Melayu Tidak Sepakat Islam Tetap Berdaulat?
Sebelum nenek moyang kita bangsa Melayu memeluk Islam kita tidak ada apa-apa yang boleh di banggakan. Bahasa, tulisan, adat resam, budaya, kesenian, pakaian; sebutlah apa sahaja maka yang terbayang dilintasan fikiran adalah satu kelompok manusia yang bercawat.
Namun nenek moyang kita telah membuat keputusan tepat untuk menjadikan Islam sebagai anutan mereka dan telah menjadikan Islam sebagai dasar dan sistem hidup mereka yang menyeluruh. Islam telah merubah neraca fikir mereka, Islam telah mengubah adat resam mereka, Islam telah menjadikan mereka hidup dilingkungi budi pekerti yang luhur, berani, berdikari dan memimpin sebuah Empayar yang terkenal dengan Empayar Kesultanan Islam Melaka.
Islam telah sebati dalam darah daging bangsa Melayu sebagaimana Islam sebati dalam darah daging bangsa Arab. Kalau Arab ada qabilah Aus, Khazraj dan Quraisy keturunan Melayu ada berbagai-bagai qabilah; Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya.
Bangsa Melayu sudah lama sepakat menjadikan Islam sebagai dasar kehidupan. Sejak dahulu Islam telah menjadi asas senibena, asas kesusasteraan dan hiburan, asas dalam adat budaya kehidupan, adat-adat perkahwinan bemula dengan merisik, meminang dan walimatul Urus , adat-adat menerima cahaya mata, aqiqah, mengajar mengaji al-Quran, berzanji, berkhatan sehinggakan adat-resam menguruskan jenazah dan pembahagian harta pusaka.
Senibena Melayu amat menitik beratkan bagi merealisasikan budaya dan hokum Islam. Rumah dibina dengan anjungnya selari dengan qiblat, ruang anjung dan beranda menjadi ruang kaum lelaki . Ruang dapur yang menjadi ruang kaum wanita lebih rendah dan dipisahkan dengan ruang tengah. Ukiran-ukiran ditiang, dinding dan awan laratnya penuh dengan ukiran daun-daun kayu, bintang, bulan dan awan bagi mengingatkan penghuninya kepada kekuasaan Allah. Di setiap rumah disediakan guri besar berisi air bertutup dan disediakan batok sebagai pencedok air untuk membasuh kaki sebelum menaiki rumah dan bagi mengambil wuduk. Mengembalikan batok ke atas guri adalah menjadi amalan dan tertib bagi menelakkan terkena debu ditangga. Sehingga menjadi peribahasa orang yang malas ialah orang yang meninggalkan batok di atas tangga dan tidak mengembalikannya ke atas guri.
Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa dan kehalusan seni berbicara dengan pelbagai kiasan, gurindam, syair dan pantun yang mendalam maknanya bagi mendidik generasi agar bersopan dan memuliakan saudaranya.
Bangsa Kita sudah lama mengamalkan adat tolong menolong dalam isu kemasyarakatan, menghidupkan amalan solat berjamaah, menghidupkan malam-malam Ramadhan, bertukar-tukar juadah berbuka, berbuka puasa bersama-sama di surau dan masjid, menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dan amalan ziarah-menziarahi.
Dalam urusan pertanian Bangsa Kita hidup bertolong menolong menanm padi dan bergilir-gilir ( berderau asalnya daur dalam bahasa Arab). Ketika itu Sultanlah yang memerintah dan sultan berdaulat kerana memelihara agama dan seluruh maqasid syariat.
Tujuan saya mengimbau isu ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Melayu boleh Sepakat bagi memartabatkan Islam. Kita sudah lama merdeka dan sayugia kita memilih manhaj hidup kita sendiri, kitalah yang menentukan sama ada ingin terus mempertahankan dasar humanism atau kembali kepada Islam.
Berpolitik cara Barat telah menjadi sebab perpecahan Bangsa Melayu. Apabila Bangsa Melayu menyempitkan pemikiran mereka dan hanya berfikir mengikut kerangka sistem Barat menjadikan mereka berpecah. Budaya merebut kuasa politik merupakan punca kelemahan umat Islam.
Walaupun sistem pemerintahan dan undang-undang perlu diasaskan kepada Syariat Islam namun proses untuk memastikan sistem Islam berkuasa juga perlu mengikut syariat dan manhaj Islam. Demokrasi pilihanraya hanya akan berjaya mengembalikan Islam kepada tampuk kekuasaan apabila seluruh umat Islam dan seluruh Bangsa Melayu sepakat untuk menjadikan Islam sebagai sistem hidup.
Untuk mengembalikan Bangsa Melayu kepada Islam dan jatidiri Islam manhaj yang perlu disepakati oleh semua pejuang-pejuang Islam ialah kembali kepada manhaj nabi s.aw. yang bermula dengan mengubah semula kefahaman, keimanan, akhlak dan ibadah seluruh Bangsa Melayu kepada Islam. Perubahan ini tidak akan berlaku tanpa menghidupkan amalan tilawah al-Quran setiap hari, mentazkiyyahkan akal dan jiwa daripada khurafat dan dosa, mempelajari hukum-hakam dalam al-Quran dan al-Sunnah dan ilmu-ilmu kebijaksanaan yang dipelajari melalui pengalaman hidup berteraskan sunnatullah.
Manusia kafir yang bertuhankan Iblislah yang membawa fahaman humanisma ini yang menjadikan mereka berfahaman libralisma, pluralism agama, sekular, kapitalis, komunis dan materialisma.
Humanisma adalah agama yang bertuhankan nafsu dan Iblis. Humanisma memperjuangkan hak-hak asasi manusia yang tanpa batasan dan memberikan hak mutlak kepada manusia untuk menentukan apa sahaja dalam hidup ini tanpa terikat dengan kuasa Allah dan agama. Ia adalah propaganda Iblis untuk menjauhkan manusia daripada menjadi hamba kepada Allah SWT.
Bangsa Melayu Islam tidak akan sepakat selagi bangsa ini menolak Islam dan menerima libralisma, sekularisma, pluralism agama, kapitalis, komunis yang seluruhnya bertuhankan kepada humanisma bukan kepada Allah yang Maha Esa.
Islam adalah ad Din dan ideologi humanism ini juga adalah agama baru yang diciptakan oleh Iblis untuk menjauhkan manusia daripada agama Tauhid. Bangsa Melayu perlu sepakat untuk kembali kepada Islam sebagai ad Din dan menolak ideologi-ideologi lain sebagai aqidah dan tidak ada kompromi dalam perjuangan.
Katakan kepada golongan humanism ini : “Bagi Kamu agama kamu dan bagai aku agama aku” tetapi oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan Malaysia maka menjadi kewajiban kami Bangsa Melayu, bangsa majoriti untuk mengambil tanggungjawab mempertahankan ke Islaman Negara ini dan mendaulatkannya. Namun jika Bangsa Melayu enggan berpakat dalam isu yang sepakat ini dan mencari pendokong humasima sebagai sahabat karib dengan menjadikan saudara seagamanya sebagai musuh bagaimanakan Islam mungkin kembali berdaulat.
Iblis sedar sekiranya umat Melayu sepakat untuk kembali kepada Islam kuncu-kuncunya tidak mungkin dapat menjadi khalifahnya dan umat Islamlah yang akan menjadi Khalifah Allah.
Hanya dengan mempertahankan agenda humanisma ini manusia yang kufur, fasik, zalim kepada Allah, peminum arak, penzina, pemakan riba dan segala macam pelanggaran nilai dan undang-undang Allah akan tetap layak dan berhak memilih dan dipilih untuk menjadi pemimpin kepada Bangsa Melayu dan umat Islam lainnya. Mereka masih boleh menduduki kerusi-kerusi di Parlimen untuk menggubal undang-undang, mereka boleh dipilih menduduki kerusi-kerusi dewan undangan negeri untuk menguruskan harta-benda dan jiwa manusia dan mereka boleh menjadi tuan kepada Melayu Muslim apabila Melayu dengan reda memilih mereka menjadi tuan.
Orang kafir, fasik, zalim kepada Allah Tuhan Pemilik alam semesta ini mendapat kuasa di bumi ini yang dahulunya diamanahkan kepada umat Islam untuk menjadi khalifah Allah kerana Bangsa Melayu Islam menerima sistem dan ideologi humanism ini dan memperjuangkannya dan menyangka mereka boleh menegakkan Islam menggunakan manhaj ciptaan Iblis ini.
Cukuplah wahai umat Islam, wahai Bangsa Melayu daripada tidak sepakat. Berpakatlah kamu untuk mempertahankan Islam, mempertahankan hak-hak kita yang telah wujud dalam Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan, maka apa sahaja undang-undang yang digubal dan bercanggah dengan agama Islam sayugia dibatalkan. Berpakatlah wahai Bangsa Melayu untuk menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai ilmu wajib diajar, difahami dan dihayati oleh Bangsa Melayu dan menjadi ilmu pilihan bangsa-bangsa lain dalam semua sekolah kebangsaan daripada sekolah rendah hingga ke universiti.
Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada Perlembagaan Negara yang menaskan bahawa Islam adalah agama Negara. Yang dipetuan Agung dan sekelian menteri cabinet telah bersumpah dengan lafaz wallahi, wabillahi dan watallahi untuk menjaga Perlembagaan Negara. Langkah pertama untuk menjaga Islam sebagai agama ialah mewajibkan semua umat Islam mempelajari dasar-dasar Islam dan menghayatinya sejak dari buaiyan lagi. Maka manhaj pendidikan Negara perlu diubah agar menjadikan Islam sebagai matlamat, dasar, sistem, aktiviti dan budaya sejak disekolah rendah lagi. Semua rakyat wajib mengikuti sistem pendidikan kebangsaan tetapi mereka tidak dipaksa untuk menganuti aqidah Islam sebagaimana mereka wajib lulus Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Bahasa Melayu.
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.
BERSAMA MEMBANGUN UMMAH BERAGENDA

Terbaik!!!! semoga ia menjadi jawapan kepada mereka yang masih celaru identiti.. “remaja-belia jadi celaru sebab orang tua kelabu”
tapi kenapa sebab ISMA itu MELAYU telah keluar daripada JAMAAH SEBELUM INI….nak suruh ORANG MELAYU SEPAKAT…..tetapi…. sendiri mau ingat la….
Salam. Najib..
Maklumat yang ada pada saudara mengenai sejarah ISMA mungkin tidak tepat, dan saya dapat rasai bahang perasaan yang saudara luahkan dalam komen saudara. Saya bersimpati dengan saudara dan mungkin jika saudara berjumpa saya dan mendengar jawaban saya persepsi saudara akan berubah dan perasaan panas hati dan tersiksa apabila membaca tulisan2 ahli ISMA mungkin akan hilang.
Salam Ustaz, ana ahli ISMA dan teringin sangat2 nak tau sejarah ISMA, tak kenal maka tak cinta. Ni tak tau banyak pasal sejarah ISMA pun dah terpesona dengan gerakan tarbiah dari ISMA.
Salam. Mus`
Ahlan wa sahlan..
ahlan wa sahlan.. mus`ab
“Untuk mengembalikan Bangsa Melayu kepada Islam dan jatidiri Islam manhaj yang perlu disepakati oleh semua pejuang-pejuang Islam ialah kembali kepada manhaj nabi s.aw. yang bermula dengan mengubah semula kefahaman, keimanan, akhlak dan ibadah seluruh Bangsa Melayu kepada Islam.”
“Bangsa Melayu Islam tidak akan sepakat selagi bangsa ini menolak Islam dan menerima libralisma, sekularisma, pluralism agama, kapitalis, komunis yang seluruhnya bertuhankan kepada humanisma bukan kepada Allah yang Maha Esa.”
“Berpakatlah kamu untuk mempertahankan Islam, mempertahankan hak-hak kita yang telah wujud dalam Perlembagaan.”
Kenyataan-kenyataan di atas adalah kenyataan yang tidak lain membawa kepada kesimpulan bahawa prasyarat kepada kejayaan Islam ialah kembalinya orang melayu kepada keimanan yang sebenar. Kesan daripada itu, barulah orang melayu akan bersepakat. Atau dengan erti kata lainnya, apabila Islam didaulatkan oleh orang melayu barulah orang melayu akan bersepakat.
Ini adalah ironi daripada slogan yang dilaungkan – Melayu Sepakat Islam Berdaulat – atau mungkin orang yang melaungkan slogan itu sendiri tidak memahaminya?
Salam Abdullah..
saya petik komen saudara: Kenyataan-kenyataan di atas adalah kenyataan yang tidak lain membawa kepada kesimpulan bahawa prasyarat kepada kejayaan Islam ialah kembalinya orang melayu kepada keimanan yang sebenar. Kesan daripada itu, barulah orang melayu akan bersepakat. Atau dengan erti kata lainnya, apabila Islam didaulatkan oleh orang melayu barulah orang melayu akan bersepakat.
Komen saya: sepatutnya faham begini…
Bersepakat dalam perkara yang wajib sepakat adalah langkah2 dalam proses untuk mengembalikan kedaulatan Islam…
bukan ker isma ni pecahan jim?
ISMA bukan pecahan JIM..
ISMA sebagai organisasi bukan pecahan JIM..
Tuan empunya blog,
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, apa yang tersimpul daripada apa yang ditulis bukan bermaksud “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, tetapi bermaksud iman itu tunggak kesatuan.
Apa yang saya faham, apabila menyebut “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, seolah-olah kesepakatan melayu menjadi pra-syarat kedaulatan Islam. Yang mana satukah yang betul, tuan Renungan2u?
Minta diperjelaskan.
Saudara Abdullah..
Iman adalah asas, Melayu adalah mad`u.
MSIB adalah seruan khusus kepada Melayu untuk berpakat atas asas iman, islam dan ihsan.
Disebabkan realiti Malaysia yang masih menjadikan kuasa majoriti boleh menentukan polisi negara… maka apa-pun cadangan untuk memartabatkan Islam memerlukan ahli palimen Islam sepakat..
Kenapakah seruan untuk mencapai kata sepakat dalam isu-isu yang menjadi kepentingan Islam menjadi isu sensitif..
Kesepakatan Melayu adalah antara matlamat perjuangan ISMA.. caranya dengan mengembalikan jatidiri Melayu agar kembali menjadi Islam yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan puak dan parti..
Hanya iman, ukhwwah, mahhabbah menjadi asas kesepakatan ini..
jkk
Mad`u = objek seruan..orang yang diajak..
inche renungan2u,
sepakat bagaimanakah yg antum cuba bawa sebenarnya?
harap dikongsi
1. Berpakat dalam perkara Usul dan berlapang dada dalam perkara cabang.
2. Sepakat meletakkan maslahah umum umat Islam mengatasi maslahah kumpulan dalam membuat apa-apa polisi dan tindakan.
3. Sepakat mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara.
4. Sepakat untuk mempertahankan aqidah umat Islam dan tidak bersekongkol dengan mana-mana puak yang secara nyata atau tidak nayata menentang Islam dan ajaran Islam.
5. Sepakat untuk mempertahankan aqidah ahli sunnah wal Jamaah sebagai aqidah Umat Islam di Malaysia.
6. Ahli2 Parlimen Melayu Islam wajib sepakat mempertahankan Islam dan kemaslahatan umat daripada cuba digugat oleh golongan bukan Islam tanpa mengira parti dan membatalkan tahaluf jika ternyata golongan yang ditahaluf itu dengan nyata menentang Islam.
7. Sepakat untuk menyokong dan membantu semua golongan yang memperjuangkan Islam dan memperkasakan bangsa Melayu.
8. Sepakat untuk memberi hak yang sama kepada umat Islam yang bukan berbangsa Melayu.
9. Sepakat untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara berteraskan Islam.
10. Sepakat untuk sama-sama mempertahankan setiap inci bumi Malaysia daripada dikuasai, diperintah dan diambil manfaat oleh orang bukan Islam kecuali dibawah kuasa umat Islam.
11. Sepakat untuk memastikan pemimpin tertinggi negara dan negeri berada ditangan umat Islam.
12. Sepakat untuk sama-sama berusaha mengembalikan jatidiri Bangsa Melayu supaya memiliki aqidah, akhlak dan amalan hidup yang berteraskan Islam yang syumul.
13. Sepakat untuk sama-sama mengembalikan jatidiri keluarga-keluarga Islam khususnya Melayu agar menghayati ciri-cirikeluarga Islam dan menjadi asas masyarakat Islam.
14. Sepakat untuk sama-sama menyatupadukan ahli masyarakat atasa asas iman, Islam dan ukhuwwwah tanpa membeza-bezakan mereka walaupun berbeza fahaman fiqah dan politik.
15. Sepakat untuk memastikan kerajaan yang memerintah tidak menzalimi rakyat mana-mana negeri yang diperintah oleh Umat Islam walaupun berbeza fahaman politik.
16.Sepakat untuk menghapuskan segala kemungkaran, kemaksiatan dan penyelewengan dalam masyarakat, politik dan agama; pecah amanah, rasuah, politik wang, kezaliman, pelacuran, perzinaan, perjudian, sistem riba dan ajaran sesat.
17.Menyokong semua kebaikan dan usaha-usaha memartabatkan Islam walaupun dilaksanakan oleh majlis agama negeri, jabatan agama negeri, majlis fatwa kebangsaan dan Jabatan agama Islam.
18. Sepakat untuk menentang dan melemahkan semua gerakan anti Islam seperti humanisma, pluralisma agama, libralisma, sekularisma dan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah.
19. Sepakat untuk menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam menggariskan segala dasar, polisi, sistem, peraturan dan undang-undang dalam gerakan Islam dan negara.
20. Sepakat untuk menerima kewujudan jamaah lain, organisasi lain dan siapa sahaja yang berjuang untuk Islam, berlapang dada dalam isu tidak sepakat, saling menguatkan dalam isu-isu yang sepakat dan bertabayyun jika mendengar berita daripada orang fasiq..
wallahua’lam.
Tuan empunya blog,
Kalau begitulah maksud ISMA, saya rasa slogan yang dilaungkan oleh ISMA tersebut adalah tidak munasabah. Kerana saya yakin, seperti saya, ramai lagi orang umum yang faham seolah-olah ISMA membawa perjuangan bangsa apabila slogan tersebut digunakan.
Mungkinkah slogan ini (MSIB) membawa kepada mudarat yang lebih besar berbanding kebaikannya?
Saya juga ingin bertanya, kerana ISMA merupakan satu badan dakwah, adakah strategi ini berdasarkan sejarah perjuangan nabi Muhammad?
Harap diperjelaskan, sekian.
Tahniah kepada saudara Abdullah yang bertanya..
Saya hormati pandangan saudara,
ISMA bukan parti politik dan saya yakin jika bangsa Melayu sanggup bermuafakat dalam semua agenda hidup mereka tidak ada apa kemudaratan yang akan berlaku tetapi itulah sebenarnya tuntutan Syariat Islam..
Saya berkeyakinan Ijtihad ISMA berpandukan sejarah perjuangan nabi s.a.w. kerana secara fitrahnya manusia diciptakan mempunyai perasaan sayang kepada bangsanya dan mereka yang hampir kepadanya.. Islam agama fitrah dan memandu fitrah kejalan yang diredai Allah..dan Islam tidak melarang umatnya menggunakan fitrah ini untuk kepentingan Islam. Maka sepatutnya perasaan ini disuburkan dan gunakan untuk kepentingan Islam.
Perasaan sayang isteri dan anak2, sayangkan saudara kandung, lebih rasa mudah mesra dengan saudara senegeri, sebagaimana orang-orang Jawa bila bertemu akan bercakap Jawa sesama mereka, orang kelantan akan berdilek Kelantan dan merasa lebih mesra dan bila berada diluar negara kita akan rasa lebih rapat dan prihatin dengan rakyat negara kita walaupun berlainan agama dan bangsa apatah lagi jika satu bangsa dan agama… ia adalah perasaan dan naluri fitrah yang telah diciptakan Allah.. kita tidak berdosa merasainya sebagaimana nabi s.a.w. pernah menitiskan airmatanya apabila merindui Mekah.
Islam datang bukan untuk mengharamkan perasaan murni ini, ajaran Islam bukan untuk menghapuskan semua perasaan dan budaya ini tetapi memanfaatkannya untuk menguatkan agama.
Bangsa Melayu sudah lama Islam, mereka ada pakaian mereka sendiri yang tidak bententangan dengan Islam, mereka memiliki negara yang memartabatkan Melayu sebagai Islam dan telah diperuntukkan dalam Perlembagan negara sebagai Islam Agama Persekutuan dan Raja-raja Melayu wajib bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan Islam.
Jika orang Melayu yang diberi tanggungjawab tidak sepakat mempertahankan hak-hak ini apakah bangsa-bangsa Islam lain mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya dibumi ini?.
Apabila Abu Bakar al-Siddiq mengatakan ” kepimpinan daripada Quraisy” para Aus dan Khazraj akur kepada hadis ini dan menyerahkan Khalifah kepada sahabat berbangsa Quraisy..
Di zaman Turki Uthmaniyyah bangsa Quraisy tidak lagi menjadi Bangsa yang kuat tetapi Bangsa Uthman daripada bangsa Kurdistan Turki adalah Bangsa yang kuat dan berjaya menyatukan umat Islam maka apakah hukum melantik khalifah daripada bangsa Turki? sedangkan nabi s.a.w. bersabda kepimpinan hendaklah daripada Quraisy?..
Apakah kepimpinan Turki Uthmaniah tidak sah dan orang Arab tidak wajib mentaatinya kerana sultan Salahuddin al-Ayubi bukan keturunan Quraisy?..
Ibn Qaldun menjawab.. kepimpinan sultan Salahuddin sah dan umat Islam wajib taat kepada khalifah Islam dengan ijtihad bahawa hadis nabi ” Kepimpinan daripada Quraisy” hendaklah difahami bersama realiti ketika nabi mengucapkan hadis tersebut.. kerana menjadi asas berhujjah dalam bab muamalat ialah memahami sebab dan rasional sesuatu hukum yang dinaskan..
Realiti Quraisy dizaman nabi bukan kerana Quraisy ini bangsa mulia disebabkan mereka keturunan nabi s.a.w. tetapi kerana Bangsa Quraisy ketika itu adalah bangsa yang majoriti atau memiliki asobiyyah yang kuat.
Asobiyyah kaum Quraisy yang akan mempertahankan pimpinan bangsanya digunakan oleh Islam untuk membantu mempertahankan Islam. Jadi semangat kebangsaan digunakan untuk mempertahankan Islam, syariat Islam, undang-undang Islam dan kebajikan umat Islam. Ini adalah asobiyyah yang baik. Nabi s.a.w. hanya mengharamkan asobiyyah yang melakukan kezaliman kepada bangsa lain.
Ketika Bangsa Quraisy lemah, bangsa Arab Umayyah dan Abbasiah lemah bangun pula bangsa Turki.. ulama Islam tidak menolak kebangkitan bangsa Turki yang ingin mempertahankan Islam malah umat Islam diwajibkan untuk sama-sama mentaati khalifah Turki Uthmaniyyah.
Hakikat yang sama berlaku dinusantara ini. Bangsa Melayu sudah memilih Islam dan mempertahnkan Islam sehingga wujud kesultanan Melayu Islam dinusantara ini.
Realiti hari ini Barat ingin menghapuskan hakikat ini dan memperkasakan sistem demokrasi Barat yang memberi hak kepimpinan kepada penganut agama lain; hak memilih. hak dipilih sebagai pemimpin, penggubal undang-undang dan pengatur urusan harta benda umat Islam yang sejak dahulu menjadi hak mutlak umat Islam.
Hanya satu peluang terakhir untuk memperkasakan Islam ialah Bangsa Melayu yang masih memegang kuasa majoriti dalam politik ini kembali kepada islam dan sepakat untuk mendaulatkan Islam..
Jika pimpinan Melayu berpecah dengan fahaman masing-masing dan bersahabat karib, memberi kasih sayang dan wala kepada bukan Islam atau pejuang2 libralisma maka masa hadapan islam dan umat Islam akan semakin gelap atau lebih mencabar..
Atas asas ini ISMA melaungkan slogan MSIB agar Melayu sedar mereka bertanggungjawab dan berdosa sekiranya Islam runtuh dan hilang daripada negara ini kerana Melayu adalah bangsa Islam yang menjadi bangsa majoriti di Malaysia.
wallahua’lam.
Salam.
Saudara Abdullah mungkin terkesan dengan hadis nabi s.a.w. yang bermaksud : “Bukan dikalangan kami mereka yang mengajak kepada asobiyyah”..
Sebenarnya nabi s.a.w. juga mentafsirkan asobiyyah yang diharamkan sebagai : ” menolong saudara kamu melakukan kezaliman..”
Begitu juga nabi bersabda : ” Jangan marah, maka kamu akan mendapat syurga”. bukan bermaksud kita tidak marah jika isteri kita bercinta dengan lelaki lain, kita tidak marah apabila orang kafir membunuh umat Islam dan cuba memurtadkannya..
Sayang dan marah adalah naluri manusia yang telah wujud secara fitrah dan tidak mungkin boleh dihapuskan kecuali manusia yang sudah mati hati dan perasaannya..
Islam hanya mendidik manusia agar menyalurkan dan menggunakan perasaan tersebut mengikut neraca syarak.
Begitulah semangat kebangsaan, patriotik yang ada dalam jiwa bukan perlu dihapuskan tetapi digunakan untuk kepintingan dan kemaslahatan ummah.
Slogan MSIB nampak macam seruan kepada semangat kebangsaan tetapi kita harus sedar orang Melayu yang ada kuasa politik tidak berusaha sehabis kemampuan mereka bagi mencari kesepakatan.. Sepatutnya muwafakat perlu dipupuk dimulakan dan diperkasakan dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan ummah dahulu dan mampu dilakukan oleh pihak2 yang bertelagah sebelum bermuafakat dalam isu-isu yang sukar.
wallahua’lam.
Terima kasih tuan renungan2u dengan penerangan yang panjang lebar. Tetapi bangsa-bangsa terdahulu, pada era selepas kewafatan nabi Muhammad, mereka bangkit disebabkan bangsa atau mereka bangkit kerana Islam pada mereka?
ISMA mengatakan bahawa strateginya adalah untuk mendahulukan Melayu di dalam agendanya. Apakah bentuk-bentuk program atau aktiviti yang telah dilakukan untuk memperbaiki kaum Melayu secara khusus?
Salam..
Abdullah.. sudah tentu semua umat Islam bani Umayyah, bani Abbasiah, bani Uthmaniyya bangkit mempertahankan Islam berasaskan aqidah Islam. Cuma asobiyyah (perasaan sayang) digunakan untuk mempertahankan Islam. Hari ini barat sudah hilang jati diri, mereka tidak mungkin dapat menyatukan bangsa mereka atas asas kebangsaan sebab institusi kekeluargaan mereka sudah hancur. Sudah ramai anak-anak yang lahir tanpa bapa yang sah dan sudah hilang kebahgiaan hidup berkeluarga.
Ajaran humanisma, libralisma dan bersepakat diatas asas-asas kemanusiaan mutlak tanpa terikat dengan apa-apa agama dan kekeluargaan adalah acuan yang cuba diarusperdanakan masa kini..
Apabila Bangsa Melayu yang masih ada jatidiri dan kekeluargaan yang mantap, juga sanggup menolak kesepakatan yang bertepatan dengan naluri dan tidak bercanggah dengan Islam untuk menerima kesepakatan atas nilai-nilai humanisma yang tidak bertuhankan Allah azza Wajalla bermakna perjuagan barat semakin memenangi matlamat mereka.
Kita akan menyeru Melayu jika objektif seruan kita Bangsa Melayu, kerana di Malaysia Bangsa Melayu masih mempunyai kuasa politik dan mempunyai kekuatan desakan jika mereka sepakat. Sebaliknya jika mereka tidak sepakat mereka akan menjadi kuasa minoriti terutamanya jika golongan tidak beriman sepakat utuk memperjuangkan dasar humanisma..
Sebagaimana kita akan menyeru Bangsa-bangsa Arab untuk sepakat jika membabitkan keperluan kesatuan negara-negara Islam yang majoritinya berada ditangan Arab. Apabila Bagsa-bangsa Arab bersepakat atas asas Ialam dan Melayu juga sepakat atas asas Islam tetapi Bangsa Melayu, Bangsa Arab, Bangsa Cina, Bangsa India yang semuanya Islam tidak sepakat sesama mereka maka kita perlu menyeru wahai kuasa-kuasa Umat Islam berpakatlah kamu..tetapi itu andaian yang jauh kerana apabila semua bangsa-bangsa dunia memilih Islam sebagai dasar politik mereka..Khalifah Islam akan dapat ditegakkan.
Kesepakatan Ummah bermula dengan setiap Bangsa terlebih dahulu perlu sepakat untuk menerima Islam sebagai asas dalam kehidupan yang syumul.
Cara ISMA, dakwah umat Islam, kumpul mereka dalam program-program membina ilmu dan iman, mentazkiyyah ruhani mereka dan mengajak mereka menghayati hukum-hakam Islam dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat seterusnya mereka akan tahu siapakah pimpinan yang layak untuk dipilih bagi memerintah dengan adil..
wallahua’lam
Saya yakin ISMA tidak mengenepikan semangat ukhuwwah sesama muslim keseluruhannya (tak mengira agama) berdasarkan modul2 tarbiyahnya.
MSIB yg saya fahami adalah seruan kepada bangsa sendiri agar bersepakat, dengan menyedari kuasa politik yang ada (sejarah kekuatan kaitan melayu & Islam) dan boleh dioptimumkan dalam kerangka mendaulatkan Islam.
Bersepakat dengan mengamalkan nilai ukhuwwah Islamiyyah (berlapang dada–> mengutamakan saudaranya).
Salam. Program ISMA memang boleh kata banyak. Boleh tengok webpage ISMA cawangan. Contohnya di bawah:
http://ismasarawak.com/
In progress
Melayu Sepakat adalah ‘alat’…Islam berdaulat adalah matlamat…
Lawannya
Melayu Berpecah ..maka Islam tidak berdaulat…
Cam tu kan
Setuju saudara faezah….marilah kita bersama-sama berganding bahu membangunkan ummah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar… Ikhlaskan niat dan berlapang dada semoga Allah memberi hidayahNYA…
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.
pada saya slogan ini tidak sepatutnya menjadi isu seandainya kita berlapang dada dan tidak terlalu fobia dengan apa2 yang berkaitan dengan mencintai bangsa sendiri. apakah dengan menyayangi kaum keluarga sendiri bererti menyisihkan dan memandang rendah kaum keluarga orang lain? intipati slogan ini pada saya mudah difahami andainya dibaca secara menyeluruh tanpa perlu diperinci secara melampau2 sampai timbul pula prasangka2 negatif.
Saya musykil .. apakah ahli2 ISMA tidak mengundi ? Bagaimana pandangan ISMA terhadap PAS dan perjuangannya ?
ISMA akan mengundi calun2 yang lebih soleh, bertakwa dan terbuka dalam menerima pendapat dan nasihat. Sikap PAS yang bertahaluf dengan DAP dan PKR membuktikan PAS lebih mengutamakan kuasa daripada kebenaran syarak dalam berpolitik.
Mengundi dan memilih calun2 yang memperjuangkan Islam adalah wajib.. Namun apabila orang2 Islam berpakat dan menguatkan kuasa bukan Islam kita perlu menilai mana satu perjuangan yang lebih mengurangkan risiko kepada perjuangan Islam
Bagaimana ISMA mengaplikasikan slogan MSIB dlm realiti negara kita yg mengamalkan demokrasi, memilih pemimpin melalui pilihanraya dan beberapa parti yg didominasi oleh Melayu Islam telahpun wujud ?
Kesepakatan Melayu, kekuatan ukhuwwah adalah matlamat strategik yang akan melemahkan strategi musuh “devide and roll” pecah dan perintah. ISMA perlu berdakwah dan meningkatkan kesedaran politik dikalangan ummah supaya memahami agenda musuh diperingkat antarabangsa, mengenali rakan-rakan musuh dalam negara dan memastikan ummah benar2 mengenali siapakah pejuang2 yang benar2 memiliki agenda untuk ummah dan siapa musuh ummah sebenar.
Selepas perang dengan USSR Amarika telah memfokuskan Islam sebagai musuhnya. Kekuatan Islam pada kekuatan Iman umatnya mengenai tauhid Uluhiyyah. Barat telah cuba melahirkan golongan libral dikalangan umat Islam dan menerima human right sebagai asas kehidupan.. Perjuangan hak2 asasi manusia tajaan PBB adalah arus baru dan musuh kebangkitan Islam..
Pejuang Islam perlu memusuhi arus libralisma dan tidak bersekongkol dengan mereka dalam perjuangan. Umat Islam perlu sepakat mengenai musuh sebenar mereka dan bertolakansur sesama Islam dalam perkara khilaf, menilai kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang bagi melakukan usaha kearah perubahan total ummah kepada Islam dalam cara hidup individu, keluarga dan masyarakat. Kesepakatan ini adalah laluan mudah kepada kekuasaan politik Islam yang syumul
Kenapa perpaduan itu perlu melalui bangsa bkn melalui agama ? Bukankah para Nabi juga bermusuh dgn bangsa sendiri, malah ada juga dgn ahli keluarga sendiri ? dan bukankah kerana perjuangan bangsalah Khilafah terakhir umat Islam menjadi lemah, bila Barat berjaya menghasut negara2 Arab supaya memisahkan diri drp Kerajaan Turki Uthmaniyyah ?
Sepakat atas dasar agamalah
Kita perlu memperkasakan dakwah, tarbiyyah sehingga umat Islam seluruhnya menghayati Islam dan meluaskan Islam kepada bukan Islam, sehingga orang2 soleh dikenali kerana kesolehannya dan masyarakat tidak perlu dilobi untuk mengenali siapakah wakil ahli syura mereka..
Apa komen ISMA ttg Ikhwanul Muslimin yg kini masuk pilihanraya ?
Terlibat dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada wasilah dakwah dan tuntutan realiti tetapi sebagai seorang Islam wajib mengekalkan identiti Islam dan menjadikan seluruh tindak-tanduk siasi berdasarkan dalil2 syarak
Bagus dan sepatutnya mereka merebutkan kuasa untuk mereka demi kemaslahatan ummah kerana bagi saya Ikhwan memang layak
Bukankah kuasa juga blh dijadikan wasilah ? Apakah wasilah kebangsaan ini dibenarkan syarak, bukankah asobiyah perkauman itu sifat jahiliyyah ? Jika tahaluf PAS dgn PKR dan DAP itu disifatkan krn berniatkan kuasa, bagaimana pula UMNO dgn MIC, MCA, Gerakan dll ? Sedangkan sehingga kini, kerajaan tidak pernah memberi ruang kpd pembangkang utk menjawab semua tuduhan terhadap mrk dlm TV dan akhbar secara adil, tanpa diedit atau dikerat videonya, kerajaan juga tak pernah beri peluang sama rata kpd pembangkang utk berkempen dlm TV, sapa sebenarnya yg tamakkan kuasa ? Pdhal kerajaan yg sama dh lama memerintah.
Sorg pemimpin MCA, Chua Soi Lek pernah berkata, Kami MCA blh tekan UMNO utk tidak melaksanakan hudud, nampak mcm sama je dgn DAP?
Kuasa adalah wasilah.
Asobiyyah yang diharamkan adalah menzalimi kaum lain atas asas asobiyyah.
Bagi saya kedua-dua tahaluf ada keburukannya tetapi tahaluf yang memberi kuasa lebih kepada DAP dan PKR lebih tidak dapat dipastikan.. Maka dalam keadaan tidak wujud satu asas yang meyakinkan PR menguntungkan Islam maka mengekalkan status quo adalah lebih baik, memandangkan arus libralisma adalah agenda USA..
blh terang sket x sejarah ISMA ni mcm ner? yg saya tau bahawa ISMA ni pd tahun 1990 namanya adalah IKATAN SISZAWAH MALAYSIA ttpi pd thun 1998 ditukar kpd IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA. kat mesir sblm nama ISMA namanya ialah IKHWAN ALAMI tul x? apakah benar penubuhan ISMA ni kerana golongan2 agama di mesir x setuju untuk duduk dibawah golongan profesional? dgn kata lain : kami ni golongan ustaz2. klu kami blik msia nnti, x kan la kami nk dok kat bwh golongan profesional kot iaitu JIM. lalu pada tahun 1998 tertubuhlah ISMA. apakah benar yg sedemikian? presiden ISMA sekarang, us abdullah zaik semasa beliau dimesir dulu, beliau berfikrah ALAMI tul x? yg mana fikrah alami ni ialah fikrah yg di bawa oleh pelajar2 IRC drpd UK. apakah benar yg sedemikian? klu boleh ana nak tau jgk sejarah terperinci psl ISMA ni k.
Assalamualaikum.
Kepada renungan2u,
Saya bukanlah ahli ISMA dan saya cuba untuk memahami slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” yang cuba dibawa oleh ISMA.
Dari apa yang saya faham dan saya lihat, ISMA cuba membawa kesepakatan dan kesatuan. Tetapi apakah tindakan, dan perancangan ISMA sendiri bagi merialisasikan kesatuan dan kesepakatan ini terhasil?
Mohon penjelasan.
salam.
Memahamkan masyarakat Usul 20 tulisan Imam alBanna
Mendidik masyarakat agar menghayati 10 rukun bai`ah Ikhwan Muslimin
Mendidik masyarakat beramal dengan adab-adab khilaf.
Perselisihan dan perbezaan pendapat tidak sepatutnya membawa kepada perasan benci dan marah..
Hanya ukhuwwah Islamiyyah dan Imaniyyah yang menyelamatkan ummah daripada apa sahaja sengketa dan perselisihan..
Orang yang membenci pejuang2 Islam adalah berpunca tidak bertaaruf, tiada tafahum dan tidak ada semangat takaful..
Ulama2 zaman silam juga berselisih faham tetapi mereka memiliki sifat tawaduk..
Selagi ummah tidak memiliki sifat tawaduk, pemaaf, mencintai kebenaran mereka akan diperdaya oleh Iblis..
salam. tuan punya blog, saya ingin mntk penjelasan mengenai sejarah ISMA. blh atau tidak admin terangkan sejarah ISMA secara terperinci? saya nak buat perbandingan antara sejarah jemaah2 yg wujud kat msia yg dikaji oleh ketua jabatan arkib PAS dgn sejarah yg dicatat oleh figur2 ISMA sendiri k. hrp2 blh bentangkan kat sini k