Home > Tasawwur Amal Tarbawi > Kalimah diplomasi tidak mendidik kita

Kalimah diplomasi tidak mendidik kita

Apabila Adam a.s. dan Hawa terpedaya dengan Iblis dan memakan buah al-Khuld mereka ditegur oleh Allah SWT dan dididik dengan didikan yang tidak dapat dibayangkan. Mereka dimalukan dengan didedahkan aurat mereka sehingga mereka terpaksa menutup aurat mereka dengan daun-daun syurga. Allah menegur Adam dangan mengatakannya pelupa dan tidak mempunyai keazaman dan akhirnya diturunkan ke dunia di dua benua berbeza sehingga mereka bersusah payah mengembara mencari pasangannya dan dipertemukan di Arafah yang kontang.

Nabi Yunus apabila lari meninggalkan kaumnya dihumbankan kelaut dan ditelan oleh ikan. Nabi Musa a.s. dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang lebih alim daripadanya supaya dia sedar masih ada yang lebih berilmu daripadanya. Nabi Muhammad s.a.w. ditegur apabila berpaling dan bermasam muka ketika datang kepadanya seorang yang buta meminta nasihat.

Abu Dzar ditegur rasul s.a.w., Kaab bin Malik dipulau malah seluruh para sahabat dikalahkan dimedan Uhud dan kesemuanya adalah tarbiyyah Rabbani kepada umat Islam.

Ketika menghuraikan maksud nasihat para ulama mentafsirkan bahawa nasihat itu bagaikan memisahkan emas daripada bijihnya. Tujuan nasihat adalah untuk merungkai jahiliyyah yang melekat dijiwa dan ia tidak akan lekang jika tidak dibakar dengan api teguran yang sebenar.

Para duah kadangkala tersilap dalam memelihara ukhuwwah dengan memendamkan kesilapannya tanpa ditegur kerana bimbang beliau berkecil hati, sedangkan kebimbangan itulah berpunca daripada dzan yang dihias oleh Syaitan. Natijahnya walaupun saudara tersebut sudah lama berada di dalam tarbiah tetapi beliau tidak mempunyai kualiti diri yang boleh dibanggakan.

Pendakwah adalah tentera Islam yang direkrut daripada manusia biasa dan melalui proses pembentukan untuk menjadi rijal, murabbi, mujahid dan qiadah ummah. Melalui tarbiyyah fikrah dan pendapat kita di sanggah, kesalahan kita ditegur, kelemahan kita ditunjuk, semangat kita dibakar, kelemahan kita dikritik dan jalan kita dipandu oleh para murabbi.

Kita bukan sahaja mendengar dan menerima teguran daripada sahabat malah menilai teguran daripada musuh.

Nabi bersabda bermaksud : ” Tidak akan masuk syurga mereka yang ada di dalam hatinya sebesar atom sifat takabbur”

Nabi menjelaskan lagi : ” Takabbur adalah angkuh dengan kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain”.

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, sahabat-sahabatku dan sekelian mereka yang menyakiti diriku dengan didikan mereka.

Categories: Tasawwur Amal Tarbawi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: