Home > Usul Fiqh > Definasi Fiqh al-Waqie.

Definasi Fiqh al-Waqie.

Fiqh al-Waqie adalah gabungan dua suku kata yang menjadikannya satu Istilah iaitu perkataan fiqh dan waqie. Perkataan Fiqh pada bahasa bererti faham dan waqie bermakna realiti. Maka maksudnya pada bahasa ialah memahami realiti.

Perkataan Fiqh atau faqeh dalam pemakaian ulama Usul Fiqh bukan sekadar memahami sesuatu perkara atau hukum secara mudah dan tanpa membuat analisa seperti memahami air boleh menghilangkan dahaga tetapi istilah fiqh atau faqeh di sisi ulama ialah kefahaman mendalam yang berasaskan kepada metodologi ijtihad. Ia adalah kesimpulan dan keputusan  yang lahir daripada usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para ulama bagi memahami sesuatu perkara daripada dalil-dalil, atau petunjuknya yang terperinci secara kritis dan analisis.

Oleh itu Fiqh al-Waqie bermaksud memahami realiti atau hakikat sebenar sesuatu perkara setelah diteliti dengan terperinci.

Fiqh al-Waqie berkaitan rapat dengan Fiqh al-Maqasid, Fiqh al-Muwazanat dan Fiqh al-Awlawiyat.

Fiqh al-Maqasid ialah memahami objektif-objektif Syarak sama ada objektif umum Syariat Islam atau objektif khusus sesuatu hukum. Imam al-Syatibi berkata seseorang itu tidak layak digelar mujtahid sehingga beliau memahami maqasid Syarak.

Fiqh al-Muwazanat ialah memahami asas bagaimana membuat pertimbangan dalam menentukan Fiqh al-Awlawiyat.

Fiqh al-Awlawiyat ialah memahami keutamaan sesuatu perkara di dalam Syarak.

Allah menurunkan al-Quran sebagai hidayah kepada manusia. Di dalam al-Quran terdapat Syariat yang wajib dilaksanakan. Syariat ini diperundangkan sebagai satu metod agar terlaksana objektif-objektif Allah mencipta dan menurunkan manusia ke muka bumi ini. Namun bagi merealisasikan objektif Syarak Allah memwajibkan manusia berusaha dengan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melaksanakannya dengan mengambil-kira realiti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang sedia ada.

Oleh kerana objektif Syarak terlalu banyak manusia perlu memahami apakah yang perlu diutamakan dan apakah yang perlu dita’khirkan . Inilah di namakan fiqh al-awlawiyat dan fiqh al-awlawiyat ditentukan berasaskan fiqh al-muwazanat.

Categories: Usul Fiqh
  1. amalina
    February 6, 2008 at 4:00 am

    tolong paparkan maksud taqlid dan muqallid

  2. renungan2u
    February 6, 2008 at 5:56 am

    Taqlid maksudnya beramal mengikut pendapat seseorang imam dan mazhabnya sama ada dengan mengetahui dalil atau tidak.

    Muqallid ialah sesorang yang belum memiliki kemampuan untuk berijtihad dalam perkara fekah dan beramal mengikut fatwa ulama mujtahid.

    Mujtahid ialah seseorang yang mempunyai kekuatan ilmu untuk berijtihad dalam memahami hukum-hakam amali. Beliau beramal berasaskan ijtihadnya sendiri bukan kerana mengikut pendapat orang lain.

    wallahua’lam

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: