Home > Tasawwur Islami > Aqidah yang sejahtera

Aqidah yang sejahtera

Aqidah asalnya perkataan ‘aqada’ atau `aqad’ bermaksud simpulan ikatan yang kuat. Aqidah dipakai untuk ikatan hati yang kuat terhadap sesuatu kepercayaan. Kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu ideologi lahir daripada ilmu dan bukti yang kuat terhdap sesuatu fakta tersebut. Ilmu yang yakin datangnya daripada sumber yang meyakinkan seperti sumber naqli daripada al-Quran dan al-Hadis atau sumber aqli berdasarkan pemerhatian dan logik. Kesejahteraan aqidah seseorang dinilai melalui perlakuan, tingkah-laku, amalan kehidupan yang lahir daripada perkataannya dan perbuatannya. Kesejahteraan aqidah adalah asas keunggulan keperibadian insan.

Kepercayaan manusia kepada Allah sebagai Rab; Pencipta, Pemilik, Pengatur sistem, Pengurus, Pentadbir alam semesta dan Pemerintahnya akan melahirkan perasaan terhutang budi kepada Allah, menimbulkan keinsafan terhadap kebiadapan diri terhadap hak-hak Uluhiyyah Allah dan melahirkan perasaan keterikatan perhambaan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa, Bijaksana, Suci lagi memiliki seluruh sifat kesempurnaan.

Kesejahteraan aqidah kepada Allah adalah hasil daripada mengenal hakikat Rububiyyah, Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah. Kesan kesejahteraan ini menyelamatkan manusia daripada kepercayaan khurafat, tahyul dan ketergantungan kepada makhluk dan asbab. Sebaliknya menjadikan manusia rasa hina diri, lemah dan tidak bedaya menghadapi Qudrat dan Iradahnya. Perasaan halus ini melahirkan rasa pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah disetiap ketika. Tanda pengharapan ini lahir melalui amal-amal perhambaan dan ketaatan. Amal-amal yang dibenci Allah akan dijauhi dan amal-amal ketaatan dan perhambaan yang lebih disukai Allah menjadi amal-amalnya.

Mereka akan mengotakan janji-janji mereka, syahadah mereka, ikrar mereka yang telah mereka ucapkan kepada Allah kerena mereka takut kebencian Allah yang amat murka kepada manusia yang memungkiri kata-janjinya.

” Wahai orang-oangyang beriman, kenapa kamu berkata apa yang tidak kamu kotakan, amat besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata-kata apa yang tidak kamu kotakan, Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dalam satu saf yang mantap dan mereka seumpama binaan-binaan yang tersusun rapi”.

Allah membenci manusia yang berpaling dan menjauhi ajarannya. Allah mengasihi manusia yang mencintai dirinya dan agamanya. Mereka merendah diri sesama muslimin, bersifat bangga diri dengan keIslaman mereka kepada orang-orang kafir, mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri dan orang-orang yang bertaubat. Allah mengasihi orang-orang yang bersabar dan berbuat baik. Allah mengasihi orang yang bertakwa dan menegakkan keadilan.

Allah membenci orang-orang yang zalim, khianat, takabbur, berbuat dosa, menzahirkan keburukan, engkar perintahnya, melampau, membuat kerosakan dan kufur.

Memiliki sifat-sifat manusia yang dikasihi Allah dan menjauhi sifat-sifat yang dimurkai Allah adalah kesan kesejahteraan aqidah.

Allah menggambarkan watak manusia yang memiliki kesejahteraan aqidah melalui pujiannya kepada generasi sahabat r.a. Gementar hati mereka bila diperingatkan kepada Allah, bertambah iman denga membaca ayat-ayat Allah, sentiasa bertawakkal kepada Allah, mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredai. Mereka sentiasa menghidupkan malam-malam hari mereka dengan berdoa, beristighfar, membaca al-quran, bertasbih dan tahmid dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. Hati mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan; berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka berfikir tentang kehebatan penciptaan makluk dilangit dan dibumi sehingga mereka menyedari kesemua ciptaan Allah ini mempunyai fungsi dan tujuan lantas mereka memuji Allah.

Mereka mengutamakan saudara seagama, menunaikan hajat-hajat saudaranya, bertolong menolong dan saling menjadi jaminan kepada kesejahteraan sahabat-sahabat mereka, menasihati saudaranya dan menerima teguran dengan dada yang terbuka. Mereka berkasih sayang seumpama satu jasad.

Kesejahteraan aqidah adalah hasil proses ta’lim dan tarbiyyah yang berterusan malah surah Makkiah yang diturunkan Allah berasur-ansur selama 13 tahun di Mekah membuktikan keutamaan tarbiyyah, tazkiyyah dan membina aqidah yang sejahtera.

Imam al-Banna menggariskan 20 asas tasawwur aqidah Islam dan di atas kejelasan itu mereka ikhlas beramal, berjihd, berkorban, beristiqomah, berukhuwwah, saling mentaati dan mempercayaai dan tajarrud.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: