Kebijaksanaan

Semasa saya belajar di Maktab Mahmud Alor Star, saya mendengar satu analisa yang menarik mengenai perasaan manusia oleh Ustaz Nikmat Yusuf ( Allah Yarhamuh.. Pengasas sebuah Pusat Pengajian Islam di Derang Kedah) . Beliau memecahkan perasaan manusia kepada emosi, naluri dan sentimen. Emosi lebih digunakan kepada perasaan marah, sentimen kepada perasaan benci dan cinta. Sejak [...]

Erti `Aidil Fitri.

Kita bersyukur kepada Allah kerana sudah berjaya meyempurnakan Ibadah puasa di bulan Ramadan, berjaya menghidup malam-malamnya dengan solat tarawikh, qiamullail, dan beri’tikaf sebagai persediaan hidup kita di alam barzakh dan alam akhirat.
Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya [...]

Ramadhan dan Salam Kemerdekaan.

Ramadhan tiba lagi dalam pusingan bulan-bulan kehidupan ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Ramadhan kali ini sudah pasti menambahkan usia kita. Yang kecil menjadi remaja, yang remaja menjadi dewasa dan yang dewasa meningkat tua, yang tua mula menghitung hari-hari yang terlalu lambat berlalu dan menunggu entah bila malaikat Izrail akan [...]

Mampu Berusaha vs Halangan Dalaman

Saya kadang-kadang terfikir apakah manusia ini takut terhadap perkara yang mereka tidak tahu atau pengalaman yang menakutkan menjadikan mereka ketakutan. Saya seringkali diberi pelbagai jawapan apabila saya mengajak mereka untuk menyertai industri perunding kewangan sebagai `saleman’.
Antara jawabannya ialah : ” Saya tak pandai cakaplah”, ” Saya tidak ada pengalamanlah”, ” Saya tidak berminatlah”, ” Saya [...]

Mujahadah.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Al-’Ankabut [29:69]
 
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (Tafsir Pimpinan al-Rahman;1052)
Ayat 69 ini adalah penutup [...]

Save Gaza

Shah Alam: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h (Sabtu)
At Stadium Malawati Shah Alam
Malaysia.
Di abadikan ruh ukhuwuwwah
dan salam perjuangan
Untuk Pejuang-pejuang HAMAS

From Muslimin Malaysian
To Our Brothers and Sisters in Palestine.

Rapat Umum Selamatkan Gaza

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Anjuran: Aman Palestin Berhad
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h [...]

hatiku terluka

detik waktu berlalu
menyelusuri denai malam hening
kucuba melelapkan mata
namun pedih hati terluka
menghalangnya.
kini kutahu betapa pedihnya hati kekasihku
bila dituduh gila dan pelbagai kata nista
oleh kaumnya yang tercinta
kini kutahu
kenapa Tuhan mengungkapkan al wail
kepada humazah al-lumazah.
dan menghumbankan mereka ke dalam hutamah.
apinya yang terbakar menyala
menjulang membakar jantung hati
menutupi sehingga mengatasi kepala
dan mereka terbelengu di tiang.