Ya Syabab

” sesuatu fikrah hanya akan berjaya;
 apabila kamu memiliki keyakinan yang kuat terhadapnya,
api semangat  berkobar-kobar yang tidak pernah padam,
dan pengorbanan total tanpa berbelah bagi” … Imam al-Banna
 

Gaza berdarah syuhada

Asas-Asas Amal Tajmik

 
Manhaj perubahan Islam berasaskan kerja-kerja menghimpun, mentarbiyyah dan menyusun batu bata binaan organisasi Islam mempunyai 10 asas penting.
1. Menyempurnakan kekurangan tarbawi yang terkurang hasil didikan realiti masyarakat yang membesarkannya.
Setiap individu akan terkesan dengan realiti sosial, politik, ekonomi, budaya, sistem dan segalanya yang melingkungi pembesarannya sejak kecil sama ada positif atau negatif. Sekiranya wujud aspek-aspek positif maka tugas amal [...]

Awlawiyat dalam ‘amal Islam

`Awlawiyat’ bermaksud keutamaan dari perkataan `aula’ yang bermaksud lebih utama daripada perkara yang perlu diutamakan. Ia sama seperti penggunaan perkataan awal atau terawal. Steven Covey menganggap ia merupakan satu sikap penting dalam memastikan sesuatu kejayaan dalam perbincangannya mengenai sikap mendahulukan yang lebih utama ’Firsting First”. 
Apabila kita bercakap mengenai keutamaan, kita perlu jelas dalam pemikiran kita plan atau [...]

Kejayaan adalah urusan Allah.

Sejak langkah pertama para mujahid bergerak di jalan dakwah mereka diperingatkan bahawa mereka menantikan dua kejayaan sama ada berjaya menegakkan agama Allah atau berjaya mendapat keampunan dan keredaan Allah azza wa jalla.
Kedua-duanya diserahkan kepada Allah dengan penuh pengharapan. Tanggungjawab para pejuang hanyalah bergerak di jalan yang betul. Memilih jalan yang betul adalah tanggungjawab umat Islam [...]

Kalimah diplomasi tidak mendidik kita

Apabila Adam a.s. dan Hawa terpedaya dengan Iblis dan memakan buah al-Khuld mereka ditegur oleh Allah SWT dan dididik dengan didikan yang tidak dapat dibayangkan. Mereka dimalukan dengan didedahkan aurat mereka sehingga mereka terpaksa menutup aurat mereka dengan daun-daun syurga. Allah menegur Adam dangan mengatakannya pelupa dan tidak mempunyai keazaman dan akhirnya diturunkan ke dunia [...]

Perang

Kesinambungan kehidupan di dunia kerana wujud peperangan antara kebenaran dan kebatilan. Sejak permulaan sejarah manusia akan ada dikalangan mereka yang terpengaruh dengan runtunan nafsu dan bisikan tipu helah Iblis dan menjadikan mereka terdorong melakukan kejahatan, kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Sepatutnya manusia melaksanakan misi mereka menjadi khalifah Allah di dunia ini, membangunkan dunia dan [...]

Tahu ..tetapi

Kali ini saya ingin mengajak saudara saudari berfikir sejenak mengenai sikap kita yang selalunya berkata: “Saya tahu itu dosa tetapi saya tetap melakukannya”. ” Saya tahu perkara ini baik tetapi….”, “saya tahu saya perlu… tetapi” Persoalannya kenapa masih wujud perkataan tetapi dalam kamus hidup kita apabila akal kita secara waras telah menghukumkan sesuatu itu perlu, [...]

Gerhana Rohani Yang Mencelarukan.

( Khas untuk mereka yang mewakafkan diri kepada Allah sebagai pejuang.) 

Rata-rata umat Islam tidak lagi bertanya saudaranya, berapakah al-quran yang telah dibaca, direnung, difikirkan, difahami, diukur dengan penerimaan hatinya dan penghayatan anggota pancainderanya. Mereka juga tidak lagi menasihati sesama mereka tentang anak-anak dan penghayatan agamanya; tentang iman, tentang akhlak dan perhambaan. Jauh selakali berbicara mengenai [...]

Noktah perubahan (Surah as-Syams)

Semua insan yang dilahirkan kemuka dunia ini telah dicernakan sejak azali lagi akan dua persediaan dan dua kencenderungan dalam fitrahnya yakni di dalam dirinya. Pertamanya persediaan untuk menjadi jahat dan kedua persediaan untuk menjadi orang yang bertakwa. Kedua-dua persediaan ini diciptakan oleh Allah Rabbul `Alamin dengan hikmat dan tujuan yang tertentu.
Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Syams [...]