian himmah yang sentiasa cergas beramal, bergerak dan berjihad. Tidak wujud di dalam masyarakat erti pengangguran, melepak dan membuang masa tanpa berfaedah.

5. Ia adalah masyarakat yang direkrut untuk beramal dan berjihad. Wujud ruh jihad dan ketenteraan dalam seluruh sudut kehidupan mereka bukan ketika di medan pertempuran sahaja walaupun peperangan di jalan Allah merupakan suasana yang paling mendominasi kehidupan mereka. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk memikul apa saja tugas dan tanggungjawab sebagaimana mereka bersiap sedia memikul bebanan jihad di jalan Allah.

6. Mereka adalah masyarakat yang sentiasa beribadah. Terserlah di dalam kehidupan mereka ruh perhambaan kepada Allah bukan sekadar di dalam menunaikan kefarduan syarak atau amalan sunat sahaja tetapi di dala melaksanakan seluruh amal perkerjaan. Semua amal pekerjaan dirasai sebagai ibadah dan dilaksanakan dengan ruh pengabdian kepada Allah. Pemerintah mentadbir urusan rakyat dengan ruh perhambaan kepada Allah begitu juga para guru dan murabbi, peniaga dan saudagar suami dan isteri; kesemua mereka melaksanakan tugas mereka dengan perasaan ingin mendapatkan keredaan Allah, kasih sayang dan keampunanNya.

Mengkaji sejarah zaman ini mencetuskan kesedaran di dalam jiwa para pengkaji betapa Islam adalah agama realistik yang mampu di laksanakan di alam realiti dengan seluruh keunggulannya dan bukannya sesuatu idealisma yang retorik dan tidak mampu dilaksanakan.

Nota: Petikan daripada tulisan : Tarikh Khulafa al-Rasyidin; Dr Ali Muhammad Muhammad al-Solabi yang dipetik dari tulisan ;Muhammd Qutub: Bagaimana Kita Menulis Sejarah Islam.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: