Home > Rohaniyat > Memahami solat..

Memahami solat..

Solat…

 

Solat adalah doa. Doa adalah pengiktirafan kelemahan diri kepada Allah Pencipta alam ini, Penyusun dan Pentadbirnya. Tidak sah solat tanpa wuduk, tanpa menutup aurat, tanpa mengadap qiblat dan sebagainya.

 

Wuduk adalah pembersihan diri daripada dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hari. Dosa mata,lidah, hidung, telinga, tangan, kaki dan akal fikiran. Dengan berwuduk dengan sempurna dan penuh keinsafan terhadap dosa-dosa seharian dan memohon keampunan Allah terhadapnya akan dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam.

 

Pakaian adalah lambang keperibadian. Menutup aurat dengan sempurna adalah lambang ketulusan ketaatan kepada Allah dan menolak ketaatan kepada hawa nafsu. Tidak akan sempurna solat tanpa membebaskan diri daripada perhambaan kepada selain Allah.

 

Kesatuan qiblat mengingatkan kita kesatuan matlamat hidup, kesatuan aqidah, kesatuan sumber rujukan dan kesatuan ikutan.

Solat di tegakkan untuk mengingati Allah, mengulangi ikrar kehidupan dan janji ketaatan.

Dalam doa pembukaan kita mengakui kebesaran Allah, kita memuji keagungan Allah dan membuat pengiktirafan penyerahan diri dengan setulus hati kepada Allah pemilik bangit dan bumi. Penyataan bahawa tidak ada sekutu bagi Allah dan penyataan seluruh urusan hidup dan mati serta semua ibadah hanya untuk Allah. Ikrar dan pengakuan inilah yang mengikat kehidupan kita.

Solat adalah Ikrar perjuangan. Surah al-Fatihah mengikat kita kepada hak Rububiyyah Allah, Hak Mulkiyyahnya dan menuntut kita melaksanakan pengakuan kita:

”Hanyasanya Kepada-Mu kami menyembah dan hanyasanya pada-Mu kami memohon pertolongan”..

Ketaatan hanyalah kepada Allah bukan kepada sistem-sistem ciptaan manusia. Pengakuan ini hanyalah retorik kerahiban jika tidak melibatkan diri bersama jamaah yang melaksanakan tugas membuat perubahan realiti jahiliyyah ini kepada ketundukan mutlak hanya kepada Allah.

Doa dan permintaan kepada Allah mestilah didahulukan dengan perancangan dan usaha. Kerana adalah sunnatullah kepada kehidupan di dunia ini manusia perlu berfikir, merancang dan berusaha sebelum bertawakkal kepada-Nya.

Sebagai manusia yang lemah, cetek keilmuannya, terpengaruh dengan nafsu, bisikan syaitan dan inginkan kerehatan sementara amat memerlukan hidayah, taufiq dan pertolongan Allah. Berasaskan kesedaran ini kita memohon hidayah Allah. Berasas keinsafan ini kita sentiasa membaca al-Quran dan menjadikannya pedoman dalam kehidupan.

Solat mengingatkan kita bahawa hidup ini adalah perjuangan. Melibakan diri dalam perjuangan menuntut kita memiliki kejelasan landasan perjuangan iaitu jalan yang lurus, jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh.

Untuk memiliki kejelasan jalan perjuangan ini kita perlu menyelurusi sejarah perjuangan nabi s.a.w. dan kisah-kisah para nabi yang diceritakan Allah kepada nabi sesuai dengan tahap perjuangan nabi s.a.w. Lantaran itu rujukan kita adala seerah rasulullah s.a.w. dan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selaras dengan peristiwa yang dilalui oleh rasulullah s.a.w.

Perjuangan kita menghadapi semua cabaran dan ujian Allah bermula dengan nafsu yang ada dalam diri kita, syaitan, hinggalah golongan kuffar daripada Yahudi, Kristian dan penyembah berhala.

Solat mengikatkan kita kepada matlamat perjuangan dan cabarannya dan kita tidak akan mampu mengalahkan musuh-musuh kita sehingga kita mengetahui perancangan, tipu-helah dan gerak kerja mereka.

Solat adalah hubungan rohani dengan Allah, rawatan kepada keresahan, kesedihan, kebuntuan, kelemahan, ketakutan dan segala kekurangan. Melalui roko’, iktidal, sujud dan tasyahhud jiwa kita berbicara dengan Pemiliknya, Tuhan yang akan memperkenankan segala permintaan hambanya.

”Apabila ada kebuntuan, tunaikan dua rokaat solat dengan penuh keikhlasan’ Akan dibukakan kepada anda jalan penyelesaiannya.

Categories: Rohaniyat
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: