Home > Tasawwur Amal Haraki > Mengambil peluang dengan sistem demokrasi.

Mengambil peluang dengan sistem demokrasi.

Kebebasan yang wujud dalam sistem demokrasi membenarkan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah secara terbuka tidak sebagaimana keadaan dakwah dalam sistem diktator. Namun begitu hak-hak tersebut hendaklah dilaksanakan menggunakan saluran yang ditentukan oleh perundangan.

Kebebasan ini membuka ruang yang luas kepada para muslimin untuk menyumbang dan menggerakkan amal-amal perubahan. Ramai ahli gerakan Islam yang berada dibawah sistem diktator menyatakan rasa cemburu mereka kepada penduduk negara demokrasi dengan peluang yang terbuka dan peranan luas yang boleh dimainkan.

Peluang ini sudah sekian lama digunakan oleh gerakan-gerakan bukan Islam seperti Kelab Roteri dan sebagainya. Gerakan Kristianisasi juga mendapat faedah daripada keadaan yang terbuka ini.

Peluang untuk menggerakkan usaha-usaha merubah masyarakat juga boleh dilaksanakan namun umat Islam di Malaysia lebih cenderung untuk menggerakkan perubahan melalui perebutan kuasa dibidang politik. Ada juga gerakan Islam menggunakan pendekatan pendidikan dengan menubuhkan pusat-pusat asuhan kanak-kanak, sekolah-sekolah Islam, pusat-pusat menghafaz al-quran, institusi pondok dan program-program motivasi secara berkala.

Oleh kerana institusi-institusi ini memerlukan masyarakat membayar yuran yang tinggi menjadikan mereka tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sana. Ini menjadikan sekolah-sekolah Islam sebagai sekolah elit yang tidak mampu dimanfaatkan oleh majoriti masyarakat yang berpendapatan rendah.

Sebenarnya kerajaan pusat maupun negeri sudah menyediakan pendidkan asas diperingkat sekolah rendah lagi. Melalui pendidikan ini ahli masyarakat mampu menunaikan rukun Islam yang lima dan menjadi seorang muslim yang soleh.

Walaupun begitu bekalan ilmu tersebut adalah tidak mencukupi kerana serangan musuh-musuh Islam secara terancang melalui budaya hiburan, majalah, internate, filem-filem dan sebagainya telah merosakkan biah persekitaran masyarakat. Biah ini akhirnya mewarnai budaya hidup masyarakat dan mengheret mereka dengan permasalahan sendiri yang tidak akan selesai. Kehidupan ahli masyarakat secara bersendirian tanpa bersama ahli-ahli masyarakat muslim yang lain menjadikan mereka tewas dengan serangan budaya hidup yang dipelopori oleh musuh Islam.

Sudah tiba masanya ahli gerakan Islam turun ke padang bersama persatuan-persatuan penduduk, PIBG, surau dan masjid bagi menggerakan tarbiah umum melalui wadah-wadah masyarakat. Pihak masjid biasanya mempunyai duit kutipan Jumaat yang banyak yang hanya dimanfaatkan untuk kuliah-kuliah agama dan pembiayaan prasarana masjid.

Buat masa ini masjid digerakkan oleh ikhwah-ikhwah PAS, Tabligh dan ABIM. Tidak dinafikan ada ustaz-ustaz yang menjadi imam dan pengerusi masjid namun amal-amal yang dilaksanakan masih meneruskan rutin generasi dahulu seperti mengadakan tahlil arwah, kuliah-kuliah agama dan pengajian.

Satu Plan Tarbiah Jamahiriah perlu di adakan agar ahli masyarakat khususnya belia, remaja dan kaum ibu memahami peranan masing-masing dan menyumbangkan tenaga bagi melaksanakan peranan mereka.

Categories: Tasawwur Amal Haraki
  1. muhammad fahmi
    September 9, 2008 at 10:36 am

    assalamualaikum wbt ustaz,

    jzkk atas tulisan ini, boleh ana nk mntak pendapat psl tulisan Imam Anwar Al Awlaki di http://www.anwar-alawlaki.com/2008/08/29/a-question-about-the-method-of-establishing-khilafa/

  2. renungan2u
    September 10, 2008 at 3:38 am

    Tulisan saya bermaksud; mengambil peluang beramal semasa ada kebebasan itupun masih meraikan kemampuan. Cetusan idea dilontarkan agar kita tidak hanya selesa hidup dalam lingkungan kita sahaja tanpa melihat peluang yang boleh dimanfaatkan.

    1. Kita hanya boleh memahami manhaj Jamaah lain hanya dengan menyertainya atau bertanya dengan orang yang berauthoriti.

    2. Ikhwan memahami jihad dengan pengertian yang luas dan jihad tidak semestinya bersenjata begitu juga perang. Rasulullah s.a.w. berjihad dengan dakwah dan tarbiah 13 tahun di Mekah sebelum berhijrah.

    3. Semasa di Mekah terdapat sistem dan uruf yang terpakai seperti; jaminan keselamatan, perjanjian kerjasama, jaminan perlindungan kuasa politik, dan nabi menggunakan peluang ini.
    seperti menghantar sahabat ke Habsyah dan menerima jaminan Abu Thalib yang Kafir.

    4. Penglibatan ikhwan dalam pilihanraya berasaskan konsep penegcualian ketika darurat menurut syariat, tanpa meninggalkan manhaj tarbiah sebagai manhaj merubah.

    5. Kedudukan Islam (di aspek kekuasaan) masa kini seumpama nabi dizaman Mekah, tiada daulah dan umat Islam yang menjadi pememerintah menggunakan sistem jahiliah.

    6. Hubungan Islam dan Kufur adalah perang melalui dakwah terlebih dahulu sebelum senjata.

    7. Peperangan bersentaja hanya disyariatkan apabila memiliki kerajaan yang kuat.

    8. surah al-kafirun; bermaksud tamayyuz, mufasolah jahiliyyah dan izzah dengan Islam selain tidak memerintah mengambil sikap berperang menggunakan senjata.

    Tamayyuz dan mufasolah jahiliiyah tidak melarang kita mengambil manfaat dan peluang keadaan jahiliyyah untuk menguatkan Islam.

    Sikap menyelinap, berpura-pura, talam dua muka memang bukan manhaj ikhwan namun nabi pernah menghantar sahabat yang tidak diketahui keIslamannya dalam peperangan Khandak untuk melaga-lagakan Yahudi dan Quraisy. Ia adalah dua situasi yang berbeza.

    Sebab itu ikhwan tidak bersetuju mengahantar pimpinannya yang jelas fikrah untuk bergerak dalam organisasi lain yang berbeza manhaj taygyirnya. Wallahua’lam

  3. zul
    September 12, 2008 at 1:48 am

    Assalamualaikum.. ustaz

    Teruskan berkarya, semoga umat dapat belajar sesuatu daripada pengalaman ustaz berdakwah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: