Home > Tasawwur Amal Haraki, Tasawwur Amal Tarbawi > Awlawiyat dalam ‘amal Islam

Awlawiyat dalam ‘amal Islam

`Awlawiyat’ bermaksud keutamaan dari perkataan `aula’ yang bermaksud lebih utama daripada perkara yang perlu diutamakan. Ia sama seperti penggunaan perkataan awal atau terawal. Steven Covey menganggap ia merupakan satu sikap penting dalam memastikan sesuatu kejayaan dalam perbincangannya mengenai sikap mendahulukan yang lebih utama ‘Firsting First”. 

Apabila kita bercakap mengenai keutamaan, kita perlu jelas dalam pemikiran kita plan atau peta pekerjaan kita daripada langkah pertama sehinggalah kita berjaya. Gambaran kejayaan adalah berdasarkan objektif yang kita tentukan. Objektif itulah menjadi kayu ukur dalam menilai sama ada kita telah berjaya atau tidak dalam kerja-kerja yang kita lakukan.

Golongan pakar sudah mampu menilai sesuatu kerja itu boleh mencapai kejayaan atau tidak berasaskan pengalaman mereka terhadap tabiat sesuatu pekerjaan walaupun kerja-kerja itu baru diperingkat permulaan.

Kejayaan adalah terlaksananya objektif sesuatu pekerjaan dan ia adalah natijah kepada proses-proses kerja yang tertentu berasaskan plan pekerjaan yang telah ditetapkan. Kemampuan untuk meletakkan keutamaan yang betul dalam plan kerja dan melaksanakannya menjadi asas utama kejayaan.

Imam Syahid Hassan al-Banna meletakkan beramal untuk Islam sebagai rukun baiah yang ketika selepas memahami Islam melalui 20 asas kefahaman Islam dan Ikhlas dalam beramal. Amal Islam pula digerakkan melalui paksi membina individu, membentuk dan mengislah keluarga Islam, paksi mengislah sistem hidup bermasyarakat dan biah Islam yang soleh dalam masyarakat, paksi membebaskan kerajaan daripada sistem-sistem penjajajah yang tidak mentauhidkan Allah Azza Wa Jalla, paksi antarabangsa dengan menyatukan kerajaan-kerajaan Islam dibawah satu Khalifah dan Menjadi pendidik guru kepada seluruh umat manusia dengan mengubah semua piawai ketamaddunan berasaskan piawai-piawai Rahmat yang adil dan saksama selaras dengan Syariat Allah.

Semua paksi-paksi amal Islam ini adalah penting dan utama tetapi yang lebih utama ialah paksi yang menjadi asas kepada paksi-paksi seterusnya. Individu muslim yang bersifat Rabbani, Syumul dan lengkap adalah asas keluarga Islam maka ia lebih utama daripada keluarga begitulah seterusnya. Dalam proses amal-amal Islam yang dilalui seorang individu perlu diletakkan dalam proses yang betul.

Seorang itu tidak layak memikul tanggungjawab kepimpinan negara Islam jika beliau tidak memiliki ciri-ciri individu Muslim yang Rabbani, Syumul dan lengkap, gagal dalam mentadbir rumahtangga Islam dan tidak menonjol dalam memimpin masyarakat ke arah mengabdikan diri kepada Allah Azza wa Jalla. Ibnu Khaldun menggariskan 4 sifat utama seorang  Khalifah Islam antaranya memiliki Ilmu yang melayakkannya untuk berijtihad.

Manakala Gerakan Islam dalam plan-plan amalnya perlu menentukan fasa-fasa perjalanannya dengan jelas. Fokus kerja berasaskan plan amal yang betul menjamin kejayaan amal-amal Islam. Sudah tentu perubahan fasa daripada paksi individu dan keluarga kepada paksi masyarakat dan kerajaan menuntut gerakan Islam memiliki jentera amal yang mencukupi sanggup berkorban dan mengutamakan dakwah daripada diri dan keluarganya.

Namun kegagalan gerakan Islam menggerakkan anggotanya melibatkan diri dengan amal yang betul di difasa yang tepat boleh menjadikan kemampuan mereka digunakan oleh organisasi lain yang mungkin menentang arus gerakan Islam.  Mungkin juga organisasi itu adalah kerajaan yang tidak meletakkan Islam sebagai matlamat amalnya. Rata-rata gerakan Islam di seluruh dunia ketika ini masih berada di fasa mengambil kepimpinan mengislah masyarakat den mengemukakan sistem Islam alternatif dalam pendidikan, ekonomi, keusahawanan dan politik. Perbezaan fokus keutamaan dalam gerakan Islam berdasarkan keputusan mereka dalam menentukan paksi utama amal mereka berasaskan kemampuan dan kekuatan mereka dan keperluan massa.

Fiqh awlawiyat dalam amal-amal Islam boleh difahami melalui kajian al-Quran, seerah rasulullah s.a.w., kefahaman terhadap punca naik bangun sebuah tamadddun silam dan perancangan musuh-musuh Islam.

  1. No comments yet.
  1. August 6, 2012 at 3:11 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: