Home > Tasawwur Islami > Ibadah Yang Sah

Ibadah Yang Sah

وَمَا

خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Az-Zariyat [51:56]         

 

“ya’budun” berasal daripada perkataan “abada” atau “abdun”.

Iaitu hamba. Perhambaan adalah suatu penyerahan jiwa, ketaatan mutlak kepada sesuatu. Ada manusia menjadi hamba kepada manusia, hamba kepada syaitan dan hamba kepada nafsu. Dalam ayat di atas, Allah Azza Wa Jallah menegaskan tujuannya menciptakan makhluk jin dan manusia.

Tujuan Allah menciptakan Jin dan Manusia supaya mereka memperhambakan diri hanya kepada Allah.

Inilah maksud dua `kalimah syahadah’ yang diucapkan oleh umat Islam dan maksud penyataan ”hanya kepadamu kami menyembah” pada ayat 4 selepas bismillah dalam surah al-Fatihah .

Mengabdikan diri hanya kepada Allah adalah hak Uluhiyyah Allah Azza wa Jalla.

Oleh itu setiap detik, setiap saat manusia mesti berada di dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Ibadah Yang Sah.

Syarat sah ibadah ialah niat yang betul, ikhlas dan bertepatan dengan sunnah rasulullah s.a.w. Amalan hidup yang tidak mengikut sunnah rasulullah s.a.w. adalah tidak diterima oleh Allah sebagai ibadah.

Apakah amalan hidup nabi sejak baginda dilantik menjadi rasul? Apakah amalan itu diwajibkan khusus kepada nabi Muhammad s.a.w. sahaja atau umat Islam diwajibkan mengikutinya?.

Sudah pasti amal ibadah nabi s.a.w. sejak diutuskan menjadi rasul adalah berdakwah dan membimbing umat Islam untuk melaksanakan manhaj hidup Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan mereka seterusnya melaksanakan tututan ibadah khusus yang difardukan dan melaksanakan seluruh Syariat Allah dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Tugas ini adalah tugas seluruh umat Islam.

Ibadah nabi dipermulaan Islam adalah berdakwah, mentarbiyyah dan membentuk identiti Islam dalam diri umat Islam sehingga mereka menjadi mujahid dan mampu menunaikan tugas khalifah selepas kewafatan nabi s.a.w.

هُوَ الَّذِي

بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ

وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ

لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Al-Jumu’ah [62:2]

Tugas nabi s.a.w. ialah membacakan ayat-ayat Allah, memperdengarkannya, membersihkan jiwa mereka daripada syirik dan sifat-sifat mazmumah, mengajar al-kitab dan al-hikmah.

Tugas nabi s.a.w adalah mengajak manusia membersihkan kehidupan mereka daripada Syirikkan Allah dalam Rububiyyahnya, Uluhiyyahnya, MulkiyyahNya, nama-nama dan Sifat-sifatNya.

Pembersihan atau tazkiyyah ini menjadikan kehidupan umat Islam seluruhnya adalah ibadah kepada Allah. Amal soleh nabi dipermualaan Islam adalah membina asas-asas masyarakat Islam dan kepimpinan daulah Islam. Syed Qutub menamakan amal-amal ini sebagai membina `Qaedah Sulbah’ tulang belakang Islam. Qaedah Sulbah ini sempurna dengan kewafatan nabi s.a.w.

Selepas kewafatan nabi s.a.w. para sahabat yang menjadi qaedah sulbah mempertahankan Islam daripada ancaman syirik dan cubaan menjuzukkan Islam. Di atas bahu mereka Islam berkembang dan manusia kembali kepada agama Fitrah dan meninggalkan amalan-amalan Syirik. Keadilan, keilmuan, ketamaddunan manusia berasaskan Islam berkembang dan memartabatkat diri manusia sebagai hamba Allah melebarkan sayapnya dari Maghribi, Spanyol hingga ke Filipina dan Sulawesi.

Ibadah Yang Sah Hari Ini.

Hari ini manusia kembali mensyirikkan Allah terutamanya dalam hak-hak Uluhiyyah dan MulkiyyahNya. Dunia hari ini tunduk dan merealisasikan dasar-dasar globalisasi Amerika, kuasa yang merampas khalifah daripada umat Islam. Dunia Islam tunduk kepada dasar-dasar pro Yahudi ini. Sistem-sistem Barat diterima pakai dalam memilih kepimpinan dan syarat-syaratnya, dasar-dasar pemerintahan, sistem dalam menggubal undang-undang, sistem kehakiman, sistem dan dasar pendidikan, ekonomi, sosial, budaya dan adat istiadat yang membelakangkan Ruh Syariat Islam, tujuan-tujuan Syarak dan nas-nas al-Quran dan sunnah

Selagimana umat Islam merancang kehidupan mereka, merealisasikan tuntutan dan keperluan hidup mereka di bawah kerangka dasar dan sistem barat ini selagi itu ibadah mereka tidak sah dan terbatal. Melainkan beberapa saat ketika mereka membuat pengakuan untuk memperhambakan diri kepada Allah dalam solat mereka dan ibadah-ibdah khusus yang lain.

Setiap kali mereka menunaikan solat mereka memperbaharui ikrar dan janji untuk memperhambakan diri kepada Allah. Setelah itu merekalah menjadi agent pelaksana sistem-sistem ciptaan manusia yang Syirik kepada Allah.

Ibadah yang sebenar hari ini ialah berkerja secara berjamaah untuk membina semula asas-asas khalifah Islam yang telah dihancurkan sejak zaman kejatuhan khalifah Uthmaniah. Itulah kerja-kerja nabi s.a.w. di zaman Islam masih dagang dan asing.

” Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang maka beruntunglah orang-orang yang berdagang”.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: