Home > Tasawwur Islami > Jahiliah bukan sekadar fikrah..

Jahiliah bukan sekadar fikrah..

Jahiliah adalah semua perkara yang bukan Islam. Jahiliah pemikiran dan aqidah, jahiliah akhlak, jahiliah dalam amalan, neraca jahiliah dalam menilai kebenaran, kemuliaan dan keutamaan, individu jahiliah, kutlah jahiliah, taifah jahiliah, organisasi jahiliah, kerajaan jahiliah dan khalifah jahiliah.

Semua jahiliah bersatu menentang Islam.

Jahliah fikrah, aqidah dan akhlak, neraca jahiliah dalam individu masyarakat diubah kepada Islam dengan dakwah, takrif, bayan, ta’lim dan tarbiyyah. Jahiliah organisasi, tanzim, daulah dan khalifah diubah dengan membina organisasi Islam yang mantap, syumul dan internasional.

Sebuah binaan adalah gabungan batu-bata yang diikat dengan besi dan simen. Bangunan Islam adalah manusia muslim dan mukmin yang diikat dengan ikatan aqidah yang sebenar, ukhuwwah Islamiyyah dan kasih sayang. Bangunan jahiliah adalah manusia jahiliah atau manusia muslim fasik yang memberi walak, kepatuhan, ketaatan dan melaksanakan dasar-dasar jahiliyyah, sistem, perundangan, neraca dan budayanya.

Tarbiyyah yang panjang dengan pelbagai wasilah yang sempurna merupakan proses membina individu Islam yang menjadi batu asas binaan Islam dan mengikat mereka dengan ikatan ukhuwwah, mahabbah, itsar dan taat yang penuh sedar.

Selagimana manusia muslim ini tidak memberi walak kepada manhaj taygyir Islam yang sebenar mereka akan diperalatkan oleh sistem jahiliyyah bagi mengekalkan ketuanannya walaupun mereka berpuasa, solat, menunaikan zakat dan haji.

Salah satu sifat munafik Jahiliyyah ialah menempelkan solekan Islam pada wajah dan pakaian mereka tetapi api bara dendam terhadap Islam tidak pernah padam.

Walaupun kita berkerja dalam institusi solekan ini yang memberi kita wang untuk hidup kerana terpaksa kita tidaklah bersalah dan berdosa tetapi kita berdosa jika kita meninggalkan amal asasi sunnah perjuangan nabi yang belum selesai.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: