Posted on March 13, 2009 by renungan2u
Berasaskan tuntutan kewajiban melaksanakan tujuan Syarak dan Fiqh Siyasah Syariyyah lahirlah pelbagai gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan pelaksanaan Syariah Islam dalam sistem pemerintahan. Namun disebabkan wujud perbezaan di dalam memahami realiti semasa dan manhaj nabi s.a.w. dalam melakukan perubahan maka lahirlah kepelbagaian ini. Tidak dinafikan wujudnya kesepakatan antara gerakan Islam dalam perkara prinsip Islam tetapi terdapat perbezaan pada pendekatan ke arah merealisasikan prinsip-prinsip tersebut.
Read more »
Filed under: Tasawwur Amal Haraki | 12 Comments »
Posted on January 29, 2009 by renungan2u
Posted on January 19, 2009 by renungan2u
Penjajah telah berjaya melahirkan umat Islam yang pengecut, menjadi buih-buih dan bersifat wahan melalui sistem pendidikan yang dipakai di seluruh dunia Islam. Sistem yang lebih mementingkan aspek akademik daripada identiti muslim sebenar.
Read more »
Filed under: Tasawwur Islami | 1 Comment »
Posted on January 9, 2009 by renungan2u
” sesuatu fikrah hanya akan berjaya;
apabila kamu memiliki keyakinan yang kuat terhadapnya,
api semangat berkobar-kobar yang tidak pernah padam,
dan pengorbanan total tanpa berbelah bagi” … Imam al-Banna
Read more »
Filed under: Tasawwur Amal Haraki, Tasawwur Amal Tarbawi | 1 Comment »
Posted on January 8, 2009 by renungan2u

Demontrasi Selamatkan Ghaza di Manufia Mesir
Dakwah adalah jihad dengan pedang, lidah, pena dan perasaan bagi melemahkan pihak musuh Islam dan menambahkan kekuatan Islam. Melemahkan kekuatan musuh adalah sebahagian objektif jihad namun membina kekuatan individu Islam, keluarga Islam dan kekuatan ukhuwwah dan wala’ masyarakat kepada gagasan Islam adalah jihad yang lebih utama.
Read more »
Filed under: Tasawwur Islami | 1 Comment »
Posted on January 7, 2009 by renungan2u
Dihujung Ramadan lalu aku dikejutkan beberapa soalan. “ Apakah aku benar-benar sudah memiliki keikhlasan hakiki”.? Apakah amal-amal aku selama ini lahir daripada hakikat penyerahan yang bulat kepada Allah? Apakah aku benar-benar menjadikan al-Quran sebagai Petunjuk?
Ketika Allah mengatakan bahawa ; “sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri peringatan ataupun tidak mereka tidak akan beriman”. Bagaimanakan perasaan aku? Apakah ayat itu tidak ditujukan kepada aku? Apakah aku tidak perlu bimbang kalau-kalau itulah hakikat diri aku.
Bagaimana pula dengan firman Allah : “ dan ada dikalangan manusia yang berkata kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat sedangkan mereka tidak beriman”. Apakah aku sudah terselamat?. Apakah apa yang aku imani, apa yang aku hayati, apa yang aku utamakan, apa yang aku lakukan masih selari dengan ad din yang dihayati oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat bersamanya dan tidak terseleweng? Benarkah dakwaan aku? Benarkah aku meletakkan hati aku benar-benar sebagai seorang hamba suruhan dihadapan firman-firman Allah? Sudahkah aku membuka dada aku, mengosongkannya daripada sifat-sifat ujub, takabbur dan riya’ dan mengisi dengan cahaya kebenaran yang diturunkan Allah di dalam al-Quran?
Read more »
Filed under: Rohaniyat | 2 Comments »
Posted on January 7, 2009 by renungan2u
Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Anjuran: Aman Palestin Berhad
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
Read more »
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on December 30, 2008 by renungan2u
Posted on December 24, 2008 by renungan2u
detik waktu berlalu
menyelusuri denai malam hening
kucuba melelapkan mata
namun pedih hati terluka
menghalangnya.
kini kutahu betapa pedihnya hati kekasihku
bila dituduh gila dan pelbagai kata nista
oleh kaumnya yang tercinta
kini kutahu
kenapa Tuhan mengungkapkan al wail
kepada humazah al-lumazah.
dan menghumbankan mereka ke dalam hutamah.
apinya yang terbakar menyala
menjulang membakar jantung hati
menutupi sehingga mengatasi kepala
dan mereka terbelengu di tiang.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on December 19, 2008 by renungan2u
Ciri-ciri Ummah Islamiyyah Zaman Dua Khulafa al-Rasyidin.
Imam Uthman bin Affan menjadi Amirul mukminin selama 12 tahun. 6 tahun yang pertama tidak berlaku apa-pa fitnah dalam pemerintahannya kerana beliau merupakan pimpinan yang dikasihi oleh masyarakat Quraisy lebih daripada Umar al-Khattab kerana sifatnya yang lembut dan amat mementingkan hubungan kasihsayang. Peristiwa-peristiwa ujian atau fitnah lahir selepas enam tahun pertama pemerintahannya. Fitnah yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya.
Keadaan masyarakat Islam zaman Uthman ketika enam tahun pertama pemerintahanya sama seperti keadaan ummah di zaman khalifah Umar al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq yang pada keseluruhannya merupakan masyarakat Islam yang sebenar.
Read more »
Filed under: Fiqh Seerah, Tasawwur Islami | Leave a Comment »