Gaza berdarah syuhada

palastini

Sabarlah ya ikhwani.

Kalian diharamkan

daripada kenikmatan dunia

oleh tangan-tangan durjana

kerana kealpaan

saudara-saudaramu di mana-mana

meninggalkan jihad

leka dengan syurga dunia

yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan

untukmu Syurga

bersama-sama

Sumayyah dan Yasir

Hamzah dan Khubaib

yang jua

telah mendahuluimu

mewakafkan hidup untuk Allah.

palastin1

Namun airmataku yang mengalir

bukan kerana darah syuhadamu

tapi kerana ramainya

saudaramu di sini

yang gugur murtad

fasik dan bangga

mengikut jejak

budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya

ramai yang tertidur

mimpikan pangkat

nama dan darjat.

8 Responses

  1. Bolehkah puisi ini saya copy paste ke blog saya?

  2. [...] under Nasyid/Syair, Peringatan.. – diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ [...]

  3. Saye pon nak cut paste~
    Macam tak caye ustaz yg buat puisi ni..(ops!!)

  4. Assalamu’alaykum ust,

    apa kata isma buat solat hajat beramai2 dan baca doa qunut nazilah, dan ajak masyarakat sekeliling.. ana rasa yahudi ni memang dah melampau sangat sehingga semua pihak patut buat sesuatu sekurang-kurangnya berdoa. Tambah sedih pula, nampaknya masyarakat malaysia rata-rata tak nampak pun tentang ni kerana disibukkan dengan berita2 politik, sekurang-kurangnya kita dapat tarik perhatian masyarakat utk isu ni dan menjadi terkedepan dlm membawa isu ni kpd masyarakat. wallahu’alam

    • SU Isma sudah mengeluarkan cadangan tersebut beberapa hari lalu dan setengah kawasan telah melakukannya. Ana melakukannya bersama masyarakat surau TKP… Umat Islam perlu proaktif untuk menganjurkannya disurau tempat masing-masing.. sekurang-kurangnya membina kebersamaan umat Islam terhadap Isu Jihad melawan Zionis.

  5. terimakasih..
    its the blog: umenohana.multiply.com

Leave a Reply