Home > Tasawwur Amal Tarbawi > Kebijaksanaan

Kebijaksanaan

Semasa saya belajar di Maktab Mahmud Alor Star, saya mendengar satu analisa yang menarik mengenai perasaan manusia oleh Ustaz Nikmat Yusuf ( Allah Yarhamuh.. Pengasas sebuah Pusat Pengajian Islam di Derang Kedah) . Beliau memecahkan perasaan manusia kepada emosi, naluri dan sentimen. Emosi lebih digunakan kepada perasaan marah, sentimen kepada perasaan benci dan cinta. Sejak daripada tarikh itu saya amat berminat mendalami rahsia diri manusia ini.

Imam al-Gazali menyimpulkan bahawa semua aspek kerohanian seperti; nafsu, akal dan hati adalah rahsia Allah yang yang bersifat ruhani dan tidak berjisim. Dalam Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali berbicara mengenai sikap dan tindak tanduk manusia yang diistilahkan sebagai suluk atau akhlak. Suluk dan akhlak manusia bukanlah tingkah laku zahir yang dapat dilihat tetapi lebih kepada tingkah-laku kerohanian yang mempengaruhi tindakan manusia.

Imam al-Ghazali menggariskan 4 Asas tingkahlaku manusia berasaskan ayat 15, surah al-Hujurat.

Al-Hujurat [49:15]

إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا
وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ
الصَّادِقُونَ

49:15 Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.

4 Asas tersebut adalah:

1. Al-Hikmah
2. Al-Syajaah
3. Al-Iffah
4. Al-`Adalah.

Rujuk posting lalu http://renungan2u.wordpress.com/2008/12/10/akhlak-yang-mantap/

Dalam tulisan ini saya fokuskan aspek kebijaksanaan.

Kebijaksanaan lahir daripada kepercayaan terhadap sesuatu tanpa wujud sedikitpun keraguan.

Masyarakat Barat banyak menggunakan asas-asas ini dalam pengurusan

Tanpa mempunyai keyakinan terhadap pencapaian sesuatu matlamat maka usaha untuk mencapai matlamat tersebut adalah sia-sia.

Keyakinan ini akan lahir setelah meneliti sejarah kejayaan orang-orang lalu melakukan proses mencapai matlamat. Kejayaan adalah kemampuan menduplikasi kejayaan orang-orang lalu.

Imam al-Banna yakin bahawa gerakan Islam hari ini akan berjaya jika mereka berjaya menduplikasi proses kejayaan yang pernah ditempa oleh rasulullah s.a.w.

Dalam pemikiran moden ia diterjemahkan dengan kemampuan meletakkan visi, misi dan plan tindakan yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai.

Dalam pengurusan organisasi hari ini masyakat moden telah menggunakan konsep kejelasan, ketelusan dan mengurangkan birokrasi.

Mereka yakin bahawa dengan perkongsian visi, misi dan plan tindakan bersama-sama semua eksekutif lebih menjamin kejayaan syarikat daripada visi dan misi hanya di simpan di minda pengarahnya sahaja.

Perkongsian ini menjadikan pegawai eksekutif lebih ’independent’ dalam menjayakan matlamat organisasi dan peranan `leader’ lebih kepada `mentoring’, `coaching’ dan `fasilitate’ perjalanan aktiviti.

Di Etiqa Takaful contohnya ; mereka menjadikan slogan ”cristal clear” sebagai slogan dan neraca agensi mereka .

Dalam kata lain tidak ada agenda tersembunyi yang dirahsiakan oleh sesiapapun dikalangan pemilik organisasi, lembaga pengarah mahupun peqawai-pegawai eksekutifnya.

Imam al-Banna menyatakan dalam Rislah Dakwah Kami bahawa beliau ingin menjelaskan kepada umat Islam, matlamat mereka, jalan mereka, strategi mereka sejelas-jelasnya sejelas terang siang di suluh matahari. Inilah juga prinsip yang di amalkan sehingga hari ini.

Amalan biasa semua organisasi hari ini ialah membuat perancangan strategik dalam menguruskan organisasi mereka. Menguruskan kehidupan secara strategik adalah amalan hidup 20% masyarakat hari ini.

Biasanya mereka adalah golongan yang hidup secara `indipendant” sebaliknya 80% ahli masyarakat lain hanya menjalani kehidupan biasa mengikut wawasan dan objektif yang telah ditentukan orang lain untuk mereka.

Visi adalah gambaran masa depan yang ingin dicapai dan dilihat wujud di alam nyata hasil kewujudan mereka dalam perjuangan organisasi tersebut.

Oleh kerana Visi adalah gambaran masa hadapan maka ia perlu dijelaskan dengan beberapa misi yang menjadi faktor kritikal pencapaian visi mereka.

Contohnya: Dr Mahathir telah meletakkan tahun 2020 sebagai wawasan negara mencapai status negara Maju daripada status negara sedang membangun. Untuk mencapai visi tersebut terdapat 10 objektif atau misi yang menjadi faktor kritikalnya.

Ketika membahaskan persoalan fitnah Abu Ammar memetik kata-kata tabiin bahawa:

” Orang yang bijak akan mengetahui sesutu perkara yang akan berlaku tetapi orang yang bodoh akan mengetahui sesuatu itu setelah ianya berlaku”.

Al-Hikmah atau kebijaksanaan ini adalah berasaskan ilmu seseorang mengenai sunnatullah, tabiat manusia, alam dan undang-undang yang telah ditentukan pada alam ini. Sama ada ilmu itu berasaskan wahyu mahupun berasaskan pengalaman dan ujikaji terhadap alam ini.

Namun dalam menentukan Visi dan Misi mestilah sesuatu yang tertentu, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa.

SMART. (Specific, measurable, attainable, realistic and timely)

Sekiranya `timeframe’ kepada visi dan misi tersebut tidak realistik ia tidak akan membangkitkan keyakinan jentera pelaksana malah akan menjadi bahan ketawa sahaja.

Perancangan strategik yang tidak menepati syarat SMART ini hanyalah angan-angan kosong dan membuang masa ahli yang taat membuta-tuli.

Contohnya : Meletakkan Visi , 2020 Daulah Islamiyyah Hakikatan.

Apakah neraca ukurannya?
Apakah faktur-faktur kritikal sebuah negara untuk diiktiraf sebagai daulah Islam menurut neraca Syarak.?
Apakah ia boleh dicapai?
Apakah tempoh masa itu sesuatu yang realistik?
Apakah plan tindakan yang mesti dirancang dan dilaksanakan?
Apakah plan tindakan itu benar-benar boleh mencapai misi yang diletakkan?
Apakah semua ahli beriman dengan visi dan misi tersebut?
Apakah sunnatullah yang mesti diraikan dalam perancangan tersebut?

Bolehkah dalam merancang untuk mencapai sesutu matlamat dengan menyusun aktivti tertentu lain tiba-tiba datang peluang daripada luar yang tidak termasuk dalam perancangan organisasi itu lalu pengurus organisasi menukar aktiviti mengikut arus baru yang tidak dirancang sebelum ini..?

Yahudi mengambil masa lebih 1000 tahun untuk menjatuhkan Khalifah Islam dan menghalang kebangkitannya semula.

Apakah pejuang-pejuang Islam hari ini mampu mengembalikan kegemilangan Islam dalam masa 20 tahun dalam sebuah negara sedangkan mereka hanya memberi masa-masa kosong untuk perjuangan mereka…?

Saya dengar seorang kawan telah membelanjakan hampir sejuta ringgit dalam membangunkan industri percetakan termasuk membeli kilang, mengupah pekerja dan sebagainya.. tiba-tiba beliau mendapat tawaran daripada sumber yang tidak diyakini untuk membekalkan beras lalu beliau mengalihkan aktivitinya kepada tawaran baru yang beliau tidak pernah merancang dan meninggalkan pengurusannya dibidang percetakan.. akhirnya kedua-duanya gagal dan menaggung bebanan hutang..

Sebenarnya dalam prancangan strategik kita perlu membuat , ”GAP analysis” terhadap visi dan misi dengan realiti kita hari ini untuk menentukan apakah aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai kejayaan daripada tahap kemampuan sedia ada pada masa ini.

Analisa gap ini disebut sebagai SWOT .

(SWOT analysis – strengths, weaknesses, opportunities, threats)

Namun wujud perbezaan neraca dalam menentukan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam neraca Islam.

Islam meletakkan kekuatan iman, kekuatan ukhuwwah sebagai faktor kekuatan utama sebelum kekuatan tenaga dan senjata.

Imam al Banna membahagikan manusia kepada 4 golongan berhadapan dengan dakwah ikhwan; Golongan yang beriman dengan fikrah ikhwan, golongan yang ragu-ragu, golongan yang ada kepentingan dan golongan yang menentang.

Hanya golongan yang beriman dengan fikrah dan manhaj ikhwan sahaja yang akan dimasukkan kedalam saf perjuangan mereka dan dihitung bagi menentukan kekuatan.

Allah SWT menegaskan nisbah minima golongan yang sabar bagi mengalahkan musuh Islam adalah dengan nisbah 100:200.

الآنَ خَفَّفَ اللّهُ عَنكُمْ
وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّئَةٌ صَابِرَةٌ
يَغْلِبُواْمِئَتَيْنِ
وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُواْ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللّهِ
وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

Al-Anfal [8:66]

8:66 (Malay) “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Dalam strategi gerakan Islam di Mesir mereka memerlukan ahli yang sabar sebanyak sekurang-kurangnya 20 juta bagi merebut kepimpinan daripada 40 juta rakyat Mesir yang tidak beriman dengan matlamat dan fikrah Ikhwan.

Namun kekalahan Gerakan Islam di Tunisa selepas kemenangan majoriti dalam pilihanraya dengan jumlah penyokong gerakan Islam 3:9 juta menggariskan satu pengalaman dan asas penting bahawa kekuatan bukan tertakluk kepada kekuatan majoriti semata-mata.

Berasaskan `Analisa Gap’ ini di Malaysia maka gerakan Islam perlu memiliki ahli yang sabar seramai 8 juta dengan penambahan sebanyak 2.5% dalam pelbagai bidang strategik bagi menerajui pelaksanaan Islam di Malaysia.

Sekiranya jumlah ahli gerakan Islam di Malaysia kini termasuk ahli-ahli ABIM, PAS, JIM, HALUAN dan NGO2 lain yang berjuang sejak 1957 sebanyak 2 juta orang maka berapa lama mereka perlu berjuang untuk mendapat 8 juta dengan penambahan penduduk Malaysia 2.5%.

Apa yang saya lihat NGO-NGO di Malaysia hanyalah bersifat sukarelawan dan aktiviti menambah keanggotaan juga tidak dipacu sabagaimana industri MLM, Agensi Amanah Saham, Insurance dan Takaful memacu gerakan menambah tenaga agensi mereka.

Malah agensi-agensi insurance misalnya memiliki kriteria-kriteria tertentu sebagai asas pemilihan seseorang agen. Walaupun mereka mendapat 100 permohonan sebagai agen namun hanya 5 akan ditawarkan menyertai agensi mereka.

Untuk mendapat 100 calun mereka mengiklankan industri mereka di television, surat khabar, flyers, menganjurkan seminar-seminar peluang pekerjaan dan sebagainya.

Apakah gerakan Islam buat untuk menambahkan ahli-ahlinya yang bersabar?

Ada orang berkata:

” Dulu saya bercita-cita untuk mengubah dunia, apabila saya dewasa saya rasa cita-cita itu terlalu besar lalu saya menukarnya untuk mengubah negara saya, semakin saya dewasa saya merasakan ia semakin sukar lalu saya mengubahnya dengan hanya ingin mengubah masyarakat bandar saya tetapi saya juga merasa sukar lalu saya memikirkan saya perlu mengubah keluarga saya dan saya rasa saya perlu terlebih dahulu mengubah diri saya sebelum saya mampu mengubah keluarga saya”.

Kekuatan gerakan Islam berasaskan jumlah ahli yang kommitted dan bersabar walaupun kelulusan akademiknya rendah bukan berasaskan berapa ramai pemegang-pemegang ijazah Phd dan ijazah-ijzah yang lain.

Sekiranya ahli berdaftar 1500 orang dan yang kommitted dengan agenda yang diatur hanya 30% maka mengekalkan 70% yang tidak kommitted adalah satu bebanan. Malah membuat kiraan kekuatan berasaskan 1500 sebagai 100% adalah kesilapan kedua. Namun mengumpul ahli secara rambang tanpa menentukan kriteria sebenar untuk sesebuah perjuangan adalah menggali kubur kepada perjuangan.

Syarikat insurance tidak akan teragak-agak membatalkan keahlian agen yang tidak mampu mencapai sasaran syarikat. Mereka lakukan semua ini kerana mereka jelas terhadap visi, misi dan objektif yang ditetapkan.

Sekiranya syarikat-syarikat koperat menapis individu yang ingin dilantik sebagai eksekutifnya sesuai dengan visi dan misinya apakah gerakan Islam tidak perlu menapis barisan pimpinan, ahli mesyuarat dan aktivisnya sesuai dengan matlamat dan cita-cita perjuangannya.?

Kecualilah ahli-ahli gerakan Islam itu tidak tahu ke mana mereka hendak pergi, kenapa mereka bekerja dan apakah mereka telah mencapai sasaran mereka setelah 20 tahun berjuang. Atau mereka adalah kumpulan darwish yang hanya ingin mendapat kemenangan dengan hanya berdoa dan mengharap Allah berkata ” Kun..” maka jadilah kemenangan itu.

”Jahiliyyah moden tertegak di atas ideologi dan sistem jahiliyyah . Hanya dengan dakwah dan tarbiyyah boleh menukarkan ideologi jahiliyyah dan hanya dengan membangunkan sistem Islam di atas bahu generasi yang ditarbiyyah, sistem Islam akan mampu menggantikan sistem jahiliyyah”
Syed Qutb dengan edit.

About these ads
Categories: Tasawwur Amal Tarbawi
  1. November 3, 2009 at 9:46 am

    Sekiranya ahli berdaftar 1500 orang dan yang kommitted dengan agenda yang diatur hanya 30% maka mengekalkan 70% yang tidak kommitted adalah satu bebanan.

    salam..mcm mana cara terbaik utk mengahdapi golongan yg jd bebanan ni??

    adakah perlu bersabar dan membawa beban2 mereka..

    ataupun menjadi seperti syarikat insuran yg dgn mudah2 melucutkan keahlian ahli mereka yg tidak aktif??

    syukran..

    • renungan2u
      November 4, 2009 at 12:54 am

      Orang beriman terikat dengan janji dan syarat. Jika mereka menjadi ahli dengan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu maka mereka wajib diminta menunaikan semua syarat-syarat perjanjian. Jika mereka memenuhi syarat-syarat keahlian mereka tidak boleh dilucutkan keahlian mereka. Sebaliknya sekiranya mereka tidak sanggup lagi memenuhi syarat-syarat keahlian perlulah mereka mengundurkan diri atau dipinta mengundurkan diri. Jika mereka melaksanakan beberapa syarat keahlian dan meninggalkan yang lain pihak pentadbiran perlu menganalisa sejauhmana meninggalkan syarat tersebut menjejaskan keseluruhan proses plan kerja yang telah diatur.

      Contoh Syarat dalam industri Takaful:
      1. Agen tidak boleh mewakili lebih daripada satu syarikat.
      2. Agen perlu membawa sekurang-kurangnya 24 kes setahun dengan nilai berbayar RM15000.00
      3. Agen tidak muflis
      4. Agen tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah termasuk jenayah kewangan yang ditentukan oleh Bank Negara.

      So jika agen tersebut gagal memenuhi syarat beliau akan dibatalkan perjanjian dan semua komisyen dibekukan.

      Dalam organisasi Islam syarat-syarat mereka berbeza berdasarkan keimanan mereka kepada manhaj amal yang mereka laksanakan.

      Dalam Ikhwan antara syarat minima untuk terlibat dalam program tarbiah khusus mereka:
      1. Meyakini aqidah ahli Sunnah wal Jamaah
      2. Tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil. ( contoh; membuka akaun bank riba dan insurance konventional, merokok, `cupling’, chatting dengan pasangan bukan muhrim tanpa sebab yang didizinkan Syarak)
      3. Mempunyai keinginan merubah diri kepada yang lebih baik.
      4. Tidak menjadi agen musuh-musuh Islam.
      5. Tidak mempunyai fikrah yang bertentangan dengan fikrah Ikhwan.
      Orang yang tidak memenuhi syarat minima ini boleh diajak ke majlis-majlis ilmu umum yang dianjurkan. Maka dalam ikhwan 70% yang tidak kommitted tadi akan dimasukkan kedalam program-program umum ini sehingga mereka berubah menjadi rijal dakwah yang kommitted.

  2. November 3, 2009 at 11:36 am

    satu penerangan yang terang lagi bersinar

  3. ar2
    December 14, 2009 at 7:12 am

    adakah mereka yg dr kalangan 70% itu dikira kena tawaquf?

    • renungan2u
      December 15, 2009 at 1:54 am

      `Tawaqquf’ ( memberhentikan) adalah terma perlembagaan sesebuah organisasi. Seseorang aggota boleh di berhentikan keanggotaannya jika sabit mereka melanggar syarat2 keanggotaan termasuk tidak terlibat dalam aktiviti organisasi. Biasanya organisasi Islam lebih mengutamakan keaslian fikrah anggotanya dan kuat ruh intima’ kepada fikrah dan perjuangan.

      Sebab itu terdapat syarat-syarat keanggotaan yang menyatakan : “jika seseorang ahli gagal hadir perjumpaan mingguan mereka lebih daripada 3 bulan dan terputus hubungannya dengan ketuanya dalam tempoh tersebut keanggotaannya boleh digugurkan”.

      Alasannya ialah kerana apabila sesorang individu memutuskan hubungannya dengan organisasi tanpa sebab beliau sebenarnya sudah tidak yakin kepada fikrah perjuangan dan melanggar undang-undang keanggotaan dengan sengaja.

      Namun mereka perlu ditemui dan ditanya sebab-sebab keuzuran mereka dan dimahkamahkan sebelum mereka disabitkan bersalah setelah islah dan nasihat telah diberikan.

      Biasanya jika dalam organisasi yang mengumpulkan pelabagai kumpulan amat sukar usaha menyenarai pendekkan keanggotaan ini secara telus.

      Mungkin akan ada pihak tertentu tidak berminat melakukannya terutamanya jika mereka yang menguasai pengurusan organisasi terutamanya apabila golongan tidak aktif ini masih boleh digunakan semasa pilhanraya kepimpinan bagi memenangkan kumpulan mereka semasa pengundiaan, kerana sesiapa yang telah diputuskan sebagai tidak aktif tidak layak mengundi dan diundi.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,738 other followers

%d bloggers like this: