Home > Tasawwur Islami, Usul Fiqh > Fiqh al-Waqie Bukan Bid`ah.

Fiqh al-Waqie Bukan Bid`ah.

Muqaddimah.

Antara ciri Syariat Islam ialah waqieyyah atau realistik.

Firman Allah S.W.T

 لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا  إِلاَّ وُسْعَهَا  

“Allah tidak mentaklifkan seseorang manusia melainkan sesuatu yang di dalam kemampuannya”

Ayat ini memberi maksud bahawa Allah hanya mentaklifkan sesuatu tanggungjawab kepada manusia perkara yang mampu dilakukan oleh mereka secara asasnya.Jika ada hukum-hakam yang tidak mampu dilakukan oleh manusia Syariat memberi rukhsah dan keringanan dalam melaksanakannya mengikut kemampuan mereka.

Contohnya; diharuskan bertayammum menggantikan wudu’ jika sakit atau tidak mempunyai air yang mencukupi. Boleh melakukan solat sambil duduk atau berbaring jika tidak mampu berdiri. Tidak diwajibkan berpuasa jika sakit atau bermusafir. Tidak diwajibkan menunaikan zakat dan haji jika tidak mempunyai kemampuan harta.Meraikan realiti manusia adalah menunjukkan Syariat Islam Manhaj yang realistik atau waqieyyah.

Waqieyyah adalah manhaj Allah dalam mendidik, merubah dan mentaklif manusia.Ketika Allah mendidik manusia, menegur sikap manusia, membetulkan akhlak manusia, mentaklifkan hukum-hakam, Allah S.W.T. sentiasa meraikan realiti kemampuan dan keperluan manusia.

Allah mendahului mendidik asas-asas keimanan sebelum mentaklifkan hukum-hukum ibadah dan jihad peperangan.Allah bukan sahaja memenuhkan minda manusia dengan kepercayaan tetapi membangkitkan emosi agar merasa takut dan bimbang terhadap kegagalan di hari perbicaraan pada hari akhirat tetapi manusia juga dibangkitkan dengan perasaan inginkan kenikmatan syurga yang terlalu indah.

Inilah realiti manusia; mempunyai minda dan emosi yang mendorong tindakan. Allah yang mengetahui hakikat realiti makhluk ciptaannya ini lalu Allah mengisi minda manusia dengan hakikat-hakikat keimanan dan mendorong emosi manusia agar takutkan neraka dan inginkan syurga. Setelah 13 tahun manusia dipersiapkan dengan asas-asas keperibadian unggul barulah mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas Syarak yang lebih berat termasuk berjihad mengorbankan harta dan jiwa raga.

Pakar-pakar motivasi moden memahami bahawa tindakan manusia di dorong oleh emosi mereka dan emosi lahir berdasarkan apa yang mereka percayai sama ada kepercayaan itu betul ataupun salah. Jika manusia percaya ditanah perkuburan ada hantu dan hantu boleh menyakiti mereka maka manusia akan takut melalui ditanah perkuburan terutamanya pada malam hari. Sebaliknya jika mereka tidak percaya hantu boleh menyakiti fizikal mereka maupun emosi mereka tidak takut untuk tinggal ditepi tanah perkuburan.

Allah yang mengetahui tentang realiti dan tabiat manusia ciptaannya memulakan aktiviti merubah mereka dengan mengubah minda dan kepercayaan mereka melalui ayat-ayat Makkiah yang sarat dengan aspek keimanan dan kefahaman sebenar terhadap seluruh hakikat kuwujudan ini.

Kefahaman dan keimanan mengenai Syurga dan Neraka menimbulkan perasaan takut kepada kesakitan neraka dan inginkan kenikmatan syurga. Perasaan ini merupakan perasaan asas yang menolak manusia untuk beramal. Kefahaman yang sebenar terhadap hakikat Rububiyyah Allah S.W.T. akan melahirkan rasa terhutang budi dalam diri manusia dan perasaan ini menjadikan manusia ingin bersyukur. Apabila manusia sering berbicara dan meluahkan segala perasaannya kepada Allah dan mengiktiraf seluruh nikmat kurniaan Allah kepadanya akan lahirlah perasaan reda dan kasih kepada Allah. Perasaan cinta merupakan puncak kekuatan yang mendorong manusia membuat pengorbanan untuk agama Allah.

Inilah sebahagian contoh Syariat Islam memiliki ciri realistik. Apabila gerakan Islam meletakkan Fiqh al-Waqie sebagai sebahagian asas ijithad mereka dalam menentukan siasah harakah Islamiyyah maka ia bukan suatu perkara bid`ah yang diada-adakan pada masa kini.

Categories: Tasawwur Islami, Usul Fiqh
  1. suhailsufian
    December 22, 2007 at 8:34 am

    shukran
    ustaz bagaimana cara untuk kita memahami waqi’ sesuatu tempat?
    Dan apakah perkara yang berubah didalam dakwah apabila waqi’ berubah?

  2. renungan2u
    December 24, 2007 at 2:42 pm

    Waqie sesuatu tempat termasuklah, sistem politik, perlembagaan, perundangan, kehakiman, sistem ekonomi, sumber ekonomi, agihan pendapatan penduduk, sistem sosial, pendidikan dan keilmuan, budaya, adat resam, agama dan keagamaan .

    Realiti ini difahami dengan memahami sistem, peraturan dan tradisi yang terpakai disesuatu tempat pada masa kajian melalui dokumen rasmi yang dipakai, proses-proses pembentukannya dalam sejarah dan kedudukan iklim geografinya.

    Realiti ini di bandingkan dengan hakikat sebenar yang dikehendaki Syarak berlaku di alam realiti atau dibandingkan dengan seluruh objektif syarak.

    Apabila realiti ini tidak lagi bertepatan dengan kehendak Syarak bermakna ia merupakan realiti yang telah berubah daripada kedudukan asal yang dikehendaki Allah. Maka pendakwah perlu merubah keadaan yang tidak bertepatan dengan Syarak kepada keadaan yang dikehendaki Syarak.

    Objektif asal dakwah tidak berubah, manhaj dakwah dan marhalahnya juga tidak berubah, wasilah dakwah dan tarbiah juga tidak berubah dan uslub dakwah tidak berubah. Manusia yang merupakan sasaran dakwah juga sama tidak ada perbezaan fitrahnya, kerana kesemuanya terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

    Namun wujud perbezaan keutamaan berasaskan kedudukan pencapaian objektif dan marhalah dakwah. Keutaman objektif dan wasilah dakwah nabi di zaman Makkiah tidak sama di zaman Madinah. Begitu juga objektif jihad di awal kerajaan Islam Madinah tidak sama objektif jihad di zaman khulafa’ al-Rasyidin. Objektif tarbiah juga berbeza antara seorang individu dengan individu lain berdasarkan tahap kefahaman dan penghayatan mereka terhadap Islam.

    Selain daripada itu perkara yang berubah ialah bahasa mad`u maka kita kena bercakap dengan bahasa ibundanya. Tahap persediaan mad`u dan penerimaannya juga berbeza maka kita perlu menggunakan pendekatan yang boleh difahaminya.

    Perkara yang berubah juga suasana politik yang memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk berdakwah atau mengharamkan kegiatan dakwah. Suasana ini menjadikan wasilah dakwah berbeza. Negeri yang memberikan kebebasan akan membolehkan kerja-kerja dakwah dilakukan secara terbuka begitulah sebaliknya.

    Mungkin duah di sesutu tempat mempunyai bilangan yang ramai dan duah di tempat lain hanya seorang dua. Maka sudah pasti matlamat marhalah dan aktiviti yang dilaksanakan berbeza.. wallahu a’lam

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: