Home > Tasawwur Amal Tarbawi > Noktah perubahan (Surah as-Syams)

Noktah perubahan (Surah as-Syams)

Semua insan yang dilahirkan kemuka dunia ini telah dicernakan sejak azali lagi akan dua persediaan dan dua kencenderungan dalam fitrahnya yakni di dalam dirinya. Pertamanya persediaan untuk menjadi jahat dan kedua persediaan untuk menjadi orang yang bertakwa. Kedua-dua persediaan ini diciptakan oleh Allah Rabbul `Alamin dengan hikmat dan tujuan yang tertentu.

Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Syams bahawa manusia yang membersihkan hatinya, jiwa dan nafsunya akan berjaya menjadi insan yang bertakwa sebaliknya manusia yang membiarkan hati, jiwa dan nafsunya kotor akan rugi dan binasa.

Inilah kunci kebaikan dan kejahatan manusia.

Mereka akan menjadi baik, bertakwa dan bermanfaat kepada umat manusia apabila jiwa mereka bersih daripada syirik, bersih daripada kejahilan, bersih daripada sifat-sifat tercela dan bersih daripada dosa.

Manusia akan menjadi jahat dan tidak berguna apabila jiwa mereka dikotori oleh kejahilan, dipenuhi sifat-sifat mazmumah, syirik, khurafat dan penuh dengan daki-daki dosa.

Surah ini menjelaskan satu hakikat, satu ilmu yang saintifik satu maklumat penting yang menjadi asas kepada semua sistem hidup manusia khususnya sistem pendidikan.

Allah yang mengetahui rahsia manusia yang merupakan makhluk ciptaannya telah menegaskan punca-punca kebaikan dan kejahatan manusia.

Ash-Shams [91:9]

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

” Berjayalah orang yang menyuci jiwanya

 

Ash-Shams [91:10]

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا 

 

dan Binasalah mereka yang mengotori jiwanya”.

 

 

Categories: Tasawwur Amal Tarbawi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: