Home > al-Quran > Surah an Nas

Surah an Nas

Surah an Nas

 

Surah terakhir dalam susunan mashaf ini merupakan kesimpulan kepada seluruh isi al-Quran, sebagaimana surah al-Fatihah sebagai muqaddimahnya.

Di dalam surah ini Allah menegaskan Dialah Rab kepada manusia. Dialah Malik ( Pemilik dan Pemerintah ) manusia dan Dialh Ilah ( Tuhan yang wajib disembah oleh manusia).

Ulama membincangkan konsep Rububiyyah, Mulkiah dan Uluhiyyah Allah ini yang secara total mewajibkan manusia meletakkan diri mereka didarjat seorang hamba dalam hubungan mereka dengan Allah. Hamba yang melaksanakan tanggungjwab perhambaan, pengabdian kepada Allah secara tulus dan melaksanakan amanah sebagai khalifah didunia ini.

Inilah objektif yang jelas yang telah dikhabarkan kepada manusia. Inilah sebenarnya fokus kehidupan manusia di dunia ini namun manusia selalu digagalkan oleh lintasan-lintasan batin yang dibawa oleh musuh manusia daripada jin dan manusia.

Manusia sepatutnya memfokuskan minda, emosi dan amalan mereka kepada tugas dan amanah sebenar mereka ini. Namun mereka sering kali gagal dan tersasar dariĀ arah tujuan mereka hanya disebabkan bisikan jahat yang sentiasa datang dan pergi di dalam dada mereka.

Dengan sentiasa mengingati Allah, memohon pertolongannya dengan mengiktiraf hak-hak Rububiyyah, Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah akan menjadikan manusia kembali kepangkal jalan .

 

Categories: al-Quran
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: