Home > Tasawwur Amal Haraki > Amal Islami

Amal Islami

 

 

Suatu fakta yang tidak boleh disangkal dalam tindak-tanduk manusia ialah gerak kerja mereka terbit daripada sesuatu kefahaman, keyakinan dan perancangan yang sudah tersedia di dalam pemikiran mereka. Ilmu, kefahaman dan idea melahirkan perasaan dan semangat untuk melonjakkan amal.


Perasaan yang bersemangat, nafsu yang melonjak-lonjak terhadap sesuatu itulah yang mencetuskan momentum untuk menggerakkan anggota manusia untuk bertindak secara selari. Maklumat yang betul akan mengarahkan anggota manusia melakukan tindakan yang betul dan maklumat yang salah akan menjadikan manusia melakukan kesalahan.

Allah SWT menyeru nafsu yang tenang ( al-mutmainnah) supaya kembali kepadanya dengan penuh keredaan. Allah SWT juga menyebut nafsu juga sentiasa mengajak kepada kejahatan (ammarah bissu’ ) dan dalam ayat yang lain Allah bersumpah dengan nafsu yang sentiasa mencela kebatilan dan kemaksiatan. (lawwamah).

Ketenangan jiwa adalah lahir daripada keyakinan dan keyakinan adalah berpunca daripada ilmu yang betul dan benar dan kebenaran hanyalah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Kejahatan juga adalah kebatilan dan kebatilan berlaku apabila manusia hanya bergantung kepada pemikirannya yang cetek dan terbatas ilmunya dalam mentafsirkan jalan-jalan kehidupan sedangkan Allah sudah menurunkan al-Quran untuk membimbing mereka.

Allah mengetahui bahawa manusia sudah di wajibkan beramal dan berusaha untuk melakukan amanah dan tanggungjawab mereka sedangkan ilmu mereka sedikit dan tidak lengkap tetapi manusia ini tetap kembali kepada kebenaran apabila mereka mengetahui jalan-jalan yang mereka lalui ternyata terpesong daripada laluan sebenar yang dikehendaki Allah SWT, mencela kesalahan jiwa mereka dan bertaubat.

Sifat ketaatan dan kesetiaan ini dan keikhlasan pengabdian diri manusia kepada Allah inilah sifat yang menakjubkan yang Allah ingin hebohkan kepada sekelian makhluk ciptaannya dan Allah jadikannya satu qasam dalam ayat pertama surah al-Qiyamah. Bukanlah sesuatu keaiban melakukan kesilapan di dalam amal selagi manusia itu mengiktiraf kesilapannya. Sebaliknya sikap takbur, angkuh, menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia lain adalah sifat Iblis yang menjadikannya dilaknat oleh Allah SWT.

Untuk menggerakkan kerja membina arus kebenaran dan membawa manusia berubah ke arah jalan yang diredai Allah memerlukan ilmu dan kebijaksanaan siyasah syariyyah dan hikmah dalam menangani perubahan manusiawi. Ilmu-ilmu ini dan kebijaksanaan ini sumbernya adalah al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Tidak akan lengkap pemikiran Siyasah Syariyyah dalam diri manusia jika belum lengkap ilmu dan kefahaman terhadap seluruh ayat-ayat al-Quran dan pentafsirannya yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w. melalui sunnahnya.

Sekiranya pemikiran manusia dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman haraki yang di cerna oleh ayat-ayat al-Quran dan serah perjuangan nabi s.a.w. yang merupakan sumber asas sudah tentu sinarnya yang menyuluh cara beramal berbeza dengan pemikiran manusia yang lebih dipenuhi oleh ilmu-ilmu pemikiran sekunder daripada kefahaman terhadap apa yang difahami oleh manusia. Apatah lagi jika ilmu itu adalah teori-teori pemikiran manusia yang belum masak dan matang, teori-teori pemikiran yang sientesis sifatnya dan lebih dahsyat lagi jika ilmu pemikiran itu dicedok daripada idea-idea pengurusan barat yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Manhaj berguru daripada guru yang mursyid ( Talaqqi al-Quran ) dengan tujuan untuk beramal adalah manhaj perubahan ( Manhaj Taygyir ) yang dicerna oleh acuan Allah ( Sibghatullah) telah melahirkan generasi Rabbani yang unggul. Manhai ini adalah manhaj perubahan yang relivan di sepanjang sejarah perubahan manusia kepada kebenaran hingga hari kiamat.

Manhaj ini perlu dipelopori dan diperjuangkan oleh semua pencinta kebenaran yang mahu melakukan perubahan kepada tamaddun manusiawi masa kini. Lain-lain manhaj perubahan yang tidak berdasarkan Manhaj Taygyir ini adalah tidak memiliki sandaran Syarak yang kuat. Lantaran itu perjuangannya tidak menepati suatu tuntutan ibadah kepada Allah malah tidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Harakah Islamiyyah ialah gerakan yang berpandukan asas Siyasah Syariyyah. Ia adalah suatu amal ibadah yang paling afdal dan merupakan misi para rasul lebih utama daripada solat, zakat, haji dan muamalah-muamalah lain. Maka manhaj amalnya, objektifnya, marhalahnya, siyasah dalaman, siyasah luaran, siyasah binaan anggota dalaman, syarat-syarat aggota syura dan kepimpinan seluruhnya hendaklah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah terlebih dahulu sebelum menggunakan akal fikiran apatah lagi ilmu-ilmu sosiologi dan politik yang dicedok daripada pemikiran barat.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: