Perang

Kesinambungan kehidupan di dunia kerana wujud peperangan antara kebenaran dan kebatilan. Sejak permulaan sejarah manusia akan ada dikalangan mereka yang terpengaruh dengan runtunan nafsu dan bisikan tipu helah Iblis dan menjadikan mereka terdorong melakukan kejahatan, kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Sepatutnya manusia melaksanakan misi mereka menjadi khalifah Allah di dunia ini, membangunkan dunia dan memakmurkannya dengan kerahmatan.

Untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan, Allah mengutuskan rasul-rasul di kalangan manusia untuk mengajak mereka berjuang dan berperang memerangi kemungkaran dan melaksanakan amanah Allah SWT.

Manusia merupakan makhluk yang unik; mempunyai akal, nafsu, ruh, hati dan jasad. Kesemua unsur ini saling melengkapi dalam membentuk keperibadian manusia. Dengan keseimbangan unsur-unsur ini dalam diri manusia, akan menjadikan mereka makluk yang mulia dan unggul.

Iblis telah dimakbulkan permintaannya oleh Allah agar usianya dilanjutkan hingga hari kebangkitan. Pengalamannya menyesatkan berapa ramai keturunan Adam a.s. menjadikannya semakin bermaklumat dan amat mengetahui kelemahan manusia. Objektifnya hanyalah untuk meramaikan zuriat Adam a.s. yang akan bersama-samanya menghuni neraka.

Peperangan yang sebenar adalah antara Ruh manusia dengan Iblis. Ruh manusia diperintahkan agar mengenal Allah, mencintai Allah, melakukan pengabdian dalam bentuk ketaatan mutlak kepada Allah dengan perasaan syukur dan terhutang budi kepada Allah. Ruh manusia perlu menjadikan neraca Allah sebagai neraca fikir mereka dalam mengukur sesuatu nilai, mengukur keutamaan dan kemuliaan. Setinggi-tinggi ketaatan adalah dengan menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. Amanah yang paling utama ialah memerintah manusia dan memastikan semua mereka menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Oleh kerana Iblis memperalatkan manusia yang bodoh, memperdayakan mereka dengan kenikmatan dunia yang sedikit dan sementara menjadikan mereka sesat sehingga seorang muslim terpaksa berperang dengan saudara kandungnya di kalangan manusia. Manusia yang tertipu dengan helah Iblis menjadi hilang pertimbangan, hilang kasih sayang, hilang perikemanusiaan lantas menggunakan seluruh kekuatan manusiawinya untuk menentang saudara kandungnya sendiri, membunuh dan menyiksa saudara hanya kerana berbeza negara, berbeza bahasa atau kerana hanya itulah saja pekerjaan yang boleh memberinya sedikit peluang untuk mendapat sesuap makanan atau kerana memang dia sudah bodoh dan diperbodohkan dengan slogan-slogan Iblis.

Lantaran itu Allah berbangga terhadap kekasihnya yang sanggup menderita di dalam kehidupan dunia, sanggup menghabiskan semua harta yang dicarinya malah sanggup mengorbankan nyawanya demi berjuang untuk mengembalikan saudaranya ke pangkal jalan. Bagi mereka dijanjikan Syurga Firdaus yang indah dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Manusia sepatutnya sedar kehidupan dunia hanyalah seketika, dijadikan Allah tempat ujian untuk manusia. Walaupun manusia memiliki kekayaan berbillion-billion ringgit tidak sedikitpun bernilai di sisi Allah melainkan harta yang dimanfaatkat untuk merealisasilan objektif dan misi manusia diturunkan ke dunia ini.

Iblis berjaya menghias dunia ini, walaupun usianya sudah tua namun ia tetap indah dipandangan mata manusia. Perhiasan ini hanyalah dalam minda manusia dan dalam perasaan manusia hasil tipu muslihat kuncu-kuncunya yang bodoh. Manusia diperbodohkan dengan khayalan fatamorgana yang difilemkan, dilakonkan, dinyanyikan, dipentas teaterkan, dinovelkan dan dikomekkan. Untuk menikmati keindahan mimpi dan khayalan ini manusia berkerja keras, mengumpul harta dengan pelbagai cara penipuan sehingga seluruh masa mereka habis hanya untuk menikmati khayalan fatamorgana ini.

Dalam peperangan ini Iblis mencipta idola-idola khayalan untuk mengisi ruang-ruang nafsu manusia yang sentiasa kehausan. Idola fatamorgana ini dihiaskan digembar-gemburkan, dihebohkan, diarak dan diagungkan menjadi bintang-bintang indah sebagai balasan mereka diupah dengan upah yang lumayan hasil kutipan harta yang dibelanjakan oleh manusia yang haus. Penipuan ini berjaya memalingkan ramai dikalangan umat Islam daripada bangun untuk berperang.

Walaupun mereka tahu hidup di dunia tidak abadi namun ketagih terhadap dunia dan fatamorgananya menjadikan mereka terduduk, berat dan sayang kehilangan kenikmatan sementara yang dikecapi mereka. Kalau ada cetusan rasa untuk berjuang timbul sekali sekala dalam lintasan sanobari mereka kesan peringatan, tazkirah dan ceramah para duah, ia akan kembali malap apabila mereka kembali membuka stesyen-stesyen khayalan yang dilakonkan.

Peperangan bertujuan mengukuhkan kekuatan Islam dan melemahkan kekuatan musuh dalam pelbagai bidang. Perang saraf, perang pemikiran dan ideologi, perang adat dan budaya, perang mengembalikan sistem dan organisasi Islam.

Peperangan menggunakan pelbagai strategi, alat jentera dan wasilah. Perang dakwah, penerangan, penjelasan sama ada menjelaskan kebenaran Islam atau memburuk dan melemahkan idea-idea jahiliah. Dakwah dan penerangan boleh menggunakan pelbagai pendekatan terutamanya pendidikan, pentarbiahan, pengajaran, ceramah, forum, seminar dan penerbitan di pelbagai media.

Untuk meruntuhkan kekuatan sistem dan organisasi jahiliah melalui peperangan membina sistem dan organisasi Islam yang kukuh berasaskan ruh berkasih-sayang, berukhuwwah, wala’, tolong-menolong dan saling mempertahankan. Kekuatan jahiliyyah akan hilang apabila semua manusia yang menjadi penggerak dan pelaksana sistem dan organisasi jahiliyyah berpaling dan kembali bersama-sama organisasi Islam.

Imam al-Banna pernah berpesan agar tidak se`sen’pun wang muslimin jatuh ketangan golongan kuffar. Memang sukar untuk direalisasi namun hanya keadaan darurat dan terlalu berhajat sahaja kita sepatutnya memberikan wang kita kepada musuh Islam.

Peperangan menuntut kita benar-benar mengenal pasti siapakah musuh kita yang sebenar, siapakah yang terpedaya dengan musuh dan siapakah yang menyangka dirinya ikhlas tetapi terpedaya dengan ijtihadnya yang tidak tepat.

Kejayaan kita dalam peperangan apabila kita berjaya menyelamatkan saudara kita daripada melalui jalan menuju ke neraka bersama Iblis dan membimbingnya bersama kita di jalan yang mustaqim. Namun peperangan dewasa ini menghadapi Iblis yang telah kukuh organiasasinya, berjaya menguasai dan memperalatkan manusia bodoh yang menjadi penggerak organisasinya dalam Hizbus Syaitan dan ketika ini merekalah memerintah dunia dan menguasai jadual harian kehidupan manusia dan kalendar aktivitinya.

Namun begitu cabarannya kita tetap memahami tabiat perjuangan ini.Semua nabi dan rasul bermula dengan keseorangan kemudian mereka dibantu oleh orang-orang yang beriman yang bersama-sama berjuang. Bertambah seorang yang beriman dalam perjuangan bertambah satu kekuatan.

” Sekiranya dengan sebab kamu Allah memberi hidayat kepada seseorang lebih baik bagimu daripada seluruh tempat yang terbit matahari padanya”.

  1. August 5, 2008 at 7:18 pm

    Salam

    Tahniah!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: