Ya Syabab

” sesuatu fikrah hanya akan berjaya;

 apabila kamu memiliki keyakinan yang kuat terhadapnya,

api semangat  berkobar-kobar yang tidak pernah padam,

dan pengorbanan total tanpa berbelah bagi” … Imam al-Banna

 

Inilah ciri-ciri syabab..( I)

kejelasan matlamat dan halatuju,

beramal mengikut peta perancangan,

berfasa dan tersusun mengikut keutamaan,

selaras dengan keperluan,

selaras dengan kekuatan,

syumul dan seimbang,

sentiasa menyempurnakan,

fasa-fasa perjuangan

sentiasa menilai dan membezakan

antara perangkap musuh dan peluang

ciri (II)

keikhlasan melahirkan semangat keimanan

kewarakkan asas keikhlasan

kecintaan pada Allah

kecintaan pada Rasul

Kasih sayang sesama muslimin

kasih sayang sesama pejuang

segalanya mencetuskan kewarakkan

ciri (III)

pengorbanan asas kewarakan…

korbankan harta dan jiwaraga

berikan tanpa berbelah bahagi

korbankan kepentingan diri dan pendapat

korbankan mahukan kemasyhuran, nafsu, nama dan pangkat

walaupun kamu bijak

walaupun kamu gagah

walaupun kamu hebat

walaupun kamu punya pengikut

tetapi kamu tetap lemah jika bersendirian..

penutup…

bersyuralah dengan ahlinya..

mereka yang telah mewakafkan hidup mereka untuk agama ini,

mereka yang telah melalui pelbagai pengalaman perjuangan secara berjamaah,

mereka yang meletakkan nilai qudwah kepada khazanah pengalaman perjuangan ummah,

pengalaman yang ditulis dengan airmata dan darah..

dan debu-debu dipenjara bawah tanah.

buktikanlah jika kamu syabab jika kamu rijal.

One Response

  1. Very nicely put in writing…

Leave a Reply